Friday, December 31, 2010

2010

Hidup tahun 2010.

1. Rambut cacak.
2. Raya Cina dapat angpau empat angka.
3. Genap 4 tahun 6 bulan tanpa makwe.
4. Berumur 28 tahun.
5. Genap setahun bekerja di company baru.
6. Berat badan masih 78kg.
7. Berat badan tak turun lagi.
8. Jatuh cinta.
9. Bertunang dalam tidur.
10.Banyak berdating.
11.Mula pikiaq pasai kawen.
12.Kursus kawen tak ambik lagi.

Selamat Tahun Baru!


Tahun lepas punya cuti tahun baru. Tahun ni? Nanti mamat ni tolong cerita.

Friday, December 24, 2010

Amsyar Aniq dan PMR nya!

Adik laki aku Aniq seorang lepasan pelajar Tingkatan 3 yakni pelajar yang baru amik keputusan PMR semalam. Aku sebagai seorang abang yang tegas dan garang aku amat mementingkan kecemerlangan adik-adik aku. Sebagai seorang dewasa aku perlu memantau pembelajaran adik-adik supaya tak terpesong kearah facebook semata-mata.

Budak-budak sekarang main facebook bukan main galak. Lupa abis pasai buku-buku sekolah. Keputusan percubaan dia aku rasa dapat 2 A saja. Aku bebel sama dia.

“Pung Pang Pung Pang. Facebook. Rempit. Pung Pang Pung Pang. Astro. Pung Pang Pung Pang!” Sesekali kena berleter baru budak-budak takut dengan orang dewasa.

Sebelum 2-3 hari Aniq nak amik PMR. Aku cakap sama dia, satu “A” yang dia dapat aku bagi RM50! Aku cakap tanpa ada kesangsian dan tidak berbelah bagi.

Semalam keputusan PMR dah keluaq.




Aniq dapat 7A 1 B.



Ok. Budak-budak sekarang semua mata duitan! huh!


Wednesday, December 15, 2010

Pett Kecik


Hai. Nama saya Pett Suhaimi. Umur 4 tahun. Hobi saya melastik burung dan ayam, bermain tanah liat, main combat-combat, pukul itik dan kucing di rumah, kadang-kadang main kawen-kawen dan masak-masak. Rumah saya tak dak video game. Saya tidak pernah ke Kuala Lumpur melawat Zoo Negara dan tengok bangunan Tabung Haji. Tapi saya ada sebijik tabung berbentuk Tabung Haji. Saya akan masuk tadika tahun depan. Cita-cita saya ialah menjadi wakil rakyat, YB.

Monday, December 13, 2010

Ulasan Buku : Rayyan Fantasi


Sebenarnya salah satu benda yang aku suka baca ialah Novel. Ini bukan sebarang novel. Novel yang aku baca novel aksi ganas-ganas dan misteri. Tapi terselit jugak bab cinta-cinta. Sebenarnya baru aku sedar aku ada bakat membaca sejak dari zaman studi kat U lagi tahun 2005.

Sejujur-jujurnya aku respect sama Ramlee Awang Murshid (RAM) punya novel. Baru 7 bijik novel beliau aku baca sepanjang aku hidup. Selebihnya aku sedang usahakan untuk beli dan baca serta kumpul. Kekangan masa yang agak terhad untuk aku membaca. Aku sedang kumpul buat koleksi dengan menggunakan duit gaji aku. Bukan lagi duit PTPTN.

Aku baru beli novel terbaru beliau ni Khamis lepas. Tapi Khamis malam aku tak start baca lagi. Jumaat siang aku kerja. Jumaat malam baru aku baca. Bermula dengan sebatang rokok dan secawan kopi panas. Aku mulakan bacaan novel ini sambil mengabaikan awek-awek serta Cik Kaunseling yang menghantar SMS. Fokus aku terus kepada bacaan novel ini.

Rayyan Fantasi dimulakan dengan misteri. Persoalan yang lahir menangkap jasad dan fikiran aku untuk terus membaca sampai lupa untuk tengok TV. Air kopi panas yang aku bancuh sudah menjadi sejuk. SMS Cik Kaunseling aku abaikan. Lisa Surihani punya call 6-7 kali, aku tak angkat. Biarkan dia merajuk.

Ok.ok.terus ke ulasan buku. Rayyan Fantasi adalah untuk mereka yang ingin berimaginasi dan suka berfikir dari luar kotak fikiran. Aku memang suka berfantasi. Hidup kena berfantasi dan berimaginasi kadang-kadang. Jangan terlalu memikirkan realiti macam Akademi Fantasia. Ini novel bukan pasal AF! Ini novel yang membuat kita memikir tentang dunia luar. Dunia yang lebih luas dari Bumi.

Olahan dan penceritaan RAM seperti sebuah realiti seperti mana aku membaca novel-novel beliau sebelum ini. Aku terus hanyut dan terus berlayar bersama Rayyan di dunia Fantasinya. Ketamakan kuasa yang digambarkan dalam novel ni adalah realiti dunia kini. Yang lemah ditindas dan yang berkuasa terus menindas. Politik? Dimana-mana ada politik.

Siapa itu Rayyan? Bukan anak sedara aku yang berumur 2bulan. Bukan. Rayyan adalah seorang yang misteri. Hidupnya mesti ada cinta. Cinta itu tidak di khususkan cinta antara insan manusia. Tapi yang lebih penting cinta pada yang satu - ALLAH. Aku seorang yang gila berimaginasi untuk mempunyai kuasa super hero yang tiada bandingannya. Memperjuangkan keselamatan dunia dan planet-planet lain. Tapi aku tak punya kuasa itu. Rayyan lebih beruntung dari aku barangkali. Dia punya kuasa yang aku ingin miliki sekarang dan selamanya!

Pembacaan aku umpama menonton sebuah filem Melayu moden yang penuh aksi,cinta,peperangan dan dakwah tentang Islam. Cukup menarik sehingga aku lupa untuk menghisap rokok dan menghirup kopi sejuk. Aku terus meresapkan jiwa aku ke dalam novel ini. Aku anggap aku adalah Rayyan. Aku terus berperang, merancang dan mencari kemenangan untuk dunia fantasi aku. Aku terus beraksi seperti sebuah filem Hollywood. Dalam cerita ini aku adalah Rayyan. Mempunyai kuasa yang hebat dan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi buat seorang pemuda seusia Rayyan ini.

Bacaan aku tamat jam 2030 pada hari Ahad 12.12.2010. Sebenarnya hari Sabtu aku berdating dengan Cik Kaunseling. Satu hari ternanti-nanti untuk balik rumah dan terus membaca Rayyan Fantasi sampai habis! Cerita banyak pun tak guna kalau hangpa tak baca novel. Tapi aku jamin novel ini antara yang terbaik. Bagi aku semua hasil RAM terbaik. Jangan hangpa terlalu memikirkan logik. Logik atau tak logik itu ada dimana-mana. Cukuplah aku ulas macam ni,orang kata sekadar seulas bawang saja. Kalau hangpa nak tau selebihnya, beli dan baca.

Rasa macam belum cukup puas! Mesti disambung lagi.Brader RAM. Sila sambung lagi.

Kalau hangpa cakap macam ni

"Muka ganas-ganas macam ni baca novel???"

Aku akan jawab macam ni


"Kepala otak hang!"

Thursday, December 9, 2010

Achik : Sudah Berpraktikal Di Pulau Pinang

Adik aku talipon cakap dia dah start berpraktikal kat Pulau Pinang. Lega sebab bila dia nak balik kampung, dekat. Tak payah gaduh nak naik bas. Rumah aku sempadan negeri Perak, kalau naik moto dalam 30minit saja. Kalau jogging tanpa henti paling lama pun dalam 3jam. Agak-agak nak jalan kaki boleh makan masa 4jam aku ingat. Tapi yang penting dia selamat sikit kat area sana. Kot-kot apa-apahal jadi, mata-mata aku ramai kat sana.

Dia cakap lagi, tempat lama dia keja part time dulu. Dia praktikal sekali dengan marka dia. Marka dia orang Penang. Muka putih macam amoi. Tapi adik aku tak putih. Gelap. Aku punya warna kulit,kuning langsat. Cerah sikit dari dia. Walaupun dia gelap tapi bakal mak sama bapak mentua dia sayang sama dia. Aku cakap sama dia jaga perangai. Jangan buat benda-benda tak elok. Perangai aku yang elok-elok semua aku dah turunkan pada dia seperti sopan santun, hormat menghormati, ringan tulang, berjemaah di masjid dan yang sewaktu dengannya. Perangai yang tak berapa elok ni aku tak turun kat sapa-sapa. Cukup la aku sorang yang memeningkan kepala bapak aku dulu.

Dia terus bercakap lagi, dia cakap dia dapat gaji sepanjang praktikal dia ni. Part ni aku paling suka dengaq. Masa kat KL tiap-tiap bulan aku salur duit bantuan sama dia untuk teruskan hidup di kota. Dalam erti kata lain, duit bantuan aku dapat di salurkan ke tabung perkahwinan aku tahun depan.

Lepas tu dia cakap sekarang ni dia naik moto bapak pi keja. Moto dia ada kat KL lagi. Moto dia ni dulu moto aku. Aku serahkan kuasa pemilik kat dia. Sebagai abang sulung yang kacak bergaya, lebih jimat jika moto ni dapat di turunkan sebagai harta pusaka keluarga. Sekarang moto tu di Kuala Lumpur.

Adik aku cakap moto tu memerlukan belaian mekanik sebelum dihantar pulang ke kampung. Dia cakap lagi, mekanik tu tokeh kedai moto. Kedai moto tu bukan kedai kebajikan untuk moto-moto. Moto dia tu dah kena sakit diabetis. Dah hampir 10 tahun umur moto ni. Muda-muda dah kena diabetis. Kena operate banyak. Bila kena operate, kena pakai duit. Dunia sekarang semuanya meterialistik katanya. Betui jugak aku kata. Semua pandang duit. Aku cakap dunia ni nak kiamat dah.

Lepas tu dia cakap,



"Abang tolong bayaq duit repair moto RM600 saja"




RM600 saja. Sahaja.



Lalu,aku terus pengsan.


Baru aku tersedar dari pengsan.



"Abang tolong pos sekali moto guna DHL takpun Pos Laju"


Pengsan balik.

Monday, December 6, 2010

Facebook 1 Malaysia

Dua hari berturut-turut aku pi kenduri orang kawen dengan seorang awek yang menjadi tukang kaunseling sekolah. Pi makan nasik minyak barang 2-3 pinggan alas perut. Memandangkan hanya menemani Cik Kaunseling punya kawan yang kawen, aku lebih tumpukan pada hidangan sambil memerhati kerenah tetamu-tetamu yang turut tumpang makan nasik minyak.

Tetamu-tetamu yang hadir berbilang peringkat umur. Tak terbilang umur mereka yang mai makan nasik kenduri. Ada yang muda ada yang tua. Ada yang kecik ada yang besaq. Ada yang berpakaian baru ada yang berpakaian ada kadar. Ada yang berbelah kain sampai lutut. Senang angin masuk kata dia.

Sambil menunggu Cik Kaunseling bergambar dengan pasangan pengantin buat kenang-kenangan nak taruk dalam facebook, aku pergi menghalau nyamuk di satu sudut. Nyamuk pun banyak jugak nak kena halau siang-siang buta ni.

Seperti biasa aku tengok anak-anak muda bergambar sakan. Tak terkecuali jugak makcik,pakcik,atuk,nenek yang sakan bergambar sesama mereka.



"Nanti jangan lupa tagged aku dalam facebook"




Pakcik yang bertongkat berkata sambil menghisap rokok daun.



Kuat jugak penangan facebook ni dalam masyarakat Malaysia.


Balik kampung ni nak suruh tok aku bukak satu akaun facebook. Manatau kot-kot jumpak balik kawan-kawan lama dia masa perang Jepun dulu.

Thursday, December 2, 2010

SPM : Rangkuman Subjek-Subjek

Matematik :
Aku sepanjang tahun 1999, aku ada amik tusyen kat pekan. Bukan kat kampung aku, kat kampung aku takdak tusyen. Semua kena pi pekan. Berbekalkan berkat aku belajaq tusyen, subjek ni aku berani cakap aku cemerlang. Tak sia-sia aku fokus dengan tusyen tersebut sambil menepis godaan awek-awek sekolah lain yang duk gatai hantaq surat cinta wangi-wangi kat aku.

Pendidikan Islam :
Aku tiada masalah sebab aku orang Islam. Walaupun ada jugak terlepas bab-bab yang ilmu belum penuh di dada. Tapi jawapan aku untuk SPM kira boleh lulus cemerlang. Tapi jangan kita leka dan gembira sebab cemerlang di SPM. Di akhirat belum tentu bai. Ingat tu.

Sejarah :
Inilah paper yang paling bosan dalam sejarah hidup mengambil peperiksan walaupun di peringkat mana sekali pun. Teknik yang paling penting dalam menjawab periksa ni ialah menghafal. Hang boleh hafal ka tarikh-tarikh masihi yang beribu dalam buku sejarah ni. Apa punya soalan duk tanya pasai tahun-tahun ni. Aku bukan jenis nak hafal sangat. Memang penting sejarah ni tapi subjek ni aku paling bosan. Tapi lulus cemerlang jugak.

Selepas habis subjek teras yang 5 paper tu aku la ni melangkah ke peringkat memerah otak dan mengepam peluh-peluh untuk dihantar ke dahi. Pada tahap ni aku punya study tak macam subjek-subjek teras. Aku lebih bekerja keras. Macam mana hangpa tengok budak-budak yang pakai cermin mata tebal 4 inci duk sudy mengadap buku tu tanpa toleh kiri kanan, lebih kurang macam tu la aku punya study. Ayaq Yassin ada 2-3 botol aku teguk dalam 1 hari.

