Wednesday, December 23, 2009

Motivasi Kerja : Kerja Itu Mudah

14 December - 22 December

Perkara yang berlaku mulai minggu ini adalah amat bagus sekali. Sesibuk mana pun kita kerja, akan selesai semuanya. Kita kena sabar, kerja bukan perkara main-main. Kena serius. Tanggungjawab tu penting. Aku memang komitmen terhadap kerja sekarang. Sampaikan masa untuk mengorat awek terbatas sedikit.

Tapi tak mengapa, hujung-hujung tahun memang macam ni. Kalut nak tutup buku 2009. Kerja-kerja di opis ni selagi kita bernafas, takkan pernah habis. Yang penting kita kena jujur kerja. Jangan tangguh-tangguh kerja. Itu akan merosakkan prestasi kita. Jangan sesekali tangguh kerja. Ingat tu.

Kerja jangan malas. Dalam kerja kita kena ada sistem. Sistem ini lah yang melancarkan operasi kita. Ada flow. Tak kelam kabut. Kita kena pandai atur masa dan tenaga. Jangan buat kerja dua tiga kali untuk satu-satu kerja yang senang. Jangan. Rugi. Masa itu penting dalam hidup ini.

Banyak mana pun kerja kita, kita kena pakai otak. Otak ini tak sama dengan otak udang. Otak udang makan dengan laksa sedap la. Kalau makan dengan nasi memang tak kena. Otak ni enjin kepada kita. Kalau letih, otak pun letih. Langsung jadi malas. Malas ni budaya tak berfaedah. Tak mendatangkan hasil. Kita kena kerja keras tapi jangan semua benda kita nak buat sampai otak jadi jem. Kalau otak dah jem, nak kencing pun lupa.

Entry ini sekadar berkongsi pendapat. Rumusannya, kita kerja kena semangat. Jangan tangguh kerja. Jangan malas. Tanggungjawab kita bila kita kerja ni lain. Tak sama dengan masa belajar kat universiti atau kolej. Masa study dulu boleh bercinta-cinta sambil belajar. Kalau kerja ni jangan buat main-main. Oleh itu jangan kita malas kerja. Ok, sekian. Aku ada banyak kerja ni!Jangan malas kerja!



Dialog-dialog opis terbaik minggu ini.

"Oit mat, sekarang ko check semua fail dalam rak opis ni. Tengok apa yang tak lengkap, ko lengkapkan. Tahun depan nak audit"

"Mat, esok ko buat summary tentang benda ni. Aku nak minggu depan."

"Mat, dalam stor ni ada dokumen-dokumen lama. Esok aku nak ko susun & simpan dalam kotak ni."

"Ni ko photostet semua yang aku dah tanda. 2 hari lagi aku nak tengok siap”

"Esok ko tolong beli nasi lemak kat depan simpang tu,taruk telur mata".

Bagus betul budak praktikal ni. Semua aku suruh,dia buat. Baru masuk seminggu. Tali leher 24jam lekat kat tengkuk. Budak ni ada potensi menjadi pekerja yang bertanggungjawab.

Kelihatan beberapa pekerja sedang sibuk berfacebook sambil tersenyum-senyum di sebuah opis.

Tuesday, December 15, 2009

Clark Kent pun kena demam selsema

Clark Kent berjalan berseorangan di tepi gaung. Menunggu Lex Luthor yang tidak berpuas hati kerana Lana Lang di rampas oleh Clark Kent. Memang sudah lama Lex Luthor mensyaki hubungan sulit Lana dengan Clark.

Hari ini, segala dendamnya dirancang rapi. Clark Kent sudah bersedia. Dia tahu Lex mempunyai kuasa yang dapat melemahkan kuasanya. Dengan tenang Clark menunggu Lex di hujung gaung tersebut. Pertembungan antara dua kuasa ini akan berlaku. Tidak tahu siapa yang menang,siapa yang akan tewas.

Clark Kent seperti biasa menyahut cabaran Lex Lothor. Berbekalkan kepala botak Lex Luthor, dia tersenyum tahkala melihat Clark Kent yang begitu yakin dengan kuasanya. Sejak dari dulu Lex tahu rahsia Clark Kent. Manusia dari planet Kripton yang mempunyai kuasa hebat. Disebabkan itu jugalah dia cemburu pada Clark. Sampaikan awek paling cun kat kampung tergoda dengan Clark.

Hari ini dia tekad untuk membunuh Clark Kent. Dengan batu hijau serpihan dari planet Kripton, dia akan menang. Pertarungan bermula dengan dasyhatnya. Nampaknya Clark Kent begitu lemah pada batu hijau tersebut. Lalu rebah dan tidak berdaya melawan. Lex Luthor ketawa jahat. Lana Lang dalam genggamannya kembali. Batu hijau itu diselitkan di tubuh Clark Kent.

Sampai hari ini Clark Kent lemah dan di perlu berehat untuk 2-3 hari lagi kerana kesan batu tersebut. Tetapi apabila dia ke Klinik Medivaron di Kuchai Lama, doktor mengesahkan dia mengalami simptom-simptom demam panas dan jangkitan selsema. Dia di beri rehat selama 1 hari sahaja. Demi menyelamatkan manusia dari perbuatan jahat Lex Luthor, Clark Kent kembali bertugas pada hari ini. Walaupun dia masih lemah di serang selsema dan demam.

Macam celaka punya entry demam.


Wednesday, December 9, 2009

Mencari kekasih scandal

Semalam tido dengan nyenyak tanpa nyamuk. Mimpi indah belaka sampai ke Melaka. Angin menghembus malu-malu kucing menerusi jendela. Mentari pagi terpancar indah jugak dari ruang besi jendela bilik aku. Boleh tahan cantik permandangan pagi ini.

Aku bingkas bangun lalu bersenam ala-ala kucing hitam. Angkat dumble 50-100 kali lebih kurang. Tarik nafas dalam,hembusssss....fuhhh..nyaman sungguh udara pagi ini. Aku capai tuala yang tersedia di gantung di pintu. Menuju ke arah bilik mandi. Ada air pancut. Sejuk.

Sambil bersiap-siap pakai boxer. Mata sambil-sambil usha ke luar jendela. Ramai jugak. Ada yang putih,gelap,kelabu. Boleh tahan jugak mata aku melangkau jarak yang boleh di kira jauh. Mata Clark Kent. Selesai bersiap, tutup penghawa dingin aku. Keluar rumah, kunci grill dengan mangga,kalau boleh aku nak kunci pakai durian tapi tak de sapa jual durian yang boleh buat kunci pintu.

Langkah aku sedikit macho dan bergaya secara tiba-tiba hari ini. Entah kenapa mata menjadi lebih bertenaga pagi-pagi ni. Pandang sana ada, pandang sini ada. Tengok depan ada jugak. Kiri kanan bersepah. Berterabur aku jalan sambil mengawal pernafasan.


"Fuhhhh..sikit punya ramai awek kat rumah sewa baru ni" hati aku berkata dengan senyuman terukir penuh mesra memandu keluar dari parking ke pejabat.


Esok nak pakai tali leher la.

Friday, December 4, 2009

04 December 2009

Masa untuk bercuti-cuti dan menghabiskan duit gaji. Akan makan nasik minyak di Aloq Setaq sampai terketaq-ketaq. Sambung makan nasik minyak lagi di Perlih. Memang cuti-cuti sekolah ni populariti nasik kandaq, nasik dagang, nasi lemak dan lain-lain nasik sedikit terjejas. Sambil-sambil makan nasik minyak, aku makan angin sama asap rokok sekali kat sana. Aku tak tipu aku betul-betul sibuk. Macam buat bisnes juta-juta.

Hasrat untuk ke Maskara & Pekan Frinjan terbantut lagi. Terpaksa utamakan nasik minyak di utara nun. Kalau luorang tak penah pi Maskara @ Pekan Frinjan, lu orang pi la sekali-sekala. Awek-awek cun & seksi ramai kat sana tu. Pakwe-pakwe hensem pun ada kat sana. Tapi sorang saja pakwe yang tak dapat hadir sebab dia kena pi makan nasik minyak.

Idea untuk bercerita masih tidak selancar sebelum ini. Aku rasa puncanya sebab banyak sangat makan nasik minyak.

Cukup. Aku tiada idea lagi sekarang. Penat.Haaisshhhh...


***Baru sedar tahun depan umur aku akan semakin mengancam!

Wednesday, December 2, 2009

Kanak-kanak comel yang sudah besar



Zaman kanak-kanak adalah memori yang aku,kau,dia & lu orang semua tak akan lupakan. Membesar di sebuah kampung. Bermain lumpur, selut, bendang, parit, belukar, panas & hujan tak pernah dihirau.


Rindukan zaman ini di kala sibuk berbumbungkan batu bata, konkrit, simen, berselimutkan hawa dingin, komputer, email dan segala macam tanggungjawab sebagai seorang dewasa.


Sekarang lu orang teka yang mana budak yang paling comel antara 4 orang ni. Yang paling comel serta comot itu adalah aku.

Wednesday, November 25, 2009

Cintaku kini Prosperity Burger

Sabtu lepas, lepas segala urusan perkahwinan adik aku selesai dan semua ahli keluarga aku dah balik, aku terus gerak ke Cinelesure Damansara untuk membuang masa aku sebelum melepak di malam hari nanti. Rasa-rasanya aku mempunyai masa yang cukup untuk memanfaatkan masa aku sebelum tiba waktu malam.

Baru pukul 6.00ptg. Berbekalkan duit yang serba kekurangan sempat jugak aku rembat kasut Adidas sepasang dua buat bekalan 2-3 tahun akan datang. Tanpa membuang masa mengusha awek-awek seksi di situ aku terus menuju ke panggung wayang. Dengan harapan masih ada tiket untuk filem 2012. Juga dengan niat untuk menginsafkan diri tentang hari kiamat serba sedikit.

Orang ramai. Berpasang-pasang dan berfamily-family. Aku? Berbekalkan hati bujang yang kental beratur dengan muka yang tiada perasaan cemburu terhadap pasangan-pasangan sekeliling. Apa adahal. Ada mamat mengusha rapat ke mata aku. Sebabnya, aku usha awek dia yang seksi tu.

"Lu apahal pandang-pandang gua?Nak kena hentak ke?Jaga awek lu baik-baik,nanti gua rembat baru tau." kata aku kepada mamat itu...dalam hati.

Aku tengok skrin nampaknya tiket 2012 dah sold out. Haram betul la. Aku duk beratur lagi ni. Dalam kepala otak dah terpikir nak tengok cerita Senario. Langsung tak gangster. Satu-satu pasangan depan aku berwajah hampa sebab tiket 2012 dah habis. Tak dapat la diorang bermadu kasih dalam panggung. Rugi-rugi.

Sampai turn aku, aku tanya lagi walaupun tiket dah sold out.

"Bro,filem dua ribu dua belas ada lagi?"

"Sorry bang, dah abis la" kata-kata mamat kaunter itulah yang menghancurkan jiwa-jiwa pasangan kekasih tadi.

"Kalu camtu kasi cerita Senario 2 jam" order aku dengan muka tiada kekecewaan.

"Berapa orang bang?"mamat tu tanya dengan harapan aku akan membeli 40 tiket Senario untuk memajukan industri filem Malaysia.

"Sorang je.."jawab aku.

"Hah?Abang datang sorang je ke?Ingatkan abang datang ngan awek tadi. Kalau satu tiket 2012, ada bang",kata mamat kaunter dengan muka celaka terkejut.


Dalam panggung:
Kelihatan seorang lelaki separa remaja menumpukan penuh perhatian terhadap filem 2012 tanpa menoleh bahagian kiri-kanannya yang dikelilingi pasangan-pasangan kekasih yang berpelukan. Lelaki tersebut hanya memeluk tubuh saja.

Monday, November 23, 2009

Langkah bendul boleh diterima pakai untuk lelaki ke?

