Thursday, October 13, 2011

Derma Dara-h

Aku orang kaya. Ada kereta BMW 3-4 bijik. Ferrari 2 biji parking bawah pokok jambu depan rumah. Sebab parking kereta dah penuh. Rumah banglo 8 tingkat aku tu bukan ada laman besar sangat nak buat parking banyak-banyak. Seluas padang golf 20 lobang saja. Tu pun tak termasuk ladang apple belakang rumah. Duit berkepuk-kepuk dalam peti besi. Tak termasuk duit ratus juta-juta dalam bank. Pehhh. Kaya kaya kaya.


Tapi kalau setakat kaya harta saja dan tak pernah menolong insan yang memerlukan, hidup hang tak la sekaya mana. Sekali sekala tu derma la apa yang patut kita derma. Zakat tu pun jangan lupa.


Derma itu bukan sekadar harta benda dan wang ringgit. Derma itu meliputi semua perkara.



Masalah remaja sekarang mereka suka derma dara ke boyfren masing-masing. Lebih baik hang derma darah. Derma darah takkan menyebabkan hang mengandung. Percayalah.


Aku bukan kaya harta tapi kaya dengan imiginasi.