Wednesday, January 28, 2009

Kalau ada duit,esok saya nikah mak...




Berdua lebih baik ke?Tak jugak kalau kamu belum ada duit yang cukup,belum bersedia terima tanggungjawab...

Bersendirian lebih baik ke?Tak jugak kalau itu menyebabkan kamu sepi ketika teman-teman kamu berbahagia bersama temannya...

Terpulang pada masing-masing mungkin....mencari teman hidup bukan untuk memuaskan diri kamu dan mengecewakan perasaan dia...tapi dia adalah segala KESENANGAN & KESUSAHAN kamu sepanjang kamu bernafas di dunia ini...

Duit tue penting ke?Memang la!Duit itu penting untuk berteman... "Money is not everthing...but MONEY is something.."
Tanggungjawab?Tue sama-sama penting. Macamana nk tanggung anak orang kalau takde tanggungjawab. Dah ada rasa tanggungjawab ke?

Kamu rasa-rasa mana yang lebih baik ketika ini?Ya...satu persoalan ketika umur sedang menghambat kamu ke angka yang lebih besar nilainya...satu persoalan ketika ibu kamu berkata...

"Mak dgn Bapak saja lagi yang xdak menantu ngn cucu..nanti cucu hg pun xsempat kenai sapa datuk nenek dia..."

Alahai mak...ayat tajam sangat tue.

Dalam hati kamu menjawab:

"Kalau la duit aku dah ada Rm20,000,esok aku cari calon,lusa kawen..cukup 9bulan kasi anak kembar..."


Thursday, January 22, 2009

Ombak itu tidak jahat...kita yang jahat...



Jangan takut dilambung ombak...Ombak itu mungkin membersihkan semua sisa-sisa kotor yang kita buat....Bernafaslah selagi kita tidak lemas...Jangan terus membiarkan ombak menghanyutkan kita semua...Kerana ombak mengikut hembusan angin yang lalu...tapi kita mengikut akal waras yang satu...


Sekian,terima kasih...
***Nurkilan ketika mau tido...

Wednesday, January 21, 2009

Internet:Malamku kini bersambung ke tengah hari.

Keadaan aku di ofis skang..mengadap laptop dengan mata aku sekejab tertutup dan terbuka dan posisi badan aku terhuyung hayang mengelak hembusan kesejukan penghawa dingin di kiri kanan aku. Kalau ada bantal dgn selimut nk je aku tido bawah meja!


***pagi td makan plak nasi lemak+rendang ayam+telor mata yg kuning dia tu lembik2 skit...

Friday, January 16, 2009

Bukan saja-saja aku amik MC..aku sakit perut!

Baru balik melepak dengan rakanku sambil makan malam. Perut sebenarnya xberapa lalu nak makan. Rasa dah kenyang. Macam membazir plak makan banyak2. Tapi aku makan la skit tadi. Buat alas perut..nasi lemak 1 & bihun sup daging + milo ais kaw..

Esok aku akan keluar daerah untuk urusan perniagaan selama 3hari. Walaupun esok aku kerja,tapi atas sebab2 tertentu secara automatiknya,esok aku akan sakit perut. Terpaksa doktor tue kasi MC dengan ikhlasnya. Kalau dia perasan,sepanjang aku MC,alasan sama je.Sakit perut. Sebelum pi klinik,aku memang x makan apa-apa sebab nie petua kaki-kaki ponteng keje.

Doc : Selamat pagi,sakit apa?
Aku : Tah la doktor,bangun-bangun nk pegi keje tadi,perut saya tetiba sakit la. Pastu muntah-muntah. Cirit birit skali.
(sambil pegang perut dengan muka berkerut-kerut)
Doc :Oh..ada makan apa-apa x semalam?
(sambil tue dia check perut aku guna menatang macam earphone tue.Aku lupa nama apa menatang tue)
Aku : Ada doktor,semalam saya beli mee goreng kat pasar malam.Mungkin sebab tue kot.Saya alergik ngan benda-benda pasar malam nie.
(muka kena yakin dan kedutan di dahi dilebihkan sedikit)
Doc : Ooo..nie keracunan makanan nie. Nanti saya bagi ubat.
Aku : Saya dah agak dah.MC doktor? (muka kesian sambil jalan perlahan2 keluar bilik doktor)

Tak susahkan nk MC?Dah dapat MC,aku terus pi makan nasi kandaq kat kedai mamak sebelah klinik tue.Sepanjang aku menjadi pesakit tegar klinik tersebut, aku belum pernah lagi terserempak dgn doktor tue masa aku tengah sedap makan.

