Saturday, December 31, 2011

31 Disember 2011

Esok dah masuk tahun 2012. Konon semua ada azam la bagai. Tiap-tiap tahun kena ada azam. Macam ikut skrip. Benda-benda macamni tak berfaedah langsung pun sebab kita nak tunggu tahun baru baru nak berubah la apa benda la.

Azam ni tak payah nak tunggu tamat tempoh baru nak berazam. Masa awal Muharam takdak pulak sembang pasal azam. Aku dulu terikut-ikut jugak trend pasal pasang azam ni. Tapi semua tak menjadi sangat. Pasang badan lagi power dari pasang azam.

Sebenarnya ikut hangpa la nak azam ka tak mau azam. Kita patut terus berubah bila rasa nak berubah. Tak perlu tunggu tahun baru. Kalau duk tunggu tahun baru baru nak capai benda-benda yang diimpikan, berjanggut jugak la. Apa yang hangpa nak capai, capailah terus dengan usaha dan doa.

Tahun baru yang kita sambut tiap-tiap tahun hanyalah pertambahan angka terhadap umur. Hangpa duk seronok-seronok sambut tapi tak sedaq yang umur kita makin meningkat. Umur tak pernah menurun. Tak pernah berkompromi untuk nampak muda sentiasa. Umur tetap bertambah saban tahun.

Jadi kesimpulan yang aku pun tak berapa nak tau simpul macamana ialah jadilah hamba Allah SWT yang taat,manusia yang berguna, anak yang soleh dan solehah, rakyat yang bersatu, pekerja yang rajin dan berkualiti, ayah yang beriman, ibu yang mithali, awek yang tahu batas-batas agama dan pakwe yang tahu hukum hakam dosa dan pahala.

Tahun baru hanya hari dimana angka akan berubah dari satu angka ke satu angka yang lain. Kita sebagai manusia perlu berusaha untuk lebih maju, kumpullah pahala sebanyak mungkin, cari duit untuk hidup, kurangkan dosa yang dah bertimbun dan capailah segala yang diimpikan pada masa yang termampu.

Hidup kita ini kita berserah pada Allah SWT. Selagi kiamat belum menjelma, selagi itu kita bekerja di dunia pinjaman-NYA dan menuai hasil untuk ke akhirat.


Jangan ingat kiamat masih jauh. Kiamat dah semakin hampir dengan kita.


Apa-apapun semoga tahun 2012 dan seterusnya memberi kita cahaya yang bersinar dan memberi kita hidayah ke arah yang lebih baik.



Dah macam kuliah agama pulak.

Sekian. Catatan untuk tahun 2011. Tamat.


Pett Suhaimi di kampung halaman Perak utara.

Friday, December 30, 2011

Thursday, December 29, 2011

Ketelusan Sebagai Panglima



Sekarang macam mana mau kira? Benda-benda sosial budak-budak Melayu sekarang sapa nak tolong cover kasi bersih? Haaa..mana?Mana?

Boleh dengaq lagu Aizat. Mana Oh Mana.

Mengajar Tentang Ilmu

Hari itu aku melepak makan di McD. Ada sekumpulan budak-budak sekolah melepak sebelah meja. Budak Melayu. Islam. Sambil aku menelan 2-3 bijik prosperity burger dengan perasaan yang membuai-buai, aku terdengar perbualan mereka sekumpulan.

"Matahari selalu terbit dari mana hah? Aku lupa la" budak pendek rambut kaler-kaler taik itik berkata-kata.




"Apa punya soalan la ko ni. Terbit dari Barat la doh. Kalau Timur dah kiamat la!" budak rambut K-Pop menjawab sambil makan kentang goreng.

Dan semua budak-budak menggangguk saja dan menerima.




Sorang-sorang aku humban kat tengah jalan depan McD tu. Biar mati kena langgar lori babi.

Wednesday, December 28, 2011

Mentadak Mentadu


Mentadak mentadu, macam mana aku bawak kereta?”

Mentadak ni jenis mentadak bandar. Tak pun mentadak rempit.




Aku harap dia tak marah aku bila aku on wiper.

Tuesday, December 27, 2011

Review Dari Penonton Biasa - Songlap

Semalam aku tanpa sengaja menonton Songlap sama dengan bini dan anak dalam kandungan. Sebenarnya aku yang nak tengok sangat cerita ni sebab nampak macam lain dari yang lain. Bukan cerita pasal ombak, cinta dan yang berkaitan dengan hantu.

Secara ringkas aku simpulkan begini. Aku tak pandai cakap tentang istilah-istilah filem ataupun teknikal-teknikal macam orang lain. Aku cuma cakap dari seorang penonton wayang :

1. Watak Am (Sam) & Ad (Syafie) adalah adik beradik. Terlibat sebagai orang perantaraan sindiket bayi. Kerja mereka nampak senang. Bawak bayi yang baru lahir ke penjual yang dah ready/booking sama Mami (Eliza Ong). Mami ada rumah tumpangan yang menempatkan awek-awek mengandung. Tak pasti mengandung sebab apa. Secara kasar terlanjur dengan pakwe. Lepas bersalin awek-awek ni kena jual pulak. Masyukk la macam tu. Am buat duit lebih atau songlap duit dari jual bayi. Setakat komisen Mami bagi tak banyak. 2-3 ratus saja. Ad pulak terpaksa ikut abang dia kerja. Itu serba sedikit pasal cerita ni.

