Friday, December 31, 2010

2010

Hidup tahun 2010.

1. Rambut cacak.
2. Raya Cina dapat angpau empat angka.
3. Genap 4 tahun 6 bulan tanpa makwe.
4. Berumur 28 tahun.
5. Genap setahun bekerja di company baru.
6. Berat badan masih 78kg.
7. Berat badan tak turun lagi.
8. Jatuh cinta.
9. Bertunang dalam tidur.
10.Banyak berdating.
11.Mula pikiaq pasai kawen.
12.Kursus kawen tak ambik lagi.

Selamat Tahun Baru!


Tahun lepas punya cuti tahun baru. Tahun ni? Nanti mamat ni tolong cerita.

Friday, December 24, 2010

Amsyar Aniq dan PMR nya!

Adik laki aku Aniq seorang lepasan pelajar Tingkatan 3 yakni pelajar yang baru amik keputusan PMR semalam. Aku sebagai seorang abang yang tegas dan garang aku amat mementingkan kecemerlangan adik-adik aku. Sebagai seorang dewasa aku perlu memantau pembelajaran adik-adik supaya tak terpesong kearah facebook semata-mata.

Budak-budak sekarang main facebook bukan main galak. Lupa abis pasai buku-buku sekolah. Keputusan percubaan dia aku rasa dapat 2 A saja. Aku bebel sama dia.

“Pung Pang Pung Pang. Facebook. Rempit. Pung Pang Pung Pang. Astro. Pung Pang Pung Pang!” Sesekali kena berleter baru budak-budak takut dengan orang dewasa.

Sebelum 2-3 hari Aniq nak amik PMR. Aku cakap sama dia, satu “A” yang dia dapat aku bagi RM50! Aku cakap tanpa ada kesangsian dan tidak berbelah bagi.

Semalam keputusan PMR dah keluaq.




Aniq dapat 7A 1 B.



Ok. Budak-budak sekarang semua mata duitan! huh!


Wednesday, December 15, 2010

Pett Kecik


Hai. Nama saya Pett Suhaimi. Umur 4 tahun. Hobi saya melastik burung dan ayam, bermain tanah liat, main combat-combat, pukul itik dan kucing di rumah, kadang-kadang main kawen-kawen dan masak-masak. Rumah saya tak dak video game. Saya tidak pernah ke Kuala Lumpur melawat Zoo Negara dan tengok bangunan Tabung Haji. Tapi saya ada sebijik tabung berbentuk Tabung Haji. Saya akan masuk tadika tahun depan. Cita-cita saya ialah menjadi wakil rakyat, YB.

Monday, December 13, 2010

Ulasan Buku : Rayyan Fantasi


Sebenarnya salah satu benda yang aku suka baca ialah Novel. Ini bukan sebarang novel. Novel yang aku baca novel aksi ganas-ganas dan misteri. Tapi terselit jugak bab cinta-cinta. Sebenarnya baru aku sedar aku ada bakat membaca sejak dari zaman studi kat U lagi tahun 2005.

Sejujur-jujurnya aku respect sama Ramlee Awang Murshid (RAM) punya novel. Baru 7 bijik novel beliau aku baca sepanjang aku hidup. Selebihnya aku sedang usahakan untuk beli dan baca serta kumpul. Kekangan masa yang agak terhad untuk aku membaca. Aku sedang kumpul buat koleksi dengan menggunakan duit gaji aku. Bukan lagi duit PTPTN.

Aku baru beli novel terbaru beliau ni Khamis lepas. Tapi Khamis malam aku tak start baca lagi. Jumaat siang aku kerja. Jumaat malam baru aku baca. Bermula dengan sebatang rokok dan secawan kopi panas. Aku mulakan bacaan novel ini sambil mengabaikan awek-awek serta Cik Kaunseling yang menghantar SMS. Fokus aku terus kepada bacaan novel ini.

