Tuesday, March 31, 2009

Aku ingat malam Jumaat saja ada hantu,malam minggu pun ada.

Malam minggu lalu aku dan Dani bercadang melepak di Wangsa Maju. Kami bertolak pada pukul 11 malam. Entah kenapa kami berfikir untuk ke sana. Padahal mengusha awek-awek di area The Curves juga agak menarik dan mengiurkan. Tapi kami putuskan untuk ke sana. Beralih angin sekali sekala.

Kami memandu dalam kesesakan jalan yang boleh di katakan agak sesak. Terus menuju ke arah Wangsa Maju. Tingkap dibuka supaya senang asap-asap rokok keluar bebas memenuhi ruang jalan yang gelap.

Tiba-tiba kami ternampak seorang perempuan melambai-lambai menahan kereta kami. Nampak seperti dalam kesusahan.Ketika itu kami berada berhampiran Batu Caves. Jalan sedikit legang. Secara aotumatik aku menghentikan kereta aku. Perempuan tadi memalingkan mukanya. Ahh!Aku dan Dani terdiam.Wajah ayu perempuan tadi menarik simpati kami.

"Adik nak kemana malam-malam camni?Bahaya kalau kena culik ke apa ke,"
Dani berkata dengan nada sedikit terkejut.

"Maaf bang,saya nak tumpang ke Wangsa Maju.Tolonglah bang,kereta saya rosak tepi jalan tadi",

Suara lembutnya meruntuh jiwa kami. Matanya bertakung dengan airmata. Entah kenapa aku menumpangkan orang asing ini. Mungkin kerana keayuan wajahnya yang membuatkan hati aku lembut?Mungkin. Aku mempelawa perempuan itu masuk. Sedikit basah bajunya yang putih itu. Pintu ditutup. Perempuan itu duduk dibelakang.

Aku lihat Dani tidak berkelip-kelip matanya memandang cermin belakang yang sengaja dialih sedikit untuk melihat wajah perempuan tersebut. Aku biarkan saja.

Tanpa banyak bicara,aku meneruskan perjalanan kami. Niat kami ikhlas.Memang kebetulan destinasi yang sama. Sepanjang perjalanan,semua diam. Tanpa ada suara. Mungkin masing-masing malu.Hanya lagu dari radio memecah kesunyian malam.

"Adik,rumah kat mana?" tanya aku ketika hampir ke destinasi.

"Abang jalan terus ke depan simpang tu,ada trafic light,masuk kanan,rumah saya tepi jalan tu je", katanya lembut.

Aku terus ke arah yang ditunjukkan. Hanya ada pokok-pokok yang memenuhi jalan-jalan tersebut. Aku dan Dani berpandangan. Kami tidak berapa arif tentang jalan-jalan di sini.

"Mana dik?Takde rumah pun,"aku mengajukan soalan lagi

"Alamak bang,dah terlepas la bang.Kena pusing balik."

Masih sama. Tiada rumah di situ.

"Maaf bang,rumah saya sebelah jalan sana. Maaf ye bang",

"Eh?Rumah sendiri pun tak tau ke?".aku berbisik dalam hati. Mungkin Dani juga begitu. Nampak kerut di wajahnya.

"Ok" kataku ringkas.

Aku berpusing lagi ke arah jalan yang disebutkan. Juga tiada rumah.

"Betul ke rumah adik kat sini?Rumah sendiri pun tak ingat ke?", tanya Dani sedikit geram. Sudah hampir 1 jam mencari rumah gadis tersebut.

Perempuan itu hanya tersenyum.

"Berhenti depan tu bang." kata perempuan itu sambil menudingkan jari ke arah lorong gelap di situ.

Aku berhenti.Tiba-tiba kami ternampak sebuah buah pangsa yang agak lama di lorong itu. Agak malap dan kelam.

"Terima kasih abang berdua." ucapnya lembut.

Belum sempat kami membalas ucapan terima kasihnya, dia turun tanpa memaling pandangan ke arah kami. Terus berjalan melusuri lorong gelap itu dengan lemah gemalai. Hanya nampak kelibat kain putih yang bergerak dan tiba-tiba...dia melayang-layang ke arah sebatang pokok besar.

"Haaahaaaa..hiiihiiihiii..." kedengaran suara seorang perempuan mengilai.

Aku pandang Dani. Dia pandang aku dan berkata:

"Jangan pandang belakang!"