2. Am & Ad anak haram barangkali. Rujuk watak Normah Damanhuri. Ada jawapannya. Tak perlu penjelasan atau asal usul salasilah keluarga dalam filem. Jimat masa. Penonton akan berfikir sendiri siapa dia watak Normah ni. Ayat paling power "Pertama kali ke adik, nak tengok saja pun boleh". Berkesan.

3. Am sebagai abang yang sayang Ad. Tak perlu nak tunjuk cara kasih sayang adik beradik. Cara Am cover & risau pasal Ad dah nampak kesannya. Bagus.

4. Watak paling aku suka - Bapak ayam (Fauzi Nawawi). Babak dia tak banyak tapi aku suka dengan cara dia berdialog. Amat berkesan dan ada lawak lucahnya tersendiri. "

5. Watak awek bernama Hawa (Sara Ali) tak banyak cakap. Tapi ok la sebab dia comel. Mata bulat. Cun cun. Tak payah mekap pun nampak cun.

6. Siapa yang rogol Hawa? Kena tengok. Filem ni tak perlukan babak rogol atau tunjuk belakang badan yang seksi. Tak payah. Hanya perlakuan, memek muka, perbuatan dan dialog. Simple. Dan aku faham. Bapak Hawa Omar Abdullah memang tak perlu cakap apa. Otai. Semua watak dia boleh.

7. Watak gengster dalam filem ni Keong sama Hamzah. Power. Tak payah banyak cakap atau mencarut tak tentu hala. Cakap sikit tapi aksi gengster tu power. Jadi tali barut pun power.

8. Watak nurse di hospital or klinik tu sempoi. Aku mula terpikir kenapa nurse cina tu garang dan kerek semacam dengan pesakit yang mengandung. Apahal nurse ni???Rupanya diaorang terlibat sindiket jugak. So, tak perlu nak tunjuk kasihan sangat. Lagipun awek-awek ni mengandung anak haram. Good job la nurse!

9. Ada babak masa tengok bola dalam tempat judi. Malaysia vs Vietnam. Kaki-kaki judi betting. ada sindiran untuk team Malaysia. Itu realiti sebenarnya walaupun kita menonton di mana-mana saja.

10. Ini cerita yang lain sikit dari filem-filem hantu merepek merabai dan cinta yang pasal airmata. Cukup untuk aku rilex kepala otak dan melayan filem sebegini. Watak-watak lain dalam filem ini bukan sekadar watak sampingan. Watak mereka menghidupkan filem Songlap ni. Walaupun watak itu hanya pembancuh air di gerai Kak Jah (watak mak ayam peringkat bawahan), mamat itu dapat memberi serba sedikit kesan. Watak pelanggan di pusat pelacuran ada satu babak keluar dari bilik sambil membetulkan misai. Macam muka A.Galak. Haha.

11. Watak lain yang aku suka, Shidi (Mat Remos) yang menjaga remosnya dari rosak, Brader reggae yang muka dia macam familiar di pasar seni. Tak pasti. Tapi watak dia sebagai kawan Am menjadi dan nampak real.

12. Cerita tak semestinya perlu Happy Ending. Ending yang buat kita terpikir. Kehidupan harus diteruskan. Kita tak tau apa yang akan berlaku seterusnya. Senang. Bagi aku kehidupan masih panjang. Kalau nak cerita yang sentiasa happy ending, tengok cerita Hindustan atau pun filem Prof Razak tu.

13. Lagu M Daud Kilau memang terbaik bila dimasukkan dalam filem ini. Tak payah nak pikir nak buat lagu OST bagai. Lagu yang sudah sedia ada kalau kena gaya, jadi seronok dengar berulang kali.

Tak semua filem perfect bagi aku. Mesti ada sedikit cacat cela. Tapi aku ok saja. Aku bukan orang filem, bukan pengkritik filem, aku bukan pelakon, aku bukan artis yang terlalu menilai seni, aku bukan siapa-siapa di Malaysia ni.



Aku cuma penonton filem yang bila ada masa terluang saja akan menonton wayang!




P/S; Ulasan terbaik dari penulis terbaik :

1. Brader Sinaga - Ulasan Songlap
2. Elviza - Songlap Preview



Sekarang tengah dowload lagu Gila Judi. Bawak jamming pun rasanya macam sedap jugak. Sesedap ayam KFC.

Friday, December 23, 2011

Matahari masih terbit dari timur

Rock-rock mana pun atau hardcore-hardcore keras manapun hang, cuba sekali sekala rilek-rilek muhasabah diri. Kita belum tentu panjang umur. Ajal maut di tangan Allah SWT. Ada sesetengah manusia yang berhasad dengki yang tak sudah tu semoga mereka diberi petunjuk ke jalan yang benar. Sebelum terlewat. Bertaubatlah kamu sebelum hari terakhir yang bila-bila masa akan tiba.

Bersekutu dengan syaitan tak kemana pun. Kejahatan mereka sebenarnya kita telah ketahui sebelum terjadi peristiwa itu, tapi kita tetap berpegang teguh dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan. Kita tidak terlintas langsung untuk membalas dengan cara syaitan. Kita berserah pada Allah SWT. Terlepas di dunia hanya untuk sementara. Akhirat nanti lain cerita. Hanya Allah SWT yang tahu. Semoga kita semua dilindungi dari syaitan laknaktullah dan manusia seangkatannya.


Mati itu pasti, Hidup itu insyaAllah...




Jangan duk K-Pop sangat tak tentu hala!