Rayyan Fantasi dimulakan dengan misteri. Persoalan yang lahir menangkap jasad dan fikiran aku untuk terus membaca sampai lupa untuk tengok TV. Air kopi panas yang aku bancuh sudah menjadi sejuk. SMS Cik Kaunseling aku abaikan. Lisa Surihani punya call 6-7 kali, aku tak angkat. Biarkan dia merajuk.

Ok.ok.terus ke ulasan buku. Rayyan Fantasi adalah untuk mereka yang ingin berimaginasi dan suka berfikir dari luar kotak fikiran. Aku memang suka berfantasi. Hidup kena berfantasi dan berimaginasi kadang-kadang. Jangan terlalu memikirkan realiti macam Akademi Fantasia. Ini novel bukan pasal AF! Ini novel yang membuat kita memikir tentang dunia luar. Dunia yang lebih luas dari Bumi.

Olahan dan penceritaan RAM seperti sebuah realiti seperti mana aku membaca novel-novel beliau sebelum ini. Aku terus hanyut dan terus berlayar bersama Rayyan di dunia Fantasinya. Ketamakan kuasa yang digambarkan dalam novel ni adalah realiti dunia kini. Yang lemah ditindas dan yang berkuasa terus menindas. Politik? Dimana-mana ada politik.

Siapa itu Rayyan? Bukan anak sedara aku yang berumur 2bulan. Bukan. Rayyan adalah seorang yang misteri. Hidupnya mesti ada cinta. Cinta itu tidak di khususkan cinta antara insan manusia. Tapi yang lebih penting cinta pada yang satu - ALLAH. Aku seorang yang gila berimaginasi untuk mempunyai kuasa super hero yang tiada bandingannya. Memperjuangkan keselamatan dunia dan planet-planet lain. Tapi aku tak punya kuasa itu. Rayyan lebih beruntung dari aku barangkali. Dia punya kuasa yang aku ingin miliki sekarang dan selamanya!

Pembacaan aku umpama menonton sebuah filem Melayu moden yang penuh aksi,cinta,peperangan dan dakwah tentang Islam. Cukup menarik sehingga aku lupa untuk menghisap rokok dan menghirup kopi sejuk. Aku terus meresapkan jiwa aku ke dalam novel ini. Aku anggap aku adalah Rayyan. Aku terus berperang, merancang dan mencari kemenangan untuk dunia fantasi aku. Aku terus beraksi seperti sebuah filem Hollywood. Dalam cerita ini aku adalah Rayyan. Mempunyai kuasa yang hebat dan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi buat seorang pemuda seusia Rayyan ini.

Bacaan aku tamat jam 2030 pada hari Ahad 12.12.2010. Sebenarnya hari Sabtu aku berdating dengan Cik Kaunseling. Satu hari ternanti-nanti untuk balik rumah dan terus membaca Rayyan Fantasi sampai habis! Cerita banyak pun tak guna kalau hangpa tak baca novel. Tapi aku jamin novel ini antara yang terbaik. Bagi aku semua hasil RAM terbaik. Jangan hangpa terlalu memikirkan logik. Logik atau tak logik itu ada dimana-mana. Cukuplah aku ulas macam ni,orang kata sekadar seulas bawang saja. Kalau hangpa nak tau selebihnya, beli dan baca.

Rasa macam belum cukup puas! Mesti disambung lagi.Brader RAM. Sila sambung lagi.

Kalau hangpa cakap macam ni

"Muka ganas-ganas macam ni baca novel???"

Aku akan jawab macam ni


"Kepala otak hang!"

Thursday, December 9, 2010

Achik : Sudah Berpraktikal Di Pulau Pinang

Adik aku talipon cakap dia dah start berpraktikal kat Pulau Pinang. Lega sebab bila dia nak balik kampung, dekat. Tak payah gaduh nak naik bas. Rumah aku sempadan negeri Perak, kalau naik moto dalam 30minit saja. Kalau jogging tanpa henti paling lama pun dalam 3jam. Agak-agak nak jalan kaki boleh makan masa 4jam aku ingat. Tapi yang penting dia selamat sikit kat area sana. Kot-kot apa-apahal jadi, mata-mata aku ramai kat sana.