Di penghujung-penghujung tahun ni teramat la sibuk sampai nak kahwin pun aku tak sempat. Tapi sempat jugak adik aku kawin dengan 4 kali lafaz. Apa barang gugup sangat ni. Tu la nama bini panjang sangat sampai tergagap-gagap nak sebut. Sebagai langkah bijak, aku akan cari bini dengan nama yang pendek-pendek seperti Fiona,Tiara,Liyana senang sikit nak lafaz bila bersua muka dengan tok kadi.

Lelaki berbaju petak yang masih bujang dan belum mahu kawin. Baik hati tetapi duit tak banyak lagi dalam ASB.


Pengantin lelaki tu adik aku. Adik ipar perempuan aku tu menantu sulung mak bapak aku. Punya seronok mak bapak aku dapat menantu. Si pengapit tu adik aku jugak. Tu pun ada gaya-gaya nak kawin awal tu. Aiiishhh..budak-budak sekarang ni, lebih sudu dari kuah.

Monday, November 16, 2009

Bersanding atas rakit barangkali

Ketika ini, hujan masih berlanjutan di Kuala Lumpur. Aku masih di pejabat dengan mata kanan merah. Sakit mata barangkali. Semalam aku belum sempat mengendap sapa-sapa pun. Pagi-pagi sudah sakit mata.

Ketika ini, kampung aku sudah banjir. Tapi kawasan rumah aku tidak dinaiki air banjir lagi. Adik pompuan aku sudah pindah ke sekolah lain untuk amik SPM. Abang doakan yang terbaik untuk kamu.Adik-adik yang lain sudah gembira kerana sudah cuti awal. Sekolah tenggelam sampai pinggang kata mereka. Pinggang orang dewasa. Bukan pinggang budak sekolah darjah 1.

Ketika ini, aku masih di Kuala Lumpur. Di Perak yakni di Daerah Kerian sudah banjir. Tasik Bukit Merah sudah melimpah. Aku harap warga Kerian semua selamat. Termasuk rakan blog aku En.Anas yang menjadi pemuda harapan di sana. Harap hang dah buat rakit guna batang pisang.

Ketika ini, kawasan rumah aku sudah pasang khemah-khemah untuk petugas-petugas banjir dan petugas-petugas yang berkaitan. Khemah-khemah ini akan terus dipasang hingga 29/11/09. Untuk apa? Untuk majlis perkahwinan seseorang. Siapa? Kamu tunggu saja kad jemputan. Bukan main-main. Mungkin pengantin nanti bersanding atas rakit atau sampan.

Ketika ini, aku masih mencari rentak dalam melaksanakan segala plan-plan aku. Masih sibuk. Bukan setakat kerja. Tapi dari segala benda. Harap-harap majlis nanti berjalan lancar.

Thursday, November 12, 2009

Mahu jadi Clark Kent

Hampir-hampir opis aku kena pecah semalam. Dan hampir-hampir aku nak pecahkan muka perompak-perompak semalam.Dan juga hampir-hampir muka aku boleh dipecahkan oleh perompak-perompak tersebut.

Yang pasti, aku selamat dan tenang menghadapi ancaman perompak.

Mesti lu orang confiuskan?Tak pe, nanti aku kasik muat turun video CCTV opis kat sini. Memang ada muka hero kat dalam tu. Nak cerita panjang aku malas. Sibuk lagi ni.


Clark Kent memang selalu sibuk.

Friday, November 6, 2009

Percutian di Pearl Island

Sepanjang bulan duk sibuk kerja dan mencari rumah sewa, aku nak berehat kejab untuk cari kekasih di tempat percutian. Selalu dalam filem, boleh jatuh cinta kat awek yang tengah jalan sorang-sorang tepi gigi pantai. Tak pun ada awek lemas, pastu hero datang selamatkan. Dan kasi cium mulut keluar air laut. Pastu mata bertentang mata. Jatuh cinta dan akhirnya hidup bahagia.

Walaupun pi bercuti di Penang, feel bercuti tu tetap macam pi Hawaii.

Ok la. Aku nak gerak ini malam. Balik Ahad malam. Esok pagi dah boleh tengok pantai dan minah-minah saleh pakai bikini.

*Bulan depan aku nak pi Melaka pulak. Cari cik manis yang tengah belajar kat sana sambil melepak dgn Hang Tuah.

Tuesday, November 3, 2009

IKLAN Serius: Mencari Rumah Sewa

Ok. Terus ke point penting. Aku seorang pekerja swasta yang duduk di rumah sewa. Lokasi sekarang di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Bangi. Semalam masuk lagi sorang staff baru di office. Secara automatik ada 3 orang budak rumah. Bilik sekarang ada 2 saja. Rumah kembar dengan jiran yang ada anak separa nakal & nakal. Selalu conteng kereta aku,selalu ketuk pintu & dinding rumah, selalu menangis jam 4 pagi, selalu tutup meter air, selalu bising tiap-tiap pagi Sabtu & Ahad (hari-hari sebenarnya). Sudah 5bulan duduk situ.

Ok. Terus ke point penting. Rumah sewa aku sekarang sebenarnya ada 3 plug lektrik untuk aku guna. Tapi sekarang 2 sudah rosak dan tinggal satu. Rumah aku ada TiVi bukan plasma, Astro yang kalu tak bayar sebulan kena potong, Laptop ada 3 biji, gitar elektrik sebiji, pemanas air, DVD palyer,hanpon 6 biji, kipas pendek 2 biji dan tiada peti ais. Plug hanya ada satu. Satu. Pakai extension plug jadi 3 saja benda boleh cucuk. Pernah terbakar satu extension dulu. Nasib baik aku masih hidup dan sihat hingga kini.

Ok. Terus ke point penting. Sejak lepas raya aku sibuk. Sabtu & Ahad aku adalah hari sibuk merayau dan bertemujanji menghabiskan duit gaji. Sempat cari rumah hanya 2 kali sepanjang Oktober. Sibuk. Tapi tak jumpa. Ada jumpa, tapi tuan rumah adalah lelaki tua gay yang mahu duduk sekali. Nanti aku cerita. Celaka punya orang tua. Mahu aku pijak muka dia ramai-ramai. Oleh itu, sampai sekarang masih mencari. Cari dalam mudah.com pun pening. Banyak menyimpang dari mencari rumah sewa. Kalau ada pun "Rumah untuk disewa: Perempuan sahaja" atau "Rumah untuk disewa: Keluarga diutamakan". Adakah aku perlu kahwin secepat mungkin dan mencari jodoh orang KL?Duduk dengan mentua lebih jimat barangkali.

Ok. Terus ke point utama. Aku mahu cari rumah sewa. Lokasi yang diingini adalah BUKIT JALIL,SRI PETALING,KUCHAI LAMA. Tapi aku lebih tertarik ke kawasan Bukit Jalil. Kedengaran awek-awek di sana lebih ramai dan banyak pilihan. Bentuk rumah lebih berat ke rumah teres @ apartment yang ada parking untuk kekasih aku tido malam-malam. Lebih bagus ada Pak Pengawal. Sekurang-kurangnya ada orang yang jaga walaupun dia selalu tido makan gaji buta.

Ok. Terus ke point penting lagi. Kalau lu orang ada contact-contact, tolong email sama aku. Manatau lu orang ada family @ boypren @ gilpren @ scandal @ Datuk @ Datin @ sapa2 saja. Bulan depan nak gerak keluar dah ni. Berjiran dengan awek-awek adalah bonus untuk mencari jodoh.

Ok.Iklan tamat.

Sunday, November 1, 2009

Panggilan pagi dah ada yang panggil sayang.Uuu..manisnya.

Sepanjang minggu lepas masih sibuk kerja sampai lupa nak makan. Tapi masih belum kurus. Harap dapat kurus sebelum raya haji. Baru beli pil kurus supaya kenyang dan ramping. Mulai esok juga aku akan lupakan makcik nasi lemak yang ada anak cantik itu selama sebulan. Harap anak dia tidak rindukan aku sampai nasi lemak mak dia tu tak laku.
Bulan ini hari Sabtu & Ahad telah penuh dengan acara penting. Tiada masa untuk melepak dan berpoya-poya. Urusan keluarga di utamakan. Tiap-tiap minggu akan berulang alik ke kampung dan tempat yang berkaitan.
Kerja masih seperti biasa. Talipon tangan adalah nadi kerja aku. 24jam melekat kat tapak tangan. Kalau talipon takde, bonus yang dijangka awal Febuary boleh hilang tanpa dikesan. Bermakna talipon tangan aku adalah satu sumber keuntungan company kecik aku.
Aku tido awal kalau hari kerja Isnin - Khamis. Talipon sebelah bantal dengan ringtone lagu "Cari Jodoh" ala-ala dangdut dari Wali. Celaka punya lagu. Satu malam aku tido macam biasa. Lelap dengan cepat tanpa pasang MP3 seperti tiap-tiap malam. Itu adalah tabiat aku sejak kecik. Perlu lagu untuk tido. Nanti bila ada isteri, dia perlu lebihkan latihan nyanyi selain memasak. Cuti hanya malam Jumaat.
Kul 5.30pagi.Talipon berbunyi. Aku jawab dengan mata terpejam. "Hello..."
Panggilan:"Hello sayang!Semalam i dah tido masa u call. Sorry ye sayang."
Dengan tenang aku jawab,"Ok.No problem. Jumpa kat ofis."
Aku letak dan terus tido.
Bukan awek aku pun.
Kepada awek tersebut aku ucapkan terima kasih kerana sudah lama tidak dapat panggilan sayang pagi-pagi buta. Lain kali sila semak nombor talipon balak anda dengan teliti.

Tuesday, October 20, 2009

Bila Tiba Cinta Itu, Aku pun Sibuk.

Aku memang sedang bercinta.Dia selalu ada di sisi aku. Banyak masa aku korbankan untuk dia sebenarnya. Selama aku tidak kelihatan di blog atau pun di Facebook, aku sedang bersama dia. Adakalanya dia memang menyusahkan aku. Kadangkala. Tidak selalu.

Dia membuat aku pening. Runsing. Tapi aku tetap setia. Cemburu?Tidak pernah. Bangun pagi mesti terfikirkan dia. Bila tidur mesti rindukan dia. Memang bercinta keadaannya begini kan? Talipon tangan aku sentiasa dalam genggaman. Tidak pernah diam.

Masa bersama dia adakalanya sampai aku lupa kawan-kawan, futsal, muzik dan segalanya. Susah juga kalau begitu. Tidak bebas bergerak. Bukan di kawal sepenuhnya. Tidak. Hanya masa-masa tertentu bila dia memerlukan aku.

Tapi aku juga tidak suka begitu. Rimas. Rasa mahu marah sekali sekala tapi dia tetap tidak merasa apa-apa. Semuanya tidak menentu bila bercinta. Perasaan bercampur aduk. Susah membahagikan masa antara dia dan benda lain.

Tapi tidak mengapa. Aku masih ada masa untuk blog aku. Dia tidak tahu. Aku curi-curi masa dia untuk tulis ini. Sekarang pun dia ada dengan aku. Dia tidak tahu mungkin. Diam-diam sudah. Dia tidak perlu tahu kewujudan blog ini.



Susah betul bercinta dengan KERJA kan?

Luorang ingat wa ada masa ke nak jatuh cinta time-time sibuk kerja?

Thursday, October 15, 2009

Cerita Separuh Oktober - Bukan Tentang Cinta

Oktober. Bulan yang kesepuluh dalam kalender. Bulan Oktober bukan seperti lagu Tragedi Oktober nyanyian lagu Awie. Itu kekecewaan Awie terhadap kekasihnya. Bukan kekecewaan aku. Kekecewaan aku bukan dalam bulan Oktober, tapi bulan lain. Sudah lupa. Sudah lama.

Oktober. Bulan untuk kereta aku. Pisau cukur. Tapi itu hak dia. Tanpa dia, aku gila. Sayang dia. Dia bukan manusia, tapi ada nyawa. Cukup aku sayang dia dulu. Nanti baru manusia. Dia juga tidak suka sms. Sama. Sehati sejiwa.