Tapi kalau nak K-Pop Islamik, usha kat BlogSerius ni.

Thursday, December 22, 2011

Yazal dan Lagu Kegemaran

2005

Yazal memarking moto honda cup betul-betul dalam pagar rumah sewa aku. Sebenarnya dari jauh tadi aku dah dengar bunyi moto honda dia. Kalau bunyi macam bot laju tu dah sah-sah Yazal yang datang. Dia menongkat moto dengan menggunakan kaki kiri. Tanpa turun dari moto, Yazal menyilang kaki kirinya ke atas kaki kanan. Lagak umpama brader-brader moto besar. Kalau di ikutkan raut wajah Yazal, tiada langsung bakat untuk jadi mat rempit. Alhamdulillah dia tidak terjebak perangai rempit budak-budak otak kat lutut.

Aku yang sedang menghirup oksigen dan sedikit campuran nikotin duduk rilek-rilek depan pintu rumah. Melihat dari raut wajah Yazal, sekali pandang memang nampak samseng. Muka ketat tanpa senyuman tu dah jadi rutin muka dia. Sambil seluk poket jeans lusuh, Yazal mengeluarkan sekotak rokok Dunhill 14. Ditarik sebatang rokok lalu di letak dibibir hitamnya. Di ambil pemetik api yang disimpan dikocek baju dan rokok dibakar di ujung. Asap berkepul-kepul bergabung dengan oksigen dan asap dari dapur rumah jiran yang sedang memasak ikan masin.

Sedang aku menunggu tindakan Yazal seterusnya. Dia masih lagi membisu sambil memandang aku. Aku hanya menunggu. Rokok aku sudah sampai gelang emas. Aku jentik guna jari. Melantung dia punya pergi jatuh tepat dalam longkang. Yazal masih berasap. Muka bergaris-garis di dahi. Apa yang dipikirkan aku pun tak berapa nak boleh teka. Sambil angin yang bersepoi-sepoi petang-petang macam ni, sedap jugak kalau borak-borak ada isi.

Yazal mengeluarkan sebotol minyak rambut CODE 10 dari raga moto. Dibuka kemas dengan tangan kasarnya. Lalu abu rokok dipetik dengan penuh cermat ke dalam bekas CODE 10. Aku tau bekas tu memang dah hampir 2 tahun menjadi penumpang dalam raga moto honda dia. Selama itu juga ashtray itu tetap setia menjadi peneman Yazal di kala kesunyian.

Berbadan sedikit sasa dan tegap, Yazal menghembus nafas panjang. Mengeluh berat macam ada masalah negara. Sedangkan exam akhir semester baru saja habis. Tak mungkin dia kecewa dengan exam yang baru lepas sebab bab-bab study ni , Yazal dah genggam abis sampai lumat .Yazal usha aku yang masih setia duduk depan pintu. Aku usha tunggu reaksi yang bakal dia tunjukkan.

Dalam minda dan hati aku, kawan-kawan yang ada masalah macam ni jenis pendam-pendam. Dan kita sebagai manusia perlu mendengar ataupun tolong setakat yang mampu. Aku tunggu dia luahkan apa masalah dia. Manatau aku dapat tolong. Semoga dia tenang lepas cerita masalah dia. Kalau tak masalah duit, mesti masalah cinta.


"Pett..." Yazal lembut memecah kebisuan petang. Keluhan yang berat terpancar dari riak kusam Yazal.









"Ko tau tak kod lagu Bunga Larangan UG14?"

Friday, December 16, 2011

TAK NAK


MERENTAS MASA - 2045

Sekarang umur dah masuk 63 tahun. Syukur sebab Allah panjangkan nyawa pakcik sampai tua bangka macam ni. Anak anak cucu semua dah besar panjang. Sejak pakcik berhenti merokok ujung tahun 2011 dulu, pakcik punya fitnees lain macam punya pergi. Setakat kayuh basikal turun naik Genting tu macam dah biasa sangat. Tu belum masa pakcik panjat Gunung Kinabalu tahun 2015. Pakcik siap dukung bini pakcik sampai puncak. Power tak power la fitness pakcik masa tu. Bini pakcik masa tu boleh tahan berat. Nak kata gemuk nanti dia kecik hati. Berisi-berisi pun pakcik sayang dia sampai bila-bila.

Pakcik ingat lagi masa tahun 2020. Wawasan 2020 dah tercapai. Anak pakcik masa tu dah cukup 8 orang. Kembar 3 pasang. Rezeki dari Allah SWT. Bini pakcik cakap ,"Mampu tak nak bela anak ramai ni?"Pakcik cakap selagi sihat dan hari belum kiamat, akan pakcik jaga sampai akhir hayat. Terharu bini pakcik langsung menangis. Anak-anak pakcik sihat sempurna. Syukur.

Zaman 2045 ni banyak dah berubah. Rakyat ramai dah amalkan tabiat yang baik dan sihat. Susah nak jumpak orang merokok sesuka hati. Kalau berani nak bayar saman RM50,000, sila hisap rokok depan-depan orang ramai. Merokok zaman sekarang umpama macam perompak bank.Silap-silap masuk lokap. Zaman ni dah berubah. Pakcik bersyukur dapat lihat dan merasai zaman serba canggih ni. Setakat I-Phone sama Blackberry dulu kira macam Nokia 3310 tahun 2000. Budak-budak dah makin canggih. Hebat dan bijak.