Dia cakap lagi, tempat lama dia keja part time dulu. Dia praktikal sekali dengan marka dia. Marka dia orang Penang. Muka putih macam amoi. Tapi adik aku tak putih. Gelap. Aku punya warna kulit,kuning langsat. Cerah sikit dari dia. Walaupun dia gelap tapi bakal mak sama bapak mentua dia sayang sama dia. Aku cakap sama dia jaga perangai. Jangan buat benda-benda tak elok. Perangai aku yang elok-elok semua aku dah turunkan pada dia seperti sopan santun, hormat menghormati, ringan tulang, berjemaah di masjid dan yang sewaktu dengannya. Perangai yang tak berapa elok ni aku tak turun kat sapa-sapa. Cukup la aku sorang yang memeningkan kepala bapak aku dulu.

Dia terus bercakap lagi, dia cakap dia dapat gaji sepanjang praktikal dia ni. Part ni aku paling suka dengaq. Masa kat KL tiap-tiap bulan aku salur duit bantuan sama dia untuk teruskan hidup di kota. Dalam erti kata lain, duit bantuan aku dapat di salurkan ke tabung perkahwinan aku tahun depan.

Lepas tu dia cakap sekarang ni dia naik moto bapak pi keja. Moto dia ada kat KL lagi. Moto dia ni dulu moto aku. Aku serahkan kuasa pemilik kat dia. Sebagai abang sulung yang kacak bergaya, lebih jimat jika moto ni dapat di turunkan sebagai harta pusaka keluarga. Sekarang moto tu di Kuala Lumpur.

Adik aku cakap moto tu memerlukan belaian mekanik sebelum dihantar pulang ke kampung. Dia cakap lagi, mekanik tu tokeh kedai moto. Kedai moto tu bukan kedai kebajikan untuk moto-moto. Moto dia tu dah kena sakit diabetis. Dah hampir 10 tahun umur moto ni. Muda-muda dah kena diabetis. Kena operate banyak. Bila kena operate, kena pakai duit. Dunia sekarang semuanya meterialistik katanya. Betui jugak aku kata. Semua pandang duit. Aku cakap dunia ni nak kiamat dah.

Lepas tu dia cakap,



"Abang tolong bayaq duit repair moto RM600 saja"




RM600 saja. Sahaja.



Lalu,aku terus pengsan.


Baru aku tersedar dari pengsan.



"Abang tolong pos sekali moto guna DHL takpun Pos Laju"


Pengsan balik.

Monday, December 6, 2010

Facebook 1 Malaysia

Dua hari berturut-turut aku pi kenduri orang kawen dengan seorang awek yang menjadi tukang kaunseling sekolah. Pi makan nasik minyak barang 2-3 pinggan alas perut. Memandangkan hanya menemani Cik Kaunseling punya kawan yang kawen, aku lebih tumpukan pada hidangan sambil memerhati kerenah tetamu-tetamu yang turut tumpang makan nasik minyak.

Tetamu-tetamu yang hadir berbilang peringkat umur. Tak terbilang umur mereka yang mai makan nasik kenduri. Ada yang muda ada yang tua. Ada yang kecik ada yang besaq. Ada yang berpakaian baru ada yang berpakaian ada kadar. Ada yang berbelah kain sampai lutut. Senang angin masuk kata dia.

Sambil menunggu Cik Kaunseling bergambar dengan pasangan pengantin buat kenang-kenangan nak taruk dalam facebook, aku pergi menghalau nyamuk di satu sudut. Nyamuk pun banyak jugak nak kena halau siang-siang buta ni.

