Monday, November 16, 2009

Bersanding atas rakit barangkali

Ketika ini, hujan masih berlanjutan di Kuala Lumpur. Aku masih di pejabat dengan mata kanan merah. Sakit mata barangkali. Semalam aku belum sempat mengendap sapa-sapa pun. Pagi-pagi sudah sakit mata.

Ketika ini, kampung aku sudah banjir. Tapi kawasan rumah aku tidak dinaiki air banjir lagi. Adik pompuan aku sudah pindah ke sekolah lain untuk amik SPM. Abang doakan yang terbaik untuk kamu.Adik-adik yang lain sudah gembira kerana sudah cuti awal. Sekolah tenggelam sampai pinggang kata mereka. Pinggang orang dewasa. Bukan pinggang budak sekolah darjah 1.

Ketika ini, aku masih di Kuala Lumpur. Di Perak yakni di Daerah Kerian sudah banjir. Tasik Bukit Merah sudah melimpah. Aku harap warga Kerian semua selamat. Termasuk rakan blog aku En.Anas yang menjadi pemuda harapan di sana. Harap hang dah buat rakit guna batang pisang.

Ketika ini, kawasan rumah aku sudah pasang khemah-khemah untuk petugas-petugas banjir dan petugas-petugas yang berkaitan. Khemah-khemah ini akan terus dipasang hingga 29/11/09. Untuk apa? Untuk majlis perkahwinan seseorang. Siapa? Kamu tunggu saja kad jemputan. Bukan main-main. Mungkin pengantin nanti bersanding atas rakit atau sampan.

Ketika ini, aku masih mencari rentak dalam melaksanakan segala plan-plan aku. Masih sibuk. Bukan setakat kerja. Tapi dari segala benda. Harap-harap majlis nanti berjalan lancar.

Thursday, November 12, 2009

Mahu jadi Clark Kent

Hampir-hampir opis aku kena pecah semalam. Dan hampir-hampir aku nak pecahkan muka perompak-perompak semalam.Dan juga hampir-hampir muka aku boleh dipecahkan oleh perompak-perompak tersebut.

Yang pasti, aku selamat dan tenang menghadapi ancaman perompak.

Mesti lu orang confiuskan?Tak pe, nanti aku kasik muat turun video CCTV opis kat sini. Memang ada muka hero kat dalam tu. Nak cerita panjang aku malas. Sibuk lagi ni.


Clark Kent memang selalu sibuk.

Friday, November 6, 2009

Percutian di Pearl Island

Sepanjang bulan duk sibuk kerja dan mencari rumah sewa, aku nak berehat kejab untuk cari kekasih di tempat percutian. Selalu dalam filem, boleh jatuh cinta kat awek yang tengah jalan sorang-sorang tepi gigi pantai. Tak pun ada awek lemas, pastu hero datang selamatkan. Dan kasi cium mulut keluar air laut. Pastu mata bertentang mata. Jatuh cinta dan akhirnya hidup bahagia.

Walaupun pi bercuti di Penang, feel bercuti tu tetap macam pi Hawaii.

Ok la. Aku nak gerak ini malam. Balik Ahad malam. Esok pagi dah boleh tengok pantai dan minah-minah saleh pakai bikini.

*Bulan depan aku nak pi Melaka pulak. Cari cik manis yang tengah belajar kat sana sambil melepak dgn Hang Tuah.

Tuesday, November 3, 2009

IKLAN Serius: Mencari Rumah Sewa

Ok. Terus ke point penting. Aku seorang pekerja swasta yang duduk di rumah sewa. Lokasi sekarang di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Bangi. Semalam masuk lagi sorang staff baru di office. Secara automatik ada 3 orang budak rumah. Bilik sekarang ada 2 saja. Rumah kembar dengan jiran yang ada anak separa nakal & nakal. Selalu conteng kereta aku,selalu ketuk pintu & dinding rumah, selalu menangis jam 4 pagi, selalu tutup meter air, selalu bising tiap-tiap pagi Sabtu & Ahad (hari-hari sebenarnya). Sudah 5bulan duduk situ.