Proton sama Perodua dah kira champion dunia. Kereta-kereta sekarang dah boleh terbang mengikut aliran trafik baru. "Jangan cilok-mencilok" bak kata pelakon Indonesia Acha Sepriasa zaman dulu-dulu dalam radio ERA. Nak mencilok pun tak boleh dah sekarang. Polis punya moto kuasa apungan tu senang-senang pancung lu punya moto atau kereta.

Malaysia abad ni dah bebas dari perokok. Segala kempen kerajaan berjaya jugak walaupun politik duk berbalah-balah pasal itu ini. Yang penting rakyat Malaysia tetap bersatu melawan anasir luar.

Pasukan Harimau Malaya pulak dah 3 kali masuk Piala Dunia. Cuma rezeki saja tak ada lagi nak menang piala tu. Mungkin tahun 2046 nanti anak-anak muda ni dapat bawak balik Piala Dunia. Pakcik tengok pemain-pemain ni cukup power. Cergas. Ada otak yang bagus. Semua pemain bebas rokok dan amalkan gaya hidup yang sihat. Benda ni patut dari zaman M.Daud Kilau dah mula. Tambah-tambah pengurusan FAM sekarang semua orang bola yang pegang. Safee Sali sekarang dah jadi Presiden FAM. Pangkat Datuk pun dah pegang. Boleh gagah jugak orang tua ni urus pasal bola. Harap-harap dengan disiplin yang kuat, Harimau Malaya dapat Piala Dunia tahun depan.

Kehidupan masa depan dah maju lebih dari kita sangka. Pakcik bersyukur masih kuat untuk lihat semua ni. Kesihatan penduduk dunia makin baik dan menurut perintah Ini semua sebab mereka amalkan gaya hidup yang sihat.. Umur pakcik tak tau bila akan tamat. Itu ketentuan dari-NYA. Selagi pakcik bernafas, selagi itu kudrat pakcik mampu mengharungi cabaran dunia mendatang.

Pakcik nak cerita lebih-lebih pun nanti hangpa bosan nak baca. Cukup la setakat ini pakcik tulis. Jumpa lagi pakcik di lain hari.

Salam Masa Depan dari pakcik sekeluarga untuk generasi mendatang. Terima kasih.


P/S: Pakcik dulu saja try masuk contest Nuffnang ni. Masa tu tahun 2011, bulan December. Ini first time pakcik saja masuk contest-contest ni. Saja isi masa lapang kat pejabat. Bukan pakcik mengulat ye, pakcik buat ni masa waktu rehat. Lunch hour cakap orang putih.

Ini video kempen zaman dulu-dulu tahun 2009. Boleh la anak-anak tengok kesan merokok pada diri sendiri dan keluarga. Pehhhh. Ngeri pakcik nak tengok la.




Dulu video ni pakcik buat tak tau saja. Makan dalam dia punya penyampaian tu.

Kelebihan Berjanggut

Aku balik kampung minggu lepas. Sekarang ni biasa pakai t-shirt sama seluar track. Petang-petang pi mana-mana itu la pakaian aku. Sama macam kat KL jugak. Nak rock-rock sangat pun ikut tempat jugak. Kalau nak ke surau pun rock, macam mana pandangan pak imam sama jemaah surau yang lain kan? Untuk tidak menjatuhkan air muka ataupun menconteng arang ke muka bapak mentua sama mak mentua aku, kadang-kadang rock aku jadi macam Sham Kamikze. Pakai jubah. Yang penting niat nak sembahyang tu. Kalau orang mengata tak sedap jugak dengar.

Satu hari aku naik moto skuter adik pompuan aku. Niat nak jalan-jalan sambil amik angin kampung. Angin kampung aku masih terpelihara baik dari pencemaran kilang-kilang dan radioaktif. Aku jenis pakai helmet bila mana aku naik moto. Walaupun dekat.

Memandangkan minyak moto adik aku ni dah tahap 2-3 teguk saja. Aku terus menuju ke stesen minyak dekat-dekat situ. Helmet dengan wizer gelap kononnya nak cover muka hang kalau hang tak berapa Aaron Aziz.

Sampai stesen minyak, ada budak lepasan SPM aku agak-agak sebab gaya tu macam budak-budak K-POP. Siap lagu K-Pop terpasang kuat diluar stesen minyak kampung ni. Dengan rambut depan terjuntai kaler karat-karat ayaq pili. Aku parking moto betul-betul sebelah pam minyak. Tanpa menunjukan muka Aaron Aziz, aku terus stanby nak bayar sambil tangan seluk kocek seluaq. Budak K-POP tadi datang dari belakang sambil melaung kuat:


"Oiii adik, pam situ untuk kereta saja. Nak isi minyak moto mai kat pam belakang ni"

Tu dia. Dia punya bahasa sama jalan mengangkang ngangkang megah menuju ke arah aku. Hang agak-agak budak-budak K-POP ni kurang didikan agama atau kurang kena belasah masa kat sekolah?


Aku menggeleng kepala jenis brader-brader saja. Kecewa dengan pengaruh budaya luar yang tak mementingkan kesopanan dan kesusilaan remaja zaman sekarang. Aku bukak helmet terus usha rapat sama budak K-POP tu. Langkah dia terus lemah gemalai menuju ke pam minyak aku sekarang.


"Sorry bang, tadi dari belakang nampak macam budak sekolah. Sorry bang. Janggut tu saya tak nampak."

Muka merah dia tak nampak sangat sebab kulit dia tak macam artis K-Pop. Kulit sama kaler dengan aku saja. Aku hulur duit minyak sama dia. Dengan hormat dan bersopan santun dia menyambut.






