Tuesday, October 20, 2009

Bila Tiba Cinta Itu, Aku pun Sibuk.

Aku memang sedang bercinta.Dia selalu ada di sisi aku. Banyak masa aku korbankan untuk dia sebenarnya. Selama aku tidak kelihatan di blog atau pun di Facebook, aku sedang bersama dia. Adakalanya dia memang menyusahkan aku. Kadangkala. Tidak selalu.

Dia membuat aku pening. Runsing. Tapi aku tetap setia. Cemburu?Tidak pernah. Bangun pagi mesti terfikirkan dia. Bila tidur mesti rindukan dia. Memang bercinta keadaannya begini kan? Talipon tangan aku sentiasa dalam genggaman. Tidak pernah diam.

Masa bersama dia adakalanya sampai aku lupa kawan-kawan, futsal, muzik dan segalanya. Susah juga kalau begitu. Tidak bebas bergerak. Bukan di kawal sepenuhnya. Tidak. Hanya masa-masa tertentu bila dia memerlukan aku.

Tapi aku juga tidak suka begitu. Rimas. Rasa mahu marah sekali sekala tapi dia tetap tidak merasa apa-apa. Semuanya tidak menentu bila bercinta. Perasaan bercampur aduk. Susah membahagikan masa antara dia dan benda lain.

Tapi tidak mengapa. Aku masih ada masa untuk blog aku. Dia tidak tahu. Aku curi-curi masa dia untuk tulis ini. Sekarang pun dia ada dengan aku. Dia tidak tahu mungkin. Diam-diam sudah. Dia tidak perlu tahu kewujudan blog ini.



Susah betul bercinta dengan KERJA kan?

Luorang ingat wa ada masa ke nak jatuh cinta time-time sibuk kerja?

10 comments:

  1. wa restui hubungan kamu... tp satu je wa nak tanye... nnti msuk kubo die bole bacakan yasin utk lu x?

    ReplyDelete
  2. hang bercinta dgn aku je la pett. senang.

    ReplyDelete
  3. wakaka en pet
    ko mmg keje je ko pk hahaha

    ReplyDelete
  4. tujukan khas lagu meet uncle husein - lalalalala kerjalah..smoga dianugerahkah pekerja cemerlang tahun ni..haha

    ReplyDelete
  5. huh! baru nak jeles. hihiee..
    Pett, baik kamu jgn kerja keterlaluan sgt. Nnti kamu menyesal.. :'(

    ReplyDelete
  6. wey lahanat..bila mau blanja aku lak

    ReplyDelete
  7. waaaaa...x sabarnye nak jadi golongn workaholic ni...

    ReplyDelete
  8. eleh.jangan cakap.akhir zaman ni.tau2 kawan dapat kad kawin lu je!

    ReplyDelete