Tuesday, February 24, 2009

Mari bersukan

Memang aku suka sangat bersukan. Bersukan boleh menguruskan badan aku. Penghujung tahun 2007 lalu. Aku cedera separa parah di lutut akibat bermain futsal. 7bulan lamanya aku tidak boleh berlari @ berjoging secara profesional. Sekadar berlari keanak-anakkan sahaja. Dulu berat aku masih bertahan di tahap 60kg-63kg sahaja. Masih berbentuk V pada badan aku seperti Ronaldinho,cuma kami berbeza dari paras rupa. Aku lebih kacak dari dia. Disebabkan tidak bersukan secara hardcore selama 7 bulan,aku menjadi sedikit montel dan agak-agak comel badan aku macam Maria Tungku Sabri.

Kini,aku kembali aktif secara mendadak walaupun agak sibuk berkerja untuk bakal isteri dan anak-anak kembar aku (boleh aku berimpikan anak kembar kan?). Tidak kira apa jenis sukan pun aku tetap main. Walaupun ada sesetengah sukan aku bukanlah hebat tapi aku boleh main dan ada gaya tersendiri dalam permainan tersebut. Futsal adalah sukan kegemaran aku. Sanggup main 2-3jam sehari walaupun sedikit 'pancit'.

Sejak sebulan lepas aku aktif bermain tennis. Aku tidak pernah bermain tennis sebelum ini. Tapi aku cuba bermain seperti Rafael Nadal. Dalam sukan,gaya itu penting walaupun kamu tidak hebat. Sama seperti pemain-pemain bola kebangsaan kita. Rambut nampak macam Beckam, main macam budak sekolah rendah.

Minggu lalu aku bermain tennis waktu malam selepas pulang kerja. Aku pulang agak lewat malam. Malam minggu. Dengan berbekalkan seluar pendek dan baju tanpa lengan serta rambut yang diikat kemas ke belakang,aku memandu pulang ke rumah. Seperti biasa, mesti ada sekatan jalan raya oleh polis-polis kita yang amat "Mesra,Cepat & Amanah".

Aku perlahankan kelajuan yang baru nak mencecah 80km/j,laju kan?Seorang anggota polis melihat cukai jalan kereta aku. Aku yang sudah memakai tali keledar sejak awal memandu menurunkan cermin kereta secara perlahan-lahan. Dia melihat aku. Aku macam biasa,cool saja. Sebab aku tak buat salah. Lesen ada,memandu tidak melebihi had laju. Sambil memegang kereta aku,dengan muka sedikit ketat,sedikit gaya seorang polis jahat dalam filem Tamil, beliau bertanya:

Polis: Dari mana nie?

Aku: Baru balik bersukan encik.

Polis: Malam-malam camni?Sukan apa kau main nie?Macam samseng je aku tengok ko ni.

Sial sungguh mulut dia. Muka baik macam ni dia sanggup melemparkan tuduhan melulu itu. Aku sabar saja sebab dia polis. Aku rakyat.


Aku: Baru balik main tennis encik.

Polis: Tennis?Huh!!..sukan orang putih jugak kau nak main.

Hah?Apa masalahnya encik polis?Nak bersukan kena ikut negara ke?Bangsa ke?Aku tak tau apa masalah encik polis tersebut. Selepas dia tengok lesen,aku dilepaskan tanpa ada jaminan.

Muka aku tak nampak samseng langsung la. Buta penglihatan betul.


Kena main sukan Melayu la kalau macam tu. Macam Sultan-Sultan zaman dulu kala,memanah & memburu dalam hutan.

Baru sukan Melayu.

Friday, February 20, 2009

Surat Aku Untuk Si Dia...(kamu juga boleh baca)

Kehadapan insan yang aku selalu ingati...hari ini hari Jumaat,20hb Febuari 2009 bersamaan dengan 24 Safar 1430 hijrah...bukan aku memilih tarikh ini sebagai tarikh pertemuan kita ataupun pengenalan kita...bukan sayang...aku cuma terkenang kenangan lalu yang pahit untukku telan...

Sayang,
Dulu...kau pernah hadir untuk mengecewakan aku pada hari Jumaat...Ya...masih tidak dapat aku lupakan kenangan itu...masih terasa kesakitan di hati nuraniku ini setelah diperlakukan sedemikian rupa...niatku ikhlas dan murni ini telah ditebas dan dipijak-pijak oleh kau...kau tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu?Dapatkah kau rasa kepanasan yang aku rasai dari ujung rambut sampai hujung kaki?

Mungkin kau tidak pernah ambil peduli...walaupun aku tahu kau selalu memandang aku dari jauh ketika itu...mungkin senyuman dan jelingan kau itu hanya lakonan semata-mata. Sekadar untuk menilai kebendaan dan kekayaan yang aku miliki...kau memang materialistik!Kau pergi tanpa memberitahu aku...terus menghilang bagai angin lalu..