"Sekarang boleh gua isi minyak kat sini?"



Dia hanya boleh kata ..YA.

Tuesday, December 13, 2011

Scene Basikal 1994-1995

Dari Tg Piandang Perak ke Bukit 300, Serdang Kedah. (1994-1995)

Tahun 1994-1995 aku cukup power kayuh basikal naik bukit turun bukit sama member-member kampung. Scene basikal ni dari dulu lagi dah top. Cuma dulu memang budak-budak pakai basikal pi mana-mana pun. Sekarang ni semua dah ada motor abang-abang. Budak darjah 4 pun pi sekolah naik kapcai pak dia sambil hisap rokok. Macamana nak kira depa punya kecergasan? Kecik-kecik dah tak fit. Masa depan bola sepak negara dari sekarang dah kabur.


Kalau sekarang, kayuh tak sampai 1 kilo pun kaki gua dah goyah sikit. Yang lain-lain kat atas tu pun sama jugak. Lutut tak kuat macam dulu. Perut dah ke depan. Saiz seluar 35 dan ke atas.


Betul la, kita makin tua.


Sorang-sorang muka jambu lagi.


Tak boleh blah.

Monday, December 12, 2011

Muzik - Dulu & Kini


Masa ni saiz seluaq maintain 29. Kamera besaq-besaq gantung kat tengkuk tu tak top lagi masa ni. Band aku ni setakat kat kampung saja la. Tak sampai nak buat EP or single. Kalau buat pun, masa tu scene tak power macam kat Ipoh. Kami kurang ahli politik yang sporting kat Perak Utara time tu. Semua tak boleh buat. Maksiat depa kata. Buang masa. Gejala sosial. Minum darah kambing. Celah mana depa jumpak tak tau.


Yang mat rempit duk buang nyawa kat Pekan Parit Buntaq hangpa buat tak tau saja.

Patut la aku balik kampung baru-baru ni, budak-budak sekarang dah jadi K-Pop tak pun Justin Beiber.



Macam haram.

Cuti

Selangor cuti ini hari sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Semoga baginda dilimpahkan kurnia dan kesihatan yang baik untuk mentadbir negeri Selangor. Orang-orang yang kerja di Selangor semua macam sedang tidor nyenyak sekarang. Wah wah. Cuti la katakan. Kalu bab cuti-cuti ni memang orang Malaysia suka.


Aku duduk kat Ampang Selangor.






Tapi kerja di Kuchai Lama.




Sebenarnya Kuchai Lama ni betul-betul sempadan Selangor sama KL. Apa salahnya sekali sekala kongsi-kongsi cuti.


Baru 1 Malaysia.

Friday, December 9, 2011

Preview Ombak Rindu

Bini aku dah siap beli 2 tiket p tengok wayang. Tak payah cerita filem apa lagi. Filem yang tengah top untuk pembaca novel cinta, gadis-gadis, makcik-makcik, peminat drama Nora Elena, pemuja Maya Karin dan Lisa Surihani. Dan tidak lupa juga kepada suami-suami yang terpaksa teman bini.

Masuk panggung terus cari tempat duduk. Ikut nombor tiket. Dah siap tulis. Berbekalkan sebungkus pop korn yang dah separuh aku makan kat luar dan sebotol air mineral. Bini duduk sebelah dengan penuh tidak sabar menunggu cerita nak mula. Sebelah tempat duduk aku masih kosong. Mungkin orang belum sampai lagi. Iklan dan preview filem-filem yang bakal ditayang pun dah keluar, tanda filem romantik tu dah nak mula. Bini aku dah stanby tisu. Hati perempuan siapa la yang tahu.

Tetiba ada sepasang couple menuju ke arah tempat duduk aku. Aku dah agak mesti duduk sebelah aku.

"Bro, tempat ni gua punya bro" mamat tu ada suara macam nak tunjuk samseng depan awek dia. Sambil tunjuk tiket dia beli sama aku. Aku rasa tempat duduk aku dah betul dah. Aku usha tiket aku. Betul la. Mamat tu aku nampak macam muka nak kena pelempang pun ada. Gaya mat rempit tu nampak sebati dengan jiwa dia.

"Tiket gua pun sama nombo dengan lu punya tempat" aku cakap sambil kaki terus silang atas peha. Aku tak kalah dengan samseng mamat tu.

"Baik lu check kat kaunter bro. Gua punya awek yang beli. Lu tengok la betul-betul tiket lu bro. Tah-tah lu yang salah " mamat tu tak mau kalah jugak. Aku tak kisah sangat kalau dia nak amik tempat ni. Tapi tiket ni bini aku yang beli. Aku tengok tiket dia sama tiket aku. Muka kerek mamat tu tak boleh celen aku punya kerek lagi. Kaki gua masih silang. Tak kasi can.


Aku belek-belek tiket dia. Dia usha rapat aku, aku usha lagi ketat. Aku tengok betul-betul dia punya tiket. Aku usha dengan penuh yakin. Dengan keyakinan kaki silang aku ni, aku terus bersuara...







"Bai, hari ni 8 December 2011 bai. Lu punya tiket SEMBILAN December 2011!"


"Agak-agak lu ni nak gua campak dalam laut, lepas tu ombak gulung lu sampai lemas. Biar sampai awek lu rindu sama lu sampai mati!"



Terus dia berambus tanpa menoleh sambil menahan malu nak keluar pintu belakang.