Kepada kawan2,ubat-ubat sakit perut,cirit-birit masih banyak kat umah aku. ada sapa2 nak beli?


***Buat Lan & Epol, luorang tolong cover kerja-kerja gua esok.nanti gua blanja luorang ubat sakit perut & cirit birit.
***Buat Dani,pakaian lu skg dah kemas dan macho ala2 hero Mexico. Apa maksudnya?haha.

Monday, January 12, 2009

Peristiwa Pukul Memukul Pencuri di Uptown Kota Damansara!

"Woi!!!Jangan lari!!!"

"Celaka punya budak!"

Seorang mamat yang kelihatan ketakutan kelam kabut melarikan diri dicelah-celah lautan manusia dia bazar-bazar uptown Kota Damansara. Semua pengunjung terpinga-pinga mendengar jeritan tersebut tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Aku terus mengejar meredah lautan tersebut. Hati tengah panas membara.Kalu wat BBQ pun leh hangit ayam tue!

"Babi ko"

"Nah,amik nie"

Satu tumbukan tepat ke muka mamat itu. Mamat itu pun jatuh tersungkur mencium lantai. Belum sempat dia bangun,satu lagi tumbukan ke kepala mengegar posisi otaknya. Orang ramai terus mengelilingi tempat kejadian.

"Aku tanya elok-elok,ko cakap kurang ajar ngan aku!"

"Kalu ko xmencuri,apasal ko lari?!!Dah la mabuk!Mencuri lagi!"

Satu lagi tumbukan gagah ke perut mamat tersebut. Orang ramai masih mengelingi kawasan tersebut seperti menyaksikan perlawanan tinju. Macam-macam suara yang aku dengar dari orang sekeliling. Ah pedulikan mereka,aku memang xpuas hati nie!

"Pukul je bro,budak-budak camni bukan leh bagi muka sangat"

Satu suara menyampuk untuk menunjukkan tindakan tumbuk menumbuk itu tadi adalah satu perkara yang betul dan sah disisi masyarakat Malaysia.

Aku pun mencari dari mana suara yang menyokong tadi. Mungkin dia sependapat dengan aku,pencuri @ peragut nie xleh kasi muka.Naik lemak!Kalau ikutkan hati aku,aku nk rendam je diaorang semua nie dalam air panas pastu siat-siat kulit dia!

"Bang,tolong la bang,saya janji xbuat lagi bang..tolonggg la bang jgn pukul lagi.."

Tau dia merayu.Menitis-nitis airmata mintak tolong.Masa buat jahat tak ingat semua ni.

"Kita orang Melayu bang..jangan buat camni bang...saya mengaku bang,saya curi.."

Hah!nie yang aku menyirap nie. Dah tau Melayu,jadi pencuri!Buat malu bangsa saja. Hati aku terus membakar perasaan yang sudah tersedia panas!

"Tau pun ko pasal bangsa ye,macam nie ke orang Melayu?!!!"

Puk!puk!Puk!

Kali ni bukan tangan,tapi kaki telah hinggap kt perut mamat tu. Baru puas hati aku!Darah mengalir dari mulut mamat tue.Mau patah 2-3 batang gigi masuk dalam perut dia!

Dia ingat senang merayu-rayu camtu je. Cara nak ajar budak-budak Melayu mcm nie,xleh pakai mulut,kena pakai tangan.Baru sedar sikit!

Tetiba beberapa orang pakcik yang nampak berpengaruh di Uptown Kota Damansara datang untuk meleraikan kejadian ini. Aku hanya membiarkan mereka datang walaupun mamat tue belum puas dibelasah...