Oktober. Bukan bulan aku telah jatuh cinta. Tidak sama sekali. Jauh sekali bercinta. Tidak juga. Bulan ini aku sering dengar tentang cinta. Putus cinta. Jatuh cinta. Sedang bercinta. Bukan aku. Tapi orang lain. Aku cuma dengar. Kadang kala terasa 'loser'. Sebab tiada cinta. Celaka.

Oktober. Aku kerja separuh gila. Tapi aku belum gila. Masih waras. Suka dengan kerja. Ke sini ke sana. Masih boleh bersuka ria. Sekali sekala. Tak apa. Aku masih sibuk. Tapi sempat mencoret di blog. Bukan mencarut.

Oktober. Duit aku tak banyak. Bukan. Sudah tiada sebenarnya. Kalau ada pun, cari celah-celah almari,dalam kereta,celah pintu dan poket seluar jeans. Hutang juga ada. Sikit. Tapi masih boleh pergi kerja. Makan bos belanja. Sekali sekala. Rokok tetap ada.

15 Oktober. Aku gembira. Dapat duit raya. Raya apa? Raya Deepavali la! Senyum lebar. Berapa banyak?Rahsia. Cukup untuk 15 hari terakhir bulan Oktober.
Terima kasih Oktober.

Satu Per Satu

Gembira tak semestinya tengah jatuh cinta. Sedih tak bermakna putus cinta. Bahagia perlu ada kecewa. Hidup akan lebih berharga.


Sibuk tak beerti aku lupa.

Macam celaka aku punya entry cinta!

Monday, October 12, 2009

Sibuk

Keadaan mental dan fizikal aku masih stabil walaupun sibuk berOutstation di merata tempat sepanjang minggu lepas dan esok pagi aku di KL sudah.


Susah betul nak amik gambar pakai laptop.

Tuesday, October 6, 2009

Kisah Mat Dan (18SX)

Nama aku Mat Dan. Kerja aku?Memuaskan nafsu manusia. Memang sesetengah orang memandang serong terhadap kerjaya aku ini. Mereka mencemuh dan ada juga yang tidak mahu berkawan dengan aku. Mereka memburuk-burukkan aku dengan segala sumpah,nista dan fitnah. Apa salah aku?Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku kepada mereka yang mampu membayar aku.

Aku tahu kerja aku hina. Melayan nafsu manusia yang tidak pernah puas. Kebanyakkannya adalah kaum lelaki. Ada jugak sesetengah wanita memerlukan aku untuk kepuasan nafsu mereka. Aku tak kisah,asalkan aku menjalankan tanggungjawab aku agar mereka semua gembira. Memang aku telah ditakdirkan untuk jadi begini. Aku tiada kelulusan seperti orang lain. Aku terima takdir aku begini.

Dulu aku hanya menawarkan harga yang murah untuk semua supaya mereka mahu menggunakan aku. Tapi makin lama, harga aku makin naik,berbaloi dengan pengorbanan aku selama ini. Aku tahu, masih banyak nafsu yang mampu aku puaskan. Dari nafsu seorang tukang kebun,kerani,pegawai,artis,Dato serta Datin.

Aku juga turut mempengaruhi budak-budak sekolah untuk menggunakan khidmat aku. Ternyata mereka banyak memberi aku keuntungan yang lumayan. Peduli apa,asalkan aku dapat sedikit untung. Selalunya keuntungan aku diguna pakai oleh bapak ayam atau ibu ayam aku yang selalu naikkan harga demi kesenangan mereka sendiri.

Aku juga mempunyai ramai teman-teman yang menawarkan khidmat yang sama. Selera orang berbeza-beza. Jadi kamu boleh pilih mana yang kamu suka. Ikut selera dan nafsu kamu sendiri. Harga pasaran sekarang agak tinggi. Tapi pelanggan-pelanggan aku masih setia dan tetap tidak peduli tentang harga.

Kamu masih setia melanggan aku? Aku ada seorang pelanggan setia yang telah lama melanggan aku. Nama dia Pett. Pernah aku bertanya pada dia tentang harga pasaran aku sekarang. Adakah dia akan meninggalkan aku jika harga aku makin meninggi? Tapi aku tengok dia masih setia. Begitu juga kawan-kawannya yang lain. Semua masih mahu menggunakan khidmat aku tiap-tiap hari. Aku takut dia tinggalkan aku. Tapi bila aku terdengar perbualan dia dan rakan-rakannya tadi,aku rasa gembira.


Rakan 1 : Amacam bai?dia dah naik harga la..

Pett : Rilex la bai..Belum sampai sepuluh hinggit lagi pun sekotak Dunhill 20 ni!!! Baru naik 30-40sen je.

P/s:Celaka. Harga rokok sekarang naik dah tak ikut Belanjawan bulan 10. Dia main ikut suka hati naik setahun 3-4 kali.
Nanti kawen,ada bini harap boleh berenti. Kalau luorang nasihat aku sekarang, macam luorang curah air ke daun keladi.

Friday, October 2, 2009

Mahu ke Mexico

Aku dengar radio pagi tadi:

PTPTN telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Senarai peminjam yang telah dikenakan sekatan ini boleh disemak melalui Laman Web PTPTN

Aku pun semak.

Hasilnya:

"Nama Tuan/Puan TIDAK termasuk di dalam senarai hitam peminjam ingkar PTPTN yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Hotline PTPTN di nombor 03 - 2092 7788."

Kesimpulan:
Aku akan ke Mexico malam ni dan bercuti selama 2 hari saja sambil usha-usha awek Mexico yang seksi.

Sunday, September 27, 2009

Laporan OPS SIKAP 20 - Part I (Ramai pemandu-pemandu di Malaysia nak tercirit tahi dalam seluar masa memandu)

Ops Sikap ke 20 dengan berjayanya telah mencapai kemenangan yang amat memberansangkan pada tahun ini. Tahniah kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Kita sebagai pemandu dapat menewaskan statistik kematian pada tahun-tahun lepas. Hebat bukan?

Hebat betul pemandu-pemandu kita sekarang. Kehebatan pemandu lori yang memecut laju di lorong tengah dan memotong sesuka hati tanpa ada rasa takut sebab lori adalah makhluk raksasa yang amat kuat di jalan raya. Kalau lori luorang tu sependek kereta kancil aku tak kisah, tapi lori luorang tu sepanjang satu gerabak keretapi. Memang celaka la kalau lu orang main suka hati keluar. Babi.

Kalau lu orang perasan, lampu brek @ lampu belakang lori-lori kat Malaysia ni dia punya nyalaan lampu tu macam cahaya lilin kek harijadi budak umur 3tahun. Kadang-kadang memang tak menyala langsung. Pernah JPJ @ pihak-pihak tertentu kaji masalah ni?Yang lu orang tau, buat roadblock dan kumpul duit nak bayar ansuran kereta bulan-bulan. Terlalu bersepah jenis lori-lori macamni kt jalan. Sepanjang perjalanan aku pulang ke kampung minggu lepas, tiada satu pun kenderaan penguatkuasa yang berselisih dengan kereta aku. Apa cer?

Ini bukan masalah baru. Aku rasa masalah ni dah lama,tapi masih tiada apa-apa tindakan yang dikira bijak diambil. Lori-lori sekarang dia punya keselamatan amat rendah. Cuba ambik tindakan sikit terhadap lori-lori yang tak cukup sifat ni. Takkan nak panggil TV3 baru gelabah turun padang usha masalah ni. Benda dah nampak jelas, apa lagi nak kaji-kaji. Buang masa.

Itu cerita lori. Bas amacam plak?Dah tentu-tentu sama macam lori cuma bas ni lampu brek & lampu belakang dia cantik skit. Tiada masalah sangat tentang perkara ini. Tapi masalah lain ialah sikap pemandu bas itu sendiri. Bukan semua, hanya segelintir saja. Apa cerita bawak bas macam bawak Subaru Impreza kt tengah-tengah highway?Nak terberak ke ape?Kalau nak terberak,berenti la kat R&R tu. Sia-sia PLUS buat cantik-cantik kat tepi jalan. Lu orang kalau exsiden, berapa nyawa dah lu orang bunuh?Tu belum kira kalau terlanggar kereta-kereta lain kat jalan, tak pasal-pasal orang yang bawak penuh berhemah dan tertib di jalan raya turut mati di tangan pemandu-pemandu babi macam ni.

Pasal pemandu-pemandu kenderaan kecil macam kita ni, semuanya terpulang pada diri masing-masing. Lu orang sayang nyawa ke tak?lu orang nk hidup berapa lama?Lu orang ada anak bini tak?Lu orang nk kawen tak?Lu orang sayang kereta tak?Lu orang dah cukup amalan ke nak mati?Lu orang pikir la sendiri. Tak payah nak kempen segala macam iklan kalau diri sendiri nak berlagak macam hero filem. Kalau setakat bawak keta macam cite Impak Maksima,hentikanlah nak tunjuk hebat kat jalan. Kalau belakon filem,keta luorang terbabas ke bulan pun luorang masih hidup. Ini dunia realiti. Bawak kereta macam nak tercirit dalam seluar.

Masa aku balik kampung aritu, sepanjang perjalanan aku hanya bawak kereta selaju 90-100km/j je sebab waktu tu malam dan hujan sepanjang jalan dari KL - Bagan Serai,Perak. Biar lambat xpe,asalkan aku dapat beraya dengan family aku. Sepanjang perjalanan macam-macam ragam pemandu aku tengok. Aku tertanya-tanya jugak, diaorang ni pernah eksiden ke tak sebelum ni?Kalau tanya aku, ya,aku pernah eksiden teruk sekali dulu. Hampir-hampir menemui ajal. Tapi masih bersyukur sebab DIA panjangkan nyawa aku. Aku rasa pemandu-pemandu celaka yang tunjuk terer ni patut eksiden 3-4 kali sampai nak mati baru mereka sedar kot.

Kita nak kurangkan kemalangan dan kematian jalan raya. Bukan nak melawan takdir. Ajal dan maut tu di tangan Allah SWT. Jangan mati macam katak yang suka melintas bila kita nak lalu. Nak jadi katak ke?

Friday, September 25, 2009

Cerita raya serba sedikit.Lepas ni cerita pasal lain dah.

Aku dah start keje ari Rabu aritu. Raya aku?Happening macam tahun-tahun lepas. Duit?Memang berhabis-habisan la tiap-tiap hari raya. Apa adahal. Semua untuk family jugak. Pokai bulan depan pun boleh hidup lagi.

Roadtax & Insuran keta aku dah mampus. Mampus aku. Tak banyak. Aku hanya memerlukan RM1,260.00 sahaja. Itu kira gaji bulan depan tolong cover. Yang penting raya punya pasal, aku enjoy.

Yang pasti aku teramat sibuk dengan kerja-kerja yang malas nak buat masa puasa dulu. Entry untuk raya hanya ini saja. Raya tahun depan la aku tulis lain.

Sekarang sila senaraikan rumah-rumah terbuka yang bakal diadakan oleh lurang semua. Aku nak susun tarikh agar dapat aku pi semua. Boleh bungkus bawak balik tak? Arini aku kasik gambar posing raya yang paling maut kat luorang.


Adik aku lagi sorang dah pi kutip duit raya. Yang sorang lagi tukang amik gambar.

Broadband kat kampung teramat slow macam celaka. Bakar lemang lagi cepat. Kerajaan Negeri patut beri perhatian terhadap kemajuan telekomunikasi di kampung aku. Patut tiap-tiap rumahdi bekalkan dengan internet @ wireless secara percuma. Baru boleh menang pilihan raya.

Thursday, September 17, 2009

Kad Raya Untuk Semua

Perasaan nak balik kampung dah sampai. Dah besar-besar ni perasaan beraya tak macam budak budak dulu. Mungkin sebab makin banyak tanggungjawab dan itu adalah satu perkara yang aku,kau dan dia perlu pikul dan fahami. Kita semakin tua.

Aku akan balik ke kampung halaman di utara Perak. Masih balik dengan status bujang dan teruna. Aku akan bergerak pada pukul 3 @ 4petang ni. Cuti sampai Selasa sahaja. Cuti aku simpan untuk urusan lain ujung tahun ni.