Baru dia faham kot apa itu Ombak Rindu.


p/s: Sekian preview Ombak Rindu dari aku yang teman bini.

Thursday, December 8, 2011

The end of something marks the beginning of another..

The end of something marks the beginning of another..


"We had our own ideas, answers and insights
A million things that we'd never thought before
About the bands and books, the theories and the films
So much to say all before last orders got called
It made perfect sense, liquid pretense"

annalise - hit the bottle

Sejak-sejak rumah aku ada streamyx, aku berpeluang nak cari balik koleksi lagu-lagu lama yang aku penah dengaq dulu. Zaman dulu-dulu takdak la teknologi secanggih la ni. Kalau dapat kaset yang depa dub daripada cd pun dah kira grandizer dah. Jadi, dalam keasyikan dok download lagu skinhead, lagu punk.. aku teringat kat lagu Hit The Bottle dendangan annalise. Ini band pada aku underrated. Tak ramai yang dengaq annalise dan kalau ada pun, mungkin tak melekat kat jiwa depa. Aku pun bukan la tepu sangat tentang annalise ni. Aku cuma remaja yang pada masa dan ketika itu, mencuba segala kemungkinan yang ada. Dan setipikal aku sepertimana yang hangpa tau, aku cenderung kepada penghayatan lirik. Aku percaya pemuzik yang ikhlas akan sedaya-upaya menyampaikan mesej dalam lirik berbanding dengan showing off hang punya kemahiran bermain instrument. Itu salah satu sebab aku tak layan sangat metal. Skill gitar untuk metal ni memang tahap dewa-dewi bintang tiga punya level. Tapi lirik depa? Tak seindah lagu. Hampaih.

Ok ok. Aku ni kerapkali terbawak-bawak dengan philosophy yang aku rasa aku tak berpegang sangat dah pun. Maaf di situ. Sebenaqnya, aku tersentuh di jiwa sikit bila mendengaq playback lagu hit the bottle ni. Sangat kontekstual dengan kehidupan aku dan beberapa rakan-rakan yang aku kira blood brothers la. Ini jenis punya kawan takdak juai kat uptown. Kalau letak kat ebay pun aku rasa aku tak sanggup nak bid kurang daripada USD 245k. Nilai depa lebih daripada tu. Depa ni aku baru-baru ja jadi close. Dulu mungkin haluan berbeza, terpisah dengan geografi. Tapi la ni, aku rasa depa ni sepatutnya jadi definisi true friends dalam Oxford Advanced Learners Dictionary.

"....About the bands and books, the theories and the films...." Aku banyak berkongsi persamaan dengan blood brothers tentang perkara-perkara ini. Setiap masa dan malam melepak, mesti ada topik yang aku kira takdak sapa pun dalam perikatan persaudaraan ni menghadapi masalah untuk turut serta. Dari topik-topik klise macam bola, gosip artis dan politik, sampailah topik kerohanian, ilmu kebatinan dan ketaksuban dalam sukan jenis perjudian.. Semua boleh blend in. Aku tak rasa pun ada di antara kami yang terpaksa atau buat-buat untuk jadi sebahagian daripada band of brothers ni. It comes naturally bak kata Selena Gomes. Serius taik aku rindu akan zaman-zaman kegembiraan itu. Macam lagu Ella pulak.. Zaman indah, kanak-kanak. 15 tahun mendatang pun aku rasa depa ni masih relevan untuk jadi true friends aku.

Aku mintak maaf awai-awai la sebab otak aku sebenaqnya, selepas dibuat kajian, bertindak lebih pantas daripada jari-jemari aku. Sebab tu aku punya penulisan agak fail. Aku ada idea yang banyak untuk dijana / telah dijana tapi tangan aku tak sepantas tu untuk menyusun isi-isi bernas dalam benak kalbu aku. Penulisan aku lebih bercorak direct tanpa kata sifat dan metafora. Isi ke isi pun macam takdak kesinambungan. Aku realize benda ni lama dulu dah. Tapi aku rasa aku dah jadi buluh lemang yang nak lentoq pun buat bidas atas dahi ja.

Dalam ketika menaip ni pun, lagu annalise ni dok berulang-ulang dalam winamp aku. "...Our every thoughts on an ugly world. Our fantasy, about a beautiful girl..." Part ni dalam lagu tu sedikit sebanyak menyentap dan meruntun jiwa kecik aku yang sememangnya mudah tersentuh. Kita memang banyak memikirkan hal-hal dunia yang huduh dek manusia tapi kita juga ada fantasi. Fantasi inilah yang sebenarnya menjadi titik tolak perubahan dalam hidup kita. Kita bukan gay dan kita memenuhi norma seorang lelaki yang ingin berpasangan dengan seorang wanita. Perlahan-lahan hubungan kita dicemburui oleh isteri-isteri kita. Seorang demi seorang dari kita mula meletakkan batu sempadan antara hubungan biasa dan hubungan kelamin. Dimana yang kita tau tuntutan hubungan kelamin jauh lebih power daripada hubungan yang berkisar disekitar kedai mamak dan pusat jamming. Aku adalah insan yang terawal dalam perikatan yang mengundurkan diri dari hidup yang bebas, sosial dan epik. Tatkala segalanya adalah mungkin bagi kita.. (pernah mungkin), aku menjadikan kemungkinan itu satu kemustahilan. Aku percaya, seorang demi seorang selepas ini akan merasai apa yang aku rasa. Kekosongan dalam persahabatan itu mana mungkin dapat diganti dengan kejelitaan seorang isteri. Isteri tetap isteri, menjalankan tugas sebagai isteri tetapi sahabat itu lebih kick daripada itu. isteri = ganja, member = heroin.

