Tuesday, June 28, 2011

Kuning

Aku tak amik port sangat dengan kaler kuning ni. Dulu masa sukan sekolah rendah aku rumah biru. Otak biru sampai ke unibersiti. Sekarang kaler kuning dah lain macam dia punya bahaya. Bukan boleh sebarang orang pakai. Silap pakai sekarang boleh kena tangkap.


Isu kaler kuning ni dah top sekarang. DIGI pun sekarang tengah pikir nak tukar kaler merah jambu.



Apa-apapun sekarang, makcik-makcik kat kampung aku dah tengah runsing nak selesai satu masalah ni. Bila nak buat kenduri kesyukuran ka, majlis katam Quran ka, pulut tu nak taruk kaler apa?




Kaler hijau? Kaler biru air laut?



Dunia..dunia.

Tuesday, June 21, 2011

Selamat Hari Bapak

Semalam hari bapak. Tahun lepas punya hari bapak aku ada tulis surat dalam ini belog. Tak tau la bapak aku pernah baca ka dak. Itu tahun lepas punya cerita.



Tahun ini, aku dan adik-adik aku sambut hari bapak tanpa bapak aku. Dah lebih 4bulan bapak aku pergi buat selama-lamanya. 4bulan bukannya lama. Tapi masih terasa kehilangan dia. Sebagai anak sulung, aku tau tanggungjawab aku kat mak dan adik-adik. Aku di ajaq keras kepala sejak kecik, bukan di ajaq, tapi memang aku kurang ajaq pun. Sebab keras kepala aku ni, aku kuat macam Suria Perkasa Hitam. Aku meratapi pemergian bapak aku pada 10.02.2011 hari tu secara seorang anak jantan. Menangis aku bukan umpama hidup di dunia ni dah takdak makna. Itu bukan watak seorang hero. Bila hang menangis bagai nak rak, hang umpama menidakkan ketetapan yang telah ditentukan oleh- NYA. Lagipun, takkan hang nak tunjuk hang punya mental yang lemah kat adik-adik. Tak hero la.




Arwah bapak aku pergi dengan senyuman yang manis. Aku bersyukur. Walaupun kali terakhir aku berjumpa dengan dia pada 25-28 December 2010. Lepas tu kali terakhir aku bercakap dalam bulan January 2011 sebab bapak aku nak inform tarikh kawen aku. Itu kali terakhir dengaq sora dia. Lama kan? Lama la sebab itu bapak kita. Bila saat pemergian dia 10.02.2011. Aku sama adik kedua aku dalam kereta pulang dari KL ke Perak. Sepupu aku jugak sekali.



Dari awal pagi bapak aku masuk hospital, aku tenang walaupun dalam hati tiada sapa yang tau. 5minit sebelum aku sampai ke hospital setelah memecut kereta aku melebihi had undang-undang jalan, SMS dari adik pompuan aku diterima..."Pak dah tak dak..". Pendek dan ringkas. Aku sebenarnya dah bersedia menerima ketentuan-NYA. Arwah bapak aku sakit tak lama, 2-3hari demam dan dia pergi sebab serangan jantung. Syukur lah kerana dia pergi tanpa menanggung sakit yang lama.



Berdiri dan mengadap jenazah dia setelah tiba di hospital, aku merenung wajahnya yang terbaring kaku. Sebagai hero dalam family, aku kuatkan semangat aku untuk mak dan adik-adik aku. Mereka adalah hero-hero aku sekarang. Sebagai orang Islam yang dididik sejak azali, aku nampak kekuatan semua adik-adik dan mak aku menerima takdir. Semua orang akan pergi bai. Kita jugak. Kuatkan lah hati bila menghadapi saat-saat begini. Memang susah tapi kita patut bersyukur kita masih diberi peluang untuk terus hidup mengejar dunia dan akhirat.



Dari kecik bapak aku ajar tentang kesusahan dan berdikari. Apa ada hal? Macam tu la ajar anak-anak. Biaq susah dahulu. Baru senang kemudian hari. Pesan arwah bapak, jangan kita menganiaya orang lain walaupun orang lain menganiaya kita. Buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita. Biaq orang cari pasal, jangan kita buat pasal. Sabar itu separuh iman. Kalau tak dak iman, boleh tersesat dalam lubang gelap. Guna kesabaran dan akal yang panjang dalam hidup. Berkat kejujuran dan kesabaran akan memberi hasil yang lumayan. Bukan duit yang kita cari tapi pengalaman dan bekalan ke dunia yang satu lagi. Ada faham bai?



Semoga arwah bapak aku dicucuri rahmat. Hanya doa-doa anak-anak,isteri,rakan-rakan, sanak saudara serta orang beriman sentiasa dikirim untuk bapak. Selamat hari bapak pak!



Juga Selamat Hari Bapa sama bapak mentua aku En Mansor yang macho lagi sempoi dan adik lelaki aku yang makin gemuk. Semoga murah rezeki dan panjang umur.