Ok. Terus ke point penting. Rumah sewa aku sekarang sebenarnya ada 3 plug lektrik untuk aku guna. Tapi sekarang 2 sudah rosak dan tinggal satu. Rumah aku ada TiVi bukan plasma, Astro yang kalu tak bayar sebulan kena potong, Laptop ada 3 biji, gitar elektrik sebiji, pemanas air, DVD palyer,hanpon 6 biji, kipas pendek 2 biji dan tiada peti ais. Plug hanya ada satu. Satu. Pakai extension plug jadi 3 saja benda boleh cucuk. Pernah terbakar satu extension dulu. Nasib baik aku masih hidup dan sihat hingga kini.

Ok. Terus ke point penting. Sejak lepas raya aku sibuk. Sabtu & Ahad aku adalah hari sibuk merayau dan bertemujanji menghabiskan duit gaji. Sempat cari rumah hanya 2 kali sepanjang Oktober. Sibuk. Tapi tak jumpa. Ada jumpa, tapi tuan rumah adalah lelaki tua gay yang mahu duduk sekali. Nanti aku cerita. Celaka punya orang tua. Mahu aku pijak muka dia ramai-ramai. Oleh itu, sampai sekarang masih mencari. Cari dalam mudah.com pun pening. Banyak menyimpang dari mencari rumah sewa. Kalau ada pun "Rumah untuk disewa: Perempuan sahaja" atau "Rumah untuk disewa: Keluarga diutamakan". Adakah aku perlu kahwin secepat mungkin dan mencari jodoh orang KL?Duduk dengan mentua lebih jimat barangkali.

Ok. Terus ke point utama. Aku mahu cari rumah sewa. Lokasi yang diingini adalah BUKIT JALIL,SRI PETALING,KUCHAI LAMA. Tapi aku lebih tertarik ke kawasan Bukit Jalil. Kedengaran awek-awek di sana lebih ramai dan banyak pilihan. Bentuk rumah lebih berat ke rumah teres @ apartment yang ada parking untuk kekasih aku tido malam-malam. Lebih bagus ada Pak Pengawal. Sekurang-kurangnya ada orang yang jaga walaupun dia selalu tido makan gaji buta.

Ok. Terus ke point penting lagi. Kalau lu orang ada contact-contact, tolong email sama aku. Manatau lu orang ada family @ boypren @ gilpren @ scandal @ Datuk @ Datin @ sapa2 saja. Bulan depan nak gerak keluar dah ni. Berjiran dengan awek-awek adalah bonus untuk mencari jodoh.

Ok.Iklan tamat.

Sunday, November 1, 2009

Panggilan pagi dah ada yang panggil sayang.Uuu..manisnya.

Sepanjang minggu lepas masih sibuk kerja sampai lupa nak makan. Tapi masih belum kurus. Harap dapat kurus sebelum raya haji. Baru beli pil kurus supaya kenyang dan ramping. Mulai esok juga aku akan lupakan makcik nasi lemak yang ada anak cantik itu selama sebulan. Harap anak dia tidak rindukan aku sampai nasi lemak mak dia tu tak laku.
Bulan ini hari Sabtu & Ahad telah penuh dengan acara penting. Tiada masa untuk melepak dan berpoya-poya. Urusan keluarga di utamakan. Tiap-tiap minggu akan berulang alik ke kampung dan tempat yang berkaitan.
Kerja masih seperti biasa. Talipon tangan adalah nadi kerja aku. 24jam melekat kat tapak tangan. Kalau talipon takde, bonus yang dijangka awal Febuary boleh hilang tanpa dikesan. Bermakna talipon tangan aku adalah satu sumber keuntungan company kecik aku.
Aku tido awal kalau hari kerja Isnin - Khamis. Talipon sebelah bantal dengan ringtone lagu "Cari Jodoh" ala-ala dangdut dari Wali. Celaka punya lagu. Satu malam aku tido macam biasa. Lelap dengan cepat tanpa pasang MP3 seperti tiap-tiap malam. Itu adalah tabiat aku sejak kecik. Perlu lagu untuk tido. Nanti bila ada isteri, dia perlu lebihkan latihan nyanyi selain memasak. Cuti hanya malam Jumaat.
Kul 5.30pagi.Talipon berbunyi. Aku jawab dengan mata terpejam. "Hello..."
Panggilan:"Hello sayang!Semalam i dah tido masa u call. Sorry ye sayang."
Dengan tenang aku jawab,"Ok.No problem. Jumpa kat ofis."
Aku letak dan terus tido.
Bukan awek aku pun.
Kepada awek tersebut aku ucapkan terima kasih kerana sudah lama tidak dapat panggilan sayang pagi-pagi buta. Lain kali sila semak nombor talipon balak anda dengan teliti.