Oleh itu, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan mintak maap zahir dan batin (kalau ada) pada luorang semua yang baca blog ni. Apa-apa tulisan aku yang buat luorang sakit hati maapkan saja aku, berdosa kalau tak maapkan. Aku nak kasik kad raya kat luorang semua. Special aku buat untuk luorang bertemakan persiapan balik kampung. Nah amik. Sila petik dua kali untuk gambar lebih besar.

Aku mahu tulis satu entry bila di kampung nanti. Sebab kampung aku yang hulu tu sudah maju. Boleh pakai broadband. Canggih kan? Kepada samseng kampung dusun,aku akan pastikan kamu rindu aku. (gelak jahat).Kalau mahu ke rumah aku, sila rujuk peta pada entry sebelum ini.

Ok. Aku chow dulu. Apa barang keje hari Jumaat.

Tuesday, September 15, 2009

Kita putus sayang!

"Ok!Saya dah takde perasaan sayang kat awak lagi,kita putus!!!"



Celaka. Apasal aku mimpi buruk macam ini. Belum berjinak-jinak nak bercinta lagi, dah kena tinggal. Sikit agak la mimpi ni pun. Kasik la cerita lain sikit kat aku nak mimpi. Biar indah-indah sikit baru semangat aku nak mengharungi kehidupan bujang aku ni. Kadang-kadang nak jugak mimpi dapat awek sambil jalan-jalan pegang tangan. Dalam mimpi pun takde peluang. Cisss.

Thursday, September 10, 2009

Jemputan makan ketupat di pagi raya nanti

Lagi seminggu aku dah nak balik raya. Perasaan nak balik raya sekarang tak la macam zaman kanak-kanak dulu. Perasaan nak menyambut raya sebagai orang dewasa feel dia lebih bermakna bila memohon ampun dari mak bapak,bagi duit raya kat makbapak serta keluarga, makan ketupat di pagi-pagi raya dan dapat hisap rokok lepas makan pagi-pagi.

Bagi orang bujang yang takde bini macam aku, ziarah menziarahi saudara mara dan kawan-kawan adalah rutin tahunan aku kat kampung. Tapi tahun ni aku dah pilih rumah-rumah kawan tertentu je aku nak ziarah. Yakni kawan-kawan bujang sahaja. Sebab mereka belum ada anak ataupun anak-anak.

Macam Dani Penampar Terbang, rumah dia memang dekat dengan aku. Sampai dah rasa bosan duk lalu lalang pi umah dia. Tahun ni kalau dia tak buat sate kambing, aku malas nak pi umah dia kat Parit Buntaq. Rumah En.Anas Afrohead jugak dekat dengan aku walaupun aku tak pernah jumpak dia di alam realiti,hanya berkenalan dan mencarut-carut di alam cyber. Pastikan orang Bagan Serai buat bihun sup raya ni baru aku pi rumah hang dengan rumah Farrid Husin ,seorang rockstar dari kampung aku.

Oleh kerana aku ni baik hati, aku menjemput la kawan-kawan blog sekalian untuk datang ke rumah aku, Dani,En.Anas ataupun Farridhusin sempena hari raya yang mulia ni. Jemput-jemput la datang bawak laki ke bini ke. Yang ada anak-anak,tinggalkan je kat rumah mak mentua. Apa adahal.

Disini kami anak-anak jati PERAK dengan berbesar hati menyertakan peta untuk ke rumah kami raya nanti. Sila,sila semua ye.Jangan malu-malu.

Sila click pada peta untuk gambar yang lebih besar.


Terima kasih.

Wednesday, September 9, 2009

Sahur makan maggi kari pun sedap jugak

Kadang-kadang aku terasa ingin kembali ke zaman dulu. Menari twist dan joget lambak. Awek-awek masa tu pakai baju kebaya ketat dengan rambut kembang ataupun sarang tebuan. Rambut aku masa tu kalu tak afro, mesti ada remos kat depan. Dan yang paling penting, pakai vespa ataupun lambareta. Itu dah kira superb giler la . Awek-awek tengok mesti terus tangkap cintan dengan aku.


Aku rasa rambut camni tak sesuai untuk zaman 60-an. Mahu kena gelak dengan orang kampung.

Monday, September 7, 2009

Sepatutnya bab-bab cuti ni,semua negeri perlu bersatu.

Baru balik dari kampung awal pagi tadi. Tapi sekarang dah ada kat office. Mata aku dah confirm-confirm berat nak bukak. Dalam tempoh 2 jam ni, rasa macam bilik TV tu duk memanggil-manggil aku. Aku tau ada negeri yang cuti hari ni sempena Nuzul Quran. Memang berselimut lagi orang-orang yang bercuti hari ni. Pemalas.

Apasal la Kuchai Lama tak masuk dalam peta negeri Selangor.

Aku mahu sambung tido.

Friday, September 4, 2009

Kekasihku Pisau Cukur

"Sayang...lepas i belikan you kasut baru,you jalan makin seksi la. Minyak wangi you memang wangi semerbak sampai i termimpi-mimpikan you. Badan you pun dah cantik, gebu, tak bercalar. Petang ni you kena ikut i balik kampung jumpa mak i ok?"



Perbualan romantik aku dengan kereta aku tadi.
Dari semalam aku kasi dia shopping. Separuh gaji dah settle untuk dia sorang je. Kereta aku memang pisau cukur!Huh!


Esok punya sahur aku dah ada kat kampung.(Senyum)

(Senyum lagi sekali)

Wednesday, September 2, 2009

Orang separa Kidal

Dari kecik mak aku cakap aku seorang yang istimewa. Aku ada kelebihan yang jarang ada pada orang lain katanya.

Sejak kecil, aku menulis dan melukis guna tangan kiri. Aku pegang pisau pun tangan kiri. Main snuker tangan kiri. Aku lebih cekap menggunakan sudip dengan tangan kiri ketika memasak dan mengacau dodol. Menjentik nyamuk dengan tangan kiri lebih tragis kematian nyamuk tersebut berbanding tangan kanan.

Tetapi bila aku mahu berbadminton, bertenis, berpingpong dan sewaktu denganya aku menggunakan tangan kanan. Aku rasa tumbukan tangan kanan aku lebih padu dari tangan kiri. Begitu juga sepakan kaki kanan lebih berkuasa dari kaki kiri. Aku makan dengan tangan kanan. Tapi bila guna sudu, aku lebih berat ke arah kiri.

Adakalanya aku tak pasti samaada aku perlu guna tangan kiri atau tangan kanan bila otak aku mengeluarkan kuasa yang berlebihan. Tapi aku tetap bersyukur kerana kaki dan tangan aku dapat digunakan dengan baik dan tidak dibiarkan sia-sia.

Ada orang cakap aku manusia separa kidal. Tapi aku enggan mempercayainya kerana adakalanya aku rasa aku bukan orang bumi. Aku dapat rasa aku tercampak ke bumi bersama-sama batu-batu metor 27tahun lalu dan ditakdirkan untuk menjadi penyelamat kepada kamu semua.

Tuesday, September 1, 2009

Sajak Minyak

Minda Insan Naif Yang Amat Kental

Dulu lu turun,
Sekarang lu naik,
Lu punya naik memang agak kurang ajar,
Lu punya timing nak naik macam celaka,
Sikit pun tarak pikir gua mau raya,
Sikit pun tarak pikir gua punya kereta pakai enjin petrol.

Asal nak raya lu nak naik jugak,
Asal nak jimat duit lu nak naik jugak,
Apa punya otak orang yang kasi lu naik ni,
Otak orang yang duduk kira duit berjuta,
Silang kaki makan pakai sudu garpu sini sana.

Gua karang sajak ni bukan untuk sesiapa,
Gua karang untuk lu sorang saja,
Kalau karang kepada yang ada otak dan botak,
Mereka hanya senyum ketawa,
Celaka,
Sebab gua tau lu memang tak dak otak.
Kerana nama lu hanya MINYAK.



Petang ni gua nak makan ikan bakar!

Friday, August 28, 2009

Lauk pauk sempena Merdeka!

Pagi tadi baru sampai kat kampung. Sempat jugak sahur ngan family. Lauk masak ketam cili api memang aku dah order semalam dgn mak aku. Adik-adik aku memang bangun sahur semua seronok tengok abang kesayangan mereka dah balik. Selera makan sahur kat rumah sendiri feel dia memang jenis kasi licin. Tambah-tambah mak dah siap masak, kita cuma perlu cuci muka,basuh tangan terus melantak.

Udara kat kampung pagi-pagi camni memang xleh lawan udara asid kt KL tu. Rasa macam nak jogging je. Teringat lauk sahur tadi, makan ketam macam makan kacang je. 5 ekor kasi licin. Petang ni memang dah target pasar Ramadhan kat kampung aku. Memang dia punya Ramadhan lebih ikhlas dari Ramadhan yang aku pergi area Bangi.

Kat sini murtabak dia tebal macam buku teks sejarah bukan sebesar kotak mancis. Dia punya ayam percik saiz ayam Belanda bukan saiz burung puyuh. Karipap dia inti kentang + daging. Bukannya inti yang diisi angin. Kuih-kuih lain masih 4ketul seringgit. Kadang-kadang dapat jugak 5 ketul seringgit.

Petang ni mak aku nak masak ikan keli masak cili, ketam masak lemak, udang lipan sambal tumis, sayur labu masak lemak, sotong masak tomato.Khas untuk anak bujang dia ni. Lu orang jangan rajin-rajin nak datang kampung aku petang ni. Aku tak mau kasi alamat. Tak sabar nak berbuka puasa petang ni kan?


Tapi...

Itu hanya imaginasi aku ketika ini. Yang sebenarnya aku tengah tunggu gaji masuk hari ni atau esok. Kalau masuk, segala cerita aku kat atas akan jadi kenyataan. Kalau tak masuk lagi esok, tolong lah temani aku berbuka di bandar Metropolitan ini selama 3 hari berturut-turut. (Gadis-gadis saja!).

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Aktiviti tengah hari

Sekali sekala tidur kat ofis best jugak. Feel dia tu lain macam sikit. Tak payah susah-susah nak kira kambing biri-biri sebelum tidur. Kasik pejam mata,terus lena. Sampai aku termimpi-mimpi pergi pasar Ramadhan petang ni.

***Masa kejadian adalah di waktu rehat. Jangan salah sangka.

Monday, August 24, 2009

Mamak yang tak berapa Ramadhan

Hilang feel aku puasa sehari bila berbuka kat kedai mamak!Dari awal Muharram sampai Ramadhan, lauk pauk sama je. Takde semangat Ramadhan langsung. Kuchai Lama plak takde pasar Ramadhan. Yang ada pasar Syawal. Sibuk orang berniaga jual tikar,langsir dan segala benda nak sambut raya. Baru 3hari puasa macam nak sambut raya esok hari. Tak prihatin langsung.


Aku masih kempunan ayam percik bahagian peha sama murtabak daging 2inci tebal. Tolong hantarkan makanan itu pada aku sepanjang Ramadhan. Pasti kamu akan ku jadikan isteri nanti. Huhu. (Perempuan sahaja!)

Sunday, August 23, 2009

Rindu masakan mak

Sepanjang 2 hari berpuasa aku dapat membuat beberapa kajian secara tidak langsung. Seperti tahun-tahun sebelumnya jugak. Beberapa perkara ini tetap sama.

Rokok
Secara purata aku menghisap rokok sehari adalah 8 batang. 4 batang selepas berbuka dan selebihnya sebelum sahur. Maka, aku hanya membeli Dunhill 14 sehari berbanding Dunhill 20 sebelum ini.

Kuih
Karipap inti kentang sangat susah didapati di kawasan bazar Ramadhan tempat aku. Yang aku pasti kuih melaka yang aku beli adalah sebesar bola ping pong dan isi gula merahnya macam celaka. Sikit!.

Gula
Dah 4hari aku cari gula. Langsung tak ada. Hari-hari aku minum air masak + ais batu. Kordial sangat rugi di beli. Macamana aku nak buat kuih semperit kalau gula takde!

Sardin
2hari aku berpuasa aku dan teman serumah makan sardin tumis dan sardin kari. Gaji akan dapat dalam minggu depan. Kena berjimat.

