8.00 pagi aku keluar pergi kerja. Pakaian seperti biasa hari ini. Baju t-shirt putih tanpa corak. Berseluar jeans hitam dan berkasut jenama Adidas warna hijau yang aku beli di bundle. Aku padankan dengan jaket baru yang aku beli semalam berwarna coklat kehitaman.
Rambut yang panjang mencecah bahu aku ikat kemas bagaikan ekor kuda yang cantik. Sinaran matahari pagi yang memancar membenarkan aku bergaya dengan kacamata hitam Ray-Ban. Agak bergaya seperti seorang artis yang akan membuat persembahan di konsert.
Ketika aku turun ke ruang parking, ada mata yang memandang dari anjung rumah. Seorang gadis melihat aku tanpa berkelip mata. Dia sedang menyidai baju. Mungkin dia pembantu rumah dari Indonesia. Dia jatuh cinta dengan aku hari ini barangkali. Aku abaikan saja. Terus memandu ke pejabat.
Sampai di simpang pejabat aku, tiba-tiba aku berhenti! Semua mata di situ memandang aku. Sunyi. Bunyi angin pagi kedengaran. Aku turun dari kereta lagak gaya seorang ahli kongsi gelap. Di suatu sudut aku nampak seorang wanita dan seorang lelaki tua. Aku terus ke sana. Mereka seperti menunggu aku. Dan aku berkata:
"Makcik,nasi lemak satu. Telur rebus letak sebiji."
Aku singgah untuk beli sarapan aku sebenarnya.
Tiba-tiba lelaki tua itu menepuk lembut bahu aku. Aku kaliskan kepala aku kearahnya. Dia hulurkan tangan untuk bersalam. Agak misteri. Dan dia bersuara:
"Nak..maafkan pakcik kalau pakcik ingin bertanya." katanya kepada aku yang dibahasakan sebagai anak. Intonasi pertanyaan itu buat aku terasa berdebar. Aku membalas.
"Ya pakcik. Ada apa yang boleh saya tolong?" Aku membalas lembut.
Dia tenung mata aku. Pandang dari atas ke bawah.
"Pakcik selalu nampak anak pagi-pagi pergi kerja...tapi pakcik tak berkesempatan nak bercakap dengan anak...baru hari ni berpeluang. Kalau pakcik cakap ni, janganlah anak terasa hati atau marahkan pakcik," suara tuanya sedikit getar dan ada sinaran matanya mengharapkan sebuah jawapan.
Aku terpaku. Berdebar. Dengupan jantung bertambah kencang.
"Pakcik...cakap saja pakcik...saya takkan terasa hati dan takkan marah pakcik...pakcik cakaplah..." kata aku lembut supaya dia tidak takut melihat muka samseng aku ini.
Dia sekali lagi memandang muka aku. Dia tarik nafas dalam-dalam. Lalu dia berkata...
"Muka anak nie macam Awie...anak nie adik Awie ke?"
Aku terdiam sepi.
*************************
Sampai di pejabat,aku ke tandas.
Aku lihat cermin.
Aku keliru.
Adakah ini kisah benar ataupun fantasi?
Ataupun dia cuba memancing aku supaya beli nasi lemak dia tiap-tiap hari. Mungkin...
Bukan gambar aku
muka awie tak best...kalau muka amy search,hantaran free...hahaahahaha
ReplyDeleteada kemungkinan makcik tu rabun..
ReplyDeletesegalanya berkemungkinan!
OMG
ReplyDeletebukan aku pernah cakap ka dulu kata muka hang lagu awie
kan kan?
oh pett pesanan sedikit lari topik
ReplyDeleteaku dah dapat kerja, jadi sila teruskan perancangan kita berjalan ke genting
tinggal dani, dia dok bising takdak duit alasan nak suruh kita tampung dia banyak cantik!
aku rasa sama dekat sideburn je kot..kan?
ReplyDeleteehh..celaka kau beruangg!
pett, awie tu pendek. kau pendek ke pett?
ReplyDeletehaha yeke?
ReplyDeleteok la tu boleh mintak nasik lemak free :P
haha.
ReplyDeleteawie tu..
hahahahahaha
Hu hu hu... cayalah muka macam awie tu.. jgn perangai mcm awie wo.... hik hik
ReplyDeleteHello friend that was amazing i am vishalini from india.I found your name in my Friends Blog roll.I found your Blog is intresting so what i have done is that i have added u in my Blog Friends list.So i think u can also add me in your blog list and share your experience with me.Ok friend see u in next post.Bye.
ReplyDeletemesti pak cik tu silap...
ReplyDeleteAku rasa die nak cakap awie nye org gaji..kah kah kah kah kah....
hahahaha cm awie ke ko? tang mana 2?
ReplyDeleteawieeeeeeeeeeeeeee...
ReplyDeletenak sain!!!hahahahhaa..
Faryn:Kalu muka Mawi?semua free x?haha
ReplyDeleteAnas:Mungkin juga mata dia masih terang..patut ckp muka gua mcm Farid kamil..mungkin..haha
Dila:Betui ka?bila?ramai yg ckp muka mcm artis..wakakah!Genting bulan depan lepas hg dpt gaji...xdakhal.
Dani:Rambut dia pun sama dgn aku..cuma dia pi rebonding..aku x..
belle:Aku lagi tinggi dari awie..senang-senang je aku nk tumbuk dia..haha.
Atira:Kalu dia ada anak pompuan,dia leh kasi skali x?hehehe
Ajiz:Nasib baik dia xckp mcm Hamid Gurga..
Cuitnazz:Ok ape..perangai dia cool x?hahaha.
vishalini:Pelik gua,lu nie kenal ke Awie tu sapa?Datuk Shah Rukh Khan lu kenal la..tah faham ke x mamat ni apa yg gua tulis..hehe.
ceker ayam atos:Org gaji pun byk duit bai...lu jgn maim2..haha
dhiyapinky:Tang otot lengan..ok x?percaya?wakakah!
Budak hijau:Auww..malu la..u nk berduet lagi ke ngn i?praktis lagu lain k..hehe
nak..nak..nak...tapi try lagu senja nan merah bg lepas dlu...kui3..
ReplyDeleteBudak hijau:Alaa..lagu tu celah gigi je aku nyanyi...praktis lagu dangdut plak..
ReplyDeletehaha...
ReplyDeleteAwie? wakakkkakaka!! Ari tuh ckp Neves Pretty Ugly..mana satu nih??
ReplyDeletehuhuhu..
ReplyDeletex bleh blah..
:P
Cibon:Hahaha..aku tumpang gelak..
ReplyDeletekejora:Tu la pasal...dah muka artis..semua pun boleh..haha
art;love:Haha..nk bergambar ngn aku x?
abg eddy..muka cam awiekah skang? awat dulu kecik2 yong tgk mcm mawi..skang dah besaq dah tukaq ka? hihihi
ReplyDeletebodoh la kau
ReplyDelete