Seperti biasa aku tengok anak-anak muda bergambar sakan. Tak terkecuali jugak makcik,pakcik,atuk,nenek yang sakan bergambar sesama mereka.



"Nanti jangan lupa tagged aku dalam facebook"




Pakcik yang bertongkat berkata sambil menghisap rokok daun.



Kuat jugak penangan facebook ni dalam masyarakat Malaysia.


Balik kampung ni nak suruh tok aku bukak satu akaun facebook. Manatau kot-kot jumpak balik kawan-kawan lama dia masa perang Jepun dulu.

Thursday, December 2, 2010

SPM : Rangkuman Subjek-Subjek

Matematik :
Aku sepanjang tahun 1999, aku ada amik tusyen kat pekan. Bukan kat kampung aku, kat kampung aku takdak tusyen. Semua kena pi pekan. Berbekalkan berkat aku belajaq tusyen, subjek ni aku berani cakap aku cemerlang. Tak sia-sia aku fokus dengan tusyen tersebut sambil menepis godaan awek-awek sekolah lain yang duk gatai hantaq surat cinta wangi-wangi kat aku.

Pendidikan Islam :
Aku tiada masalah sebab aku orang Islam. Walaupun ada jugak terlepas bab-bab yang ilmu belum penuh di dada. Tapi jawapan aku untuk SPM kira boleh lulus cemerlang. Tapi jangan kita leka dan gembira sebab cemerlang di SPM. Di akhirat belum tentu bai. Ingat tu.

Sejarah :
Inilah paper yang paling bosan dalam sejarah hidup mengambil peperiksan walaupun di peringkat mana sekali pun. Teknik yang paling penting dalam menjawab periksa ni ialah menghafal. Hang boleh hafal ka tarikh-tarikh masihi yang beribu dalam buku sejarah ni. Apa punya soalan duk tanya pasai tahun-tahun ni. Aku bukan jenis nak hafal sangat. Memang penting sejarah ni tapi subjek ni aku paling bosan. Tapi lulus cemerlang jugak.

Selepas habis subjek teras yang 5 paper tu aku la ni melangkah ke peringkat memerah otak dan mengepam peluh-peluh untuk dihantar ke dahi. Pada tahap ni aku punya study tak macam subjek-subjek teras. Aku lebih bekerja keras. Macam mana hangpa tengok budak-budak yang pakai cermin mata tebal 4 inci duk sudy mengadap buku tu tanpa toleh kiri kanan, lebih kurang macam tu la aku punya study. Ayaq Yassin ada 2-3 botol aku teguk dalam 1 hari.

Subjek Biologi sama Ekonomi Asas aku jawab macam orang pandai yang belajaq nak jadi doktor sama bisnesman bila besaq nanti. Boleh tahan jugak dia punya soalan. Tapi boleh tahan pandai jugak aku jawab. Matematik Tambahan? Ini cukup-cukup makan. Tak kenyang. Cukup alas perut orang kata. Sapa la yang duk reka subjek ni aku rasa dia gila. Cukup lah aku cemerlang dengan Matematik aku. Untuk Matematik Tambahan ni, cukup tambah-tambah subjek.

Untuk dua paper yang terakhir, aku masuk dewan dengan hati yang tenang dan mulut berzikir.

Fizik & Kimia :

Ujikaji dalam makmal aku memang "A" dari segala ujikaji. Untuk teori pulak,dari banyak-banyak soalan yang depa bagi dan helaian kertas soalan yang agak tebal, aku belek dan aku mengambil masa untuk jawab soalan yang senang-senang dulu. Aku ambil masa yang lama jugak nak cari soalan yang paling senang. Paling senang nak jawab. Aku nak pilih yang senang-senang dulu macam cikgu aku cakap, kita kena jawab soalan yang senang-senang dulu baru buat yang susah-susah. Tapi sekarang aku dah tengok soalan-soalan tu.





Haram. Semua susah!