Thursday, February 25, 2010

Memori Tangkap Cintan - 2008 Langkah Terakhir

Hari tu aku balik dengan hati penuh bunga-bunga. Kad nama Leni aku sisip kemas ke dalam poket baju aku yang berbutang. Takut cicir. Laptop yang aku beli aku tak pikir sangat. Fikiran lebih ke arah operasi SMS Leni.

Sampai rumah. Mandi. Makan?Tak payah.Dah kenyang masa tengok muka Leni tadi. Budak umah aku tengok aku macam nak lempang muka aku. Aku dah angau. Semangat nak pergi kerja meningkat secara mendadak. Dah pikir tiap-tiap kali nak lunch, pukul 12 tengah hari dah cabut pi Jaya Jusco. 1 jam 30minit akan di habiskan dalam Harvey Norman. 30minit untuk makan.

Malam itu dengan penuh senyuman aku hantar SMS kepada dia.

"Hai Leni, thanks sebab your service masa saya beli laptop tadi"

SMS ni memang tak boleh blah. Salam pun tak bagi.

Tit..tit.

"Hmm.Saper ni?"

Lupa pulak aku nak bagitau aku sapa. Dia bukan tau nombo hanpon aku. Dia jugak tak tau yang aku rembat nombo talipon dia secara senyap. Ni amalan yang kurang bagus Jangan amalkan. Mengambil barang orang tanpa pengetahuan seumpama mencuri. Berdosa.

"Saya customer awak yg beli laptop petang tadi. "

"Ooo..En.******..Oh ya.ada apa2 problem ke ngan laptop?" Dia mereply.

Ada respon tu. Usha sikit jari beb. Ada can.

"Laptop ok. Saja nak wish tank U kt awak."
Alasan biasa la. Ayat nak pancing memang cenggini. Dia reply lagi.

"Ok.No problem.:) So,ada apa2 lg yg sy leh tlg?"
Tanpa ayat yang berbunga-bunga aku secara direct selling SMS dia:

"Saya nak berkenalan dengan awak la Cik Leni"

Hah!Itu ayat yang paling bodoh aku pernah taip dalam sejarah hidup aku. Macam budak sekolah. Sebagai nasihat jangan pakai ayat ni secara meluas,terbuka dan membabi buta. Kesannya amat jelas dipenghujung nanti. Dia membalas SMS yang berharga 20sen per SMS ketika itu.

"Ooo.Ok ok.Kenapa awak nak berkenalan dengan saya?"

Soalan ni lagi susah aku nak jawab berbanding soalan Kimia masa SPM 1999 dulu. Berpeluh jugak aku pikir nak jawab.

"Sebab awak comel." Ringkas jawapan aku seperti mana jawapan aku dalam paper kimia dulu.

"Hmm.Habis tu kalau semua awek comel,awak nak berkenalan ke?

Jawapan balas bercampur soalan bonus untuk aku jawab. Habis terus peluh aku dalam badan. Kering dan membasahi permukaan kulit secara meluas. Aku dapat merasai kegagalan seperti mana aku rasa masa menjawab paper Kimia dulu. Baru 2-3 soalan aku dah rasa macam nak gagal. Belum masuk bab formula-formula lagi tu. Belum sempat aku membalas,dia potong dengan satu sms:

"Ok.Saya sibuk skit skrg.If ada apa2 problem psl laptop awak bole inform saya ye"

"Ok.No hal. Next time saya msg awak."
aku membalas dengan harapan lepas ni boleh SMS gudnite or sweet dream kat dia tiap-tiap malam. Sweet kan?Harapan tinggi betul. Baru je nak try wish gudnite dengan takecare, dia sms:

Tit..tit..



"Oh ya.hati saya dah berpunya.:P"

Harapan?



Hancur...


***Tapi Result Kimia masa SPM 1999 aku tak hancur. Aku lulus dengan cukup-cukup makan.

Friday, February 19, 2010

Memory Tangkap Cintan - 2008

Aku ni memang susah nak jatuh cinta membabi buta. Tapi kalau dah jatuh cinta. Memang lu orang tengok aku punya angau rasa macam nak lempang je muka. Tahun ni dah masuk tahun ke 4 aku tak bercinta. Tapi jatuh cinta tu banyak kali. Cuma layankan je perasaan tu buat teman sunyi. Macam celaka.

