Wednesday, October 13, 2010

Pak Long Pett

Sebagai orang tua yang dah bergelar Pak Long Pett, ni pak long nak nasihat la sikit kat anak-anak ni semua. Orang tua-tua cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Sebab tu pak long nak bagi nasihat yang berguna untuk anak-anak semua ni. Supaya bila besaq nanti jadi orang yang berguna kepada ibubapa dan negara. Taat kepada suruhan-NYA, taat kepada ibubapa dan taat kepada negara.

Bila besaq nanti jangan ikut sangat budaya yang tak tentu hala. Jangan jadi mat rempit sebab otak mat rempit bukan ada kat kepala, tapi kat kepala lutut. Kan pelik tu? Mat rempit ni keja buang masa dengan minyak moto. Orang teguq sikit nak tunjuk hero. Oleh itu, jangan la anak-anak ikut perangai mat rempit. Ingat pesan pak long ni. Jauhi mat-mat rempit. Nak jadi mat moto tak pa.

Rokok jangan hisap. Tak baik untuk kesihatan. Pak long takpa la, dah tua-tua macam ni nak ubah pun macam mencurah ayaq ke daun keladi. Nanti bini pak long la yang boleh nasihat pak long. Anak-anak jangan ikut pak long, jadilah insan yang bebas nakotin, dadah dan benda-benda yang seangkatannya. Pak long kalau nampak hangpa belajaq hisap rokok, time-time tu jugak pak long bagi penampaq. Bukan apa, budak-budak zaman la kalau tak ajaq jadi kurang ajaq. Faham noo.

Menuntut ilmu biaqlah sampai ke negeri China. Itu orang tua-tua cakap. Bagi pak long hangpa semua ni belajaqlah sungguh-sungguh sampai berjaya. Kalau tak sampai negeri China pun tak pa. Lagipun kat Malaysia ni pun dah banyak sangat Universiti. Biaqlah berbaloi pengorbanan mak bapak hangpa nanti yang susah payah membela hangpa dari kecik.

Bila besaq nanti jangan jadi bohjan. Bohjan ni tak bertanggungjawab. Buang anak merata-rata. Kalau hangpa jadi macam tu pak long tak agak-agak terajang hangpa walaupun masa tu pak long dah tua bangka. Jaga-jaga, pak long ni bukan calang-calang orang. Hangpa ni semua jangan sangat menyusahkan mak bapak. Mak bapak hangpa duk susah cari duit, hangpa duk sakan joli sana sini tipu mak bapak. Jangan sesekali buat macam tu ya anak-anak sekalian.

Pak long nak cakap banyak pun hangpa semua ni bukan faham sangat pun. Mata pun duk sepet lagi. Pak long tengok hangpa semua ni duk tidoq saja. Boleh kata setiap masa la pak long tengok. Mak pak hangpa pun cakap hangpa ni keja duk tidoq saja dari pagi sampai malam. Tak pa la, masa ni hangpa tidoq la puas-puas. Nanti hangpa dah besaq, jangan amalkan selalu. Kalau hangpa duk tidoq saja, satu kerja pun tak jalan. Ingat tu pesan pak long ni. Bukan untuk pak long, untuk masa depan hangpa bila besaq nanti.

Satu lagi pak long nak cakap, nama hangpa semua ni moden-moden sungguh nooo...kira hangpa ni boleh jadi jejaka rebutan la bila besaq nanti. Macam pak long masa muda-muda dulu. Ewahh. Malas pak long nak cerita. Segan pak long nak sembang depan mak pak hangpa ni. Nanti-nanti kita borak-borak la kat kedai kopi bila hangpa besaq nanti noo.

Ni..apa nama tah anak menakan pak long yang sulung ni..nama susah sangat pak long nak sebut,maklumlah,dah tua. Nama hang kira hensem macam pak long jugak. Nanti hang balik kampung mesti atuk dengan nenek sayang abih ni. Cucu sulung pulak tu. Nak tunggu pak long ni, kawen pun belum lagi. Insyaallah la tahun depan. La ni hang main la sorang-sorang dulu. Lagi setahun manatau ada rezeki anak pak long mai kembaq sekali ka. Manatau dak? Rezeki. Anak-anak yang lain tu anggaplah pak long ni macam pak long hangpa noo..mak dengan pak hangpa tu kawan pak long jugak.

Oleh itu pak long ucapkan selamat datang kepada anak-anak pak long ni ke dunia yang indah ini.

