Wednesday, March 31, 2010

Rambut April Fool

Sempena April Fool ni aku kasik botak kepala. Tapi blog tetap dengan nama Rambung X Kembang.

Apa macam?Boleh sambut April Fool tak esok?

Wednesday, March 24, 2010

Bukan cerita pasal Friendster

Facebook ni ada jugak dia punya kebaikan. Aku ingat dulu facebook ni tempat usha awek-awek seksi. Boleh jugak sekali sekala cuci mata. Tapi sebenarnya lebih dari itu. Maksud aku lebih dari sekadar mendapat kawan baru dan berjumpa kawan-kawan lama. Bukan sekadar nak usha awek-awek baekkk.

Sebab facebook aku jumpak ramai kawan-kawan lama. Yang baru turut berhubung. Kitakan kawan-kawan. Nak melepak 24jam sehari tak dapet la bai. Keje yang bersusun kat opis tu sapa nak kasik handle?Dapat jugak la kita merepek bertanya kabar sesama kita. Itu yang penting. Terus berhubung walaupun ada yang dah kawen dan bersusun anak-anak diorang. Pelbagai kisah boleh kongsi dengan kawan-kawan. Dari sarapan pagi sampai la melantak tengah-tengah malam. Macam-macam cerita boleh tercetus. Tak kira itu cerita gembira atau kecewa. Tapi itu kisah masing-masing,kita sebagai kawan akan tumpang gembira,sedih,marah atau suka.

Dengan facebook jugak aku dapat pantau adik-adik aku. Adik-adik aku yang darjah 4 sampai tingkat 3 tu aku larang sama sekali berfacebook. Jangan harap abang nak add hangpa dalam facebook abang. Aku tibai sorang-sorang nanti. Budak-budak pi main friendster dulu. Yang aku maksudkan 3 orang adik-adik aku yang berumur 18thn ke atas. Yang dah kawen tu tolak tepi sebab dia di jaga rapi oleh adik ipar aku. Tapi adik aku ni pulak yang duk pantau aktiviti pembaziran aku. Kantoi la aku kat kampung nanti. Nasib baik mak bapak aku tak pandang sangat hal-hal facebook ni,kalau tak mesti diaorang dah terjebak bercucuk tanam dan membela ikan.

Salah sorang adik aku yang study ni aku pantau secara tak langsung. Aku usha melaui status-status kat facebook dia je. Sebenarnya aku bukan nak pantau sangat aktiviti adik aku ni. Sebagai abang kena ambik tau sikit-sikit. Apa yang dia buat aku rasa dia boleh pikir mana yang baik buruk. Aku ni abang yang boleh bawak berbincang. Boleh jadi kawan baik kepada adik aku. Aku tau dia dengar cakap aku. Aku tau dia boleh berdiri dengan kaki sendiri. Aku takkan tolong kalu hal-hal remeh temeh.

Yang penting pengalaman. Pengalaman yang boleh menjadikan dia lebih bagus. Nak gaduh ke apa ka, tu pandai-pandai la guna skil apa pun. Dia ramai kawan. Biar ramai kawan, tapi jangan ada musuh walaupun sorang. Kadang-kadang mengalah tu bagus jugak sebab mengalah dengan musuh bererti kita menang. Musuh yang kalah. Gaduh-gaduh jugak, result tu jangan lupa kasi letup. Kalau kantoi aku belasah. Tak kira.

Banyak benda kalau nak crita pasal menatang facebook ni. Nak tulis panjang-panjang bukan luorang nak baca sangat. Facebook ni ada baik ada buruk. Ada sedih ada kesian. Yang baik contohnya bila kawan-kawan semua happy. Yang kesian kalau status facebook adik aku berbunyi ini macam:


"Hari ni maggi masih menjadi santapan utama.hu hu hu"


Mau aku tak kesian? Kesian beb.




Tapi aku pun makan maggi jugak. Cuma taruk telur ayam sebiji. Sedap sikit dari dia. Kesian jugak kan?




Hujung bulan beb.

Tuesday, March 23, 2010

Budak Praktikal - Part III - Masuk Paper

Hari ni kuar kat suratkhabar pasal pelajar praktikal kena bancuh kopi,keje fotostet dan keje-keje remeh. Ala..ini perkara biasa la. Kena sikit-sikit je tu. Aku tak kata benda ni elok tapi memang benda-benda camni biasa sebab semua orang pernah melalui benda-benda camni dulu. Aku dulu pun siap jadi driver bawak bos pi makan tiap-tiap kali lunch. Tapi bos aku yang belanja. Benda-benda remeh ni kalau kita pandang secara positif sebenarnya nak mengeratkan hubungan sesama pekerja baru dan yang lama. Kes kecik je ni.

************

Mamat praktikal kat depan aku tetiba usha aku lain macam hari ni. Aku jeling balik,terus dia tunduk pandang lantai. Apahal mamat ni?Nak kena suruh bancuh kopi ke?

"Pensyarah ko nak datang hari Khamis ni kan?"

