Wednesday, December 31, 2008

Dimana ada kemahuan,sakit ke tak,aku tak kisah...

Isnin 29.12.08

1201pm:
Aku ke Ampang bersama rakan baik aku Epol.Tujuan ke sana nk ke Hospital Ampang Puteri. Semalam member kitaorg sms.

"Wei...dtg la melawat aku.Br lepas operate lutut.Bosan sial...".Sian En.Siam (nama gelaran kwn aku) keseorgn di hospital.

Disebabkan aku nie memang buta langsung bab jalan2 kt KL nie,aku amik keputusan naik LRT je. Jalan-jalan yang aku tau sepanjang aku duk sini ialah area Kota Damansara,Klang,Port Klang,Shah Alam & Jalan Duta...betul...aku tak tipu...tanya la En.Combat Zainol...dia adalah saksi kebutaan aku pasal jalan nie. Kalau la aku drive masuk KL masa time2 jem,memang nampak la muka aku gelabah xtentu pasal.Sial,kat kampung aku xpernah jam. So,aku tak dilatih untuk memandu dalam keadaan jalan jem.

Dari Kelana Jaya,kami turun kt Stesen Ampang Part. Tanya orang mcmana nk pi Hospital Ampang Puteri,diorg ckp naik je bus depan tue. Tak jauh dari Ampang Point,kami jalan kaki ke Hospital tue....5minit je...sampai kt Hospital,bilik En.Siam di tingkat 6.

0130pm:
Dari jauh dia dah senyum.Berbalut kaki dia dari paha sampai buku lali. Balutan yg amat kemas sebab nie hospital swasta. Dah mcm kaki "Iron Man" aku tgk. Bukan macam kaki ayam kampung. Aku tanya,sakit tak masa operation aritu?
Dia cakap.."Tak sakit langsung....". Aik?Gila hang..aku tengok kaki dia dah rasa ngilu kaki aku,dia boleh ckp tak sakit...

"Sebab masa tgh operation,aku dah lelap,sedar2 ja,aku tgh tido atas katil nie..". En.Siam berkata. Seperti dia tahu kemuskilan yg berada di benakku ketika itu.

" Oooo..." aku menjawab pendek sebagai penyambung ayat yang menunjukkan tanda aku faham.

"Abih tue hang xhisap rokok ka?Tak sangap?"tanya seorang perokok kepada perokok yg tgh sakit kaki. Pada pandangan aku,En.Siam mesti agak susah nak turun ataupun bergerak. Dah 3 hari dia masuk wad. Aku simpati sebagai seorang perokok. Epol tidak merokok,tapi aku tau dia memahami jiwa perokok. Macamana la keadaan En.Siam yang sangap merokok. Dah la tgh sakit kaki. Nak bergerak kena pakai tongkat.

Dengan perlahan En.Siam berkata,"...Sebab tue la aku suruh hg melawat aku nie...",jawab En.Siam dalam suara terketar-ketar seperti memerlukan sedutan asap yg amat sangat.

0415pm:

"Mamak kira..!"

"Ok Siam,kami nk blk dah.Nanti hg lintas jalan elok2.Tengok kiri kanan dulu",kata aku kepada En.Siam yang berjalan dengan bertongkat di kedua2 belah ketiaknya. Hampir 3jam kami melepak tanpa aku sedari En.Siam masih dalam pantang sakit lutut.

Restoran Pelita berhampiran Ampang Point menjadi bukti untuk perokok-perokok sejati.

Kalu aku jadi macam dia,mungkin aku juga sanggup turun lepak kt kedai mamak sambil wifi!

Friday, December 26, 2008

Bos...rajin kan gua hari nie?

Jam tepat 0730 pagi.Aku dah sampai ofis.Tersangat awal.Jarang betul aku datang ofis seawal camni sepanjang tahun nie.Awal kan?Bos aku pun xsampai lagi.Aku senyum.

Bukak laptop aku.Berderu email masuk.Aku baca email satu-satu.Rajin kan?Aku senyum.

Dokumen-dokumen di ofis aku tu aku kemas & susun elok-elok di tempat yg sepatutnya. Nampak teratur dan kemas sekali. Bos aku usha aku. Baguskan?Aku senyum.


Aku update dokumen-dokumen penting dan masalah-masalah yang tertangguh sejak bulan lepas. Semua aku settlekan hari nie tanpa ada yang terlepas. Bos aku cakap bagussss.Rajin kan?Aku senyum.


Aku xkeluar lunch hari nie. Bos aku tanya kenapa?Aku cakap ada kerja mau kasi siap. Lepas semayang Jumaat,terus balik ofis,sambung kerja aku.Tanpa melepak di kedai kopi sebelah ofis aku. Baguskan?Aku senyum lagi.