Subjek Biologi sama Ekonomi Asas aku jawab macam orang pandai yang belajaq nak jadi doktor sama bisnesman bila besaq nanti. Boleh tahan jugak dia punya soalan. Tapi boleh tahan pandai jugak aku jawab. Matematik Tambahan? Ini cukup-cukup makan. Tak kenyang. Cukup alas perut orang kata. Sapa la yang duk reka subjek ni aku rasa dia gila. Cukup lah aku cemerlang dengan Matematik aku. Untuk Matematik Tambahan ni, cukup tambah-tambah subjek.

Untuk dua paper yang terakhir, aku masuk dewan dengan hati yang tenang dan mulut berzikir.

Fizik & Kimia :

Ujikaji dalam makmal aku memang "A" dari segala ujikaji. Untuk teori pulak,dari banyak-banyak soalan yang depa bagi dan helaian kertas soalan yang agak tebal, aku belek dan aku mengambil masa untuk jawab soalan yang senang-senang dulu. Aku ambil masa yang lama jugak nak cari soalan yang paling senang. Paling senang nak jawab. Aku nak pilih yang senang-senang dulu macam cikgu aku cakap, kita kena jawab soalan yang senang-senang dulu baru buat yang susah-susah. Tapi sekarang aku dah tengok soalan-soalan tu.





Haram. Semua susah!

Wednesday, November 24, 2010

SPM : Paper English

1999

Aku study untuk English ni.

Dalam bilik aku study. Study sambil baring. Sambil makan kacang.

Study dengan telinga sumbat headfon walkman.



Study bersama lagu-lagu Nirvana,Butterfingers, Foo Fighters, Weezer, Pearl Jam.


Result SPM?



Lulus dengan kredit bai.

Don't judge a book by it's cover - Ayat ni aku pernah guna dalam karangan merapu English aku aritu. Kira habih berperibahasa dah la ni. Yang tu saja ayat BI power yang aku tau masa tu. Selebihnya lirik-lirik lagu yang aku gabung-gabung jadi sebuah karangan. Bukan senang nak kasik macthing jadi ayat-ayat sedap dan logik.


Bila keluaq dewan exam, member tanya macamana aku jawab paper English tadi.

Aku jawab tenang.



"No problem"

Tuesday, November 23, 2010

SPM - Hari Pertama (Bahasa Melayu)

Pagi yang indah dengan sinaran mentari perlahan-lahan menyinari ruang langit yang berkabus. Suara kicauan burung menyeri suasana pagi yang hening. Ayam jantan berkokok gagah memecah kesunyian pagi hari. Ayam betina bergerombolan mencari makan sambil anak-anak ayam mengekor rapat ibu mereka. Deruman enjin motosikal dan kereta makin galak di jalan raya. Tandanya manusia sudah bergerak menjalankan rutin harian mereka seperti biasa.

Aku yang sudah bersiap untuk memulakan hari yang penting dalam hidup aku hari ini tenang menghirup air Milo yang mak buat. Aku suapkan 2-3 biji kuih karipap yang mak buat seawal pagi ini. Isi kentang bercampur ayam aku kunyah kemas dalam mulut aku. Sekadar untuk mengisi perut yang kosong pada setiap pagi sebelum ke sekolah. Sementara itu, bapak aku yang baru pulang dari kedai Pak Seman yang terletak dihujung pekan itu duduk berehat di atas kerusi malasnya sambil tangan memegang kemas naskah suratkhabar yang dibelinya tadi. Matanya tertumpu tepat kearah helaian kertas yang bercetak itu. Kadang kala berkerut juga dahinya dikala membaca helaian bertulis itu. Mungkin ada berita yang sedikit menggangu fokusnya di pagi hari itu. Sesekali dia menggelengkan kepala dan menghirup kopi O yang tersedia di tepi meja. Angin pagi di beranda rumah membantu dia berehat dengan tenang.

Aku sarungkan kasut jenama Pallas ke kaki aku. Kasut yang sudah berusia lebih dari satu tahun setengah ini aku sengaja biarkan sedikit terkoyak tanpa diganti dengan yang baru. Tidak perlulah aku membazir hanya kerana sepasang kasut baru. Lagipun, kasut ini telah banyak berjasa selama aku di belajar dari tingkatan 4 hingga saat ini. Lagi 2 minggu mungkin kasut ini akan bersemadi di stor belakang rumah aku ataupun reput dimamah semut dan anai-anai. Semua itu sudah takdir yang tersurat untuk kasut aku ini.

Sebelum melangkah keluar dari pintu rumah aku, tangan mak aku cium. Dari sinar matanya aku tahu dia sentiasa berdoa untuk kejayaan aku. Aku faham maksudnya dari pandangan dan usapan tangannya pada kepala aku. Bapak pulak memandang sipi sambil tangan masih memegang kemas surat khabar. Aku berjalan menuju beranda. Salam dan cium tangan bapak. Dia hanya mengangguk sepi tanpa kata-kata. Tapi dalam hatinya dia turut mendoakan kejayaan aku hari ini. Setelah mengambil berkat dari mak dan bapak, aku mula melangkah bersama dua kaki aku yang dikurniakan sempurna dariNYA. Syukur aku dilahirkan sempurna sifat walaupun sebenarnya tiap-tiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. DIA tidak pernah membezakan kita, cuma kita yang sering membezakan darjat, paras rupa dan harta benda.

Adik-adik aku yang lain sedang bersarapan. Mereka masih belum merasai saat yang aku lalui hari ini. Tiba masanya nanti mereka akan mengharunginya jua. Aku melangkah keluar melepasi sempadan pagar rumah. Debaran semakin kencang bila kaki melangkah ke sempadan sekolah. Jarak yang tidak begitu jauh antara rumah dan sekolah membolehkan aku hanya berjalan kaki setiap hari untuk menuntut ilmu. Rakan-rakan seperjuangan sudah lama tiba. Masing-masing tertumpu pada nota-nota yang digarap kemas oleh mereka sendiri. Sekadar menyapa dan memberi salam, aku terus menuju ke rakan-rakan lain. Turut serta dalam kesunyian yang jarang terjadi sebelum ini. Masing-masing fokus dan ada yang hanya duduk bersandar pada kerusi kayu menunggu untuk memasuki dewan peperiksaan. Tiada lagi hilaian tawa yang kuat seperti biasa. Dari riak wajah dan tumpuan mereka, semuanya terarah ke satu matlamat. SPM.

Hari ini adalah permulaan kepada sebuah perjuangan. Aku juga ada cita-cita yang aku impikan. Aku duduk ke meja yang tetah ditetapkan . Berhadapan dengan rakan-rakan aku yang lain. Tiada suara-suara nakal yang kedengaran. Aku juga sepi tanpa suara. Hanya senyuman yang aku sedekahkan kepada petugas-petugas manis yang ada di dewan peperiksaan sekolah aku. Muka yang tidak pernah aku lihat sepanjang bersekolah di situ. Ya, selalunya pengawas peperiksaan ini didatangkan khas dari sekolah lain. Ada yang muda, ada yang tua. Tapi itu bukan tumpuan aku sekarang. TUmpuan aku hanya pada helaian-helaian kertas yang terhidang di depan mata aku sekarang. Subjek Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia. Satu subjek yang aku yakin aku akan membawa kejayaan.

Apa yang penting sekarang adalah tumpuan dan ketenangan yang aku kawal dalam diri. Semua itu akan berjalan lancar seiring doa-doa orang tersayang. Mata pena terus rancak menari-nari di laman kertas putih yang bergaris. Aku terus fokus. Fokus. Dan fokus seperti mana aku menulis entry blog hari ini yang aku tujukan khas untuk pelajar-pelajar yang menghadapi SPM bermula hari ini. Selamat maju jaya.

Sekian. Terima kasih.


************

Hah!hangpa tengok aku punya karangan tu. Ayat aku guna semua ada dalam kamus. Hari ni saja aku pakai bahasa kamus. Esok lusa bahsa macam biasa. Tak sia-sia dapat A masa SPM dulu. Aku SPM tahun 1999. SPM tahun 1999 yang last guna pakai Pangkat 1,2,3, or SAP. Start tahun 2000 hangpa pakai kira ABCDEF dah.

Untuk hari pertama SPM, beginila lebih kurang. Selamat amik SPM kepada budak-budak SPM & STPM. Buat yang terbaik. Jangan jadi macam budak yang cium tepi jalan tu. Bodoh piang orang utara kata.

Monday, November 22, 2010

Apa Cerita? Baik-baik saja.

Zaman sekarang banyak berubah. Dulu masa aku kecik-kecik comel aku main lumpur. Main selut. Main dalam parit. Main senapang kayu,main lastik dahan pokok jambu, main perang-perang. Macam-macam aktiviti budak kampung aku buat. Dari pagi sampai petang. Nak masuk waktu maghrib baru balik rumah. Lepas tu bapak aku tibai dengan tali pinggang. Tak pun dengan penyangkut baju. Orang gagah perkasa memang camni, tapi menangis jugak la kalau kena.

Itu dulu. Dulu punya cerita budak-budak kampung zaman 80an. Zaman la ni hang tak payah nak cerita la. Kampung aku dah moden. Macam-macam ada. Macam astro. Internet pun takdak. Menatang internet ni dulu kena pi siber kafe. Kena bayaq pakai duit. Ikut jam 3ringgit jugak sejam. Rugi duit, baik aku beli rokok batang kat kedai cina tu. Kalau beli kat kedai Melayu, nanti pecah rahsia. Melayu ni tak boleh simpan rahsia sangat.

Itu dulu la. Nak cerita zaman la ni aku rasa lain sangat. Bapak aku pun dah sporting banyak dengan adik-adik aku. Baguih jugak, la ni aku yang paling garang dengan adik-adik. Bukan apa, hang secara automatik dah jadi ketua keluarga. Adik-adik hang kena usha-usha sama. Takut jadi macam budak bodoh macam biawak yang bercium kat tepi jalan tu. Bukan KLCC dowh..muka hang tu macam serombong kapai arang! Ni jenis anak beranak kat celah longkang. Dah melalut pulak aku tak pasai-pasai.

Berbalik kepada mak bapak tadi. Jangan harap kat mak bapak saja. Depa dah penat jaga hang dari kecik. Tak larat sangat nak marah anak-anak. Jadi hang sebagai anak yang dah dewasa pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Lagipun tak lama lagi hang pun nak kawen jugak. Kena belajaq pikul tanggungjawab dari segi kekeluargaan pulak.

Dulu masa kecik aku banyak habiskan masa di luaq rumah. Tapi zaman la pulak banyak habis masa dalam rumah. Budak -budak dah tak lasak macam dulu. Manja sikit. Nak kata apa tak tau. Ada baik ada buruk nya jugak persekitaran macam ni. Dulu walau sesibuk mana aku bermain kat ceruk-ceruk kampung, bila mak aku panggil suruh pi kedai runcit beli barang rumah sikit-sikit macam belacan ka, garam ka..aku boleh saja pi tanpa bantahan.

Tapi bila aku suruh adik aku pi kedai beli barang sikit. Alasan dia memang nak makan pelempang kiri kanan.




"Orang tengah main facebook ni,abang pi la sendiri"



Tu belum aku suruh pi masjid semayang berjemaah tu.

Wednesday, November 3, 2010

Maruku Sedap!



Ini baru satu Malaysia!Bos aku ada 3 orang. Melayu,Cina, India.
Aku harap nanti tambah sorang lagi bos yang sambut Krismas.


Dah..dah..aku nak pi jalan-jalan Deepavali ni. Sapa pun tak boleh ikut.

Monday, November 1, 2010

Kerja gila pa tak tau!

Dalam alam perkerjaan ni hang kena fokus. Kadang-kadang kena main-main. Kadang-kadang hang jangan buat main-main. Boleh tunggang langggang keja hang nanti.

Kadang-kadang hang kena jugak serius keja. Tapi jangan serius sangat. Nanti muka hang ketat pulak nampak. Hang pun jangan rilex-rilex sangat buat keja. Nampak sangat hang tak serius.

Semua keja dalam dunia ni hang kena amik seirus. Baru lancar keja hang . Tak kira la hang keja apa pun. Semua kena tumpuan yang penuh. Bila dah settle keja baru hang boleh rilex-rilex sikit.

Apa-apahai pun la ni biaq aku settle keja aku dulu.


Bukan senang nak bina menara warisan 100 tingkat ni. Makan modai jugak buat menatang tinggi-tinggi ni. Aku tengah sibuk meeting dengan menteri-menteri sama PNB supaya nanti tolong buat sekali rumah kebajikan sama rumah anak-anak yatim bang 20-30 tingkat sudah. Nama rumah boleh taruk "Rumah 1 Malaysia". Selesa sikit depa nak duduk. Alaa..20-30 tingkat saja. Tak banyak mana pun. Tak kan tu pun nak berkira.

Ok.Sambung keja.

Friday, October 22, 2010

Pettoxic : Medical Check Up IJN - Part I

IJN 16 October 2010

Kereta EVO Persona 30 sampai tepat dengan kelajuan cahaya jam 0745 pagi. Kelihatan awek-awek misi berjalan terkedek-kedek menuju pintu masuk hospital. Aku parking kereta secara driff. Tepat ke dalam kotak parking. Pak guard IJN terpaku. Kelu tidak terkata. Terkesima dengan kehebatan parking aku.

Aku berjalan menuju pintu masuk IJN. Seiringan dengan misi-misi comel yang menjinjing beg tangan masing-masing. Berbekalkan Ray Ban uptown Kota Damansara yang kelihatan original, misi-misi comel memandang tersipu-sipu malu. Langkah aku makin laju menuju ke kaunter. Takut terkena panahan asmara. Bimbang misi-misi ini tahu aku adalah makhluk asing dari planet Kripton. Kuasa aku akan hilang. Tiada lagi kekuatan tangan besi kekebalan kulit dari apa jua serangan. Bimbang juga kekasih hati di planet Kripton cemburu.

Aku diarah ke makmal pemeriksaan yang dikhaskan. Tiada manusia lain yang kelihatan. Sunyi sepi. Tiba-tiba keluar seekor mahkluk aneh yang mempunyai lapan tangan. Bukan Spiderman! Spiderman ada 2 tangan saja. Aku yang sedang sedap-sedap duduk di atas sofa IKEA yang lembut melompat bangun. Makhluk aneh itu mempunyai 8 bijik mata. Dua didepan,dua lagi di belakang. Lagi empat mata di gantung di leher. Rupanya bukan mata, tapi buah mata kucing yang sudah dibuang kulit.