Astro & broadband
TV terpasang 24jam. Banyak masa dihabiskan tengok TV selain bertadarus. Ehem. Internet di pakai sepanjang malam untuk membaca komik dan berchating. Ada satu malam aku berchating dengan samseng kampung dusun sampai 5jam. Itu adalah rekod aku berchating selama internet diperkenalkan di dunia.

Mak
Mak aku tanya aku semalam, "Hang ingat lagi tak jalan balik kampung?".

Friday, August 21, 2009

Selamat Berterawih ini malam

Sempena puasa yang akan bermula esok:

Pagi ini aku bersarapan nasik lemak + sambal sotong + telur goreng. Tambah kuih lapis 3 ketul yang tak sedap. Dari jam 9 pagi sampai 1130 pagi, aku telah minum air Nescafe panas & kopi 3 dalam 1.

Untuk makan tengah hari ini, aku dah plan nak makan nasi beriani + ayam + daging kambing + sayur kobis. Air tembikai ais. Lepas tu pergi semayang Jumaat. Lepas Jumaat, beli goreng pisang + keladi goreng + air tebu.

Untuk santapan petang aku bercadang mahu makan nugget McD + Milo ais. Untuk makan malam dah target nasi Tomyam + telur dadar 2 biji (penuh cili).

Cerita pasal sahur, awal bulan aritu dah beli stok sardin + kari ayam tin + telur asin. Hari ini adalah hari makan siang aku sebelum puasa esok. Mulai esok aku akan berhenti merokok selama separuh hari. Makanan untuk berbuka adalah ala kadar. Nasi akan dikurangkan supaya proses menguruskan badan aku selama bulan puasa akan berjaya!

Malam ni terawih. Harap-harap more malam ni ada karipap inti kentang.

Selamat berterawih dan selamat berpuasa


Yang Ikhlas,
Clark Pett

Wednesday, August 19, 2009

Kalau ini soalan RM1 juta, memang aku kalah.

Jam pukul 0100 pagi. Aku baru pulang dari kerja. Sebenarnya kerja dah beres kul 7 tadi. Tapi disebabkan terpaksa jumpa agent company aku yang datang dari Jakarta. Dia seorang cewek comel. Datang atas urusan kerja. Tapi memandangkan dia adalah tetamu, aku kena bawak dia jalan-jalan kat area KL malam tadi. Bukan aku yang drive pun, tapi brader opis aku. Kalau aku drive area KL, memang dah sesat ke arah Seremban tak pun Port Klang. Aku buta jalan KL. Tapi kalau area Kota Damansara,dalam tangan. Huh!

Tempat-tempat yang kami lawati adalah seperti Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur,Tugu Negara serta tempat tumpuan orang ramai di sekitar KL. Ini dah macam tulis karangan. Cilakak. Makan di area Kampung Baru sebab minah tu nak makan nasik lemak antarabangsa. Orang cakap sedap, tapi aku rasa biasa ja nasi lemak tu, tak antarabangsa pun.

Sebagai pemandu pelancong secara tak rasmi, aku kasik serba serbi informasi tentang KL. Haram aku main belasah je. Minah ni nak sangat tengok KLCC. Kat Indonesia, dia cakap dia tengok KLCC dalam bentuk key chain je. Ini kiranya dia punya impian la nak tengok KLCC.

Seronok dia bukan main dapat bergambar depan KLCC. Gambar aku dah sah-sah ada dalam kamera dia tu. Aku kasik goreng serba sedikit pasal KLCC ni. Dia tanya aku jawab. Dia tanya aku jawab. Tapi aku rasa salah satu jawapan yang aku kasik tu macam salah.

Soalan : "Kiranya KLCC ini ada berapa tingkat semuanya pak?"

Jawapan: "Oh..Kalau di hitung dari bawah, semuanya ada 150tingkat".


Muka aku yakin dan dia percaya.

Monday, August 17, 2009

Entry Bergambar Separa Seksi

Ni pulak aktiviti hari Ahad aku semalam. Penat tak hilang lagi, tapi aku tetap pi sokong industri muzik Malaysia sambil usha awek-awek kat PJ. Tapi,sorang pun tak dapat. Ciss.

Acara dimulakan dengan tarian zapin oleh Yanz Budak Hijau di hadapan ribuan pengunjung. Tepukan agak gemuruh sekali. Sebelum Dila Raden menari tarian lilin di atas pentas. Di ikuti oleh tarian tango oleh Masri & Vivi. Tapi gambar tidak dapat di siarkan kerana sorang pun tak bawak kamera. Gambar-gambar ni pun aku beli kat internet. Lu orang tengok rambut Dani. Dia cakap rambut dia macam Maya Karin. Aku iyakan saja supaya dia tidak kecik hati.


En.Farid bersama bandnya "The Radios". Turut kelihatan adalah kekasih hatinya merangkap tukang video. Semasa temuramah semalam, En.Farid memberi tips-tips macamana mencari kekasih sambil si sokong hebat oleh En.Dani yang mempunyai kekasih di Korea. Ciss.

Dari kiri : Dila Raden, Itu Bukan Awie, Dani, Yanz , Masri dan Vivi.

Semalam ada orang panggil aku"Abang Awie!!!!Nak sainnn".
Aku toleh kat belakang, ada budak kecik bawak buku nota sambil pegang pen.





Aku cakap kat budak tu "Abang bukan Awie adik, abang Clark Kent".

Gambar seksi di MTV World Stage

Hari ni kasik tengok gambar sudah la. Aktiviti ni lebih berfaedah dari merempit. Sedikit gambar sekitar MTV World Stage kat Sunway Lagoon Sabtu lepas.

Epol (The Dearly Missed) bersama abangnya Rizz (Dashown). Topeng tu menyebabkan ramai awek-awek terpikat. Wa tak tipu oi.


3 orang makhuk (Midi,Ekmal & Afif) yang bakal bermandi peluh selepas konsert. En.Ekmal yang tidak memakai topeng kerana dia kebal dari H1N1.

Epol,Siam,Pett & Afif.


Sorang makhluk yang takut kena selsema babi walaupun dia adalah Clark Kent.
Tiket lebih ada satu aritu. Tapi tak sempat nak roger lu orang. Tapi kalau aku nak kasik pun, kasik kat bunga je. Kumbang kena beli sendiri la. Akhirnya tiket dijual untuk duit rokok dan makan minum aku malam tu. Berbaloi betul.
Ulasan pasal konsert lu orang baca je kat paper ke @ internet. Takpun nanti diorang tayang kt MTV.

Thursday, August 13, 2009

Cinta Pertama Aku - Rubiah

Ruby adalah cinta pertama aku. Nama kampung dia Rubiah. Dia seorang gadis yang cantik. Ada iras-iras melayu campur minah saleh. Kalau lu orang tengok mesti tangkap leleh dan hati pasti jatuh. Berkulit putih berambut sedikit kerinting. Lesung pipit memang sah-sah ada kalau awek tu cun. Awek-awek kat kampung aku memang anti habis dengan Ruby . Cemburu kerana wajah mereka tidak seputih Ruby.

Aku juga minat pada Ruby. Jatuh cinta pada pertama kali mata bertentang. Bila berjumpa dengannya,jantung pun berdegup kencang. Rumah aku tak jauh dari rumah Ruby. Tiap kali Ruby keluar ke kedai, memang dari jauh aku dah nampak dia nak lalu depan rumah aku. Masa dia lalu, aku akan siram pokok bunga, sapu laman dan adakala mencangkul ala-ala berkebun. Sambil anak mata menjeling kelibat Ruby.

Waktu petang adalah waktu yang paling berharga bagi aku. Kerana tiap-tiap petang Ruby akan lepak di beranda rumahnya yang bertentangan dengan padang bola. Dah sah-sah aku pergi main bola. Ada jugak budak-budak hingusan yang main jongkang-jongket sambil usha Ruby. Tak macho langsung main benda budak-budak macam tu. Ingat Ruby nak pandang ke korang. Jangan harap.

Aku dan Ruby belajar di satu tempat yang sama. Kelas memang aku tak pernah ponteng. Dari jauh aku selalu usha dia. Tapi,tiap kali dia usha balik, cepat-cepat aku alihkan pandangan aku ke arah pintu,pokok bunga,papan hitam dan segala benda sekeliling aku. Dalam hati, jantung bukan main laju dia punya degup. Celaka.

Suatu hari hati aku tak tertahan lagi,aku tulis surat pada Ruby. Masa tu talipon tangan tak popular lagi. Terpaksa pakai surat letak bedak baru dia tahu aku wangi. Isi kandungan surat memang jujur dan tulus. Aku luahkan segala isi hati aku pada Ruby. Memang masa ni aku menaruh harapan.

Tapi...cinta aku tak berbalas. Sejak dari itu Ruby selalu menjauhkan diri dari aku. Pelajaran aku terganggu. Jiwa rasa kecewa yang amat sangat. Itulah pengalaman pertama aku putus cinta. Pernah aku lihat Ruby bermain jongkang-jongket dengan seorang budak laki di padang. Prestasi permainan bola sepak aku terjejas gara-gara aksi di papan jongkang-jongket. Jelas dia gembira bersama lelaki itu.

Walaupun kecewa, aku dapat tamatkan pengajian dengan cemerlang. Kebetulan pada ujung tahun itu, bapak aku kena pindah ke daerah lain. Secara tidak langsung aku akan melanjutkan pembelajaran jauh dari cinta curang Ruby. Aku nekad mahu mulakan hidup baru di tempat baru. Aku rasa bapak aku dapat memahami kekecewaan aku disebabkan Ruby.




Akhirnya aku didaftarkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf(SYS), Batu Gajah, Perak pada 1988 sebagai murid tahun satu.

Kini Ruby aku tidak lagi ketemu. Dia hanya kenangan pahit yang aku tinggalkan di Tadika Kemas Sungai Bogak,Bagan Serai,Perak.


Sekian cerita cinta aku. Terima kasih kerana berkongsi kesedihan aku. Kamu memang kawan yang baik.

Tidurlah!

Apasal aku masih berinternet pagi-pagi buta ni. Hujan dah turun dengan lebatnya. Angin hujan pulak masuk celah-celah pintu. Tambah pulak dengan angin dari kipas syiling usang umah aku. Selimut bercorak harimau bintang aku pulak asyik memanggil-manggil.


Apa lagi nak fikir?Memang dah takde perkara lain yang lebih berfaedah pagi-pagi buta ni selain daripada TIDUR.

Wednesday, August 12, 2009

Ini Cerita Semalam

Semalam duit tinggal hanya RM110.00. Dari semalam aku berpikir duit aku dah pergi mana. Asal awal bulan banyak. Tapi bila nak sampai 15hb je mesti dah susut. Kadang-kadang aku rasa duit aku di curi toyol. Celaka punya toyol.

Semalam aku dah budjet duit aku sampai lepas MTV World Stage Sabtu ni. Tiket dah ada. Kena spend duit minyak keta dan rokok sepanjang minggu ini. Minggu depan aku dah boleh puasa seminggu awal dari lu orang semua.

Semalam jugak aku dah daftar Astro. Sabtu ni diorang datang pasang sebab bola dah nak start Sabtu ni. Sakit mata aku tengok TV yang arial dia tak secantik gadis comel yang aku jumpa itu hari. Terjejas pandangan aku bila tengok tilawah Al-Quran kat TV1.

Semalam jugak aku tak makan malam di kedai. Aku dah budjet makan maggi goreng kat rumah. Dapat jimat serba sedikit duit makan malam sambil kuruskan badan. Sambil jogging anak-anak dalam rumah supaya cepat letih dan senang nak tido awal. Jimat rokok dan makan.

Semalam jugak aku dah kira-kira duit yang perlu aku belanja besar untuk gaji bulan depan. Tayar keta 2 biji,service keta dan road tax keta adalah belanja besar yang aku maksudkan. Road tu yang paling berat nak bayar. Tamat tempoh masa raya kedua. Cilakak tul. Kena berjimat dari sekarang.