Tuesday, October 20, 2009

Bila Tiba Cinta Itu, Aku pun Sibuk.

Aku memang sedang bercinta.Dia selalu ada di sisi aku. Banyak masa aku korbankan untuk dia sebenarnya. Selama aku tidak kelihatan di blog atau pun di Facebook, aku sedang bersama dia. Adakalanya dia memang menyusahkan aku. Kadangkala. Tidak selalu.

Dia membuat aku pening. Runsing. Tapi aku tetap setia. Cemburu?Tidak pernah. Bangun pagi mesti terfikirkan dia. Bila tidur mesti rindukan dia. Memang bercinta keadaannya begini kan? Talipon tangan aku sentiasa dalam genggaman. Tidak pernah diam.

Masa bersama dia adakalanya sampai aku lupa kawan-kawan, futsal, muzik dan segalanya. Susah juga kalau begitu. Tidak bebas bergerak. Bukan di kawal sepenuhnya. Tidak. Hanya masa-masa tertentu bila dia memerlukan aku.

Tapi aku juga tidak suka begitu. Rimas. Rasa mahu marah sekali sekala tapi dia tetap tidak merasa apa-apa. Semuanya tidak menentu bila bercinta. Perasaan bercampur aduk. Susah membahagikan masa antara dia dan benda lain.

Tapi tidak mengapa. Aku masih ada masa untuk blog aku. Dia tidak tahu. Aku curi-curi masa dia untuk tulis ini. Sekarang pun dia ada dengan aku. Dia tidak tahu mungkin. Diam-diam sudah. Dia tidak perlu tahu kewujudan blog ini.



Susah betul bercinta dengan KERJA kan?

Luorang ingat wa ada masa ke nak jatuh cinta time-time sibuk kerja?

Thursday, October 15, 2009

Cerita Separuh Oktober - Bukan Tentang Cinta

Oktober. Bulan yang kesepuluh dalam kalender. Bulan Oktober bukan seperti lagu Tragedi Oktober nyanyian lagu Awie. Itu kekecewaan Awie terhadap kekasihnya. Bukan kekecewaan aku. Kekecewaan aku bukan dalam bulan Oktober, tapi bulan lain. Sudah lupa. Sudah lama.

Oktober. Bulan untuk kereta aku. Pisau cukur. Tapi itu hak dia. Tanpa dia, aku gila. Sayang dia. Dia bukan manusia, tapi ada nyawa. Cukup aku sayang dia dulu. Nanti baru manusia. Dia juga tidak suka sms. Sama. Sehati sejiwa.

Oktober. Bukan bulan aku telah jatuh cinta. Tidak sama sekali. Jauh sekali bercinta. Tidak juga. Bulan ini aku sering dengar tentang cinta. Putus cinta. Jatuh cinta. Sedang bercinta. Bukan aku. Tapi orang lain. Aku cuma dengar. Kadang kala terasa 'loser'. Sebab tiada cinta. Celaka.

Oktober. Aku kerja separuh gila. Tapi aku belum gila. Masih waras. Suka dengan kerja. Ke sini ke sana. Masih boleh bersuka ria. Sekali sekala. Tak apa. Aku masih sibuk. Tapi sempat mencoret di blog. Bukan mencarut.

Oktober. Duit aku tak banyak. Bukan. Sudah tiada sebenarnya. Kalau ada pun, cari celah-celah almari,dalam kereta,celah pintu dan poket seluar jeans. Hutang juga ada. Sikit. Tapi masih boleh pergi kerja. Makan bos belanja. Sekali sekala. Rokok tetap ada.

15 Oktober. Aku gembira. Dapat duit raya. Raya apa? Raya Deepavali la! Senyum lebar. Berapa banyak?Rahsia. Cukup untuk 15 hari terakhir bulan Oktober.
Terima kasih Oktober.