Semoga aku dapat sambut hari bapak pulak tahun depan. Ecehhhhh! Doa tu doa!



P/s: Aku dalam proses untuk menerbitkan sebuah projek kecil-kecilan khas untuk arwah bapak aku. Semoga aku dapat siapkan sebelum hari raya. InsyaAllah.




Hari raya tahun ni dah kena discuss baik-baik dengan orang rumah. Kampung sapa ketupat sama rendang paling sedap. Nasib baik kampung dua-dua utara. Senang cerita.

Friday, June 17, 2011

Nora Elena?

Baru semalam aku tau apa dia menatang Nora Elena tu. Drama melayu rupanya. Hero dia nama Seth. Bini aku cakap cerita tu dah habis.

Aku cakap "Ohh..ok".

Dia cakap cerita ni top, kalah Nur Kasih.

Aku cakap sambil kening sama dahi berkerut " Nur Kasih???"

Last week jugak bini aku ada cerita watak Seth tu romantik. Dia beli bunga penuh satu bilik untuk Nora Elena. Romantik kan?






Aku cakap


" Ok. Nanti kita pi Cameroon Highland"

Wednesday, June 15, 2011

Pergi ke Sekolah

Jam sudah pukul 6 pagi. Azan subuh dah berkumandang mengejutkan mimpi-mimpi manusia dan juga binatang-binatang serta benda-benda hidup yang lain. Aku bangun macam biasa walaupun terpaksa. Sesudah mandi dan solat, pakai baju dan seluar yang tersedia rapi. Mak aku dah sediakan sarapan pagi. Bila aku cakap nak breakfast, mak aku tak faham. Bapak aku pulak pagi-pagi lepas balik mesejid, dah cari suratkhabaq. Duduk atas kerusi malas dia sambil minum ayaq kopi. Fokus dia baca paper pagi-pagi. Kalau ada yang buat pasai pagi-pagi buta ni, boleh kena lempang dengan tapak tangan dia.

Aku bersarapan pagi cara kampung. belum pernah mak aku bagi makan cornflakes campuq susu pagi-pagi buta ni. Dia kata tu makanan ayam. Bukan kenyang pun. Aku dah diajaq makan nasi pagi-pagi. Orang kampung macam aku ni tak membazir sangat macam orang kaya. Nasi semalam yang tak habih, mak aku buat nasik goreng. Nasik goreng ni ada macam-macam jenis. Tak perlulah aku jelaskan jenis-jenis nasik goreng tu, macam la hangpa tak penah makan.

Setelah bersiap-siap ke sekolah dengan berbekalkan dua pasang kaki yang belum pernah cedera lututnya, aku berjalan ke sekolah. Sekolah aku tu bukan jauh sangat. Kalau naik moto, baru taruk gear 3 dah sampai. Sejak dari sekolah lagi aku banyak bawak bekal nasik. Samseng tak samseng, bekal mak bagi lagi berkat dari berbelanja duit kat kantin. Lagipun duit bapak bagi aku boleh beli rokok kat kedai Ah Seng tu, dua batang baru 50sen. Masa tu Dunhil 7 tengah glamor. Tapi tak mampu nak beli kotak-kotak ni. Nanti kantoi taruk dalam poket seluaq.

Itu rutin aku sepanjang sekolah menengah. Dah lama dah aku tak ke sekolah pagi-pagi buta macam dulu. Dah dekat 12 tahun. Zaman sekolah ni sebenarnya zaman hang membesaq menjadi manusia serba boleh. Zaman hang kena bangun pagi-pagi dengan mata mengantuk nak tidoq. Kalau cikgu bahasa inggeris aku pakai seksi pagi-pagi tu, kira celik la mata sampai kelas dia abih.


Sekarang apa macam?


Pagi-pagi jam 7 aku dah terpacak hantaq bini tersayang aku depan pagar sekolah.






Baru sekarang aku rasa cuti sekolah amat penting dalam hidup aku.

Tuesday, June 14, 2011

Memori 90an - Kenapa Aku takdak awek masa Sekolah rendah

Setelah berbini, ini kali pertama aku pijak tapak sekolah rendah aku yang dah lama aku tinggal sejak 1994. Aku menuntut ilmu selama 6 tahun kat sini. Dari darjah satu pakai seluaq pendek, rambut sikat tepi, pakai bedak kat muka sampai la fesyen ala GQ orang panggil time tu.


Satu benda yang aku bangga gila masa sekolah kat sini ialah aku tak pernah ada awek! Budak-budak sekolah rendah sekarang bukan main lagi. Berpakwe makwe hangpa. Mukhadam pun belum tentu abih baca nak bercinta. Bersunat pun belum tentu.







Oh, satu lagi perkara kenapa aku tak pernah ada awek masa sekolah rendah.




Sebab sekolah ni sekolah laki-laki sahaja.




Sekian.