Tapi hari ini...kau hadir kembali...kau memandang aku dari jauh...mengikut jejak langkah aku satu persatu...aku tidak pedulikan kau lagi...bagi aku kau adalah kenangan lalu yang hadir seketika untuk menyakitkan hati sesiapa saja...aku telah lama maafkan kau...aku ke sini dengan harapan aku boleh peroleh ketenangan yang abadi dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang lelaki Islam...

Tapi...tak kusangka kau ulanginya lagi!!!!Sekali lagi hatiku remuk!!!Perasaan amarah aku makin membuak-buak terhadap kau!!!Kenapa kau ulanginya lagi...???Kenapa???
Sayang,
Sebelum aku mengundur diri..,kau ingatlah pesanan aku ini.....Jangan sampai mata aku bertentang dengan mata kau...jangan sampai aku menampar pipi kau yang mungkin licin itu dengan kaki aku...dan....jangan sampai aku doakan kau hilang keupayaan berjalan dengan dua kaki yang cantik itu!



Akhir kata dari aku...semoga kau selamat dunia akhirat wahai pencuri kasut Masjid...


Wassalam...
Yang benar,
Jemaah Masjid
1430pm

Monday, February 16, 2009

Catatan ringkas...

Catatan ringkas untuk minggu ini.Aku sibuk.

Keadaan manusia yang sedang fokus

Tengah siapkan ini

Kata-kata motivasi untuk diri sendiri:

Pett jangan malas!

Pett jangan buang masa!

Pett jangan makan nasi,nanti gemuk!

Wednesday, February 11, 2009

Kalu aku anak orang kaya kan senang...

Kena stanby lagi malam nie.
Awek-awek kt KLIA sampai dah muak tengok muka aku yg xberapa kacak nie.
Korang ingat aku selekeh, xpakai tali leher,kot,kasut kulit xde duit ke?
Jangan pandang aku pakai mata lutut ye.

Dah brapa hari aku xjumpa budak rumah aku.
Asal balik je budak umah aku dah tido.
Xsempat borak pasal hal2 semasa.
Xsempat borak pasal awek depan rumah.
Xsempat borak pasal harga kelapa sawit skang.
Semua xsempat.



Kalu aku kawen nanti.

Macamana aku nk dapat anak kan?

Antara Gadis...

Aku kena tag dikala sedang sibuk menyelesaikan masalah politik di negeri aku ketika ini:
Untuk Faryn ini jawapanku padamu.

3 blogger wanita yang anda teringin hendak berjumpa dan sila senaraikan 3 sebab untuk setiap seorang kenapa beliau dipilih:
a).Faryn – aku pasti dia seorang perempuan,dia ckp dia hot.Aku nk jmp dia.Bole?
b) Aku belum fikir...
c)Aku x sempat fikir lagi...

3 tempat yang sesuai dipilih untuk berjumpa dengan setiap blogger tersebut
a)Masjid
b)Surau
c)Ceramah Hal Ehwal Islam

3 lagu yang akan anda dendangkan apabila berjumpa dengan blogger tersebut (Pastikan cuaca sangat indah ketika itu)
a)Memori Daun Pisang (sebab boleh berduet)
b)Keindahan Pantai (M.Sharif)
c)Goyang Inul (ok?tolong gerudi sket)

3 soalan yang ditanya kepada kepada setiap blogger wanita yang anda jumpa itu (Dibenarkan bertanya soalan sensasi)
a)Solo or dah berduet?
b)Berapa wang simpanan u setakat ini?
c)Kenapa tag nie x mencabar kelakian i?hehehe

3 hadiah yang akan diberikan kepada blogger tersebut (Ini taktik untuk mengorat juga ye)
a)Jumpa dulu baru tau...bole?
Ok selesai sudah tag aku untukmu gadis.
Menunggu tag yg lebih mencabar dari kamu.hahaha.

Monday, February 9, 2009

Impian aku sebelum tido...

2 hari aku kerja tanpa henti.Maksud aku Sabtu&Ahad.Tak balik rumah.Tido kat ofis.Beralaskan sleeping bag aku.Sempat tido 3jam saja.Masa lain aku habiskan untuk kemajuan & keuntungan syarikat ini.Patut aku diberi anugerah pekerja terbaik tahun ini.Sengal2 seluruh tubuhku akibat kerajinan aku ini.Masih menunggu bonus bulan nie.Aku bom kapal2 syarikat kalu x kasi bonus!


Terlepas nk pi Maskara.Terlepas nk sambut Thaipusam!


Skang aku terasa mau tido.


Impian sebelum tido:


Mahu bermimpikan Bunga Cinta Lestari datang padaku lalu mencium pipi aku,..kpd Ashraf Sinclair lu jgn gatal2 nak join dlm mimpi gua ni!Perampas!

Saturday, February 7, 2009

Aku bekerja di hari cuti..ini buktinya...

Kehidupan seorang kuli yang terpaksa rajin kerana aku bukan tokeh!


Gambar diambil pagi tadi...


Gaya seksi untuk semua...




Tukar baju,sekarang aku sedang merehatkan minda seperti biasa...