Aku bertanya lembut lepas duk jeling-jeling aku.

"Ye bang,datang nak buat penilaian. Harap-harap abang dapat tolong saya.."

Lemah lembut berbicara dengan aku. Berkesan jugak ajaran aku selama ni.Aku takdehal punya. Dulu masa praktikal pun brader-brader opis aku jugak yang tolong kasi aku lulus cemerlang. Benda kecik je ni.



"Hmmm..ko terer buat air kan?Aku teringin minum Nescafe tarik la.."




Harap-harap tak keluar paper pasal benda ni. Kat Aduan Rakyat pun aku harap tidak. Kat blog ni pun jangan kuar macam2 pulak.

Wednesday, March 17, 2010

Budak Praktikal Part II

Dua orang student praktikal aku akan tamat berkhidmat lebih kurang 2minggu lagi. Yang laki ni mungkin saat itulah yang dia tunggu-tunggu. Rasa macam berada bersama banduan-banduan penjara selama 4bulan. Yang perempuan kira macam berada di persatuan lelaki-lelaki kacak. Lebih kurang la.

Cara pengajaran aku kepada 2 jantina adalah berbeza. Yang laki-laki mestilah kasar sikit. Baru jantan. Yang perempuan pulak aku ajar cara yang lebih berhemah. Tak baik berkasar dengan pompuan. Apa yang aku ajar itu untuk kebaikan masa depan mereka. Alam kerja ni bukan sama macam masa study. Masa praktikal kau buat salah kira boleh kaw tim lagi. Kalau dah keje, memang kena tiaww kaw kaw.

Tadi yang pompuan datang cakap kat aku yang lepas ni pihak universiti pilih dia pi sambung praktikal kat company Jepun selama 2 minggu. Pehhh. Bagus betul. Masa aku study kat situ dulu,takde pulak buat rombongan macam ni. Kalau ada pun aku pasti aku takkan terpilih. Dia cakap 2 orang je yang terpilih. Sorang lagi laki. Tapi bukan mamat kat opis aku. Kira best student la awek ni. Dan terbukti aku bukan best student dulu. Tu la sapa suruh sibuk bercinta.

Program ini melibatkan beberapa lagi universiti. Entah apa yang budak-budak ni nak buat kat sana aku pun tak tau. Aku rasa lebih kepada rombongan sambil belajar. Selain itu boleh mengambil gambar-gambar untuk tatapan di Facebook masing-masing. Jepun beb. Kampung Maria Ozawa tu. Semoga rombongan ni boleh memberi faedah dan manfaat kat budak-budak era Facebook ini dan tidak akan terpengaruh dengan aktiviti membuang bayi dalam tong sampah dan lari ikut boypren ke Lombok.

Aku tengok mamat praktikal opis aku termenung di meja. Macam kecewa sebab tak terpilih ke Jepun. Rilex la brader. Aku dulu mak aku tak kasi pi rombongan ke Melaka steady je. Takde menung macam tu. Aku walaupun nampak kasar, dalam hati ada taman bunga sama air terjun jugak. Mamat ni kena kasi semangat sikit. Alaa,bukan kau sorang je tak terpilih, ada bersepah lagi student kat U ko tak dapat pi Jepun.

Kira kau kat sini pun lebih kurang macam kat Jepun dah. Aircon punya sejuk sama macam kat Jepun. Amoi yang baru masuk keje minggu lepas pun lebih kurang Maria Ozawa dia punya body. Muka aku ada iras-iras Takeshi Kaneshiro pulak tu. Takkan tak cukup Jepun? Sebagai antara senior yang prihatin aku tak mau budak-budak kecewa, nanti boleh menggangu kerja.

"Ko ni apsal muka monyok?Dah macam orang putus cinta aku tengok."

"Takde ape-ape bang..cuma frust sebab tak terpilih pegi Jepun bulan depan."

Jawab dia kecewa. Kesian jugak aku tengok. Dari wajah kecewa tu nampak harapan yang hancur berkecai. Dengan sedikit pengalaman aku cuba memberi semangat kat mamat ni. Aku bukannya kejam sangat. Setakat nak kasi motivasi boleh la sikit-sikit.

Mamat masih termenung. Dengan tenang aku menepuk bahu dia dan berkata...


"Nanti aku bawak ko pi Sushi King"



Aku harap dia tak termenung lagi.

Monday, March 8, 2010

Kenderaan baru

Bukan pekerja ladang Indonesia.

Sebelum harga minyak naik tahun ni. Aku dah stanby dengan transport ni. Siap traning dalam hutan supaya tak pancit nanti bila nak kayuh pergi opis. Amacam?Ada mau join aku?Hapacrita?


Stok maggi sama beras cukup untuk bulan ni. Jangan ajak aku pi melepak tempat-tempat yang berduit.

Kulit aku sudah gelap macam Micheal Jackson masa muda-muda dulu.

Kalau ada awek-awek mana nak tumpang,nanti aku taruk tempat duduk belakang. Kena peluk abang kuat-kuat.