Apa-apa pun memang aku ada tangkap cintan sama sorang awek masa aku keja kat Port Klang tahun 2008 lebih kurang. Awek ni keje kat Harvey Norman Jaya Jasco. Asal makan tengah hari je aku pi makan sana. Sebelum makan memang singgah dulu Harvey Norman usha-usha barang. Tapi mata aku lebih ke arah kaunter tempat awek ni duduk. Dia punya comel sampai aku photocopy dia punya muka bawak balik rumah dan terus ke dalam mimpi-mimpi aku. Patut budak rumah aku cakap muka aku masa tido duk senyum je. Member-member opis pulak time tu memang jenis kaki panas suruh aku ajak dia keluar minum dengan tengok wayang. Aku pulak cakap sama diaorang,

"Lu orang tengok la nanti camna gua mintak nombo talipon dia".

Nama dia pun dah comel habis. Leni. Senang je nama dia. Ringkas dan kurang menggunakan dakwat pen time exam. Akad nikah nanti pun tak yah tergeliat lidah. Dia punya senyum. Pehhhhh. Cair hati beb. Salah satu sebab aku tangkap cintan dengan awek ni ialah hidung dia. Hidung dia yang comel. Dalam seminggu, kekerapan aku ke Harvey Norman boleh di katakan hampir setiap hari. Aku rasa manager dia pun macam dah jeling-jeling sama aku sebab selalu masuk tak beli apa-apa. Muka aku dengan member-member opis pun ada iras-iras perompak sikit. Untuk cover operasi cinta aku, satu hari aku terus sambar satu laptop. Memang aku dah target nak angkat laptop time tu.

Hari itu hari yang terindah bagi aku. Berbekalkan duit yang ada, terus ke Harvey Norman untuk merembat seekor laptop. Sambil hati berharap awek tu pun bekerja jugak itu hari. Kalau jodoh tak ke mana orang tua-tua cakap. Sampai je kedai aku usha awek tu dulu, nasib baik dia keje. Lepas tu baru usha laptop. Jari jemari aku membelek-belek laptop sambil mata menjeling-jeling awek tu. Aku harap hari tu aku dapat dengar suara dia.

Tiba-tiba dia pandang aku. Senyum. Dan terus berjalan ke arah aku. Aku punya jari jemari dah berterabur tekan-tekan keyboard laptop depan aku. Mata aku terus fokus ke arah screen laptop. Jantung punya debaran jangan cerita la. Dah merempit sampai Genting dah ni. Peluh gelabah tetiba mengalir kat dahi aku.

"Abang nak beli laptop ke?Boleh saya bantu?"

Abang?Cair terus beb hati rock aku. Terus aku rekod nada dan intonasi suara dia melalui perakam hati aku.

"Err...hmm..err..saya nak yang ini" sambil aku menunjuk laptop depan aku.

Dia senyum manis. Gelabah aku tak hilang lagi. Dia duk depan aku ni. Bertentang mata. Sambil dia terangkan serba sedikit harga, function dan lain-lain lagi pasal laptop ni. Aku pun tak pasti apa yang dia goreng aku sebab aku duk lentok tengok dia bercakap. Member-member lain dah kasi can sama aku dengan Leni berdua-duaan di sudut itu. Romantik kan?Manager dia pulak aku rasa dah kasik line. Dari jauh aku duk tengok dia senyum-senyum sebab ada sale masuk. Celaka.

Semasa proses pembelian, member aku pesan suruh mintak nombo talipon Leni. Aku dah susun ayat dah ni nak mintak nombo talipon dia. Siap dah ada ayat nak mintak dia jadi awek aku. Selesai semua urusan yang bagi aku sungguh romantik, aku terus meminta diri untuk pulang. Dalam hati dah berbunga-bunga. Lepas ni boleh buat taman.

"Lu dapat tak num talipon dia Pett?" member aku Lan melemparkan soalan yang langsung tak mencabar.

"Lu usha tangan la beb..aku dah dapat la..siap dengan nama penuh dia pun dapat"

Aku menjawab penuh konfiden menyebabkan member-member aku terlopong tidak percaya. Muka aku pulak memang berlagak habis. Dah la dapat cakap dengan dia, bertentang mata lagi. Siap balas-balas senyum. Bergurau senda sikit-sikit. Takkan aku tak dapat nombo talipon dia kan?