Jelingan manja untuk lu orang semua...haha...


Mau jumpa aku?hah..aku akan ke KLIA kul 7 nanti...jumpa di sana..

Kepada kwn2 yg pegi Maskara malam nie...semoga bergumbira.

Kepada Dani,Ciki,Pjoe,Diktator Hati...aku xdapat ikut luorang maapkan aku...hehe

Kepada Dila,nanti aku kasi gbr kt hg...
Kepada Faryn..tag tue i akan buat ini hari atau esk lusa...

Kepada semua pekerja yg berdedikasi mcm aku..selamat Hari Thaipusam!

Tuesday, February 3, 2009

Maafkan aku...aku bukan diciptakan untukmu...

Tahun 2002:

Pertama kali aku menjejak ke kolej itu terasa bagaikan satu permulaan baru yang harus aku lalui. Bermulalah semangat baru aku untuk berjaya setelah aku gagal pada peluang pertama dulu,aku akui aku telah mengecewakan ramai orang terutama ibubapaku.Aku perlu ke universiti tahun depan!

Aku putuskan cintaku dengan kekasihku ketika aku diberi peluang ini. Alasannya...aku mahu lebih tumpuan pada pelajaran. Dia menerimanya dan tidak pula menghalang kerana dia juga perlukan ruang kebebasan di universiti. Tidak mahu terikat dengan percintaan yang belum pasti penghujungnya.

Ketika di kolej ini, aku mengurangkan aktiviti-aktiviti nakal aku dahulu. Ahh..peluang ini tidak perlu aku lepaskan. Tidak mahu aku gagal lagi. Sejak aku di sini, aku sering diperhatikan oleh seseorang. Gaya lemah lembutnya sering menarik perhatian orang disekeliling. Aku sedikit pun tidak ambil peduli setiap jelingannya padaku. Bagiku tujuan aku ke sini adalah untuk menuntut ilmu. Bukan untuk belajar tentang selok belok percintaan remaja yang penuh dengan angan-angan dan harapan kebahagian yang belum pasti dimiliki oleh tiap-tiap pasangan yang bercinta.

Setiap kali aku ke kantin,dia akan ada disitu seperti menunggu kehadiran aku. Sambil makan dia memandang aku dari jarak jauh. Sekali sekala ternampak dia melemparkan senyuman manis kepadaku. Aku hanya membalas senyumannya secara ala kadar supaya aku tidak dilabel lelaki sombong nanti.

Lirikan matanya membuatkan bulu roma aku berdiri tegak. Aku hanya memalingkan pandangan aku ketika dia memandangku. Adakalanya aku rimas di pandang sebegitu rupa. Tiap kali dia lalu akan kedengaran suara-suara dan siulan pelajar-pelajar lelaki lain di situ.

Ya,dia cantik, berkulit putih,berdahi licin ,lenggukan pinggul yang menggoda & suara yang kedengaran agak manja. Mungkin ramai yang menyukainya. Tetapi tidak bagi aku. Bukan jual mahal ataupun ego,tetapi itu adalah mustahil bagi aku untuk bersamanya.

Pernah dia menghadiahkan aku coklat Cadbury dan sekeping nota kecil sebagai tanda dia ingin berkenalan denganku. Aku tidak menolak pemberian coklat itu...tetapi aku menolak hajatnya untuk berkenalan denganku...

Pelajar-pelajar lelaki lain nampaknya sudah tahu dia menaruh minat terhadapku. Ada yang tersenyum sinis dan tidak kurang juga yang memandang aku dengan jelingan-jelingan tajam .Aku hanya mengabaikan perkara tersebut. Bagiku,cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi pembelajaran aku di sini akan tamat. Dan selepas itu aku akan hilang dari pandangan matanya dan mungkin dia akan terus melupakan aku. Aku bukan di cipta untukmu...lupakan aku...

Pernah sekali rakanku yang sekelas dengannya memberitahuku bahawa si dia meminati aku sejak pertama kali aku menjejak kakiku di sini.

"Woi..,Sally minat sangat kat hang. Hang macamana?" ucap Fadil tanpa berselindung ketika aku sedang mentelaah pelajaran di dalam bilik. Sally...nama si dia...si dia yang sering membuat aku tidak tentu arah ketika belajar di situ. Aku hanya memandang sipi ke arah Fadil sambil tanganku terus menulis nota-nota untuk pembelajaran esok hari. Banyak masa aku disini dihabiskan dengan buku-buku yang dahulunya aku hanya gunakan untuk memenuhkan ruang meja supaya nampak seperti seorang yang rajin membaca.

Aku menyalakan sebatang rokok...aku hembus asap-asap itu keluar memenuhi ruang-ruang kosong bilikku...sambil aku menjawab soalan Fadil...



"Hang gila nak suruh aku bercinta dengan LAKI!!!Dah nama elok-elok Sallehudin nak buh nama Sally!"

Setiap malam ketika aku tidur,bilik aku akan dikunci sebab bilik Sally betul-betul depan bilik aku...seram sungguh aku...