Berkaki tiga dan kulit berbulu-bulu seperti gorila. Taring yang tajam putih bersinar-sinar. Pandai dia menjaga gigi walaupun rupanya tidak kacak. Aku mengambil kedudukan yang strategik untuk bertindak.

"Ahh..mesti ada yang memberi maklumat tentang kehadiran aku di sini", detik hati aku sendirian. Mungkin ada musuh yang mahu membunuh aku dan mengganggu kehidupan dunia dengan anasir-anasir jahat mereka. Aku tak kan mengalah.

Makhluk itu menerkam ke arah aku. Aku tak sempat mengelak. Aku menahan serangan dengan tangan aku. Giginya yang tajam tidak mampu menewaskan kekebalan tangan besi aku. Makhluk itu terpinga-pinga. Satu tumbukan padu dilepaskan tepat ke dada makhluk aneh itu. Dengan sekali kuasa api yang ada, aku tumbuk tepat ke jantungnya.

"Arggghhhhh!!!!"

Makhluk aneh itu mengelupur kesakitan lalu cair dan terus cair dan cair lalu hilang dari pandangan. Kabus tebal yang menyelubungi ruang bilik menunggu IJN itu beransur-ansur hilang dari pandangan. Lalu aku berjalan menuju bilik-bilik doktor. Kemungkinan mereka dikurung oleh makhluk itu.

Jangkaan aku tepat. Mereka dikurung dalam satu bilik. Doktor-doktor bersama misi-misi comel dalam ketakutan. Aku membebaskan mereka dengan kekuatan tangan aku.

"Oh..terima kasih wahai pahlawan dunia" ucap salah seorang doktor perempuan.

********************

"Encik, masa untuk ambil darah." misi comel berkata.

Aku tenang menuju bilik darah. Kelihatan seorang awek manis siap menunggu dengan jarum suntikan darah. Noni a.k.a Akak Noni tertera namanya di atas meja. Aku tenang. Cuba mengawal kuasa dan perlahan-lahan aura di tangan aku susut. jarum perlahan-lahan di cucuk...







"Adoi..."

Wednesday, October 13, 2010

Pak Long Pett

Sebagai orang tua yang dah bergelar Pak Long Pett, ni pak long nak nasihat la sikit kat anak-anak ni semua. Orang tua-tua cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Sebab tu pak long nak bagi nasihat yang berguna untuk anak-anak semua ni. Supaya bila besaq nanti jadi orang yang berguna kepada ibubapa dan negara. Taat kepada suruhan-NYA, taat kepada ibubapa dan taat kepada negara.

Bila besaq nanti jangan ikut sangat budaya yang tak tentu hala. Jangan jadi mat rempit sebab otak mat rempit bukan ada kat kepala, tapi kat kepala lutut. Kan pelik tu? Mat rempit ni keja buang masa dengan minyak moto. Orang teguq sikit nak tunjuk hero. Oleh itu, jangan la anak-anak ikut perangai mat rempit. Ingat pesan pak long ni. Jauhi mat-mat rempit. Nak jadi mat moto tak pa.

Rokok jangan hisap. Tak baik untuk kesihatan. Pak long takpa la, dah tua-tua macam ni nak ubah pun macam mencurah ayaq ke daun keladi. Nanti bini pak long la yang boleh nasihat pak long. Anak-anak jangan ikut pak long, jadilah insan yang bebas nakotin, dadah dan benda-benda yang seangkatannya. Pak long kalau nampak hangpa belajaq hisap rokok, time-time tu jugak pak long bagi penampaq. Bukan apa, budak-budak zaman la kalau tak ajaq jadi kurang ajaq. Faham noo.

Menuntut ilmu biaqlah sampai ke negeri China. Itu orang tua-tua cakap. Bagi pak long hangpa semua ni belajaqlah sungguh-sungguh sampai berjaya. Kalau tak sampai negeri China pun tak pa. Lagipun kat Malaysia ni pun dah banyak sangat Universiti. Biaqlah berbaloi pengorbanan mak bapak hangpa nanti yang susah payah membela hangpa dari kecik.

Bila besaq nanti jangan jadi bohjan. Bohjan ni tak bertanggungjawab. Buang anak merata-rata. Kalau hangpa jadi macam tu pak long tak agak-agak terajang hangpa walaupun masa tu pak long dah tua bangka. Jaga-jaga, pak long ni bukan calang-calang orang. Hangpa ni semua jangan sangat menyusahkan mak bapak. Mak bapak hangpa duk susah cari duit, hangpa duk sakan joli sana sini tipu mak bapak. Jangan sesekali buat macam tu ya anak-anak sekalian.

Pak long nak cakap banyak pun hangpa semua ni bukan faham sangat pun. Mata pun duk sepet lagi. Pak long tengok hangpa semua ni duk tidoq saja. Boleh kata setiap masa la pak long tengok. Mak pak hangpa pun cakap hangpa ni keja duk tidoq saja dari pagi sampai malam. Tak pa la, masa ni hangpa tidoq la puas-puas. Nanti hangpa dah besaq, jangan amalkan selalu. Kalau hangpa duk tidoq saja, satu kerja pun tak jalan. Ingat tu pesan pak long ni. Bukan untuk pak long, untuk masa depan hangpa bila besaq nanti.

Satu lagi pak long nak cakap, nama hangpa semua ni moden-moden sungguh nooo...kira hangpa ni boleh jadi jejaka rebutan la bila besaq nanti. Macam pak long masa muda-muda dulu. Ewahh. Malas pak long nak cerita. Segan pak long nak sembang depan mak pak hangpa ni. Nanti-nanti kita borak-borak la kat kedai kopi bila hangpa besaq nanti noo.

Ni..apa nama tah anak menakan pak long yang sulung ni..nama susah sangat pak long nak sebut,maklumlah,dah tua. Nama hang kira hensem macam pak long jugak. Nanti hang balik kampung mesti atuk dengan nenek sayang abih ni. Cucu sulung pulak tu. Nak tunggu pak long ni, kawen pun belum lagi. Insyaallah la tahun depan. La ni hang main la sorang-sorang dulu. Lagi setahun manatau ada rezeki anak pak long mai kembaq sekali ka. Manatau dak? Rezeki. Anak-anak yang lain tu anggaplah pak long ni macam pak long hangpa noo..mak dengan pak hangpa tu kawan pak long jugak.

Oleh itu pak long ucapkan selamat datang kepada anak-anak pak long ni ke dunia yang indah ini.

Meor Adeeb Ryan Wafa bin Mohd Khairul Azhar. Adik ipaq pak long nama Emma Wafa. Lahir 13 Oktober 2010. Tuu diaaa..nama anak menakan sulung pak long ni moden habih. Kalah nama pak long. Ni la cucu sulung dalam keluarga pak long. Bapak dia ni adik pak long. Pak long nak panggil apa tak tau. Ryan pun sedap jugak. Nama macam mat saleh walaupun kita ni ada keturunan mamak sikit. Tak pa la, dah pak hang yang bagi nama panjang-panjang ni. Nanti dah besaq esok, belajaq la tulis nama tu laju-laju sebab nanti masa exam kat sekolah dapat jimat masa. Lepas ni pak long dah tak jadi anak manja la dengan atuk nenek kat kampung. Ryan dah ada. Seronok atuk nenek noo. Duit raya pak long bagi tahun depan.


Ab Hezriq bin Ab Haqz. Nama nak ikut nama pak dia. Mak nama Linda Aman. Lahir 12 Oktober 2010.Ingat pesan pak long, jangan jadi mat rempit. Pak hang dulu tak jadi mat rempit pun. Pak hang ni kawan pak long masa kerja kat Port Klang. Kami ni keja banyak melepak dengan mengular. Jangan ikut sangat perangai kami ya.


Tareeq Haidar bin Fazeli. Lahir 12 Oktober 2010. Mak nama Nursyazwani Shahrir. Muka hang ni hensem banyak dari pak hang. Pak dengan mak hang ni belajaq sekali dengan pak long masa kat universiti nun. Baguih depa ni, bercinta dari universiti sampai la kawen dapat hang. Nanti besaq boleh la main muzik dengan pak long.

Maap la pak long banyak cerita hari ni. Bukan apa, sambil-sambil cerita pak long bagi nasihat sekali. Boleh kita kongsi sama-sama benda yang baik. Betui dak? Tahniah la pada adik pak long dan kawan-kawan pak long sebab dah jadi bapak dan mak. Oklah, pak long undur diri dulu la. Tua-tua macam ni nak taip depan laptop pun lambat. Orang tua la katakan. Lain kali pak long cerita benda lain noo. Salam.



Kalau hangpa nak panggil Uncle Pett pun boleh. Nampak stylo sikit. Baru ngam dengan nama-nama hangpa.

Kehidupan Budak Tadika Kampung - 1988

Aku pi pasar pagi sambil tangan dipimpin mak aku. Berbekalkan seluar pendek dan baju t-shirt yang ada poket buah tembikai kat depan, muka penuh bedak dan rambut sikat tepi. Minyak rambut Code-10 kaler biru memang stlylo abis bila pakai. Kalau berpeluh pun kaler biru. Tapi kalau pi pekan kena bergaya. Nanti malu kalau terserempak dengan anak dara jiran-jiran.

Aku berjalan sambil dipimpin tangan. Mata melilau tengok benda mainan kat apek jual mainan. Ada kapal korek kaler kuning sama jentolak besar. Kalau main pasir kat depan rumah memang member-member jakun abis. Ada kereta kecik-kecik yang boleh tukar kaler bila rendam dalam ayaq sejuk. Aku berenti tengok. Tapi belum sempat tengok, tangan dah kena tarik dengan mak. Mak nak beli bawang sama barang-barang dapur. Aku tak pernah main bawang buat mainan. Hati hampa sambil mata memandang jauh kedai apek tu. Sayup-sayup hilang dari pandangan...

Sambungan boleh baca di sini : BLOG SOLTURA

Sekali sekala layan cerita zaman kanak-kanak apa salahnya. Kenangan yang tak boleh dijual beli.


Ramai sangat orang beranak semalam. Hari ni pulak adik ipar aku bakal bersalin. Aku pulak yang gemuruh tak ingat.
Tak sabar pulak nak kawen. Kawen?

Thursday, October 7, 2010

Pettoxic - Pahlawan Masa Depan

Khamis 07 Oktober 2010 1215 hours

"Sekarang macamana mau settle?"

Aku diam. Memang tak mahu bersuara sangat. Mamat depan ni dah usha rapat. Aku steady. Setakat jelingan kerek ujung anak mata tu aku tak heran sangat. Aku jeling dengan jelingan tajam bak duri. Mamat tu senyap. Tertunduk. Sambil tangannya yang menggengam sebatang pen terus menari-nari kosong di atas sekeping kertas di hadapannya.

"Tak boleh kurang ke?"

Aku mula berkata-kata dengan tangan memegang lembut meja milik mamat itu. Tiada sinaran kemarahan juga tiada jelingan pahlawan yang keluar dari anak mata berwarna coklat milik aku ini. Hanya kata-kata lembut yang bisa membuat anak-anak gadis jatuh cinta dengan hanya dengan frekuansi suara aku.

"Tak boleh. Dah tetap. Memang tak dapat nak kurang lagi."

Mamat tu menjawab sopan tapi tegas. Mungkin dia dapat rasa aura dalaman seorang pahlawan seperti aku. Walaupun aura ini aku tahan dan simpan kemas dalam aliran-aliran badan dan urat saraf aku tanpa dikeluarkan sedikit pun. Barangkali ada aura yang terlepas dari saraf-saraf dan urat-urat halus badan aku. Aura-aura ini bisa menjadikan aku seorang pahlawan hebat di masa kini. Kekuatan azali yang aku miliki sejak lahir. Mungkin jika di planet asal aku, aku adalah pahlawan bangsa yang tiada tolok bandingnya. Tapi aku kini di bumi. Aku sudah menjadi manusia biasa. Kekuatan aku hanya digunakan untuk menyelamatkan manusia dari kesusahan. Bukan digunakan untuk kepentingan diri.

Mamat itu terus menunggu jawapan aku. Jelingan tajam aku bertukar normal. Aku tarik nafas dalam-dalam. Mamat itu berpeluh. Mungkin risau jika aku bertindak diluar batasan. Dia nampak seperti bersiap sedia jika aku bertindak. Di sisi tangan kirinya menggenggam erat sebijik pistol dan tangan kanannya mengarahkan yang lain supaya bersedia jika aku mula bertindak. Di sekeliling aku sepi. Hanya mendengar hembusan nafas dan angin sepoi-sepoi kuih tat yang bertiup sayup-sayup dan sesekali meghempas rambut aku. Terasa dingin dan nyaman dikala angin itu menyusup ke peluh yang menitik di dahi aku.

"Baiklah jika itu yang kalian semua mahu. Aku mengalah pada kalian semua."

Aku berkata lau aku keluarkan sesuatu dari poket belakang aku.

"Tap!Tap!" kedengaran senapang dan pistol sedang diselaraskan. Semua seperti bersiap sedia. Keadaan hening. Aku perlahan-lahan mengeluarkan tangan aku dari poket. Semua mata menumpu sepenuh perhatian. Mamat depan aku mula gelisah. Walaupun dia tahu dia diawasi dan di lindungi rakan-rakan seangkatannya. Aku tahu, jika aku bertindak membangkang dan melawan, aku akan tewas. Aku kawal kuasa aku. Aku terpaksa mengalah kali ini. Untuk sekian kalinya seorang pahlawan masa depan terpaksa mengalah dan mengundur diri.

"Nah..ini saja yang aku ada untuk bulan ini" aku hulurkan sesuatu kepada mamat tersebut. Dia mengambil tanpa ada perasaan takut. Dia tersenyum lalu ketawa berdekah-dekah.