"Lu memang berani la Pett. Tabik sama lu!Camne lu mintak nombo kat dia?"

Member aku bertanya sambil ada keraguan yang bermain di minda dia tentang cara yang aku guna untuk mengadjust nombo talipon Leni.

Dengan tenang aku menjawab.



"Aku tak mintak, aku rembat name card dia atas kaunter tu."

Lu orang agak-agak aku sms tak Leni tu?Segan la nak sambung.

Wednesday, February 17, 2010

Cerita kampung - Bapak punya taste

Petang Sabtu aku follow bapak aku pi beli barang sikit. Saja follow sebab dah bertahun aku tak follow bapak aku keluar pekan. Kalau kat kampung, bapak aku tak suka bawak kereta anak-anak dia. Lebih selesa bawak kereta dia. Sebab dia kata kereta aku dengan adik aku rim besar, tapi pakai tayar nipis. Tah apa-apa punya fesyen dia kata. Pernah jugak dia suh aku tukar pakai tayar keretapi. Tapi aku cakap aku tak mampu.

Masa zaman remaja, anak sulung dengan bapak memang tak ngam sangat. Banyak ego. Tak mau mengalah. Kurang mesra orang kata. Memang selalu macam tu. Sama macam aku. Tapi bila dah besar-besar ni, dah keje, kira bapak aku pun dah tak kisah sangat sebab aku dah besar panjang. Ada otak. Dulu masa remaja, otak ada tapi tak pakai sangat. Tu yang jadi macam-macam perangai. Tapi sekarang dah kamcing macam member. Cuma kasih sayang antara anak sulung dengan bapak tak tunjuk depan-depan, cover-cover jugak. Ego tu ada lagi. Kadang-kadang bersependapat, kekadang tak. Tapi lebih ke arah tidak.

Petang tu dalam kereta borak-borak pasal masalah negara, struktur ekonomi negara dan ilmu-ilmu akhirat serba sedikit sementara nak sampai pekan. Tapi bapak aku ni takkan tanya pasal aku punya awek atau aku punya plan nak kawen. Itu yang best.

Tapi yang tak berapa best ada jugak.

"Pak, tak best ni..tukaq la"

"Jangan.."

"Alaaa..ni zaman lama punya"

"Orang kata jangan...bapak suka yang ni"

"Sekali sekala tukaq selera sikit.."

"Tak payah.!"


Bernanah jugak telinga aku dengar radio "Klasik Nasional". Sekali sekala aku nak try join bapak aku nyanyi tapi nanti dia cakap aku kasi rosak lagu pulak.

Friday, February 12, 2010

Achik - Part II

Ring..ringgg..

“Helo”

“Salam bang”

“Salam. Awat?Duit tak cukup ka?"

Adik aku kalau talipon tak lain tak bukan mesti pasal duit. Kalau tak pun pasal nak tumpang balik kampung. Tak pernah talipon tanya aku sihat ke tak. Kerja aku macam mana. Dah dapat awek ke belum. Tak pernah pulak dia nak rekomenkan kawan-kawan pompuan dia kat UniKL tu. Manatau ada yang boleh buat jadi kakak ipar dia. Pensyarah kat sana pun boleh tahan dia punya cun aku dengar-dengar.

“Bukan pasai duit bang”

“Pasai awek ka?”

“Bukan la. Nak tanya. Abang nak hanpon tak?”

Aku kalau bab hanpon ni memang tak up to date sangat orang kata. Memang tak pernah dalam sejarah hidup aku beli hanpon yang lebih dari RM300. Membazir aku nak beli. Janji dapat cakap sudah. Nak main sms jauh sekali. Hanpon company bagi pun dah cukup canggih dah. Kalau nak ikut aku, hanpon Nokia 3310 dan yang seangkatan dengannya adalah yang terbaik. Kalau jatuh lantai pun perasaan masih steady buat bodoh. Kali ni mesti adik aku nak jual hanpon dia. Nak mintak duit segan la tu.

“Berapa ringgit hanpon tu. Kalu bawah 200 abang amik”,

Aku dah siap kasi harga siling sama lantai. Nak tolong adik punya pasal.