Muka pucat.Aku masuk gear satu. Terus memecut! Dengan tidak semena-mena bau wangi menusuk hidung kami. Menggeletar tangan kami. Dani terpandang sesuatu di belakang. Ada sebuah bungkusan. Aku terdiam dan memberi isyarat mata.Dani mengambil dengan tangan yang menggigil. Ada satu nota di atasnya.

;
::
:::


Untuk Dani dan Pett....
Dari : Dila Raden...buku "Perempuan Simpanan".

Cis!Hantu pun lupa jalan balik rumah. Seram sungguh.

Friday, March 27, 2009

Rokok: Kuasa memilih di tangan anda

Ini adalah kempen yang bagus untuk perokok. Cara pembungkusan yang inovatif dan kreatif. Walaupun dah lama dibuat di negara lain. Malaysia je yang lambat nak buat macam ni. Sebab tu la aku terjebak dalam kancah perokokan ni.


Tengahari tadi aku pegi kedai mamak nak beli benda alah ni. Aku mintak Dunhill 14. Dia kasi satu kotak. Aku belek. Kerut mata aku. Tak pasal-pasal jadi cuak. Mamak tu boleh senyum-senyum jahat kat aku. Dia cakap:

"Ane,mau beli ka tak mau?Tak mau beli kalu,kasi berenti,"

Agak kurang sopan mamak ni. Aku diam berfikir. Takde gambar lain ke nak letak. Gambar paru-paru,kaki,gigi,jantung. Memang organ-organ yang penting dalam proses menyedut asap. Ni dah kasi aku goyang sikit. Dah timbul niat nak berhenti. Aku rasa masa untuk memilih. Berhenti atau tidak. Aku pun berkata kepada mamak itu:

"Boleh kasi kotak yang ada gambar baby tu tak?"


Keputusan yang tepat sebab bukan aku yang nak mengandung nanti.
p/s: Nanti-nanti aku berenti la.

Tuesday, March 24, 2009

Lepas ni hisap rokok kena sembunyi-sembunyi

Iklan yang bagus untuk perokok. Patut orang Malaysia buat macam ni bila tengok orang hisap rokok. Lepas ni memang aku hisap rokok dalam bilik je.


***Aku bercadang nak berhenti,tapi bila lepak,takkan aku nak gigit straw plak. Gigil tangan gua kalau camtu. Tunggu aku kawen nanti la,baru berhenti. Boleh sayang?haha.

Thursday, March 19, 2009

Dari Kota Damansara ke...

Sedikit gambar untuk tatapan umum menerangkan secara ringkas dan padat keadaan serta penggunaan masa aku selama seminggu ini.


Pagi di Kuala Terengganu


Masjid Kristal yg membazir sebab ruang sembahyang yang kecik & UMT @ Kustem yg makin canggih.Sial,dulu masa aku blaja bumbung kolej pun pakai atap nipah je.(aku tipu)



Ipoh-Parit Buntar-Bagan Serai-Gurun-Alor Setar-Kangar-Bagan Serai-Kota Damansara

1..2..3..!

Sekian.Laporan untuk minggu lepas.

Destinasi seterusnya...belum di putuskan lagi.

P/s: Agak2 tiket ke Paris brape hinggit?

Friday, March 13, 2009

Tag dari Danny X Factor

Si Danny X Factor suruh aku buat nie. Sedangkan tag dari Belle pun aku belum sempat buat.

Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!

Aku buat secara spontan nie. Seminit tak sampai. Aku tak tipu.


Masa Merdeka tahun lepas. Gaya pelancong dari Mexico & Spain.Tengok kami pakai kasut apa?Kasut sport. Membuktikan kami ke Dataran Merdeka hanya dengan berJOGGING dari Kota Damansara...betul...aku tak pernah tipu dan tak pernah suruh korang percaya. Kurus kan?

Aku tak mau tag sapa2.

Thursday, March 5, 2009

Kisah Misteri seram di suatu pagi...Aku keliru...

8.00 pagi aku keluar pergi kerja. Pakaian seperti biasa hari ini. Baju t-shirt putih tanpa corak. Berseluar jeans hitam dan berkasut jenama Adidas warna hijau yang aku beli di bundle. Aku padankan dengan jaket baru yang aku beli semalam berwarna coklat kehitaman.