******************

Ya...aku tewas tanpa pertarungan yang sering aku menang bila bertarung. Kuasa aku tidak boleh diguna pakai di sini. Aku redha. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Tanpa ada pertumpahan darah. Aku juga sedar mereka ini tidak bersalah. Mereka hanya menjalankan tugas mereka. Tidak sesekali mereka mengganggu aku. Aku yang telah melanggar undang-undang bumi. Jika aku tidak mengalah, sampai bila-bila pun aku akan terus tewas.

Aku keluar dari kawasan itu dengan selamat. Kereta Pesona EVO30 aku sedang siap menunggu aku diluar. Kereta yang berteknologikan sistem angkasa lepas ini hanya ada satu di bumi ini. Memang tiada siapa yang tahu kereta aku sebegini rupa. Pecutan seperti cahaya dan deruman enjin yang tiada tolok bandingnya di muka bumi.

Kereta aku juga boleh bersuara seperti mana Knight Rider. Ini saja teknologi yang aku cilok dari tahun 80-an. Selebihnya aku dapat dari kapal angkasa aku yang terhempas ke bumi 28tahun lepas. Memang sudah ditakdirkan kereta ini dibentuk dan disuntik sebegini rupa supaya seorang pahlawan seperti aku dapat menewaskan musuh-musuh di bumi.

"Macam mana tuan? Adakah kita sudah selamat untuk bergerak kemana-mana?"

Kereta Pesona EVO30 bersuara. Aku tekan butang panduan secara automatik. Biarkan dia memandu sendiri. Aku masih terganggu dengan situasi tadi.

"Sudah, lepas ni tiada masalah lagi untuk kita berdua." jawab aku tenang kepada PEsona EVO30. Lalu terus dia memainkan lagu Sudirman "Horey..horey..hip hip horey..."

Fikiran aku terus melayang meikirkan situasi tadi. Perlahan-lahan aku imbas perbualan aku dengan rakan seperjuangan aku semalam.





Flashback

Rabu 06 Oktober 2010 1000 hours


"Lu punya rodtax kereta tak boleh renew bai. Kena blacklist. Lu pi bayar saman dulu kat balai trafik."



Di sebuah balai polis trafik.


"Bagus jugak blacklist pesalah trafik yang tak mau bayar saman. Kasi blacklist nama masa nak renew rodtax baru nak datang bayar."


Tamat.

Wednesday, September 29, 2010

Budaya F

Benda-benda seni memang orang kat Malaysia ni cukup pakar. Tangan dari kecik di ajar menulis melukis. Kesenian yang terbentuk dalam diri orang kat Malaysia ni bak pepatah meluntur buluh biar dari rebungnya. Bila dah besar boleh jadi orang serba boleh. Bukan sekadar nak masuk AF yang bakat bak melepaskan batuk di tepi tangga. Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China selalu orang tua-tua berkata. Tapi benda-benda macam dalam gambar ni aku nak bagi pepatah macamana bai?

Adakah Jangan dijolok sarang tebuan? Jangan disangka air tenang tiada buaya? Umpama aur dengan tebing? Budi Bahasa Budaya kita? Bodoh macam lembu?









Tapi hati aku sakit bak dihilis sembilu. Celaka.

Aku suspek orang luaq negara juga terlibat. Pengaruh budaya barat. Aku jumpa memang aku rembat muka.

Monday, September 27, 2010

Lagu Zaman-Zaman Sekolah - http://skamyroll.blogspot.com

Black nama member aku sejak sekolah menengah lagi. Nama dalam IC boleh tahan hensem. Tapi jarang jugak orang panggil nama penuh masa kat sekolah. Cikgu-cikgu saja yang panggil nama penuh masa nak bagi keputusan periksa takpun pinjaman buku teks.

Dah nama pun Black, confirm-confirm kulit tak berapa putih sangat. Kira ngam-ngam hensem. Kalau dia putih, kami dah panggil dia Putih. Tapi nama putih nampak sangat jambu. Citt.

Black orang melayu. Tapi dia tak suka dengaq lagu melayu yang mendayu-dayu. Pernah jugak dia lupa lirik lagu Negaraku masa sekolah dulu. Dari mamat ni jugak aku dapat banyak sumber-sumber muzik. Duduk kampung masa tu mana ada internet sangat. Nak pi internet kena bayaq 2-3 ringgit jugak. Baik beli rokok masa tu baru 50sen dapat 2 batang. Dah lama tak dengaq lagu-lagu band-band lama, aku cari dia kat rumah.

Walaupun dah ada anak 3 orang, dia punya jiwa masih punk rock. Nama saja cikgu, jiwa dia kat lagu-lagu camni masih kukuh orang kata. Bila dia cakap kat aku dia try buat blog untuk download lagu-lagu lama yang ada dalam koleksi dia tu, aku teruja sambil makan kuih raya kat opis ni. Walaupun lambat sikit nak download, tapi opis punya internet laju. Daripada buang masa duk layan fesbuk 24jam, boleh jugak download lagu-lagu masa zaman sekolah dulu.

Walaupun tak banyak band-band yang kami dapat beli kaset or demo depa masa tu, kami bersyukur sebab Black banyak beli kaset-kaset cenggini guna duit biasiswa dia. Jimat jugak duit kawan-kawan masa tu kan? Untung ada Black boleh pinjam-pinjam tanpa ada bayaran.

Hangpa nak dengaq-dengaq lagu lama-lama zaman 90an boleh try kat sini. Dia cakap akan upload lagi banyak lagu. Kalau dia tukaq blog yang canggih sikit, dia habaq la. Oii Black, sebagai komisen promot blog hang bagi la kaset-kaset lama kat aku dalam 50-60 biji. Boleh simpan buat koleksi.


http://skamyroll.blogspot.com


Black,aku harap hang dah boleh ingat lirik lagu Negaraku.

Friday, September 17, 2010

Budaya Kita Kebanggaan Kita - Ecehhh!!!

"Budaya malaysia???...cuba ang kupas 1 persatu..apa itu budaya malaysia" - Cikgu Didi dari Kapit Sarawak.

Definisi budaya yang paling mudah ialah budaya terdiri dari semua simbol yang kita belajar. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, karya seni bahasa dan lain-lain.

Aku cilok kat internet tu. Hangpa ingat aku rajin sangat nak susun ayat cantik camtu. Kat Malaysia ni kita ada budaya tersendiri. Tak kira budaya baik atau buruk. Tak kira budaya turun termurun ataupun budaya yang baru muncul.

Banyak budaya orang kat Malaysia ni. Nak kupas satu persatu aku pun tak cukup ilmu budaya lagi dalam diri ni. Setakat budaya buang sampah merata-rata tu memang dah sebati kat Malaysia ni. Pastu buang anak-anak dalam tong sampah pun dah boleh dianggap budaya baru. Sebab depa ni dah tak tau beza sampah dengan budak. Depa pun yang buang anak ni sama sampah jugak. Hangpa rasa benda-benda kat bawah ni boleh dikira budaya Malaysia dak? Beberapa budaya orang kat Malaysia dari sudut pendangan kawan-kawan Fesbuk dan masyarakat setempat:

1. Budaya Malaysia ialah menghon kenderaan lain yang bawak macam sial sambil memberikan ekspresi muka terburuk mungkin - Cikgu Fazeli Bakar dari Kuala Lipis

2. Antara contoh budaya malaysia yang aku slalu buat-sopan santun,memberi salam,senyum,bangun tido lambat,tak tepati masa dan lain2 lagi...- Cikgu Hazim dari Kuching Sarawak

3. Aku buang puntung rokok merata-rata. Peduli apa? - Khir dari Kulim

4. Selalu aku tangguh kerja aku kat opis tu, minggu depan boleh buat apa. Rilex2 la bai - Shah pekerja swasta

5. Kami sampai opis awai bai. Kul 8 dah terpacak. Tapi pi minum teh tarik bang 2-3 gelas. Masuk keja balik kul 10 pagi. Amacam? - Nama rahsia - Pekerja pejabat kerajaan.

6. Jiran sebelah tu anak dia duk kena usung dengan jantan mana tah malam-malam baru balik. Sapa la mak bapak dia tu. - Makcik Timah dari kampung sebelah

7. Hang pi kenduri anak Pak Lebai tadi? Lauk dia tu biasa sangat. Tak la sedap mana - Makcik Embun dari semua kampung kat Malaysia

8. Pakai kereta besar-besar tu tah-tah kereta pinjam - Mat Hasad Dengki

9. Kami berani mati bro. Bawak moto laju-laju baru jantan - Mat Rempit Otak kat Lutut

10. Malas nak tulih panjang2. Pikiaq sendiri - penulis


Duit habis lepas raya boleh kira budaya kita jugak ka?


Apa punya budaya duk update blog masa kerja ni.

Wednesday, September 15, 2010

Sambut Hari Malaysia Tapi Ikut Budaya Amerika Tak Guna Jugak

Selamat Hari Raya Maap Zahir Batin! Saja aku wish lambat-lambat sebab banyak beribadah bulan posa lepas. Tapi sebenarnya lebih kepada kerja yang berlambak macam ketupat pagi-pagi raya tu. Sibuk bai. Bukan senang nak jadi orang dewasa macam ni. Kalu jadi budak-budak pulak takut pikiq pasal sunat.

Hari ni kita cuti sambut Hari Malaysia. Buat pertama kali ada dalam kalender nun. Cuti pasai apa pun aku tak tau. Cuti kat Malaysia ni mewah macam makanan masa bukak posa. Lebih ke arah membazir. Tapi apa-apapun baguih jugak cuti hari ni kan. Dapat sambung beraya sambil tambah berat badan.

Cuti Malaysia ni yang aku faham dari pandangan mata aku lebih kearah keharmonian dan kesejagatan kita semua rakyat Malaysia. Harap-harap kita ni semua faham la kot walaupun motif tu tak sampai sangat kat rakyat-rakyat Malaysia ni. Nama saja sambut Hari Malaysia tapi budaya lebih kepada Amerika tak guna jugak. Tak gitu?

Malaysia ni kaya sebenarnya. Negara lain tak boleh celen jugak kita punya terer ni. Kita ni terer buang anak, terer merempit, terer bunuh orang, terer bakar orang, terer menyamun, terer segala benda la. Negara lain rasa tercabar jugak dengan kita punya kemahiran cenggini. Ini Malaysia bai, Malaysia, ikut slogan, MALAYSIA BOLEH! Semua kita boleh buat. Sampai ke Lombok pun kita boleh biaq anak dara kita pi follow boypren nun. Terer tak terer la orang kata. Tak kira la hang ni Melayu ka, Cina ka, India ka, semuanya terer. Kan bersatu padu tu. Nampak?

Kalau bab bola, kita terer cakap saja. Duk meeting makan donut sambil minum kopi, pung pang pung pang, esok sambung meeting lagi. Bila nak habis tak tau. Bola duk kat situ jugak, tak pi mana pun,paling jauh Slovakia. Tapi takpa, Malaysia bai, Malaysia, mesti boleh punya. Tapi tunggu la anak cucu kita nanti yang pi piala dunia. Tu pun kalau takdak orang pakai kot duk sembang berapi kat meja meeting macam la ni. Buang masa.

Tapi walau apapun yang terjadi kat Malaysia ni, inilah negara kita. Sayang tetap sayang bai, kalau dulu lu orang beranak-beranak celik mata tetiba dengaq Bahasa Vietnam ka, bahasa Myanmar ka, memang lu orang tak sambut Hari Malaysia ni. Jadi bersyukur la kita. Bersyukurlah Ali, Gunalan, Ah Seng, Kumar Singh, Iboi anak Jati dan semua yang rasa-rasa rakyat Malaysia. Kita bukan macam orang Amerika, Mexico juga Sepanyol, kita orang Malaysia. Malaysia macam-macam ada kata orang Astro. Celaka punya Astro, aku baru tak bayaq 1 bulan nak kasik potong!

Selamat Hari Malaysia.


Aku rasa tarikh 16 September 2010 ni macam begitu bermakna pulak. Ecehhh!!!. Moga-moga semuanya selamat. Selamat balik kampung, selamat balik keja, selamat pengantin baru, selamat bertunang jugak, selamat makan ketupat, selamat menjadi gemuk dan selamat korek tabung dan cari duit kat celah-celah almari.


Aku rasa kat celah-celah mesin basuh tu banyak jugak duit syiling. Pi usha tengok kot-kot boleh beli maggi.

Friday, August 27, 2010

27 Ogos Belum Merdeka, Tapi tengah Posa

Lama sungguh kan? Biasala sibuk keja bai. Bukan sibuk benda-benda lain. Sibuk berpuasa dan berterawih juga. Satu saja benda yang aku tak berapa nak sibuk. Sibuk berpasar ramadhan. Oh,tidak pernah lagi aku ke pasar ramadhan sepanjang berpuasa sampai 17Ramadhan ni. Sekadar singgah kat makcik jual lauk atau kuih tepi jalan saja.

Aku punya target nak siapkan kerja sampai minggu depan. Semua nak kasik setle sebelum balik kampung. Kalu ada orang call aku time-time nak raya ni aku taruk kepala dia dengan lemang panas. Jangan buat main-main brader. Wa punya raya ni mood kalu terganggu boleh bawak gadoh jugak la. Time-time camni la nak bersama family. Bertobek jugak la kepala kalu ada yang call duk tanya pasai keja raya-raya ni.

Cuti dah approve dah. Balik awal jugak la bai. Boleh 2-3hari bukak posa bersama keluarga orang kata. Dapat la makan lauk macam-macam kat rumah. Ayaq tangan mak pulak tu. Tambah pulak nenek punya nasik ulam. Tu belum kira adik pompuan aku punya masakan moden-moden dia lagi. Bapak aku punya nasi beriani sama daging panggang cicah ayaq asam. Pehhhh. Dah melalut ke nafsu syaitan dah aku ni. Makan takleh ikut nafsu sangat time berbukak ni. Nanti solat ke HBO, terawih ke CSI.