“Tak payah bayaq bang. Achik nak hadiahkan kat abang”



Terharu.

Berkesan betul curahan penampar,penerajang dan penumbukan kasih sayang aku pada dia masa dia kecik-kecik dulu. Sekarang dah jadi insan yang berguna.


*
**
***



Pening aku dengan hanpon baru ni. Celaka punya i-phone. Dari tadi cari setting dia tak jumpak-jumpak.

Tuesday, February 9, 2010

Negeriku yang aman damai

Akhirnya negeri aku dah sah ada Menteri Besar. Alhamdulillah.

Lepas ni boleh aku rilek-rilek sikit. Sebelum ni duk sibuk jaga kes kat Perak. Tu pasal jarang update blog. Haissshhh...

Wednesday, February 3, 2010

Internet dengan Pisang Goreng tak pernah sama maksud.

Aku berpendapat internet adalah keperluan pada zaman sekarang. Tak kira di mana la kita duduk. Walau atas pokok sekalipun. Memang ada pro dan kontra kalau kita berinternet ni. Kita kecilkan skop kepada berinternet di pejabat. Bukan bertenet-tenet. Kalau bertenet dengan awek kat opis, itu memang bahaya. Tak berfaedah langsung. Lebih baik bercucuk tanam dan membela ikan di facebook. Aku jenis pemalas dan tidak suka bercucuk tanam atau membela ikan.

Aku tahu tak semua pejabat dibenarkan kita melayari internet secara berlebihan. Takut memudaratkan motivasi kerja. Kononnya. Datang opis semata-mata bukak facebook @ blog pun salah jugak. Sekarang kita jangan cakap pasal keburukan. Kita cakap pasal benda-benda positif sikit.

Waktu bekerja kebiasaannya dari pagi seawal 8 pagi untuk sector kerajaan dan 9 pagi untuk sector swasta. Lebih kurang. Waktu pulang rumah untuk memasak nasik bagi yang bersuami dan beristeri pula dalam lingkungan pukul 4 @ 5 petang bagi sector kerajaan dan swasta juga. Yang bujang makan kat mamak sudah.Tapi ada yang bekerja sampai lewat malam. Contohnya aku sendiri. Bukan rajin,tapi tanggungjawab.

Dalam lingkungan waktu bekerja tersebut, ada waktu rehat dan bersolat. Selain itu takkan kita nak mengadap computer tanpa sempat mengelip mata sekali pun. Otak kita ni bukan diperbuat dari besi tahan karat. Otak perlukan rehat jugak. Sekali sekala main facebook atau berblog apa la salahnya. Bukan boleh jejaskan prestasi kerja pun. Kita boleh kawal benda tu. Tapi kalau memang ada hari yang kita tak de keje nak buat macamana?Nak berlakon mengadap computer 24jam dengan harapan gaji boleh naik 2-3 kali ganda.Citt. Poraahh.

Pada aku tak salah kalau kita nak rehatkan minda. Tapi tak semua opis faham benda ni. Kita berbicara tentang sekatan dari pihak-pihak tertentu mengenai isu ini.Macam dalam Aduan Rakyat pulak. Ok, kita faham sesetengah opis melarang pekerja dia berfacebook or berblog sebab ada alasan yang kukuh barangkali. Barangkali melalaikan. Barangkali. Aku rasa ramai jugak kawan-kawan aku yang kebebasan berinternet mereka di sekat tanpa warning di opis-opis mereka. Hari ni boleh buka website ni, esok lusa dah tak boleh. Kesian pun ada. Ye la, dah la stress dengan keja, nak rilex-rilex tapi sebab ni menambah stress lagi. Kesian kan?

Yang lagi stress orang yang keje sampai lewat malam. Adakalanya sampai Subuh. Gila betul lu orang keje. Langsung takde akses internet selain baca email pasal keje. Gila apa nak baca email keje 24jam???Sebenarnya sekatan terhadap internet ni boleh kawal dan kita bertolak ansur sikit. Ini tak, sesetengah orang boleh akses internet, sebahagian lagi tak leh langsung. Macam pilih kasih pulak. Agak kurang sopan di situ. Kalu lu orang download cite porno memang patut kena sekat pun. Download benda-benda tak berfaedah. MasyaAllah. Tapi tak semua orang macam tu kan.