Jadi, dalam pengakhiran segala hubungan di antara kita, pendefisitan dalam kadar kemesraan pergaulan, aku pasti itu semuanya membawa kepada satu permulaan. Hangpa akan belajaq macamana nak jadi seorang suami yang besaq gila kot tanggungjawabnya. Belajaq jadi seorang bapa kepada anak hasil dari benih yang berjaya disenyawakan dalam tiub fallopio (dalam toilet dulu takdak tiub fallopio). Belajaq untuk hormat kepada anak aku yang jauh lebih senior daripada anak-anak hangpa. Semuanya satu permulaan bagi hangpa. Aku mungkin kalau dalam kategori bertinju, dah berada dalam lingkungan middleweight. Jadi hangpa jangan segan-segan nak bertanya kat aku. Aku sedia maki hamun hangpa.

Sekali lagi, secara seriusnya, i'm gonna miss you guys. in my whole wasted life, i never made friends with people like us. Damn, i'm using gay terms to define this chemistry. Fuck it, the point is that whatever comes between us, we still had that good memories tucked somewhere in our brain cells. Keep that good shit with care and trust me guys, i'm gonna see u guys in our family gathering, sometime in 2014 maybe. By that time, my son is gonna be the taikotai of all children we breed. So, behold and cherish the moments we had spent all these years. Those extraordinary qualities we had, never fade away that easy.

Fuck you and I love you guys. And i'm not gay when I said I mean it.


P/S:

OK INI BUKAN AKU YANG TULIS. INI MY BROTHERHOOD YG TULIS. EN SIAM BAKAR DALAM BLOG KAMI 'SATU BULAT KAWAN" , MEMBER AKU YANG SUDAH SORANG ANAK LAKI DAN BAKAL MENIMANG LAGI CAHAYA MATA DALAM MINGGU NI. LAKI JUGAK. ANAK2 HANG NANTI KOMPEM IKUT PUNK ROCK MACAM HANG LA!

Oh Ombak Rindu?

Baju kerja aku dah diiron seminggu punya. Siap pakai saja. Makan minum dari pagi siap sedia dengan teratur sangat-sangat. Sarapan pagi sejak akhir-akhir ni lain macam dia punya sedap. Tu belum kira balik kerja punya makan malam. Standard restoran western nun. Nak makan apa, aku sebut saja. Insyaallah boleh dapat.

Pehhh. Lain macam bini aku layan aku minggu ni. Standard raja-raja punya stail. Macam ni la bini mithali orang kata.


Dan semalam, bini aku ajak keluaq pi satu tempat. Tempat ni aku dengaq ramai yang duk pi akhir-akhir ni. Aku ni memang jenis tak rajin sangat nak ke tempat macam ni. Duduk rumah lagi best aku rasa. Tapi demi bini tersayang, aku terpaksa ikut untuk mengelak dia kempunan. Orang mengandung ni kempunan dia lain macam.


Sampai sana saja, aku tengok dia sedih. Ini yang malas ni. Aku tak buat apa-apapun. Bukan salah aku nak buat dia sedih. Tapi salah orang yang bukak tempat ni la. Diulangi...Bukan salah aku ok.





Gambaq tak clear sangat.
Nin dia!







Balik rumah aku tidoq awai. Bini sedih lagi. Aku pujuk betul-betul sebab aku kesian kat bini aku. Aku cakap tunggu kat Astro First saja. Boleh tengok sampai 2hari tanpa henti. Dia masih sedih.

Aku?





Tidur yang nyenyak dengan senyuman terukir.

Rockers-rockers macam ni mana boleh layan Ombak Rindu!

SMK Raja Lope Nor Rashid - Perak


Aku punya sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai abih SPM 1999. Sekolah katogeri luar bandar. Di sini la cikgu-cikgu mendidik anak-anak murid termasuk aku supaya berjaya dalam kehidupan. Terima kasih Cikgu Halimah, Cikgu Sharifah, Cikgu Asmah, Cikgu Hasan, Cikgu Allaudin, Cikgu...cikgu...aku dah lupa nama cikgu-cikgu lain. Terima kasih sebab mengajar kami dengan penuh sabar dan tak lekang cubitan dan tamparan kepada kami. Itu yang menjadikan kami berjaya sekarang. Ewaahhh!

Di sini juga kawan-kawan mendidik cara menghisap rokok dalam toilet dan belakang stor sukan. Terima kasih kerana mengajak aku ponteng kelas, lompat pagar belakang, lepak rumah Man Magic sambil tengok movie dan macam-macam larangan yang cikgu-cikgu duk larang kita buat. Tapi kita berjaya buat. Terima kasih kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan remaja yang gemilang. Wah.Wah.Wah.

Untuk budak-budak Raja Lope zaman moden ni, hangpa belajaq la betui-betui, alam dewasa dan alam pekerjaan tak sama macam alam persekolahan. Besaq nanti hangpa tau la. Jangan duk Bunkface sangat!


Baru-baru ni baru aku tau rupa Raja Lope Nor Rashid. Tu pun sebab ada Google. Gila dah nak masuk 13tahun abih sekolah baru nak cari info pasai dia ni.

Aku harap gambaq Raja Lope ni betui. Takut salah orang pulak.