Semalam aku tido lewat. Semalam jugak aku ada RM110.00. Tapi hari ini ada Rm10 je. Apa cerita ni???




Sebab semalam jugak aku terjumpa promosi Maxis Broadband.


Aku dah mula puasa hari ni. Jangan mencarut dengan aku sebab aku akan mencarut balik.

Tuesday, August 11, 2009

Ada gaya tak?

Sukan terbaru aku selepas futsal.


Sekarang dah mula ketagih main benda ni. Lepas balik kerja terus main. Siap bola yang aku baling tu ada sikit gerakan lengkung macam orang-orang pro main. Lu orang tengok sikit gaya silang kaki aku tu. Bukan saja-saja silang tu. Ada effect bila main. Macam terer kan?Gaya tu penting. Ingat tu.

Ok.Sekarang bila kita semua nak bertarung?

***Aku rasa macam tangan kanan aku dah besar sebelah. Mahu ada muscle tak lagi lagi ni.

Monday, August 10, 2009

Samseng pun tau takut

Semalam baru balik outstation. Sampai depan rumah, 2 budak nakal merangkap anak jiran aku tersengih-sengih. Jangan harap aku nak sengih balik. Nak pancing aku la tu. Takdenya aku nak beli keropok ke gula-gula ke kat korang.

Dah la malam-malam korang duk ketuk-ketuk pintu rumah aku. Tak cukup pintu,dinding pun korang ketuk-ketuk masa bapak korang keluar. Sebelum subuh dah bising-bising.Tu belum lagi kesan tapak tangan kat keta aku. Macam-macam korang tulis pagi-pagi. Nasib baik la tu air embun je. Tapi korang tetap samseng kecik yang tak boleh bagi muka.

Sorang abang, sorang adik. Kalau kat tadika ni, budak-budak lain mesti dah takut ni. Tapi jangan harap aku nak takut dengan korang. Aku ketuk kepala sorang-sorang kalu apa-apa terjadi pada keta aku. Siap korang.

Aku turun dari keta. Mereka masih tersengih-sengih macam siput busuk. Aku ambil beg dan terus nak masuk rumah. Muka ketat sikit, baru budak-budak respek brader-brader macam aku ni.

Baru nak bukak pintu, si abang bertanya.

"Abang baru balik kerja?"soalan budak-budak hingusan.

"Hmm.." aku jawab dengan ego dewasa.

"Abang kerja apa?"soalan tahap tadika ni.


"Kerja Tok Mudim," aku jawab ringkas sambil memberi jelingan tajam.


Malam tadi dengan amannya aku dapat tengok Clark Kent cuba tackle balik Lana Lang dari Lex Luthor.

Wednesday, August 5, 2009

Tengah fikir nak letak tajuk apa

Aku tengah fikir tentang urusan kerja yang belum selesai minggu ni.
Aku juga tengah berfikir tentang MTV World Stage kt Sunway Lagoon 15hb ni.
Aku juga tengah berfikir tentang road tax kereta aku yang akan tamat pada hari raya kedua.
Aku juga tengah berfikir tentang anak-anak jiran aku yang nakal itu.
Aku juga tengah berfikir nak tulis apa kat blog ni.
Aku juga tengah berfikir nak beli kasut futsal baru.
Aku juga tengah berfikir nak beli lense baru untuk kamera aku.

Aku juga tengah berfikir kenapa aku rasa macam sedang jatuh cinta pandang pertama sejak minggu lepas.
Lu orang boleh fikir untuk aku tak bagaimana aku nak mengorat gadis?

Sebab asyik aku je fikir, lu orang tak fikir ke aku ni tak reti mengorat?

Betul aku tak tipu.

Friday, July 31, 2009

Aku nak jadi hero filem boleh?

Ada orang tanya aku kenapa aku tak kerja sektor kerajaan. Bukan aku anti kerajaan atau aku pihak pembangkang, tapi aku seorang yang amat tidak berdisplin. Sedikit selekeh dari segi pakaian (juga cerewet).

Dari Pak Lah jadi menteri sampailah Najib amik alih, banyak kali aku hantar surat cadangan supaya orang kerja kerajaan boleh simpan rambut panjang. Tapi,sampai sekarang beliau tidak membalas surat rakyat macam aku. Tak prihatin langsung keperluan remaja dewasa macam aku. Atau mungkin kerana dia tidak cukup rambut.

Oleh itu, aku lebih senang bekerja kuli di sektor swasta. Nie gaya rambut aku di ofis. Mesti Najib cemburu. Huh!
Ada sapa-sapa nak amik aku jadi hero filem tak?Pengarah muda lagi bergaya serta masih solo si Elly, lu boleh ujibakat gua. Berlakon free pun xpe.

Thursday, July 30, 2009

Berapa harga sebatang gigi palsu?

2 minggu lepas adik aku yang belajar kt UNIKL xcident moto kat kampung. Berbekalkan vespa biru yang baru dia beli, dia meluncur laju ke arah kereta proton waja yang dipandu orang bodoh yang malas nak kasi signal bila masuk simpang. Apa punya celaka pemandu macam tu.

Dengan helmet separuh Nazi yang adik aku pakai tu, telah menghancurkan cermin kereta tu. Nasib pemandu kereta tu aku malas nak cerita. Itu kisah orang kampung aku. Lu orang boleh agak apa yang jadi kalau kena langgar kat kampung sendiri lepas tu buat muka kerek campur muka ketat sound adik aku yang tengah berdarah kepala.

Sebagai abang yang penyayang, memang aku nak terus je balik kampung, tapi bila adik aku dah call terus tak jadi balik:

Adik : Acik ok bang. Sikit ja luka.
Abang : Confirm?
Adik : Confirm bro,semua ok, vespa remuk depan.
Abang : Patah-patah tulang tak?
Adik : Tak. Tapi hilang satu gigi depan.
Abang : Awek lari tak?
Adik : Steady lagi bang.
Abang : Ok la tu.
Adik : Abang, mintak tolong boleh?


Kesimpulan cerita, duit nak repair vespa dengan nak buat gigi baru, lu agak-agak sapa nak tanggung?Insuran sah-sah 5-6bulan baru dapat.

Dah susut sikit duit aku simpan untuk kawen.

Tuesday, July 28, 2009

Ingat senang ke nak jatuh cinta

Orang itu ada. Mamat tu pun ada. Member aku pun semua ada sorang satu. Mamat muka pecah rumah tu pun boleh ada. Pakcik cleaner tu pun ada. Orang tua yang nak mampus lagi seminggu dua pun ada 2-3 orang. Yang muka kacak pun ada pasang 4-5 orang. Yang dah berbini pun tak lepas peluang pasang sorang dua. Yang banyak duit lagi senang dapat. Yang tak berduit lebat pun boleh ada. Lu orang pun mesti ada kan?


Kadang-kadang terasa mahu ada awek. Amacam ni?

Monday, July 27, 2009

Petua diet yang jarang berkesan

9.00malam

Pett : Pojie, makan nasi jom.

Pojie : Wa diet. Malam tak makan nasi dah. Jaga badan beb.

Pett : Ooo..ok. Tapi wa goreng nasi ni. Sedap.

Pojie : Lu makan sorang-sorang je la. Wa makan ringan-ringan je.

Pett : Makan apa?

Pojie : Wa dah tapau burger ayam 2 biji.

Pett : Hmmm...ok.

Saturday, July 25, 2009

Tinted keta murah - Tolong adik aku promote bisnes

Disebabkan aku ni abang yang amat baik hati dan selalu menolong adik-adik, aku promote bisnes adik ke-2 aku yang amat rajin mencari duit dan selalu memberi abangnya pinjam duit. Berapa banyak dia punya bisnes pun aku tak tau. Raya Haji dia nak kawen. Aku sebagai abang mengalah dulu, bagi adik-adik kawen. Hero macam biasa, last-last baru kawen.

Petikan dari SMS adik aku untuk di lulus tayang ke blog aku:

Saya menyediakan service memasang tinted berjenama yang berkualiti tinggi pada hargayang begitu berpatutan & separuh ataupun 30% dari harga kedai.
Selain dari kereta, kami juga menyediakan service untuk tinted cermin2 di rumah anda dan harga adalah mengikut kaki persegi.

Pemasangan tinted hanya dilakukan selepas waktu bekerja ataupun sabtu ahad memandangkan kami (Tekno Tinted) melakukan bisnes ini secara freelance dan dipasang oleh pekerja yang mahir dan berpengalaman selama lapan tahun sejak tahun 2001 di dalam pemasangan tinted.

Warranty pemasangan (sekiranya ada bubble @ terkopek @ rosak akibat pemasangan) - 1 tahun. Tinted yang digunakan sememangnya berkualiti tinggi & tahan 3-4 tahun.Disini saya nyatakan beberapa senarai harga

Normal tinted dengan pilihan berbagai warna dan jenis = RM250 - 300 mengikut saiz kereta(Retail RM550 - 650)
Normal Tiga-M = RM400 - 450 (Retail rm950- 1000)
Tiga-M line kristal = RM700 - 1000 (Retail RM1800 - 2600)
Kool ilit = RM 750 - RM 850 (Retail RM1800 - 2700 ******** TOP END TINTED)

Nama2 tinted diatas terpaksa ditranslate atas sebab copyright & license :P

Untuk detail sila call saya di talian 012-5145370 (Azhar)

Nombo talipon tu aku letak lepas dapat persetujuan dari bakal adik ipar aku. Jangan hantar mesej yang bukan-bukan sebab dia dah bertunang. Tapi abang dia ni masih solo dan juga amat boros berbelanja, jadi cuba-cuba la tackle.

***Kereta aku tinted pun kena bayar.Tak dapat free. Bertuah punya adik.

Thursday, July 23, 2009

Entry untuk Pengantin Baru

Entry khas untuk pengantin baru yang baru bernikah Ahad lepas. Majlis yang memang grand seumur hidup kalau kenduri kahwin luorang macam ni. Bil elektrik kat hotel tu saja luorang dah tak mampu nak bayar. Aku dengan berpakaian serba kemas & berkot hitam berseluar jean. Member-member lain lebih kurang kemas sama dengan aku.

Pengantin perempuan yang manis ni member sekelas masa study kat Terengganu dulu. Aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ainoor Nellissa & Wan Azryn. Semoga berbahagia sampai akhir hayat.

Gambar ehsan dari En.Azrul & pasangan Nikky Zurina

Dah habis majlis baru aku tau ada tema pakaian, patut la aku tengok orang lain pakai baju melayu siap sampin macam pagi-pagi raya. Paling malas pun pakai baju batik kaler-kaler. Nasib baik tak kena halau sebab berpakaian tak senonoh.

***Hotel tu ada tempat merokok kat belakang. Dapat lepak dengan Dato-Dato sembang pasal bisnes. Sikit-sikit selit pasal padang golf mana yang paling cantik.

Friday, July 17, 2009

Perasaan curiga terhadap kanak-kanak

Dah masuk 4hari aku pindah rumah sewa baru di hujung peta Kuala Lumpur. Dekat sikit dengan tempat kerja yang memakan masa 15 saja. Rumah baru ni aku ada 2 orang termasuk aku. Mamat satu ofis dengan aku. Hujung tahun dia nak kawen, aku dah plan nak cari tempat berteduh yang baru.

Rumah ala-ala kampung yang memungkinkan aku tidak lupa daratan tentang asal-usul aku ni. Berkembar dengan jiran yang sudah berkeluarga. Ada 2 orang anak lelaki yang belum lepas mimpi basah. Darjah 2 & 3 barangkali. Tak sempat interview budak-budak tu.

Rumah yang ada 2 bilik kelamin ni menawarkan 1 bilik air besar secara percuma. Ditambah dengan 1 kipas syiling yang aku rasa dipasang sejak tahun 80-an. Ruang tamu yang luas macam padang tennis. dari segi keselamatan, amat berpuas hati dengan adanya tuan tanah @ tuan rumah 50meter depan rumah aku. Kalau pencuri nak try-try pecah rumah, dia dah stanby dengan parang panjang.