Tentang persiapan raya, biasa-biasa saja. Aku tak beli baju baru. Rasanya cukup kot T-shirt aku kat rumah. Yang penting baju Melayu dah siap. Nak pakai dari lepas Subuh sampai tengah malam tu raya nanti. Baju adik-adik ada la sikit budjet nak kasi. Zakat minggu ni nak kasik settle la.Rasanya lain-lain hal tak banyak sangat isu. Cuma ada satu isu yang membuat kan aku terpikir. Rasa macam tak percaya pulak.tapi memang nampak jugak la. Ramai orang tegur. Tapi betui ka





Betui ka aku dah kurus dari bulan-bulan lepas?


Patut la seluaq aku pakai longgaq-longgaq semua aku rasa.Ingatkan salah saiz.Kembang hidung rasanya bila balik kampung nanti.

Wednesday, August 11, 2010

Pengalaman Puasa Budak Darjah Satu tahun 1989

1989

Pagi-pagi matahari pun tak keluar lagi. Mak dah kejut aku. Suruh makan. Aku cakap esok pagi nak pi sekolah la makan. Ni pukui 430 pagi makan apa? Mak cakap esok puasa. Aku cakap puasa tu pagi-pagi esok. Makan pukui 7 pagi kira boleh lagi. Mak tarik tangan aku pi sinki. Basuh muka aku. Mata aku duk tertutup-tutup. Mengantuk. Adik aku baru ada ada sorang. Yang lagi 5 orang adik belum wujud lagi time-time ni.Bapak suruh makan. Aku makan.

Makan nasik sambal ikan bilis sama telur masin pagi-pagi buta ni boleh membawak ke jamban bila bangun pagi-pagi esok. Suap 3-4 suap nasi. Tak dak feel sungguh makan kerana terpaksa macam ni. Mak buat ayaq Milo. Kadang-kadang Overtine. Dulu ayaq Milo dengan Overtine boleh buat aku kuat dan lari laju-laju. Tapi semua tipu. Sama macam iklan Ding Dang dengan Tora. Robot dalam kotak mainan tu kecik saja. Tak macam kat TV. Memang orang Melayu senang kena tipu. Tambah-tambah budak-budak rempit yang ingat depa tak boleh mati kena langgaq dengan lori.

Dah makan terus tidoq. Subuh memang hanyut. Lagipun masa tu umuq tak baligh lagi. Mimpi basah pun tak tau apa benda. Baru Darjah 1 la. Pi sekolah sesi petang, aku tengok kantin tutup. Alaa.Macam mana nak makan ni? Pagi tadi makan 3-4 suap ja. Pengertian puasa masa tu belum cukup menyerap dalam diri aku. Kawan-kawan lain pun sama. Ada yg bawak bekas ayaq pelbagai jenis muka bintang kat sekolah. Tak ganas langsung. Aku punya bekas ayaq ganas la sikit, bentuk hanpon kaler kelabu. Tapi hari ni mak tak bagi bawak.

Mak cakap, jangan makan atau minum sampai pukui 7 petang. Mak cakap posa memang letih sikit. Tapi aku kena belajaq mak cakap. Aku pun cakap ok. Aku akan cuba. Cuba bertahan sampai pukui 7 lebih. Cuba. Main galah panjang.Cuba. Polis sentri.Jam dah pukui 3 petang. Cuba bertahan. Cuba. Masih.


Jam sudah pukui 6 petang. Bapak mai amik. Muka letih. Bapak cakap posa dak? Aku cakap posa. Satu hari tak makan apa-apa. Bapak cakap baguih. Aku peluk pinggang bapak. Bapak merempit ala-ala mat moto zaman Jamal Abdillah. Sampai rumah. Siap-siap nak berbuka. Adik aku yang nombo 2 tak posa. Dia kecik lagi. Minum botol susu. Azan maghrib. Bapak cakap boleh makan dah. Aku minum satu gelas. Ayaq tebu dengan rebina memang aku suka. Mak cakap aku dah berjaya posa hari pertama dan kali pertama. Sambil menghabiskan 2 gelas ayaq. Aku cakap kat mak.




"Ayaq ni sedap, tak macam ayaq paip kat sekolah tadi."



Pengalaman posa pertama bagi aku memang banyak songeh. Aku dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Kawan-kawan yang membaca Blog buruk aku ini. Mintak ampun mintak maap jika ada yang tersilap kata selama ini.

Akhir kata, terawih tu rajin-rajin la pi. Jangan duk asyik tengok drama-drama tak berfaedah kat TV tu. Banyakkan ibadat kurangkan buat jahat.

Assalamualaikum.

Friday, August 6, 2010

Ini benda serius.

Minggu depan dah puasa bai. So, minggu ni aku kena balik kampung untuk uruskan perkara-perkara penting dalam hidup aku. Ini kira serius punya kes. Lagipun ada majlis nak berlaku kat rumah aku Ahad ni. Sekarang ni kena kasik settle keja-keja kat opis ni dulu.

Aku dah inform semua orang-orang opis dan orang-orang yang berkaitan dengan keja aku supaya tidak mengganggu aku sampai hari Selasa depan. Perkara serius camni mana boleh main-main bai. Aku nak kasi ruang untuk diri aku menikmati hidup sebagai orang biasa. Orang kampung. Bukan sebagai Clark Kent. Bukan senang nak rilex-rilex sambil berhadapan dengan benda ni. Baru sedap sikit.

Benda-benda camni orang dewasa je expert. Budak-budak xleh campur sangat. Merbahaya orang tua-tua cakap. Budak-budak tunggu je bila bab makan-makan. Tak sabar rasanya nak balik kampung bila pikir benda ni. Pehhh..dia punya debaran tu dan keinginan tu dah membuak-buak dah ni. Kalau boleh sekarang jugak aku nak benda ni jadi realiti. Punya tak sabar perangai. Kalau aku dah berkenan sangat-sangat memang cenggini jadinya. Rindu dan sayang pun menjadi satu.

Benda ni pun melibatkan duit. Ikut aku,duit aku dah kira cukup la. Tapi tak mau terburu-buru. Kena jimat jugak. Benda serius ni kalau kat KL makan modal. Tu kena bawak berbincang kat kampung. Serius bai. Sebab apa serius?






Sebab durian kat KL ni mahai nak mampuih!


Kat kampung aku dah berlonggok macam baju bundle. Satu bakul aku nak bawak balik KL nanti. Sapa-sapa nak order? Aku boleh kira harga kawan-kawan la dengan lu orang ni.

Monday, August 2, 2010

Istimewa Untuk Dia - 02 Ogos 2010

Aku susah menunjukkan kasih sayang secara terang terangan kepada dia. Aku harap dia faham perasaan aku. Aku tahu dia tahu. Memang aku sekarang bahagia. Walaupun sibuk kerja dan masa aku terbatas untuk dia. Memang ada rindu. Memang ada. Sekarang lagi la. Rasa hari-hari dah mula rasa rindu.

Aku doakan dia sentiasa bahagia. Sentiasa. Tidak sakit hati dengan perangai aku yang nakal. Kami ada persamaan. Persamaan yang hanya aku dan dia saja tahu. Tak semua nampak benda tu. Tapi aku dan dia tahu.

Oleh itu, sempena hari bahagia hari ini. Aku ingin mengucapkan sesuatu pada dia. Dia adalah yang terbaik pada aku. Dia sentiasa terbaik sampai bila-bila. Sebab kasih sayang kadang-kadang tak perlu tunjuk sangat. Tapi rasa dalam hati. Cinta tu sentiasa ada. Cuma aku belum mahu tunjukkan. Tapi dia mungkin faham. Dapat rasa. Tak kira bila atau bermulanya perasaan itu. Memang dari aku kecik, aku susah nak tunjuk rasa sayang aku.

Hari ni aku mahu cakap sesuatu kat dia.








Selamat Hari Jadi Bapak!Semoga panjang umur dan murah rezeki.


Tiada hadiah dari anakmu ini. Mungkin ujung tahun depan anakmu ini boleh hadiahkan menantu pada bapak.



Haaa..apa macam?Lu orang ingat ini entry pasal cinta ka?


Hari ni bapak aku punya beday la. Dah masuk 50 tahun. Tapi steady lagi hisap rokok dunhill 20 senyap-senyap dalam opis tak pun belakang rumah. Sudah-sudah la tu bapak. Boleh dah kita berdua berhenti sama-sama. Mak dengan tok duk bising kita hisap rokok kt belakang rumah tu.

Cikgu pun marah kalau anak murid hisap rokok. Kan cikgu?Kan?

Thursday, July 29, 2010

Gangguan Seksual Awek Banci

Penat bekerja. Terkejar sana sini memang terbaik lah orang cakap. Nampak macam orang buat bisnes juta-juta. Rambut aku sekarang pun dah macam gula kapas. Mau tukar fesyen lain pulak. Tapi rambut pendek lagi. Rindu rambut panjang aku yang macam Maya Karin dulu.

Balik keje semalam. Lepak rumah. Tengok TV. Ada orang ketuk pintu rumah. Sapa pulak mai malam-malam cenggini. Tak faham langsung orang nak berehat dengan anak bini.(ayat lagi 2 tahun)

Bukak pintu. Ada 2 orang awek tudung. Boleh tahan. Orang lain selalu kontrol macho, aku tak. Aku kontrol rambut.


"Encik, saya nak banci"

Oh. Banci.

"Boleh kami masuk ke?" awek banci tanya.

Dengan ilmu dan pegangan agama yang kuat dalam diri. Aku cakap dengan sopan santun.

"Tak manis anak dara masuk rumah bujang hensem-hensem macam kami ni"

Upacara banci berlaku di pintu rumah saja. Tiada hidangan cekodok ataupun air teh O. Kerusi nak duduk pun aku tak kasi sebab takkan nak tarik sofa taruk depan pintu.

Pung Pang Pung Pang. Ha Ha Ha. Kih Kih Kih. Bla Bla Bla. Ok. Ya. Tak. Emmm.

Dia tengok aku. Aku tengok dia. Dia senyum. Aku senyum. Dia tengok lagi. Aku tengok dia balik.

Settle banci. Awek banci dari sejak tadi tertunduk malu ucap terima kasih. Pastu dia tanya soalan last. Ini bukan soalan banci dah.





"Seksi boxer abang pakai tu. Beli kat mana?"



Oh celaka.


Patut duk tertunduk-tunduk sambil senyum gatal.

Bukan sebab aku kacak rupanya.

Lupa nak pakai kain pelikat mak aku kasi.

Cepat-cepat aku kunci pintu rumah.




Takut kena rogol.

Wednesday, July 21, 2010

Memori : Aku sebagai Cikgu Tusyen 2004

2004

Dulu jiran aku mintak aku jadi cikgu tusyen anak dia yang baru nak masuk Darjah 2 masa tu. Abang Din nama dia. Abang Din ni takdak anak pompuan. Jadi perasaan nak membantu tu kurang semangat sikit. Anak-anak laki dia ni buas sikit. Tapi memandangkan aku ni student yang menyewa rumah di sekitar kampung tersebut, tak manis pulak kalau menolak hajat orang walaupun dia takdak anak pompuan.

Anak Abang Din ni nama Amir. Amir ni peramah tak ingat dunia. Asyik mai umah aku ajak borak-borak dengan aku terutamanya. Tanya macam-macam. Aktif. Macam dah nak buat aku jadi geng bas sekolah.Lepas kawtim dengan abang Din, aku setuju ajar anak dia tusyen sikit-sikit. Abang Din cakap Amir ni tak reti membaca lagi. Dah berpuluh cikgu duk ajar tapi memang tak lekat ajaran dia. Dia mintak aku tolong apa yang patut. Ikutkan hati aku, aku nak kasi Amir minum air surah yassin. Tapi aku batalkan niat.

Tusyen aku khas untuk Amir saja. Budak-budak lain aku tak mau amik. Tempat tusyen kat rumah aku. Senang aku nak hisap rokok sambil mengajar ni. Baru ada style. Nasib baik dia takdak kakak. Kalau ada kakak,kira hari-hari aku ajar tusyen kat rumah dia. Free pun tak pa.

Aku dah plan jadual tusyen Amir biar tak kacau aku punya class. Kira lepas Isyak aku ajar dalam 1-2 jam. Semua aku dah plan baik punya. Sebagai anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan tidak mudah mengalah, aku sahut cabaran untuk jadi cikgu tusyen tak bertauliah kepada Amir. Amir adalah bakal anak murid pertama aku.

Hari pertama. Amir datang. Seronok dia bukan main. Aku pun tak tau apa pasal dia seronok sangat. Ingat aku nak bagi dia main game kat komputer tu ke? Jangan harap Amir. Jangan mimpi la. Ini Cikgu Pett nak ajar tusyen tau.

Pelajaran pertama. Eja nama. Amir dengan pantas tulis nama penuh dia. Tulisan memang cakar ayam itik semua ada. Tapi kira ok. Boleh baca. Kemudian, aku suruh Amir baca ABC sampai habis. Bagus. Boleh je ingat sampai huruf Z. Menurut bapak dia, Amir ni lemah dalam membaca. Aku kena test lagi Amir punya tahap pendidikan.


"Amir..B.U.K.U bunyi apa?"

Amir senyap. Tiada tindak balas. Terkebil-kebil.

"B.U bunyinya Bu...K.U bunyinya Ku..apa dia Amir bunyinya?" aku tanya lagi.










"GAJAH"




Jawapan Amir adalah jawapan yang menyebabkan aku terus batalkan niat untuk menjadi seorang cikgu.

Tuesday, July 20, 2010

Aku tengah best fikir benda ni

Banyak berfikir membuatkan otak menjadi pandai untuk menganalisis banyak benda. Tapi kadang-kadang menyusahkan kepala otak saja. Bila dah banyak keja, mesti aku banyak berfikir. Apa yang kena buat, betul ka apa yang aku nak buat, apa yang aku kena buat esok lusa, apa kesan dia, bla..bla..bla..