Alaa..macam salah besar pulak kalau kebebasan internet disekat sampai nak tengok Fantasy League pun salah. Bukannya Fantasy Sex. Seminggu sekali je pun paling kurang. Kadang-kadang aku pun tak faham sesetengah orang punya pengurusan atau pun perangai. Sekarang aku punya ofis tiada masalah untuk semua tu. Yahoo Mesenger 24 hours bukak sebab semua communication dengan orang luar pakai Skpye @ YM. Jimat kos kompeni. Ye la, kompeni kecik. Tak macam kompeni-kompeni besar. Tapi kalau kompeni besar-besar pun tarak guna jugak kalau lu orang tak leh bebas berinternet. Macam dalam penjara.

Ramai member-member aku kat sektor kerajaan or swasta sekali pun, diaorang kaw tim dengan pihak tertentu untuk akses internet. Secara sembunyi-sembunyi la. Nasib baik pihak tertentu mereka bertimbang rasa. Alaaa..sikit punya hal, apa adahal. Kawan-kawan pulak tu. Yang lain aku tak tau la. Sapa-sapa yang tak leh berfacebook,berblog atau yang lain-lain di opis tu, terima la dengan hati yang tenang dan terbuka. Berinternet ni sebenarnya ada keburukan jugak,aku tak cakap 100% benda ni bagus. Aku kasik satu cadangan la kat lu orang, bawak broadband sendiri. Habis cerita. Tak pun share-share la. Jimat sikit. Tapi kita pun kena pandai cover-cover jugak la. Keje jangan abaikan pulak. Baru tak kantoi.


***
“Oiiii..apa lu buat tu?Tengok blue film ka?Mau kerja ka tak mau?”

“Stress boss. Mau surf internet sikit”

“Cilaka. Lu datang sini.”

Kantoi aku. Habis kuat pun aku kena maki je ngan boss ni.




“Lu tau ka macamana mau download gambar dalam wa punya facebook?”

Monday, February 1, 2010

Sudah sampai waktu dia.( Entry khas untuk seorang sahabat yang telah kembali kepada-NYA)

Waktu itu telah tiba. Allah lebih menyayangi dia.

Hari ini seseorang yang aku kenal telah kembali ke kepada-Nya. Seorang yang aku anggap seorang sahabat dan juga seorang abang. Seorang yang sentiasa berkerja keras untuk keluarga tersayang. Aku kagum dengan kegigihan arwah. Dia pernah berkata "Aku kerja untuk isteri & anak-anak aku". Arwah pergi dalam usia muda. 33 tahun.

Tapi kita semua akan pergi juga suatu hari nanti. Masa itu akan tiba. Tapi jangan di tanya bila. Kita tidak perlu tahu harinya. Tidak perlu menghitung jam, minit & saat. Tidak perlu tahu bagaimana atau dimana. Jika itu yang ditakdirkan. Kita perlu redha. Walaupun itu adalah kesedihan yang amat di rasai. Kita perlu sedia menerimanya. Tidak kira masa itu adalah untuk kita atau orang disekeliling kita.

Sejujur-jujurnya arwah seorang yang amat baik. Tiada sebutir zarah pun arwah menyakiti hati aku ataupun kawan-kawan lain. Kami sentiasa bekerja sebagai satu pasukan. Bergembira pula sebagai satu keluarga. Kehilangan arwah memang aku sebagai kawan amat terasa. Aku tahu kawan-kawan lain juga merasai apa yang aku rasa. Kita redha akan kehilangan ini. Bukan lagi mimpi.

Aku doakan Kak Fidah dan anak-anak akan kuat dalam menghadapi kehidupan ini. Aku tahu anak-anak arwah masih belum mengerti apa itu erti kehilangan. Masa itu akan tiba dan mereka akan mengerti. Suatu hari nanti mereka juga akan sedar bahawa ayah mereka adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Dan ketika itu juga, mereka akan bangga mempunyai ibu yang tabah dan cekal. Itu adalah ibu yang terbaik bagi mereka di dunia ini.



Kenangan terakhir kami bersama arwah. Semua ini akan kami kenang sampai bila-bila. Semoga arwah & abang kandungnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang beriman. Al Fatihah.