Meor Adeeb Ryan Wafa bin Mohd Khairul Azhar. Adik ipaq pak long nama Emma Wafa. Lahir 13 Oktober 2010. Tuu diaaa..nama anak menakan sulung pak long ni moden habih. Kalah nama pak long. Ni la cucu sulung dalam keluarga pak long. Bapak dia ni adik pak long. Pak long nak panggil apa tak tau. Ryan pun sedap jugak. Nama macam mat saleh walaupun kita ni ada keturunan mamak sikit. Tak pa la, dah pak hang yang bagi nama panjang-panjang ni. Nanti dah besaq esok, belajaq la tulis nama tu laju-laju sebab nanti masa exam kat sekolah dapat jimat masa. Lepas ni pak long dah tak jadi anak manja la dengan atuk nenek kat kampung. Ryan dah ada. Seronok atuk nenek noo. Duit raya pak long bagi tahun depan.


Ab Hezriq bin Ab Haqz. Nama nak ikut nama pak dia. Mak nama Linda Aman. Lahir 12 Oktober 2010.Ingat pesan pak long, jangan jadi mat rempit. Pak hang dulu tak jadi mat rempit pun. Pak hang ni kawan pak long masa kerja kat Port Klang. Kami ni keja banyak melepak dengan mengular. Jangan ikut sangat perangai kami ya.


Tareeq Haidar bin Fazeli. Lahir 12 Oktober 2010. Mak nama Nursyazwani Shahrir. Muka hang ni hensem banyak dari pak hang. Pak dengan mak hang ni belajaq sekali dengan pak long masa kat universiti nun. Baguih depa ni, bercinta dari universiti sampai la kawen dapat hang. Nanti besaq boleh la main muzik dengan pak long.

Maap la pak long banyak cerita hari ni. Bukan apa, sambil-sambil cerita pak long bagi nasihat sekali. Boleh kita kongsi sama-sama benda yang baik. Betui dak? Tahniah la pada adik pak long dan kawan-kawan pak long sebab dah jadi bapak dan mak. Oklah, pak long undur diri dulu la. Tua-tua macam ni nak taip depan laptop pun lambat. Orang tua la katakan. Lain kali pak long cerita benda lain noo. Salam.



Kalau hangpa nak panggil Uncle Pett pun boleh. Nampak stylo sikit. Baru ngam dengan nama-nama hangpa.

11 comments:

  1. Adeeb la bukan Adeep

    ReplyDelete
  2. tahniah eh pak long..

    nanti tahun depan kawen jgn lupe jemput mak long eh..

    hehe..

    ReplyDelete
  3. paklong pett dah bunyik mcm warga emas daa...hahahaha


    umak aih nama...mcm menangis jek budak tu nak tulih nama dekat buku sekolah ni besok2..

    ReplyDelete
  4. pak long..eh uncle pett!!!
    muahahaha..skali thn depan abg dapat kembar 4.. amacam?

    ReplyDelete
  5. azhar:Tu la nama anak pjg sgt smp aku slh tulih,ok dah ubah dah.

    purple: Tq mak long.Kenduri thn depan pak long jemput la noo..haha.

    hanie:Mau tau la..nama pjg2 dan canggih org kata.hehe.Atee..teman dah tua ni yong..

    faryn:Kembar 12 lagi bagus..rezeki lebih tu..haha.dpt buat team bola.tp kesian bini pak long nanti nak tggung 12 org dlm perut.hehe

    ReplyDelete
  6. pherhh... uncle pett...

    haha... bertuah la ang baru ada anak buah...

    aku ni bercucu siap dah haa... sumpah jatuh saham...hahaha...

    ReplyDelete
  7. gua tunggu anak pak long pett pulak 2 tahun akan datang, amacam?

    ReplyDelete
  8. nama baby first tu buat gua nak mencarut.

    ReplyDelete
  9. best r citer pak long

    ReplyDelete
  10. agogo:Oh Cik Agogo sudah tua.kena paggil Nenek Agogo.haha.

    miss: Tq2. Boleh dpt hadiah x?hehe

    ju: Tahun ni pun boleh. Tapi tak halal la.haha. Tgu tahun 2012.bereh?

    j:Harap2 besar nanti anak sedara gua ni tak mencarut.hehe

    mat yie: Tgu crite Tok Long pulak nanti. Lagi 40tahun.haha.

    ReplyDelete