Semua orang ada benda yang nak difikir. Ada saja benda nak selesaikan. Masalah toksah cerita la. Banyak jugak yang duk mai. Tapi masalah aku tak berat sangat. Masalah yang paling besar bagi aku ialah bila aku tak dak duit. Gila betui nak fikir. Aku tak dak masalah cinta. Tapi masalah nak mengorat awek ada. Tapi takpa. Aku boleh handle lagi.

Tapi sekarang ada benda yang aku duk fikir sejak minggu lepas. Nak kata masalah, tak juga. Ada la sikit-sikit. Tapi benda yang aku fikir ni bertitik tolak dari keinginan. Keinginan yang semulajadi. Tak tau pasai pa benda ni aku duk fikir sejak minggu lepas. Makin lama,makin best pulak aku fikir. Sampai saat ini...





.....aku fikir nak kawen.



Best oooo fikir benda ni.


Jangan la cakap dengan sapa. Yg penting keinginan tu ada.


Takdak awek tu belakang kira.

Thursday, July 15, 2010

Tingkap Bukak Masuk Angin

Sikit agak la kalau nak tayang pun. Lain kali usha la kiri kanan depan belakang. Ini main bukak ja. Ingat la kat orang lain sama. Fikir dulu la sebelum nak bukak pun. Mata orang sekeliling tak buta lagi. Nanti apa pulak kata jiran-jiran lain kalau hangpa selalu buat macam tu. Dah la depan rumah aku.Ingat aku ni apa?




Apa nak jadila dengan awek-awek depan rumah aku ni.


Jenis bukak baju tak tutup tingkap.


Sapa yang salah dalam hal ni?Cakap sapa?




"Mak.Langsir tingkap tu tak payah hantar lagi.Lepas raya nanti la amik" - SMS kat mak.

Monday, July 12, 2010

Mak Punya Cerita - Calon Bini

Sabtu lepas mak aku datang mengejut ke KL ni. Dia pi umah adik aku. Kalau dia mai umah aku, memang xdak menantu nak layan. Hidup bujang rumah bersepah sikit. Terkejut jugak mak mai tiba-tiba tanpa SMS dan juga MMS. Email pun tak bagi. Macam ada benda penting saja.

Aku bergegas ke rumah adik aku kat Damansara. Disambut dengan nasik sama lauk pauk masakan adik ipar. Boleh tahan jugak sedap. Kira aku kasi licin habis lauk pauk supaya tak membazir.

“Mak mai sini tetiba ni awatnya?”

Mak aku hulur sekeping gambar. Gambar awek bai. Boleh tahan. Ayu dan manis. Apahal pulak mak aku suh aku tengok gambar awek ni. Aku dah tersipu-sipu malu.

“Budak ni baguih orang dia. Mak Jang hang yang rekemen ni. Malam satgi kita pi rumah jumpak dia ni.“

Sudah. Mak aku ni. Aku dah cakap aku nak cari sendiri. Bukan zaman 60an ni mak. Dulu-dulu boleh la dok rekemen-rekemen. Macamana aku nak mempraktikkan ilmu mengorat aku kalau macamni. Malu bai kalau mak tolong cari bini. Sia- sia aku usha awek kat Facebook.

“Budak ni duk sorang. Mak dia dah takdak. Siang dia keja cikgu tadika. Malam-malam duk jahit baju kat rumah. Isi masa lapang. Kira semuanya dia boleh buat. Masak pun pandai ni. Hang rasa okey dak budak ni?”

Bersungguh-sungguh mak aku cerita bai. Lu orang tak tau aku punya debar dah tahap macam orang masuk meminang dah ni. Kalau aku tolak nanti,derhaka.

“Mak,along bukan tak setuju kalau mak nak cari calon bini kat along. Tapi along tak sedia lagi mak. Biaq la along cari calon sendiri. Cinta tak boleh dipaksa mak. Mak jangan la kecik hati kalau along tak berkenan dengan pilihan mak ni.”


Aku kasi explain sama mak aku. Harap-harap dia faham perasaan aku ni.



Hang ni gila ka apa? Mak bukan nak rekemen kat hang. Ni mak nak rekemen kat sepupu hang tu. Dia suruh mak cari. Umuq dia pun dah masuk 35 tahun dah. Kalau hang nak bini hang cari sendiri la. Mak pun tau hang cerewet la Along. Mak suruh hang bagi pendapat saja la.”



Oh..Bukan untuk aku rupanya. Untuk sepupu aku kat kampung tu.

Lega.


Nyaris-nyaris aku nak tutup akaun facebook aku.

Jumpa lagi

Selamat dah semua. La ni kena atur masa macam bulan lepas. Susun atur waktu tido yang normal. Tidak perlu tido dalam bilik stor opis lagi.

Tapi hari ni kira boleh tido lagi dalam stor opis. Esok-esok la start keja betul-betul.

Jumpa lagi 4 tahun akan datang.


Aku rasa masa tu aku dah tengok bola dengan bini dan anak aku kot.


Pehhh..punya berangan tak ingat. Citttt!

Monday, June 28, 2010

Surat Untuk Bapak

Kehadapan bapak,

Anakmu ini ingin mengucapkan selamat hari bapa. Walaupun hari bapa disambut minggu lepas, tak salah rasanya anakmu ini tulis surat di hari biasa. Tak kisah la hari apa pun. Kenapa perlu sambut hari bapa hanya satu hari?Hari-hari pun boleh kita sambut apa.

Bapak, masa anakmu lahir ke dunia 28tahun lepas, azan yang bapak alunkan di telinga sungguh sedap mengalahkan bilal kampung kita masa tu. Itu mak yang cakap. Mungkin sebab tu mak terpikat.Masa lahir dulu, kulit anakmu ini putih gebu bak gula kapas. Bila besaq kulit sudah gelap macam bapak. Memang tak putih macam mak.

"Comel betui anak sulung aku ni" bapak cakap kat kawan-kawan bapak.

Masa kecik dulu bapak suka bawak jalan-jalan pi pasar malam. Pimpin tangan. Takut kena culik. Bila anakmu mintak beli pedang thundercat, bapak tak bagi. Mintak beli video game,bapak lagi tak bagi.Kenapa bapak?Kenapa?Semua kawan-kawan ada pedang thundercat. Depa semua ada video game. Asyik-asyik beli Ding Dang. Kalu nasib baik, dapat Tora. Bapak memang tak sayang anak sulung sejak ada anak kedua dan ketiga. Anakmu ini mengadu dengan mak.

"Jangan manja sangat dengan dia!" pesan bapak kat mak.

Sejak sekolah rendah, bapak selalu marah. Bapak selalu pukul dengan tali pinggang. Sakit la bapak! Belakang badan penuh bekas tali pinggang bapak. Salah ka kalau anakmu ini ponteng mengaji pi main game 20kupang dapat kacang. Takkan salah kot anakmu ni pi berkubang dalam parit sampai Maghrib. Salah ka bapak? Biasala bapak,budak-budak duk kampung. Mana ada Sunway Lagoon. Asal balik lewat petang,mesti bapak tunggu depan pintu. Lepas tu,keja nak marah ja. Bosan la bapak.

"Hang nak ikut perangai hantu ka?" Anak bapak ni mana ada kawan dengan hantu.

Masa sekolah menengah,kita dah tak ngam sangat bapak. Anakmu ni dah remaja. Terikut-ikut perangai remaja barat. Baju raya pun tak mau bapak beli. Baju bapak beli takdak stail remaja langsung. Rambut punk anakmu tahun 1997 dulu bapak tak suka. Bapak lempang muka! Sakit jugak bapak. Tapi itu fesyen la bapak. Bapak kena faham. Keluaq lepak malam-malam pun bapak marah sampai kunci pintu pagaq rumah. Macam mana anakmu nak masuk rumah.

"Hang nak jadi setan mana ni?" Setan ada banyak ka bapak?

Anakmu ini pernah rembat rokok bapak simpan dalam kereta. Tapi bapak tak tahu sebab bapak hisap Dunhill 20. Kalau anakmu ini amik satu dua batang,bapak tak perasan sangat. Tapi bapak tak pernah marah depan-depan. Bapak selalu pesan kat mak suruh anakmu ini berhenti rokok. Tapi mak cakap lain.

"Bapak pun sama jugak, takkan nak suruh anak saja..." bapak pulak kena leter dengan mak.

Masa anakmu gagal di Matrik dulu. Dan kena repeat lagi sekali. Bapak lagi marah dengan anakmu ini. Bapak juga marah sebab bil talipon naik mendadak tiap kali anakmu balik cuti. Biasalah bapak. Anakmu dulu ada awek. Duit bapak hantaq bulan-bulan anakmu buat belanja awek tengok wayang dan makan kat KFC. Sebab tu anakmu gagal kat matrik.

"Belajaq tak kemana, dah gatai nak menikah ka apa?" bapak marah lagi.

Tapi itu semua dulu bapak. Cerita dulu-dulu kalau nak tulis kat sini malu la bapak. Banyak sangat anakmu ni buat salah. Sebab apa? Sebab anakmu ini dah ada otak. Semua masalah yang anakmu buat dulu adalah dari diri anakmu sendiri bapak. Bila dah besaq panjang macam ni, dah kerja. Cari duit sendiri. Baru anakmu ini tau macamana susahnya bapak cari duit, jimat duit, simpan duit belajaq anak-anak dan segala yang bapak buat tu ada tujuan yang anak-anak takkan faham selagi depa belum tau erti susah dan tanggungjawab.

Kita bukan orang kaya bapak. kalau bapak orang kaya,anakmu ini akan habiskan duit bapak saja.Sekarang baru anakmu faham kenapa bapak selalu marah. Sebab anakmu ni dulu tak pernah pikiq pasai tanggungjawab.

Sampai di sini saja surat untuk bapak sempena hari bapak. Walaupun bapak tak tau pasai blog dan facebook, nampaknya surat ini biaq anakmu kongsi dengan kawan-kawan saja. Depa pun ada bapak masing-masing. Depa pun ada buat salah kat bapak depa. Depa saja tak mau mengaku.

Anak lelaki selalunya tak cakap depa sayang bapak depa depan-depan. Tambah-tambah anak sulung. Ego memang tinggi bapak. Sama macam bapak jugak. Macam mak selalu kata.


"Dua-dua sama saja.Ketegaq!"


Hangpa tau ka ketegaq tu apa? Aku orang Perak utara. Cakap memang ke arah Kedah campuq Penang. Tak tau pasai pa. Aku ingatkan aku keturunan luaq negara.


Sebab dulu nenek aku cakap, moyang aku orang Argentina.






Rambut aku ada iras-iras jugak la.

Wednesday, June 23, 2010

Jatuh Tangga Cinta

Kalau aku belum ada sesiapa yang aku cinta. Jangan cakap aku gay ka apa. Aku tak gila. Jangan cakap aku sombong la. Lu orang ingat nak jatuh cinta tu senang ka? Susah gila.

Bila dah jumpa,kau jatuh cinta pandang pertama.Tapi dia sebenarnya sudah berpunya. Bukan jodoh namanya. Bila jumpa orang yang aku suka, tapi aku tak jatuh cinta. Setakat suka. Suka dan menyintai adalah berbeza. Macam aku suka Maria Ozawa. Tapi aku tak cintakan dia. Lalu Maria Ozawa kecewa.

Bukan aku tak mahu, tapi belum ada. Belum jumpa. Belum ada masa.Bukan macam kita beli gula. Bila beli gula,tak payah banyak cerita.Gula selalu ada.Tak macam cinta. Anak tokeh kedai rumah aku tu lawa juga. Bisa buat kamu jatuh cinta.Tapi dia bukan orang Malaysia. Sekarang ada masalah gula. Aku tak rasa apa-apa. Aku makan nasi,bukan makan gula.

Bila aku tak bersuara, jangan cakap aku tengah bercinta. Aku tengah kerja. Bulan ni bulan bola. Aku berjaga. Tengok bola. Aku tak sokong sapa-sapa. Negara aku tak ada dalam piala dunia. Entah bila nak merasa.Umuq dah meningkat tua. Bola kita tak kemana.Apa cerita?

Sekarang aku tengah tengok bola. Kerja memang tengah gila.

Yang pasti aku bukan sapa-sapa. Hanya seorang lelaki yang makin dewasa.Bukan lagi remaja. Sudah tua rupanya.


Macam pantun pulak aku rasa.Celaka.

Tuesday, June 8, 2010

Minyak Wangi Dari Cik Minyak Wangi

Bulan ni adalah yang tersibuk. Bulan lepas pun aku rasa sama. Dua bulan lepas pun boleh tahan sibuk. Rasanya tiap-tiap bulan pun aku sibuk. Celaka. Tak dak beza pun.

Tapi bulan ni tiada masa untuk melepak dan memandang gadis-gadis seksi. Gadis-gadis seksi jugak tak sempat memandang manja pada aku yang tak seksi. Kawan-kawan ajak lepak, tapi tiada masa yang sesuai. Bukan sombong. Tapi ada beberapa perkara yang perlu aku uruskan sepanjang bulan ini. Bukan persiapan meminang anak gadis atau janda. Tidak. Bukan juga mengkhatankan budak-budak sekolah time cuti-cuti camni. Tidak sama sekali. Takpa la. Lu orang jangan tanya-tanya. Tiada apa yang special pun.

Tapi minggu lepas sempat balik kampung. Sampai depan pintu. Salam cium tangan mak bapak. Itu tanda kasih sayang dan hormat. Berkat. Supaya kita sentiasa beringat pasal mak bapak kita. Budak-budak sekarang ni liat sangat nak cium tangan mak bapak. Benda basic. Malu depa kata. Mampuih kat hangpa. Sebab tu kurang rasa kasih sayang. Tu pasai beranak pun merata tempat lepas tu buang bersepah. Ikut perangai Yahudi mabuk minum todi. Yahudi ni mabuk ke dak sama saja perangai. Setan.

Lepas salam peluk mak aku. Rasa rindu nak jadi budak kecik. Dulu mak boleh dukung-dukung aku. Tapi itu 28 tahun lepas. Bukan sekarang. Apa gila nak dukung aku dengan berat 75kg. Masa balik raya cina itu hari,mak aku cakap tahun ni aku dah gemuk sikit. Patut la aku main futsal seminggu sekali dah macam nak putus nafas. Kayuh basikal pun rasa macam kayuh dari Johor ke Perlis nun. Punya penat. Baju saiz M dah tak muat. Tapi,masa peluk mak kelmarin, mak cakap:



"Hang dah kurus la ni nooo.."