"Man..sabaq Man..aku dah tepon polis..satgi depa sampai..hang pi duk rileks kt kedai hang..ok?"kata salah seorang pakcik tersebut kepada Man...seorang peniaga yang menjadi mangsa kecurian di malam minggu di Uptown kota Damansara.

Huh!!!..nasib baik pakcik tue dah tepon polis.Kalu tak...memang aku join skali belasah mamat tue. Dari awal sampai time mamat tue kena belasah,aku duk tengok dari celah-celah orang ramai je. Tak boleh nak join!
Nasib lu baik hari tue mat...!Kalu tak memang singgah kaki gua kat muka lu!Huh!
***Bangsat punya Yahudi mabuk minum todi!!!


Thursday, January 8, 2009

Mari berkenalan dengan Daniel...

Memiliki 2 orang Daniel agak memeningkan kepala. Aku gelarkan mereka Daniel Kecik & Daniel Gemuk. Mereka berdua agak nakal. Umur mereka baru 10thn & 11thn. Jangan pandang pada umur mereka kerana mereka ada keistimewaan masing-masing.

Mereka pernah menangkap 2 ekor anak kucing dan memasukkan anak-anak kucing tersebut kedalam tin kosong lalu menutup dengan pantas!Tanpa ada saksi.Tanpa bunyi.Tanpa menunjukkan muka gelabah. Mangsa-mangsa mereka itu dijumpai setelah ibu mereka mengesan bau busuk di dalam almari makanan selepas 4hari!Mereka telah berjaya membuktikan setiap benda bernyawa memerlukan Oksigen untuk hidup.


Mereka tidak suka dibuli.Tapi rela membuli!Daniel Kecik pernah menyepak perut seorang budak yang lebih besar darinya hanya kerana budak itu mengambil penselnya tanpa kebenaran. Daniel Gemuk pula memang budak yang digeruni oleh rakan-rakan seangkatannya. Menjadi ketua dalam setiap permainan kanak-kanak di kampung. Sehingga kini tiada siapa yang mampu merampas jawatan yang dipegang.

Mereka tidak gentar kepada orang lain kerana mereka berani. Lagak seperti samseng kampung macam filem "Anakku Sazali" walaupun nama mereka bukan Sazali.

Mereka berdua amat akrab dan tidak boleh dipisahkan. Hati-hati jika ingin mendekati mereka. Mereka tidak suka disogok dengan gula-gula murahan!Tapi dengan awek-awek comel,mereka akan cair!!!


Memperkenalkan....IQBAL DANIEL & AFIQ DANIEL ...



Iqbal Daniel (Daniel Kecik) & Afiq Daniel (Daniel Gemuk) memberi posing istimewa...

Mereka ada seorang abang. Hanya abang mereka itu saja yang mampu menghalang kegiatan-kegiatan nakal mereka kerana....

"Aku kan abang..."

Tuesday, January 6, 2009

Pengalaman manis aku menghantar anak ke sekolah...

"Papa..papa...cepat...nanti lambat",Daniel memanggilku ketika aku sedang bersarapan dgn isteriku.Tersenyum kami melihat telatahnya yg akan bersekolah pada hari ini. Tak sabar rasanya untuk melangkah ke alam persekolahan yang di idamkannya itu.

Aku memandang isteriku yg memangku anak kecik kami,Alisya dengan lirikan manja anak mataku.Dia tersenyum manis.Alisya yang baru 1tahun usianya ku cium. Terpancar wajahnya yang comel,ikut muka ibunya. Manis sekali.

"Ok sayang,abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik,"kataku pada isteri tersayang.
"Baik bang..."balas isteriku sambil mencium tanganku ketika ku mahu melangkah keluar rumah. Alangkah bertuahnya aku dapat memiliki isteri yang amat penyayang dan bertanggungjawab. Tersenyum aku sendirian ketika mengenang saat perkenalan kami 8 tahun lalu.