Patut Sejarah aku dulu cukup-cukup makan. Mesti Raja Lope murka sama aku. Zaman dulu Raja Lope ni mesti setanding Nurdin Ahmad.

Wednesday, December 7, 2011

Bring Back The Old Day

"Zaman muzik berubah-rubah, sekarang kita borak pasal under punya scene dulu-dulu sambil lepak minum kat kedai mamak. Budak-budak sekarang kenal Bunkface tak sudah-sudah. DIY, Zine, Demo sama gigs yang power zaman dulu-dulu saja ada. Feel dia lain, lain macam sampai berbekas diingatan. Sekarang sudah lain feel,tak macam dulu. " - Yu vokalis Kias Fansuri yang merancang kawen tahun depan.

"Banyak benda nak borak UG zaman kita dulu. Budak-budak sekarang tak rasa susah payah kita dulu-dulu macam cari demo sama kaset. Susah dulu nak cari lagu yang kita suka. Kena tunggu kawan yang study luar dari kampung bawak balik kaset-kaset band baru yang power. Nak cari lirik kena pakai radio sambil dengar lagu, sat-sat tekan pause, tulis lirik lagu sampai abis." - Arm budak Downhill yang anti Fixie.

"Kalau tanya budak-budak sekarang psl band otai2 dulu,mau diaorang ternganga. Sekarang punya kemudahan lain, semua boleh download. Tak true langsung! Kata support, tapi tak pernah beli album @ demo band-band kesukaan. Citt.Poraahhh!Lagi 15tahun nanti budak-budak zaman sekarang akan lepak macam kita sambil borak pasal Bunkface tu dah jadi legend" - Artoo fanatik punk rock yang baru menikmati nikmat perkahwinan.


"Nampak sangat kita semakin tua..." cakap aku sambil minum kopi O ala brader-brader yang dah ada anak 2-3 orang kat rumah.


" Aku balik dulu la bai" Artoo dah siap-siap nak balik.

"Tau la baru kawen." Yu membalas tepat.





"Aku nak tengok Cinta Elysa..."


Spontan Artoo mengaku terus pulang sambil tinggalkan not sepuloh ringgit atas meja.


Art..art..hati punk rock hang tak sekeras mana.

P/S: Blog member aku yang sesuai untuk orang-orang enjoy muzik tahun zaman 80-90an. Usha tengok. Nanti aku cerita dia punya kisah hidup, agak punk jugak la.

http://skamyroll.blogspot.com/

Jangan gelakkan aku sebab aku tak reti nak print screen macam hangpa duk buat. Aku orang lama. Gaduh apa!

Nasik Kawah

Ada member aku tanya apa dia nasik kawah tu. Dia cakap dia tak pernah tengok orang masak nasik guna kawah. Dia kata mana ada orang masak nasik guna kawah tanpa ada tutup periuk, tak masak la nasik tu. Dia kata. Aku pulak kata kat dia,


"Hang orang pekan, mana hang tau benda-benda kampung macam ni”


Walaupun aku rasa kat bandar pun mungkin masih ramai yang pakai kawah masak nasik time-time kenduri kendara. Cuma depa jarang tengok. Aku rasa biasa sebab kat kampung aku masih pakai sampai la ni. Apa nak heran. Tapi untuk tatapan kawan aku tu (nama di rahsiakan) aku tunjuk kat hang. Nindia orang panggil nasik kawah.





Tu belum cerita pasai balai duduk (khemah duduk kayu) tu. Kalau cerita, lagi dia tak tau apa.

Yang pasti , otai-otai saja yang terer masak nasik dalam kawah ni. Kalu bagi aku masak, mungkin jadi nasik himpit tak pun bubur lambuk.

Thursday, December 1, 2011

KIsah Ular Tok Dak Husin

Lepas aku cerita pasal ulaq tedung selar lebih kurang panjang dan besaq lengan yang aku jumpa sama sepupu aku kat kebun sawit, seorang pakcik yang aku panggil Tok Dak Husin dengan selamba mencelah:

"Panjang tu saja hangpa pernah jumpak ulaq? Huhhh.. tak panjang mana sangat"

Semua orang di kedai memberi perhatian penuh sama Tok Dak Husin. Curut kat mulut tak pernah lekang. Asap curut berkepul-kepul keluaq dari corong mulut. Asap curut orang tua ni boleh tahan kuat dia punya penangan. Boleh bawak pengsan kalau sedut banyak-banyak. Sedang orang lain menghirup kopi sama teh panas, aku pulak dengan perasaan ingin tahu terus menunggu Tok Dak Husin sambung cerita.

"Panjang mana ulaq yang Tok Dak Husin pernah jumpak?"

Tutur seorang orang kampung yang nampak sangat tak sabaq nak tau.


"Dulu aku masa nak balik rumah, lalu jalan belakang kebun aku tu. Baru 2-3 langkah aku nampak ular sawa nak melintas jalan yang aku nak lalu.."

Tok Dak Husin sambung hisap curut. Asap bertambah kepul keluaq dari mulut. Steady lagi orang tua ni.

"Aku berenti sambil tunggu dia lintas. Panjang tak panjang la ulaq tu kalau hangpa nak tau...""




"Tunggu punya tunggu, lebih kurang 1 jam ulaq tu tak abih melintas jalan lagi..."




Tok Dak Husin terus menghirup teh tarik gelas besar sambil muka selamba baca suratkhabar jawi.


Tak mau kalah!