Tu dia!Nak kata apa lagi?


Tak payah dah aku nak beli produk doktor rambut sikat ke depan tu.


Oh!Lupa. Tajuk entry tu cerita lain. Thanks to Cik Minyak Wangi yang menghadiahkan minyak wangi pada saya. Saya makin wangi dan seksi.

Tuesday, May 25, 2010

Kerja Part Time Dulu Dulu

Aku baru tau sekarang ni musim cuti budak-budak U. Patut la pagi-pagi aku pi keja tak nampak awek-awek kolej kat area umah aku tu. Hilang seri wajah pagi-pagi. Yang ada mat-mat bangla kedai besi bawah tu. Buat muka ketat ngan aku. Bila aku buat muka ketat balik, tertunduk-tunduk semua. Haram betui. Nak buat macam negara sendiri. Bukan boleh bagi muka. Nanti habih anak dara Malaysia depa tibai.

Dulu time-time study. Cuti-cuti macam ni aku punya aktiviti lebih ke arah kerja kampung. Amik buah sawit contohnya. Sebulan 2 kali. Tapi tiap kali amik buah sawit,aku punya letih macam panjat gunung Kinabalu. Tu belum kira jumpak babi hutan kat tengah-tengah kebun. Aku punya parang dah sisip siap tepi pinggang. Stanby jugak kalau menatang tu nak sondol. Tapi belum pernah lagi la. Setakat ni, babi tu kira takut bila jumpak aku. Aku jeling sikit,dah lintang pukang dia cabut.

Pagi buat kerja kebun. Tengahari sampai malam keja kat kedai makan pak lang aku kat kampung jugak. Setakat bancuh teh tarik sama kopi tu, sebelah tangan je bai. Kaw punya. Masa tu awek-awek yang datang makan pun tak pandang aku ni. Ye la, keja tukang buat air sama pembantu tukang masak kepada pak lang aku. Depa mana pandang pakwe-pakwe macam ni. Lu ingat brader-brader macam ni takde duit ke?Jangan macam tu awek-awek sekalian. Jangan pandang pada harta dan kebendaan sangat. Pandang pada kesungguhan sikit. Orang-orang macam ni la yang akan berjaya dalam bisnes di masa depan.

Kerenah pelanggan toksah cakap la. Segala macam dah aku jumpak. Tu pun kira tak habih tapau lagi la. Ada yang bagus ada yang cerewet. Tapi semua tu aku layan dengan senyuman. Muka manis macam ni mana boleh buat muka ketat-ketat. Bukan macam sesetengah kedai makan, tanya macam nak cari gaduh. Boleh bawak bertumbuk jugak kadang-kadang. Tanya pelanggan, tanya la betul-betul. Lemah lembut. Biar muka ganas, tapi pertuturan sopan santun. Baru la orang tengok sejuk hati. Kalau ada awek, boleh tangkap cintan terus ngan kesopanan tu.

Kedai Pak Lang aku ni semua masak lauk kampung original punya. Tak dak western-western bai. Orang kampung mana mau makan lambchop sama chicken chop lepas abis buat bendang. Takkan lepas pi kebun nak makan ice blended nata dikoko. Buang tebiat jugak la kalu macam tu. Walaupun kedai makan kecik tapi orang datang makan bukan main ramai. Tak menang tangan jugak aku bancuh air. Kalau kaki boleh pakai bancuh air, dah lama aku pakai.

Kerjaya aku di kedai makan Pak Lang aku berakhir bila dah start keja 4tahun lepas. Tapi bila balik kampung kadang-kadang try jugak masak mee goreng sama bancuh air. Bukan apa, walau tinggi mana pun kita berada, asal usul jangan lupa. Kalau lupa jadi la macam Si Tanggang dengan Malin Kundang. Sia-sia jadi batu.


Tapi skill memasak aku boleh tahan lagi rupanya.


Anak chef Wan pun belum tentu boleh bit.

Monday, May 24, 2010

Kenapa kau single?

"Kenapa kau single?"

Soalan tu dah sebati dengan aku selama 4tahun lebih kot. Baru 4 tahun lebih bai. Belum 40 tahun. Ada orang lebih 14 tahun solo takdak hal pun. Jawapan terhadap soalan ini ada pada masing-masing. Tiap-tiap orang mungkin ada sebab tersendiri ataupun jawapan tu belum pernah terlintas lagi. Masih mencari barangkali.

Aku tak cakap benda ini hanya untuk aku sorang jawab. Bukan. Ramai lagi yang mungkin di ajukan soalan macam ni sebab kau single. Sebab kau takde awek atau balak. Umur dah meningkat. Kau ada keje. Ada duit. Tapi kau tetap single. Apa cer? Sebenarnya soalan ini aku dah lali nak jawab. Kadang-kadang jawapan yang aku bagi aku petik dari mana-mana dialog drama atau filem sebab dah bosan nak bagi jawapan sama.

Aku rasa zaman makin cepat dan kau tak sempat nak jatuh cinta. Bukan senang.Aku tak mudah nak jatuh cinta dengan orang. Kalau dari jauh aku dapat bau wangi awek tu,tak semestinya aku jatuh cinta pada bau. Kalau aku bertentang mata dengan awek tu dengan debaran jantung sekadar melepas batuk di tangga, tak boleh jadi jugak. Kira degupan jantung kau tak melambangkan debaran kasih sayang.

Aku nak rasa jatuh cinta pada awek yang boleh buat jantung aku berlari macam kuda. Mata terpaku memandang tanpa berkelip. Bila dengar suara dia, secara automatik suara dia akan berulang-ulang dalam telinga aku selama 24jam. Boleh jumpa macam tu?

Jangan cakap aku cerewet bai. Aku tak cerewet. Tapi aku terlalu berhati-hati. Sama macam kau bawak kereta laju-laju kat jalan. Kau salah pilih jalan, kau boleh terbabas. Kau kena hati-hati. Takut nanti kau kemalangan. Cedera parah. Tak pun mati.

Aku tak rasa loser sebab aku takde awek. Tapi keinginan tu ada. Pernah jatuh cinta. Tapi dia bukan untuk aku. Kau kena pandai terima. Kalau aku suka. Aku akan selidik dulu. Kalau dia ada yang punya. Sory. Babai. Aku jenis takkan amik hak orang bai. So,aku cari lagi. Lu orang ingat aku tak cari ke?Cari la beb. Sia-sia ada fesbuk.Tapi belum jumpa.

Hidup aku sibuk sebenarnya. Disebabkan kesibukan itu aku rasa bahagia. Aku ada kawan-kawan. Kawan-kawan yang betul-betul kawan. Mereka adalah kebahagian aku. Selain dari keluarga aku. Hidup single adakalanya seronok. Tapi sebagai manusia normal kau kena pikir tentang cinta tu. Kau tengok kawan-kawan bercinta kadang-kadang kau jeles jugak sebenarnya. Kadang-kadang aku kata.

Aku tunggu jugak kot-kot ada puteri dari kayangan yang tetiba jatuh dari langit lalu membuat aku jatuh cinta dan terus berkahwin dan hidup bahagia selamanya. Sesekali berangan benda tak logik ni bagus. Hidup jangan kau berlandaskan logik semata-mata. Kau kena ada imaginasi. Baru kau boleh berpikir luar dari kotak pikiran. Kena percaya pada DIA. Jodoh tu tetap ada,tapi kau pun kena usaha. Tapi itu bergantung pada masa yang kau ada. Masa aku sentiasa dipenuhi dengan kerja aku. Kerja rasmi atau tak rasmi.

Dari tadi lu orang duk baca tu, ada tak jawapan yang memuaskan hati lu orang ni?Ini serba sedikit saja jawapan aku. Aku tak mewakili semua orang yang single satu dunia ni. Lagipun bukan aku sorang je single. Aku cuma nak jawab soalan tu je. Harap boleh terima.



"Aku single sebab takdak awek yang boleh masak gulai ikan lebih sedap dari yang aku buat"


Boleh terima?


Terima kasih.

Friday, May 21, 2010

Memori : Pengepau Rokok Asrama

2003 - Masa study kat Terengganu dulu,ada sorang kawan aku. Muka ganas, tapi bila cakap penuh lemah lembut. Tak sama macam lu orang tengok muka dia. Aku panggil dia Lan saja.

Lan ni dia punya belajar banyak ke tempat tido. Tapi bab melepak dia la yang nombo satu sampai. Semester pertama semua duduk kat asrama. Juga dikenali sebagai hostel kata omputih. Bilik aku aras 3 memang sebelah menyebelah dengan bilik Lan. Kadang-kadang malam-malam dia datang lepak ngan aku sambil usha awek-awek kat hostel sebelah. Memang aku ditakdirkan duduk di bilik yang mengadap bilik awek-awek ni. Sapa-sapa yang rabun jauh,memang cepat pulih bila duduk bilik aku ni.Aku punya rabun cerah je bila dalam gelap.

Tabiat Lan yang aku kenal sangat-sangat selain mengintai awek-awek di bilik depan ialah mengepau rokok kawan-kawan. Pagi sebatang, tengahari sebatang,malam sebatang. hampir setiap hari. Mangsa yang paling dekat ialah aku. Sebab dalam bilik tu hanya aku sorang yang tidak menyokong kempen kementerian kesihatan.Yang lain menyokong Group "I Tak Suka Orang Yang I Sayang Merokok" oleh awek-awek mereka. Tapi masa tu fesbuk tak popular lagi, tah wujud ke tak lagi pun aku tak tau. Yang ada pun friendster.Friendster ni dia punya fesyen macam budak-budak sikit.Takde group-group macam fesbuk ni.

Aku jenis yang tak kisah. Lu nak amik,mintak. Lan juga mintak. Dia mintak pada waktu pagi,waktu tengahari dan waktu malam. Tiap-tiap kali datang bilik:

"Pett,rokok sebatang." pagi

"Pett,rokok sebatang." tengahari

"Pett,rokok sebatang." malam

Berulanglah ayat berikutnya pada hari-hari yang lain.

Lama-lama aku rasa bekalan aku makin berkurangan. Bukan tak bagi,tapi kena jimat. Kena catu rokok. Duit PTPTN tu pun bukan cukup sangat nak tanggung perokok yang masih belajar ni. Belum kira duit nak belanja awek makan kat tepi pantai lagi. Duit nak beli komik lagi. Sapa yang tanggung?PTPTN jugak.

Satu malam aku letak 2 batang rokok saja dalam kotak. Selebihnya,aku asingkan kat kotak lain dan sorok. Aku harap Lan faham aku juga kekurangan rokok seperti dia. Tujuannya supaya dia tidak selalu pau aku. Aku rasa taktik ni akan menjadi esok pagi.

Pagi esok.

"Pett,rokok sebatang."

Aku tunjuk kotak atas meja.Aku lepak sambil baca paper.Kalu aku pau rokok member aku, tapi aku tengok ada 2-3 batang, secara automatiknya aku takkan amik. Aku gunakan konsep tersebut pada Lan.





"Terima kasih Pett. Ada sebatang lagi aku tinggal kat ko."


Lalu Lan berlalu ke tandas sambil menghembuskan asap-asap rokok.

Thursday, May 13, 2010

Itu baru nampak macam badminton

Nampak tak semangat tu?Nampak?Itu macam la.

Datuk Lee Chong Wei memang maintain kacak. Patut awek tak lari. Senang-senang dia tibai mamat Denmark tu. Terkial-kial amik bulu tangkis. Lain kali bela ayam kat Denmark tu. Baru dapat serasi dengan bulu ayam. Beregu kedua Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong dengan macho belasah beregu kedua mat saleh Denmark tu. Baru depa tau makan belacan boleh dapat power lebih.Wong Choon Han?Wa tak marah lu sebab lu main dengan semangat. Tak pa. Lu dah cuba.

Beregu bidan terjun?Patut main dari semalam. Mamat yang duk marah penonton semalam terus tak dapat main. Tu la sapa suruh hang marah-marah. Lu orang main sampai buat semua rakyat Malaysia yang baru balik dari opis tak mandi-mandi sampai baju pejabat pun tak sempat bukak.

Hafiz Hashim? Dah terer dah main badminton. Semalam dia ingat main ping pong. Harap-harap kat separuh akhir nanti jangan gatal-gatal main ping pong.

Harap-harap Lin Dann si muka ketat tu nanti menangis masa balik China lepas kena sepak 2-3das dengan Lee Chong Wei. Yang lain tu, kita tengok TV saja la. Semangat tu maintain.


Cerita lain? Hoki pun kita dah tibai kaw-kaw India. Bagus la. Sekurang-kurangnya Malaysia ada jugak nama dalam bulan May ni. Bulan Jun orang dah lupa dah. World Cup dah dekat tu.

Apa jadah aku duk cerita pasal sukan saja ni?Mandi pun belum lagi. Stokin pun tak sempat bukak.

Wednesday, May 12, 2010

Badminton tu apa?

Dalam hidup ni kita kena ada semangat. Semangat ni tak sama macam kerepek pisang atau pun lemang. Semangat ni macam satu kuasa. Kalau lu orang ada semangat, mesti boleh berjaya. Tapi tak semua orang ada semangat. Aku pun kadang-kadang semangat tu macam ada sikit celaka. Tambah-tambah semangat nak mengorat awek. Kejab ada kejab tak dak.

Dalam apa benda pun kita nak buat kita kena tunjuk semangat. Baru orang lain pun bersemangat. Sama macam dalam sukan. Semangat tu benda penting. Tapi kalau aku tengok sesetengah ahli sukan main tanpa semangat, aku sebagai penyokong dah hilang semangat. Kalau lu kalah dengan semangat, peyokong takde la nak marah-marah dengan penuh semangat. Ini kalau kalah sebab main macam nak tangkap biawak pasir, penyokong mana yang nak bersemangat nak sokong?