Garaj kereta cuma ada 1. Oleh yang demikian, kereta aku terpaksa meyerah kalah kepada jiran sebelah yang lebih otai dari segi tempoh bermastautin. Kereta aku terpaksa di parking di hadapan pintu rumah. Lebih dekat di hati aku.

Semalam masa aku balik kerja, parking keta depan rumah. Nampak 2 orang kanak-kanak riang bermain di garaj kereta yang menempatkan kereta bapa mereka. Sorang naik atas bumbung dan sorang main ketuk-ketuk bonet. Nampak kenakalan yang amat dashyat dalam diri kanak-kanak itu.

Aku turun dengan dahi berkerut. Nampak mereka berdua melemparkan senyuman manis pada aku. Macam ada niat jahat yang tersembunyi. Celaka.

Wednesday, July 15, 2009

TV baru aku

The 55” (140cm) X Series BRAVIA manages to achieve the perfect synergy of design and technology with cutting-edge technologies such as RGB Dynamic LED, BRAVIA Engine™ 2 Pro, Motionflow™ PRO Technologies and DLNA.
Suggested Retail Price
RM 27,000.00


Hmmm...tak cukup lagi RM26,500 je. Hampir-hampir nak sambar dah tadi.

Monday, July 13, 2009

Dinding Itu

Sejak semalam aku melihat dinding rumah sewa aku. Dinding itu dahulunya putih. Ada sedikit sawang-sawang yang dikait oleh labah-labah yang rajin. Dinding itu dulu cantik. Sebelum ini aku tidak pernah melihat di sebalik dinding itu. Aku abaikan dinding itu sejak sekian lama. Warnanya sedikit pudar. Aku rasa warnanya kini agak kuning-kuning air lebih kurang. Sudah tidak suci lagi.

Dulu dinding ini memberi aku kegembiraan, keseronokkan, kesedihan dan segalanya. Dulu dinding ini bercahaya, bersuara, menangis, ketawa bersama-sama aku. Tapi kini dinding ini sepi. Makan, minum, merokok sekarang sudah tidak memberi aku kepuasan bila dinding itu sepi.

Aku rindukan dinding itu. Semalaman aku tidak tidur memikirkan dinding itu. Yang tinggal cuma rak kecil yang juga tidak berteman. Aku terus memandang dinding itu tanpa berkelip. Aku dah buat keputusan.




“Esok kena beli TV baru”

Friday, July 10, 2009

Ciuman pertama aku...

"Apa???!!!Bonus 6bulan?????!!!"

Aku melompat keriangan. Gila. Tak pernah-pernah selama aku berkecimpung ke alam pekerjaan ni dapat rasa bonus macam tu. Senyum sampai telinga. Dalam kepala otak aku dah fikir nak beli apa. Itu,ini yang tu,yang ni,sana,sini.

Memang gila. Memang aku boleh kawen dah ni. Cukup hantaran kalau takat 10k. Mintak lebih-lebih memang aku tolak tepi. Gila nak jual anak ke apa. Baik aku tukar sport rim keta dengan bumper,skirt semua. Lebih berbaloi.

Aku dah order TV LCD 47 inci. Baru jelas dan terang kalau tengok movie ke apa. Peti sejuk kena beli yang 8tingkat. Macam-macam boleh taruk. Ikan Yu takat 2 depa tu rilex je taruk dalam peti sejuk tu. Itu pun aku dah order. Petang ni sampai la kat rumah.

Sofa esok beli kat Ikea. Cun. Katil nanti kawen la beli. Beli sekarang buat apa. cukup tido atas sofa lembut Ikea tu. Dapur aku cadang nak angkat yang tak keluar api tu. Pakai haba je. Baru risiko kebakaran kat rumah rendah. Selamat.

Duit kat mak aku dah bank in tadi pakai CIMB Click. Berkat tu. Laptop kat adik-adik dah beli. Lepas tu aku beli kerusi urut OGAWA buat hadiah harijadi kat bapak aku bulan depan. Beli 1 free 1. Mak pun boleh dapat.

Tadi baru beli lense camera baru. Lepas tu singgah kejab kat kedai moto. Aku tengah usha moto srambler. Agak boleh tahan jugak la dia punya harga. Downpayment tinggi sikit.
Aku dah buat kira-kira nak beli cash. Tapi tak cukup nak cover barang lain. Duit kawen lari banyak. Cukup la bayar bulan-bulan.

Tengah sedap lepak kat kedai moto tu,tiba-tiba ada awek seksi datang. Muka memang cun. Pakai baju kaler merah hati. Body cutting model.Putih melepak. Aku usha je. Dia datang dekat aku. Dia peluk aku rapat-rapat sambil bibir dia nak cium bibir aku. Aku panik dan layu.

Tapi,benda tu tak sempat jadi sebab mimpi aku berhenti sampai tu je malam tadi. Apa yang aku order tak tau la boleh sampai ke tak. Mimpi ni pun satu, kasi la awek tu cium aku dulu. Cisss.

Terpaksa aku tunggu mimpi malam ni. Harap-harap dapat sambungan semalam.

Tuesday, July 7, 2009

Entry Khas untuk pengantin baru

Berdasarkan entry di bawah, wa paparkan serba serbi gambar masa kenduri kat Kota Tinggi Johor ahad lepas. Dua-dua ni kawan wa masa study kat Ganu dulu. Bercinta dari tahun 1, 2003, memang jodoh tak kemana wa cakap. Jodoh wa je tak sampai ke jinjang pelamin.


Lu orang agak-agak apa tugas wa masa kenduri ni? Yang lain tu datang makan nasi je.
Tu bukan duit tol tau. Awek-awek tu mintak num talipon. Beratur sorang-sorang mintak wa punya name kad.
Sampai Mak Andam tu pun mintak. Tapi wa cakap dah habis. Dia mintak num phone wa. Wa kasi, tapi bukan wa punya number, wa kasi num Dani. Semalam dia cakap ada awek cun nak berkenalan ngan dia. Seronok bukan main dia. Wa cakap layan je, mana tau tu jodoh lu.

Nampak tu. Sekarang wa dah pikir nak buat bisnes baru. Nak jadi photographer dah ramai sangat. Wa nak wat perhidmatan pengapit. Boleh la kalau nak booking sekarang.



Apa-apa pun wa ucap SElamat Pengantin Baru kat diaorang nie. Semoga bahagia sampai akhir hayat.

Mamat ni selama bujang duk serumah ngan wa sampai keja. Lepas ni terpaksa wa bawak diri sebab dia tak kasi wa tumpang rumah dia dah. Wa nak sewa bilik je, tapi dia tak kasi. Tak patut betul. Wa tak mengintai la.

Monday, July 6, 2009

Jalan-jalan sambil makan nasi minyak

Awek-awek Kota Tinggi Johor boleh tahan jugak cun. Tapi kalau nak jumpa bakal makbapak mentua kat sana, mau aku sakit pinggang 2-3 hari. Kalau hantar rombongan meminang, mau bapak aku suruh nikah terus hari tu jugak. Terpaksa aku menolak jelingan-jelingan manja awek-awek Kota Tinggi semalam sambil makan nasik minyak + air sirap.

Thursday, June 18, 2009

Sibuk itu Busy


Aku kat Amerika sekarang. Sibuk bisness. Nak balik tak boleh pulak. Nanti kena tahan kat KLIA tak pasal2 muka aku masuk paper.

Thursday, June 4, 2009

Dunia sedang sibuk sekarang

Kali ni aku betul-betul sibuk. Najib pun tak sibuk sangat macam aku. Balik kerja mandi, tengok tv, mesej2, tido. Bangun awal. Kerja. Balik pun lewat. Tahun depan aku nak dapat award pekerja terbaik.

Bukan aku saja yang sibuk, orang lain pun. Aku dengar Indonesia pun sibuk jugak. Tadi aku buat panggilan ke Indonesia atas urusan kerja. Memang hari-hari aku call orang luar negara sebab orang kat Malaysia tak mau cakap dengan aku. Orang Rusia, Myanmar, Filipina, India saja mau cakap dengan aku. Nombor talipon dah la panjang-panjang, memang aku tak penah hafal pun.

Berbalik kepada panggilan ke Indonesia ni. Aku dail. Tak dapat. Aku dail lagi. Operator pun jawab:


"Harap maaf. Negara sedang sibuk. Sila hubungi sebentar lagi."


Betul-betul sibuk Indonesia sekarang ni. Sampai mesin operator pun diaorang rakam jawab camtu.

Sunday, May 31, 2009

Bila aku mula bersajak..

Bila tanggungjawab itu bertambah,
Rutin harian akan berubah,
Merubah kepada yang malas kepada yang rajin,
Merubah sesuatu masa menjadi singkat,
Merubah fikiran sempit menjadi seluas ruang angkasa.

Bila tanggungjawab itu satu beban,
Kamu menjadi lebih tabah,
Menjadi lebih tekun,
Menjadi lebih berani,
Menjadi kamu lebih kuat.

Bila tanggungjawab itu satu risiko,
Jangan salahkan masalah,
Jangan lari dari keputusan,
Jangan sesekali takut,
Kerna itu adalah sifat pengecut.

Bila tanggungjawab itu satu kehidupan,
Baru kamu tahu hidup itu bukan satu corak,
Baru kamu tahu kamu perlu ke hadapan,
Baru kamu tahu kita semua ada tujuan,
Baru kamu faham kenapa kita asyik ketinggalan.

Sunday, May 24, 2009

Sehari tidak mencukupi menjadi seorang penganggur

Hari Ahad je aku jadi penganggur. Satu hari. Mana cukup. Bangun tido pun dh t/hari. Lepak-lepak tengok Melodi,Nona dah petang. Keluar minum sampai Maghrib. Balik tunggu bola start. Kul 1200 kena tido.

Sebab esok aku mula kerja baru sebagai model pakaian dalam lelaki. Terpaksa buat-buat sibuk minggu ni. Duit pun dah kering. Kena naik kenderaan 2 tayar saja mulai esok. Jimat. Rokok bawak 3 batang saja. Kena catu.

Rambut aku?Dah potong. Janggut dah trim. Ok. Aku nak balik berlatih gaya lelaki tepi kolam renang.

Wednesday, May 20, 2009

Aku pernah jadi ringan dulu..

Bukti aku pernah jadi ringan dan ramping. Aku cakap tak guna, tengok sendiri la.

Berat : 55kg

Tinggi : 180cm

Saiz seluar: 29-31cm

Tahun gambar di ambil : April 2007

***Tengah pikir nak gunting rambut fesyen macam orang Korea, tak pun Jepun.

Monday, May 18, 2009

Tolong jangan "private" kan nombor talipon anda

Kring.Kring.Kring.

Tengok nombor kat hanset aku. Private number. Ni mesti orang kad kredit nak mintak payment lagi.

"Hello..hello..hello", panggilan aku tak di jawab. Senyap je. Aku letak.

Kring.Kring.Kring.

Sekali lagi.

"Hello..hello..hello", tak jawab lagi. Aku angin.

"Hello..oi..oi...main-main ke?!" aku letak.

Kring..kring..kring..

"Hello...macam tu ka hang jawab talipon???!"

Suara tu aku kenal.


Bapak aku.

Nasib baik aku tak mencarut.

Thursday, May 14, 2009

Cinta Buatan Malaysia

Ini bukan kisah cinta atau lagu Search. Ini kempen membeli barangan Malaysia. Ada orang cakap aku tak sokong beli barangan buatan Malaysia. Ada ke patut cakap camtu. Diaorang tak tau ke hari-hari aku beli barangan buatan Malaysia. Siap ada bukti lagi. Nah! Amik kau.

Tu siap tulis tarikh lagi. Sapa cakap aku tak sapot?

Monday, May 11, 2009

Gambar bakal menantu sulung mak bapak aku.

Aku sibuk nak tukar kerja baru. Sibuk nak training sembur api. Mak aku suruh bertunang plak. Sabtu lepas dengan gembiranya mak bapak aku dah ada bakal menantu. Bakal menantu sulung. Lu orang tengok je la gambar-gambar kt bawah.
Cincin mahal nie. Kasi dua-dua skali.

Nie gambar tunang. Ok x?Cun?