Daniel sudah lama menunggu di dalam keretaku. Sejak sebulan lalu dia meminta beli itu dan ini.Beg baru,kasut baru,kotak pencil baru..segalanya baru...begitu teruja dia mahu ke sekolah,aku bangga dengan semangatnya yang bakal menduduki darjah 1 tahun ni.Lambaian dari isteri tersayang kulihat ketika BMW ku meluncur keluar dari rumah bangloku.

Hari ini aku keluar awal,maklumlah,hari pertama Daniel di sekolah.Daniel tersenyum sendirian sambil memandang keluar tingkap,mungkin dia mencari-cari kalau-kalau dia ternampak rakan-rakannya semasa di tadika dulu sepanjang perjalanan ini. Daniel..Daniel..aku tersenyum melihat rupa comelnya,mungkin dia akan menjadi kegilaan murid-murid perempuan di sekolahnya nanti...

Tiba disekolah,aku masuk sambil memimpin tangan Daniel.Dengan penuh rasa bangga Daniel berjalan dengan memandang murid-murid lain di situ. Ku lihat pelbagai ragam murid-murid tahun 1 di situ.Ada yang menangis memanggil ibubapa mereka. Teringat zaman-zaman aku kecil dahulu,ragam ini xpernah berubah.

"Abang dh sampai ke?Daniel mcmne?Nanti dah sampai ofis abang msj ayang k.:)"

Mesej dari isteriku.Memang dari dulu sampai sekarang xpernah berubah,segalanya masih manis seperti zaman-zaman bercinta. Betapa bahagianya aku memilikinya. Kehadirannya sentiasa aku rasai setiap saat dan ketika walau dimana aku berada.

Segala urusan pendaftaran selesai. Ku lihat Daniel steady dengan beg sekolah "Ben 10"nya itu.Ku pasti dia tak akan menangis jika aku tinggalkan dia. Selama ini aku telah ajar dia erti berdikari,berani dan hormat setiap orang disekelilingnya. Aku tahu dia faham. Kerana dia anak Papa!

"Daniel,papa pegi kerja dulu.Daniel jangan nakal-nakal ok",kataku sambil mengusap kepalanya.Rosak sedikit rambutnya yang ala-ala Zakuan Adha itu.

"Ok papa.Jangan risau.Daniel boleh jaga diri.Papa selalu cakap,anak lelaki mesti kuat!".kata Daniel dengan senyuman manis tanda keyakinan kepada aku...


Dalam perjalanan aku ke pejabat...


"Alangkah bahagianya jika semua itu tadi satu realiti di saat ini....",kataku yg sedang mengharungi kesesakan jalan raya di hari pertama sekolah dibuka!


Kalau aku keluar lewat sikit tadikan bagus!

Friday, January 2, 2009

Bapak-bapak Ayam & Ibu-ibu Ayam berpesta di Putrajaya...

Aktiviti sambutan tahun baru yg agak santai tanpa ada deruman motor mat rempit dan kesesakan manusia mahupun kereta,lori & bas.

Cerita lanjut dapatkan di sini,disana,disinun,disanen.

Ciki: Penah tgk org panggang hanset x???

(Dani berebut mkn dgn Cibone...)

Dani: Oii..nie aku punya la..ko dh mkn 5ketul!

Cibone: Sial ko...ko dh lebih 10ketul aku xkecoh pun...

Pjoe:Ko rasa aku kacak x?
Dani:Aku lebih kacak sikit dari ko...

Farah:Xsangka abang Dani nie cute orangnya..auwww..
Dani:Hmmm..aku dah lali orang cakap mcm tue kt aku...
Kesan sampingan yg terjadi selepas makan ayam Dani.Dua org mangsa kekenyangan.

Rine:Abang,ada org amik gbr kite...
Pett:Err...errr...apa td...abang..?Pggil skali lg leh x?

Bapak-bapak ayam dan ibu-ibu ayam bersantai.


Selamat Tahun Baru 2009!!!Tq to Dani,Diktator,Pjoe,Ciki,Farah,Cibone,Rine,Shuk,Ogu,Roy.

***Celebrate Chinese New Year plak pasni..nk wat tarian singa dari rumah ke rumah...Dila,jom join...!