Jangan la nak marah penonton atau penyokong. Kami sebagai penyokong menyokong apa benda yang Malaysia ni main walaupun banyak sukan memang selalu kalah dan duit untuk orang-orang miskin lebur begitu saja tanpa ada keuntungan. Nasib baik ada Bersamamu dengan Aduan Rakyat. Dapat jugak cover masalah macam ni.



Tapi semalam aku tak pasti sukan apa yang Wong Choong Hann, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif main. Hafiz Hashim tu pemain ping pong ke pemain bola jaring?

Aku harap hari ni mereka kembali ke pangkal jalan dan sedar bahawa mereka adalah pemain badminton Malaysia. Jangan kasi malu la. Aku nak tengok kita lawan China kalau ada rezeki.


Muka ketat Lin Dan tu kalau kena sepak 2-3 das pun sedap jugak.

Thursday, May 6, 2010

Matrik : Tahun 2000 Kolej Matrikulasi Perempuan

Tahun 2000

Lepas SPM 1999 dan mendapat keputusan boleh tahan pandai walaupun tak berapa pandai,perjalanan study aku diteruskan ke peringkat matrik. Masa matrik ni la budak-budak pandai boleh jadi bodoh dan sebaliknya. Budak-budak yang baru nak hisap rokok pun boleh tahan ramai masa kat sini. Nak belajar bercinta pun boleh try jugak kat peringkat ni. Kira semua gejala sosial boleh cuba kat sini la. Senang cerita.

Kaki menjejak ke matrik kat utara semenanjung nun jauh. Aku dengar aku ni first bacth punya intake. Dalam kepala otak aku memang dah budjet budak-budak isap rokok ramai kat sini. Secara automatik boleh dapat kawan dengan lebih cepat. Hanya berbekalkan sebatang rokok,boleh dapat kawan 10 orang. Modal dia rokok sama pemetik api. Memang itu kebaikan yang ada bila hisap rokok. Benda lain tak payah cerita la. Kementerian kesihatan dah banyak buat iklan kat TV.

Melangkah masuk ke matrik ni aku rasa lain macam. Aku tengok sana sini tak nampak pulak mahkluk sejenis aku. Aku rasa macam silap masuk kolej. Ramai aweks-aweks manis yang tersenyum-senyum. Bukan senyum kat aku, tapi senyum-senyum sebab seronok masuk matrik. Aku punya seronok tak sampai tahap sengih-sengih. Kira tenang sebab aku dah kasik mak bapak aku senyum lebar.

Sekarang ni masalahnya mana pi budak-budak laki?Masa beratur daftar pun aku tak nampak. Nampak gayanya aku akan di rogol oleh pelajar-pelajar perempuan secara bergilir-gilir. Ataupun aku akan menjadi rebutan gadis-gadis di sini?Aku dah mula takut memikirkan tentang dirogol. Mungkin aku akan menjadi seorang yang pendiam selepas ini.

Lepas semua settle, mak bapak aku balik. Tapi rasanya mereka pergi bershopping kat Bukit Kayu Hitam. Aku?Terus menuju ke asrama lelaki. Sepanjang perjalanan, memang penuh gadis-gadis saja. Aku jalan pun tunduk-tunduk malu. Kalau kulit aku putih melepak, dah sah-sah naik merah. Tapi kulit aku sedikit gelap. Nasib baik. Sampai asrama, lega hati aku bila aku nampak sekumpulan pelajar lelaki. Tarik nafas lega. Aku ingat aku adalah lelaki terakhir yang hidup di kolej ni.

Sessi kenal-kenal sambil hisap rokok di tangga menjadi titik tolak mengenal budak-budak yang ada masalah disiplin. Salah sorang orang pertama yang aku kenal mamat dari Slim River ni. Anwar nama dia. Nama ni nama dalam IC, belum bagi nama glamor lagi. Aku tanya dia, berapa ramai student laki kat kolej ni. Dia cakap sekarang budak laki ada 62 orang. Pelajar pompuan dalam 850 orang. Tak percaya?Lu orang cari dalam suratkhabar tahun 2000. Mesti ada sebut pasal kolej ni. Gila punya sikit spesis aku kali ni. Memang kalah kalau ajak main kejar-kejar atau pun gusti.

"Ramai jugak. Kejab aku nak kira dulu."aku berkata.

"Kira apa lagi??Awek-awek tu semua dalam 850 org la." Anwar pula berkata.

"Bukan kira itu."aku berkata-kata lagi.

Setelah siap pengiraan secara matematik tambahan yang aku cukup-cukup makan. Aku buat rumusan.

"Ok. satu nisbah empat belas."

"Apa tu?" Anwar bertanya pula. Lalu aku pula menjawab.



"Tiap-tiap sorang dari kita boleh pasang awek maksimum 14 orang saja. Lebih kurang.Baru adil".



"Hmmm.."Semua mengangguk tanda faham dan senyum simpul macam siput sedut.

Thursday, April 22, 2010

Single Is Peanut, Double is Peanut Butter

Boss aku ada cakap minggu lepas.


"Wa rasa mau hantar lu kerja office kat Jakarta. Duduk sana 2-3 bulan. Lu mau ka?"


Memang ok sangat la. Dapat jugak keja kat office kat oversea nun. Seberang pun boleh aja sih.


"Tapi itu ujung tahun punya projek. Kalu lu mau kawen awal, rugi la."



Macamana aku nak jawab tak tau. Kalau ada awek nanti, mesti dia tak kasi. Sebab takut aku curang.


Sebab itu aku cakap KALAU ada awek la. KALAU ok.

Tuesday, April 13, 2010

Dari Kuchai Lama ke Bandung singgah sebentar ke Jakarta

Hari Jumaat ni aku nak pi bercuti ke luar negara. Tak jauh sangat. Sebelah Malaysia ja. Tiket dah siap beli bulan lepas. Dah siap meeting sikit-sikit dengan member-member. Dah siap bajet nak angkat 8-9 helai baju ngan seluar baru kat sana. Aku dah berkira-kira berapa juta nak bawak pi sana. Tengah pikir lauk apa yang paling sedap masa makan nasik padang.

4 hari punya cuti memang bajet boleh rilek kepala otak sikit. Kadang-kadang otak aku ni kena bawak berjalan dan berfikir ke oversea sikit. Pasal cuti?Pehhh...aku dah apply dah bulan lepas. Pejam mata je bos aku sain. Siap mintak buah tangan kat aku lagi. Macam tahun lepas punya percutian la. Kirim kat aku macam-macam. Tapi haram aku tak beli. Kira kali ni boleh adjust la seba sedikit hadiah kat bos.

Member-member yang tak pegi sakit hati tengok aku. Lu orangkan banyak keje. Tak dapat cuti. Tu la hangpa!Keja keja jugak. Sekali sekala ambik la cuti rilek kepala otak sikit. Ujung tahun lepas kita bersuka ria sambut new year kat Phuket. Tahun ni kita sambut suku tahun kat Bandung pulak. Awek-awek Bandung aku dengar cun dia macam Agnes Monica tu. Pehhh. Dapat macam pelakon Bawang Putih ka Bawang Merah pun kira ok dah. Tak pun macam pelakon drama petang-petang kat TV tu.

Nampaknya aku bercuti tulis blog selama 4 hari lebih kurang. Awek-awek Malaysia yang aku nak try tackle tapi tak tackle-tackle jugak (dan langsung tak dapat sebab lambat tackle ) terpaksa aku tinggalkan kalian sementara aku nak berdating dengan awek Bandung. Bunyi ayat tu macam agak berani je aku ni. Sedangkan asyik terlepas peluang nak tackle awek-awek ni. Sibuk kerja la. Tak sempat nak taip SMS nak berkenalan pun. Last-last melepas jugak.

Dan untuk lu orang semua yang dah baca entry percutian aku ni, aku tak dapat nak beli apa-apa cenderamata atau pun buah tangan dari Bandung. Walaupun aku jadi orang kaya yang agak comel kat sana, pegang duit juta-juta. Tapi aku masih tak dapat nak beli apa-apa untuk lu orang semua sebab bos aku dah pesan kat aku petang tadi:





"Lu cancel lu punya cuti. Kita punya company ada AUDIT hari Isnin ni. Lu kena ada. Important. Cuti postpone lain bulan."

Ucapan boss aku dengan penuh senyuman terpampang pada wajahnya.


Kecewa?Lebih kurang macam putus cinta 4 1/2 tahun lepas.


Sekarang ada sapa-sapa nak tengok wayang dengan aku ujung minggu ni?(Terbuka untuk awek-awek solo saja)




Kepada member-member aku : Art,Arm,Yu,Bima, Anas, Wan Bike, Epul Bike dan yg lain2. Sorry beb, wa terpaksa berkorban untuk memperolehi bonus company ujung tahun ni. Cakap kat Bawang Putih, aku nak pinang dia.

Monday, April 12, 2010

Status Terbaik

Status facebook terbaik minggu lepas jatuh kepada seorang member aku yang baru kawen:

"Susah betui jadi orang dewasa ni..banyak masalah..jadi budak-budak senang..pi sekolah,balik sekolah,petang main,malam kena rotan sebab tak study pastu tidoq..duit pun tak kluaq banyak..bestnyaa....rasa nk jadi budak-budak balik la. Tapi bila jadi budak-budak tak leh kawen plak...hurm...susah-susah..mana satu ni...jadi budak remaja tak dak duit pulak..jadi orang dewasa ka jadi budak-budak?"

Lalu dengan rendah diri aku memberi komen secara berhemah dan bersopan santun.




"Jadilah orang yang beriman"

Sunday, April 11, 2010

Serius

Pernah rasa macam tension tak tentu pasai?Ni aku nak habaq mai. La ni punya rasa memang macam celaka. Tapi tak celaka macam orang duk buang bayi kat merata tempat. Itu nama dia haram jadah. Otak udang. Perangai setan.

Kadang-kadang rasa tension ni boleh membawa kepada fikiran yang tak stabil. Dalam hidup aku sepanjang 28tahun ni, masalah utama yang boleh menggugat ketidakwarasan fikiran aku ialah duit. Tapi kali ini bukan duit. Ada perkara lain yang kadang-kadang kita tak dapat nak terangkan melalui perbuatan ataupun status di facebook. Benda ni tiada kaitan pun dengan sesiapa. Cuma perasaaan aku saja yang rasa benda ni. Faktor-faktor sampingan seperti kerja yang banyak dan masa untuk bersama kawan-kawan yang terhad mungkin memberi sedikit suntikan tekanan kepada aku.

Aku cuma harap minggu ini dapat fokus kepada tanggungjawab dan tidak terlalu memikirkan tentang perkara-perkara yang boleh menjejaskan tanggungjawab aku.

Nampak serius kan?


Alaa...sekali sekala apa adahal.

Saturday, April 3, 2010

03 April 1982

Tepat pukul 12 tengah malam tadi, aku ambil sebatang rokok. Aku nyalakan dengan sebatang mancis. Aku sedut dan hembus asap ke arah mancis lalu berkata...


"Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri"


Belum tua lagi.

Thursday, April 1, 2010

Budak Praktikal - Last Part - Bebas dari penjara

Esok last day mamat praktikal ni berkhidmat di opis aku ni. Lepas pensyarah dia datang last week buat penilaian, muka dia dah berseri-seri macam Hamid Gurkha. Sengih-sengih seronok. Aku rasa mungkin dia tak sabar nak habiskan hari dia kat opis aku ni. Macam duduk kat penjara bersama banduan-banduan senior kes jenayah gantung sampai mati.

Yang awek praktikal dah berlepas ke Jepun. Tah apa jadi dia kat sana pun aku tak tau. Jangan dia berkawan dengan Maria Ozawa sudah. Rosak akhlak si Maria ni walaupun cun. Dia punya filem-filem tu menjadi salah satu punca yang menyumbang kes buang bayi kat Malaysia ni. Macam buang sampah pulak aku tengok budak-budak buang bayi ni. Binatang betul. Otak udang. Maria Ozawa otak udang jugak tapi takde dengar dia buang bayi bersepah. Tak pulak dia ikut boypren dia balik Lombok sebab cinta buta.

Pagi tadi gaji dah masuk. Cepat-cepat aku bukak internet. Bayar apa yang patut dulu. Duit keta di utamakan. Duit kawen aku tak simpan bulan ni. Sebab aku cadang kawen lagi 2 tahun. Ada masa lagi. Mamat ni dari jauh duk tengok tingkahlaku aku menguruskan perbelanjaan gaji. Mungkin dia menjadikan aku idola dia barangkali. Aku dengan gaya samseng yang baik hati lagi peramah ni kasik nasihat sikit la kat dia ni.

Aku cakap kat dia, nanti bila dah keje, kta ada banyak tanggungjawab. Kena budjet duit untuk hidup. Bukan boleh senang-senang belanja duit gaji tak tentu hala. Kita kena buat perkiraan gaji ni. Baru hidup tak susah. Nanti keje kena bayar duit keta,hutang kawan-kawan, bayar sewa rumah,duit kat family lagi. Banyak tanggungjawab nanti. Panjang lebar aku terang kat dia. Baru dia tau hidup sebagai seorang pekerja dengan student ni ada beza dia. Itu belum termasuk berapa banyak kotak maggi yang kita kena beli siap-siap pada awal bulan.

Dia mengangguk tanda faham la tu. Aku kasik nasihat ni free saja. Tak payah bayaq pun. Nanti dia akan lebih bersedia untuk mengharungi alam pekerjaan yang sebenar. Gaji kecik ke besar tu bukan ukuran. Yang penting kita pandai uruskan duit. Tercengang jugak la dia dengar ceramah ikhlas aku.


"Ko ingat apa yang aku cakap tadi tu. Hutang-hutang jangan lupa bayar bila ko keje nanti"

Aku sound tepek kat muka dia.

"Hmm..duit keta abang bayar, duit rumah sewa abang bayar..tapi abang tak sebut pun pasal bayar duit PTPTN?"



"Err.."


Celaka. Dah berbulan aku terlepas nak bayar.