Mungkin bos aku perasan perubahan pada diri aku nie.Ya..dia nampak kerajinan aku sepanjang hari nie.Dia juga tersenyum tapi aku tau dia x ikhlas.


Mungkin dalam hati dia berkata.."Cilaka ini budak,sulah tau itu BONUS mau lapat bulan depan,dia sulah lajin kelija"...

Wednesday, December 17, 2008

Bertukar!!!!!

Bersama jentera "Belalang Tempur" yg ada perasaan manusia

Nie la salah satu cite aku yg aku suka gila masa sekolah dulu.Sanggup ponteng kelas fardhu ain sbb nk tgk cita nie petang2.Dulu cita nie aku rasa tiap2 hari Khamis jam 4.30ptg (zaman aku darjah 3@4 kot).

Angan2 aku dulu nk jadi Suria Perkasa Hitam@Masked Rider Black mcm Kitaro Minami (nama hero sebelum bertukar jd belalang).Tiap kali nk tido mesti aku berangan-angan aku jadi Suria Perkasa Hitam dan menyelamatkan dunia yg ingin ditawan oleh raksasa Gorgom.
Koleksi kesayangan aku

Setelah hampir 17thn akhirnya aku telah berjaya membeli DVD nie.Puas hati aku!!!Dah brapa kali aku ulang episod2 yg best sebelum aku tido.Lepas tue sampai termimpi-mimpi aku mempunyai kuasa seperti dia.

Terasa aku kembali ke zaman kanak-kanak aku dahulu...hmmm...
***Basikal mini aku dulu aku namakan “Belalang Tempur”.Cuma aku xletak kepala moto RXZ je kt basikal aku sebab xmampu.

Friday, December 12, 2008

Awak..saya orang Malaysia

Kerja aku banyak dihabiskan dgn org2 asing terutamanya org2 Myanmar & Indonesia. Mereka adalah crew2 kapal dagang yg rela berlayar berbulan2 tanpa memikirkan tentang negara masing2.Kerja aku ialah menguruskan mereka semua. Segala urusan di KLIA & di pelabuhan diuruskan oleh aku tanpa ada masalah yg timbul atau tenggelam.



Tapi pada suatu hari di mana cuaca agak2 mendung di KLIA,hati aku bagaikan terluka oleh kerana seorang awek Immigresen yg memang cun. Diulangi,MEMANG CUN!Muka dia sekali pandang mcm Fazura,kadang2 mcm Maya Karin.


Aku selalu ternampak dia di KLIA,tapi dia xpernah perasan aku pun sebab dia perasan dia cun. Setiap kali aku ke KLIA aku mesti jatuh cinta berkali-kali dgn dia. Kamu semua pernah merasa jatuh cinta berkali-kali dgn org yg sama?Aku pernah. Dia lah orgnya.


Tiap kali aku ke KLIA,aku akan pastikan rambut aku tidak begitu kembang ataupun berkaki ketam,berpakaian lebih kemas berbanding di ofis dan berbau wangi dgn perfume jantan aku. Sampai begitu sekali persiapan aku ke KLIA,sedangkan aku ke sana atas urusan kerja dan pekerja2 yg aku nk amik tue semua lelaki!(Aku masih lelaki normal!). Penampilan aku itu hanya utk si dia yg sentiasa menunggu aku di KLIA.


Hari itu aku amat bertuah sbb si dia menjaga kaunter check in (immigration counter) utk warga2 asing . Yes!Peluang baik utk aku bercakap dgn dia. Setelah hampir 15minit menunggu pekerja2 aku dari Myanmar tiba di arrival hall dengan muka sorg2 macam muka pecah rumah,dengan bangganya aku terus menuju ke kaunter si dia. Ku tarik nafas dalam2 dan mengawal pernafasan untuk membentuk perut menjadi leper ketika berjalan tanpa nampak sedikit pun kesan boroi.


Dikaunter aku menghulurkan semua passport pekerja2 aku kepada si dia sambil melemparkan senyuman macho dan lirikan mata yg terus memanah anak matanya.Pehhhh!Cairrr!!!Bukan dia,tapi aku...


Si Dia: From Myanmar?

Aku: Yes

Si Dia: So,where is your passport?I have only 3 pasport here,but all of you is 4person.

Aku: Cik,saya agent diaorang. Orang Malaysia.

Si Dia:Oh...saya igtkan awak org Myanmar td.(jawab si dia tanpa ada rasa bersalah)


*****Aku sudah sebulan x ke KLIA sejak hari itu. Cuma duduk di didalam kereta sambil menuggu rakan sekerja aku yg menguruskan urusan di immigresen. Sampai sekarang aku masih kecewa & hati aku tertutup utk jatuh cinta.