Seronok mak aku dapat bakal menantu.Aku masa tu steady je. Rilex. Cool x?


Apasal gua rilex?Sebab tu bukan tunang gua pun. Tu bakal adik ipar gua. Gua kalau ngan adik-adik gua banyak mengalah. Dia nak kawen dulu gua kasi je. Hero memang macam tu. Ujung tahun ni dia kawen, so, gua terselamat dari dipaksa kawen cepat-cepat. Adik gua dah tolong cover gua untuk tahun nie. Takkan nak buat kenduri setahun dua kali. Membazir. Gua kawen lagi 2tahun la kalau jodoh tu sampai.

Dah tunang-tunang ni jangan buat tak senonoh plak. Nanti gua ketuk kepala sorang-sorang. Tunggu brapa bulan je lagi. Sabar tu penting. Selamat Bertunang untuk adik gua dan bakal adik ipar.(Siot,gua bakal ada adik ipar daaa..haha)

***Gua dah kira-kira duit simpanan gua nak beli lembu. Anak sulung mesti kena tunjuk tanggungjawab kat keluarga kan?

Wednesday, May 6, 2009

Kerja Baru Aku

Sekarang kerja aku makan api. Boleh makan api dan sembur api. Kalau ada orang tak puas hati, aku sembur je api kt muka dia. Sebenarnya ini latihan aku sebelum menjadi model Maskulin dan pelakon Ni gambar terbaru aku. Dah kurus sikit sejak seminggu lalu.



Rambut aku hampir terbakar masa pertunjukkan sembur api

Tuesday, April 28, 2009

Aku mahu jadi model bulan depan

Surat berhenti kerja aku dah siap taip. Dah siap sain. Esok aku nak kasi bos aku. Hari ni boleh pulak dia tak datang. Segala tawaran lumayan aku akan tolak tepi. Tidak akan dilayan.

Cuti aku rasa ada lagi 7 hari lebih kurang. Oleh yang demikian, aku akan berhenti tak sampai 1 bulan.

Lepas nie aku nak potong rambut. Kasi terpacak sket. Rambut depan kasi jatuh sampai dahi. Mungkin rambut aku sudah tidak kembang lagi. Mungkin. Mungkin.

Minggu depan mau beli baju baru. Sesuai dengan kerja baru aku.


Aku mahu jadi model pakaian dalam lelaki.

Tunggu gambar aku di majalah Maskulin.

Thursday, April 23, 2009

Gila-Gila Remaja Kampung - PART I

TAHUN 1999

Semalam baru habis SPM. Pagi ini Andy bangun awal. Berkemeja petak. Berseluar jean. Dia ada misi hari ini. Misi yang memang telah dirancang sejak dulu. Selepas saja tamat SPM,dia merasa kebebasan yang diidam-idamkan oleh semua remaja sebayanya. Lupakan segala jenis buku-buku teks yang telah bertahun memenuhi ruang otaknya selama ini. Kini masanya untuk dia memberi peluang otaknya daripada memikirkan tentang sejarah penubuhan Malaysia,teori fizik yang logik, x+y=x+y,karbon,nitrium,Jadual Berkala dan segala macam teori dan fakta dari helaian kertas yang di cetak oleh manusia.

Apa yang bermain-main dalam kepala otaknya kini hanyalah helaian-helaian kertas yang lebih berharga. DUIT. Memang Andy telah membuat keputusan untuk bekerja sebelum keputusan SPM keluar. Banyak masa untuk kumpul duit. Tapi duit itu bukan dicari untuk dia menyambung pelajarannya,tapi untuk dia memenuhi keperluan remajanya yang tengah melonjak-lonjak mahukan keseronokkan dan hiburan. Duit itu untuk membeli baju,jean baru,gameboy,gitar kapuk baru,kelaur belanja awek tengok wayang dan segala benda yang terlintas dalam fikiran remajanya itu.

Tersenyum dia seketika ketika sedang berkemas-kemas dihadapan cermin. Ada sedikit perasaan menjadi orang dewasa yang matang. Walaupun benak fikiran Andy ketika itu masih mentah untuk dia mengharungi erti alam kedewasaan. Masih tebal jiwa keremajaannya yang menagih kebebasan dalam melepak,merempit,bercinta dan seumpamanya. Jiwa seorang remaja yang memberontak dikala ibubapanya menjadi penghalang dia berbuat itu dan ini. Kebebasan yang terhad apabila menjadi budak sekolah yang memakai pakaian yang sama selama 12tahun.Bosan.

Di rumah Andy tidak menunjukkan sifat sebenarnya sebagaimana bila dia di sekolah. Bau rokok dibajunya dapat di tutup dengan cara tersendiri. Tidak mahu dia tersilap langkah lagi semasa dia di tingkatan 3 dahulu. Masih terasa kebas lagi mukanya kesan dari tamparan seorang ayah. Masih berjalur lagi belakang badannya yang dihinggap libasan tali pinggang kulit ayahnya. Tapi itu semua tidak merubah gaya hidup Andy untuk bersama-sama remaja lain terjebak dengan gejala sosial. Baginya ego dengan kawan-kawan lebih penting dari libasan tali pinggang ayahnya itu. Baru nampak sifat samseng dalam dirinya bila bersama-sama kawan-kawannya.

Tapi hari ini Andy tekad mahu hidup berdikari mencari duit sendiri. Boleh beli rokok dengan hasil titik peluh sendiri. Dia sedar sebelum ini rokok yang dihisap itu adalah bayangan duit ayahnya. Tidak pernah dia membeli rokok guna duit sendiri.

"Ini duit aku!Suka hati aku nak hisap rokok ke tak!" terlintas bakal dialog ego yang akan di ucapkan jika ada suara-suara sumbang masyarakat yang memandang serong terhadapnya. Jiwa kebebasan ciptaan sendiri.

Andy menyarung kasut. Kunci kereta di tangan. Ibunya memandang dari jauh. Raut wajah kehairanan timbul. Mungkin tertanya-tanya kemana Andy hendak pergi awal-awal pagi begini. Sebelum ini,kalau matahari belum mencecah waktu tengahari, Andy masih terbongkang di katil bujangnya.

Enjin dihidupkan. Andy bersiap sedia didalam kereta. Kawan-kawan sedang menunggu di simpang jalan. Terbayang Andy gaji yang bakal diterima sebulan. Dikira sekali dengan imbuhan 'overtime' jika dia rajin bekerja. Hampir RM1000. Sungguh lumayan bagi seorang bekas pelajar lepasan SPM. Kilang-kilang di kawasan perindustrian daerah tempat tinggalnya memang mengambil kesempatan yang terhidang untuk pelajar-pelajar SPM sepertinya. Ditawarkan gaji yang rendah tetapi pada pandangan bekas-bekas pelajar ini,ia satu jumlah yang besar walaupun hanya sebagai operator kilang.

Andy mengundurkan keretanya keluar dari garaj.

"Andy!Nak pi mana tu?",satu suara lantang menempik dari belakang.

Andy tahu suara siapa.

Dengan senyuman manis dimuka Andy,dia menjawab.

"Andy nak pi interview kerja kilang ayah",

"HANG JANGAN NAK NGADA-NGADA KERJA KILANG!HANG PARKING KETA HANG BALIK!"

"DAH KEJA KILANG NANTI,LAGI BEBAS HANG NAK JADI ORANG TAK TENTU HALA!BELAJAQ MALAS.DUK IKUT KAWAN-KAWAN TIGA SUKU HANG TU.",

"DAPAT DUIT,NANTI KELABU MATA TAK MAU SAMBUNG BELAJAQ!DAH!MASUK!"
Bersusun-susun ayat 'manis' keluar dari mulut ayahnya.


Andy diam. Parking. Masuk rumah. Hempas pintu.


Satu hari Andy tidak makan nasik.

Tuesday, April 21, 2009

Peluang itu emas,bukan gangsa.

Peluang itu adakalanya berkali-kali datang. Adakalanya sekali seumur hidup. Peluang itu bakal merubah segalanya. Berubah secara positif. Atau negatif. Satu keputusan perlu dibuat.

Aku dapat peluang itu. Peluang keemasan. Peluang yang berkali-kali menjemput aku. Dulu aku tolak kerana aku sudah merasa puas kononnya. Tapi,peluang ini lebih memberi aku kepuasan yang lebih di masa depan.

Apa keputusan aku?Ya.Aku terima. Semua akan berubah. Tranformasi ke arah sesuatu yang aku kira memberi cabaran dalam kehidupan seharian. Hasilnya?Aku akan dapat lebih dari apa yang aku ada sekarang.

Sesekali mencabar dan berhijrah adalah satu kepuasan. Peluang takkan datang lagi. Mungkin.

Ini peluang aku. Tinggal 1 bulan sahaja lagi.


Selepas itu,aku perlu lebih fokus dan komitmen. Ganjarannya?Cukup puas hati.


Peluang itu emas kan?


Gambar bayi ini tiada kena mengena dengan entry di atas. Dia comel.Jangan buat spekulasi liar terhadap lelaki bujang seperti aku.

Friday, April 17, 2009

Aku ada jiran yang cun la!

Aku tak tau pun jiran aku tu adalah awek-awek cun yang boleh buat luorang cair.

Hari Isnin aku kena pergi keja lebih awal. Diaorang biasa keluar pukul 7.15pagi.

Patut la orang selalu cakap,hidup berjiran kena muafakat. Muafakat membawa berkat.

Aku suka hidup berjiran.

Wednesday, April 15, 2009

Lepas beli kasut sukan,aku nak beli skirt..baru seksi.

Ni la hadiah yang aku kasik kat "si dia". Aku hadiahkan kasut sukan baru. Si dia tu kereta aku la. Bukan awek. Takde faedah aku nak beli menatang ni kasi kat awek. Gila apa. Bukan boleh pakai buat cincin pun.

Baru kereta aku nampak macam kereta brader-brader. Sedap sikit nak pusing-pusing usha awek-awek Segi College.




Tengah kumpul duit nak beli skirt pendek lagi seksi untuk si dia ni.

Jadual pemakanan aku dirombak untuk bulan ini. Makan 2x saja sehari. Malam diet.

Tunggu MU kalah pagi esok

Pagi tadi 8 biji gol. Puas hati tengok. Walaupun team aku kalah,aku puas hati. Tapi perlawanan pagi tadi terbaik. Ok Chelsea fan,luorang menang. Gua tak angin sangat kalau Chelsea dapat pi final nanti,cuma gua harap MU terkandas pagi nanti. (mengharap)

Baru aku bertambah puas hati.

Hahaha.

Sunday, April 12, 2009

Aku ingat aku kebal

Hari Khamis aritu,aku dah kasi hadiah kat si dia. Memang seronok dia bila dapat hadiah aku tue. Memang aku dah plan nak kuar dengan dia hari cuti ni. 2hari cuti,Sabtu & Ahad. Bukan selalu dapat peluang macam ni.

Hari Jumaat,aku dah tayang si dia kt ofis. Terbeliak mata-mata member ofis aku. Cantik. Menarik. Ada nada-nada cemburu di setiap kata-kata mereka. Aku pulak,terasa indahnya dunia ketika ini bila bersama dia. Mahu saja aku tido sekali dengan dia. Tapi itu mustahil.

Petang Jumaat aku pulang kerja. Memang esok dah cadang-cadang nak keluar tengok wayang ke apa ke. Hujan turun petang tu. Aku turun singgah ke kedai kejab sebelum naik ke rumah. Hujan menitik-nitik di atas kepala aku.

Sampai rumah. Ada sedikit bunyi di hidung aku yang menandakan aku bakal selsema. Aku xkisah,aku rasa aku kebal. Lewat tengah malam. Nah!amik kau,batuk pulak. Rokok aku tolak tepi. Badan panas. Selsema makin merajai hidung aku.

Hari Sabtu aku berdating di rumah saja. Sampai hari Ahad. Bertemankan selimut serta toto yang tebal. Buat pertama kalinya aku tak merokok selama 2hari. Dah jimat sikit. Terlepas aku nak dating. Sial.

Aku ingat aku kebal.
Esok aku tunjuk gambar si dia.