Rambut yang panjang mencecah bahu aku ikat kemas bagaikan ekor kuda yang cantik. Sinaran matahari pagi yang memancar membenarkan aku bergaya dengan kacamata hitam Ray-Ban. Agak bergaya seperti seorang artis yang akan membuat persembahan di konsert.

Ketika aku turun ke ruang parking, ada mata yang memandang dari anjung rumah. Seorang gadis melihat aku tanpa berkelip mata. Dia sedang menyidai baju. Mungkin dia pembantu rumah dari Indonesia. Dia jatuh cinta dengan aku hari ini barangkali. Aku abaikan saja. Terus memandu ke pejabat.

Sampai di simpang pejabat aku, tiba-tiba aku berhenti! Semua mata di situ memandang aku. Sunyi. Bunyi angin pagi kedengaran. Aku turun dari kereta lagak gaya seorang ahli kongsi gelap. Di suatu sudut aku nampak seorang wanita dan seorang lelaki tua. Aku terus ke sana. Mereka seperti menunggu aku. Dan aku berkata:

"Makcik,nasi lemak satu. Telur rebus letak sebiji."
Aku singgah untuk beli sarapan aku sebenarnya.


Tiba-tiba lelaki tua itu menepuk lembut bahu aku. Aku kaliskan kepala aku kearahnya. Dia hulurkan tangan untuk bersalam. Agak misteri. Dan dia bersuara:

"Nak..maafkan pakcik kalau pakcik ingin bertanya." katanya kepada aku yang dibahasakan sebagai anak. Intonasi pertanyaan itu buat aku terasa berdebar. Aku membalas.

"Ya pakcik. Ada apa yang boleh saya tolong?" Aku membalas lembut.

Dia tenung mata aku. Pandang dari atas ke bawah.

"Pakcik selalu nampak anak pagi-pagi pergi kerja...tapi pakcik tak berkesempatan nak bercakap dengan anak...baru hari ni berpeluang. Kalau pakcik cakap ni, janganlah anak terasa hati atau marahkan pakcik," suara tuanya sedikit getar dan ada sinaran matanya mengharapkan sebuah jawapan.

Aku terpaku. Berdebar. Dengupan jantung bertambah kencang.

"Pakcik...cakap saja pakcik...saya takkan terasa hati dan takkan marah pakcik...pakcik cakaplah..." kata aku lembut supaya dia tidak takut melihat muka samseng aku ini.

Dia sekali lagi memandang muka aku. Dia tarik nafas dalam-dalam. Lalu dia berkata...




"Muka anak nie macam Awie...anak nie adik Awie ke?"


Aku terdiam sepi.

*************************

Sampai di pejabat,aku ke tandas.

Aku lihat cermin.

Aku keliru.
Adakah ini kisah benar ataupun fantasi?

Ataupun dia cuba memancing aku supaya beli nasi lemak dia tiap-tiap hari. Mungkin...


Bukan gambar aku




Wednesday, March 4, 2009

Selamat Datang ke Malaysia...Terima Kasih

KLIA 7.00 petang.
Muka nampak samseng ini hari. Aku terus masuk ke balai ketibaan. Ada crew kapal aku sampai hari ini. Awek-awek KLIA yang dah biasa tengok senyuman manis aku kecewa pada hari ini. Tiada senyuman menawan untuk kamu semua. Aku letih.

Sambil menunggu, aku ternampak jugak awek-awek immigration yang comel-comel melemparkan senyuman mereka padaku sambil melambai-lambaikan tangan. Tak kurang juga yang menjerit histeria. Aku abaikan saja. Sebab aku mahu habiskan kerja aku secepat mungkin.

Tiba-tiba datang sekumpulan manusia mengelilingi aku. Berdasarkan rupa dan percakapan mereka,warganegara China. Mereka menunjuk-nunjukkan pasport mereka dekat aku. Aku tahu mereka cuba bertanya sesuatu dengan aku. Tetapi masalahnya mereka tidak tahu berbahasa Inggeris langsung.

Jadi,aku tak tahu pertolongan apa yang dia mahukan. Lebih mudah aku serahkan kepada pegawai immigration di situ. Aku tunjukkan mereka arah kaunter immigration . Aku berbahasa isyarat secara baik dan sopan supaya dia meminta pertolongan dari pegawai immigration di sana. Sebab aku tengah sibuk tunggu orang. Tapi mereka masih bercakap-cakap dengan aku secara mesra bagaikan aku memahami kata-kata mereka itu sambil menarik-narik jaket aku yang cantik. Aku bertanya lagi.

Aku :"Can u speak English?"

Mereka : @#$^^**&(&(&&((()Sok SEk Seo sek.."

Aku : "I can't speak in Chinese"

Mereka :!@___)0347sok..sek..sok..cheng.."

Aku: "Sorry, I can't understand Chinese"

Mereka : Sek..sok..&#^$%#(...cheng"

Mereka masih tak faham. Aku suruh mereka semua pergi bertanya kepada pegawai immigration di kaunter sana. Masalahnya sekarang kerja aku terganggu.


"U can't understand English???"aku dah naik angin.

"OK!!!U understand what is this?"


Aku angkat penumbuk aku dan biarkan jari tengah aku terpacak berdiri.

Senyap... dan mereka terus beredar dari situ dengan muka takut-takut.


Aku sambung kerja dengan muka puas.

Dalam hati.."Selamat Datang ke Malaysia"

Monday, March 2, 2009

Makan...

Cerita pasal makan,semua orang ada citarasa masing-masing. Tiap orang ada selera makan yang berlainan. Ada suka makan pedas. Ada yang benci makan pedas. Ada yang gemar makan sayur. Ada yang benci makan sayur. Dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan makan.

Ada member aku tak boleh makan daging. Kalau dia makan daging,pening dan akan muntah macam dia naik bas lalu jalan bengkang bengkok. Dia makan ayam saja. Segala yang berkaitan dengan ayam,dia boleh telan. Tapi bagi penggemar ayam macam dia,kalau tak bersenam,badan pun dah jadi macam ayam suntik. Sihat sangat.


Yang tak makan ayam pun ada. Sate ayam atau apa-apa yang berkaitan dengan ayam,dia terasa senak-senak perut dan tiba-tiba boleh jatuh sakit. Elergik katanya. Tapi ada satu ayam yang dia boleh makan...ayam KFC.Nampak sangat kau memilih ayam. Cis!


Ikan pun ada yang tak makan. Boleh pengsan selama 2 hari kalau termakan ikan. Tambah-tambah ikan darat @sungai. Mereka kata hanyir. Rugi sungguh mereka-mereka itu bagi aku. Tapi bila ke restoran Manhattan Fish Market,tulang-tulang ikan pun makan.


Satu lagi contoh,makanan laut macam udang. Ada yang gatal-gatal badan kalau makan udang. Pelik sungguh aku sebab aku tak pernah gatal disebabkan udang. Cuma menggatal dengan awek yang jual cucur udang tepi jalan.


Yang tak makan mee @ bihun pun ada jugak. Asalkan benda makanan tue berbentuk seperti mee @ bihun, dia tolak tepi. Member aku cakap dia ada kisah pahit kenapa dia tidak boleh makan mee. Aku rasa dia pernah termakan cacing tanah.


Tapi itu semua adalah citarasa masing-masing. Terpulang pada kehidupan masing-masing dan cara pemakanan sejak kecil. Mungkin yang berasal dari kampung, seleranya tak sama dengan yang tinggal di bandar. Begitu sebaliknya.


Aku pula seorang yang suka makan. Dan yang penting,aku tidak cerewet pasal makan. Kalau aku ke rumah kamu semua nanti, kamu hidanglah apa saja benda yang halal dimakan,nescaya aku tidak akan menolak rezeki yang ada. Aku tidak memilih makanan. Aku makan saja apa yang ada. Untung isteri aku nanti,tak payah susah-susah nak fikir nak masak apa. Yang penting kau tahu masak. Ayam,daging,ikan,sayur,petai,jering,belut,tempoyak,budu dan apa saja aku boleh makan tapi pastikan ia halal. Kiranya aku layak jadi komando dan masuk Fear Factor.



TAPI...ada satu benda yang boleh menyebabkan aku gagal dalam komando & Fear Factor...






KISMIS!


Tolong jangan masukkan KISMIS dalam makanan yang aku nak makan. Sebab aku benci kismis!Jangan tanya kenapa. Aku tetap pandai walaupun tak makan kismis. Huh!



p/s:Aku ingin makan ulat kat Sarawak tu. Nampak macam sedap. Nyum!Nyum!