Thursday, August 25, 2011

Puasa 8: Jenis Kuih Raya

Sejak dua tiga hari ni, bini aku duk sibuk buat kuih raya. Aku pun tak pasti kuih jenis apa. Nampak macam kuih yang sedap kalau di makan di waktu siang hari. Sebagai seorang lelaki perkasa, jarang sangat aku nak ambik port pasal nama-nama kuih ni. Lagipun zaman moden dan dunia dah hampir nak kiamat ni, segala macam kuih orang boleh buat. Kalau setakat almond London tu orang sekarang tak berapa kagum sangat dah.


Tapi ilmu aku pasal kuih ni boleh gagah terer dari jiran sebelah rumah masa study dulu.

Kuih raya zaman sekarang aku tak berapa tau nama sebab dah kira zaman moden, nama pun nak ada style mat saleh. Kuih-kuih dulu ada la serba sikit yang aku tau selain tau makan. Kuih semperit selalu kaler kuning. Mak aku dulu selalu buat. Kuih bakar masa aku kecik-kecik dulu dah kira sedap sampai menjilat tapak tangan. Itu pun tengok pada kelembutan bila dicelup dalam air kopi. Kuih siput pun kira wajib jugak aku nak makan time raya. Kalau makan time raya cina pun dia punya feel tak berapa sampai tekak.


Selain itu, kuih...hmmm.




Ok. Itu saja serba sedikit jenis-jenis kuih yang aku tau.



Nak cerita lebih-lebih takut timbul riak.

Thursday, August 18, 2011

Puasa 7 : Kerja

Orang sibuk buat kuih raya, bakar lemang, beli baju raya, jual mercun, jaga pasar ramadhan, tapi aku sekarang sibuk siapkan kerja-kerja aku sebelum cuti.





Rasa nak mencarut pun ada.

Friday, August 12, 2011

Puasa 6: Balik Kampung

Aku balik kampung dulu harini nak pekena nasik ulam tok aku. Nasik ulam ni macam-macam jenis ada. Kalau kat kampung aku tu jenis dia jenis original tanpa bahan pengawet. Original dari ulam ladang petik segar bugar. Nak cakap pun karang ada yang tak pernah tengok nasik ulam. Tak pa la, nanti aku MMS macamana rupa dia.

Nasik ulam, nasik ulam jugak, tadi dah hampir-hampir aku terlupa satu perkara. Aku berkerja separuh hari hari ni, selalu memang aku terus balik kampung kul 1 tengahari. Hari ni aku macam biasa gerak terus dari pejabat. Betapa riang hati balik kampung bulan posa cenggini. Bukan senang nak makan masakan mak hari-hari. Pasar ramadhan kat kampung lagi kaw suasana dia dari kat KL ni.

Hati dah berbunga-bunga. Tak sabaq dah nak balik. Beg-beg semalam aku dah taruk dalam bonet. Takut terlupa. Sebelum tu rasa macam tak tinggal apa-apa dah. Lalu,kereta separa canggih akupun bergerak dari tempat kerja menuju ke lebuhraya. Boleh sampai kampung sebelum bilal azan aku rasa ni.

Dah 15minit berlalu. Tapi aku rasa macam tertinggal sesuatu. Sesuatu yang penting sangat.












Bini.


Bini masih kat rumah.

Patah balik masuk Ampang.

Thursday, August 4, 2011

Puasa 5 : Langkah Berhenti

Sambil-sambil tolong bini siap-siap prepare juadah berbuka. Aku dengan steady lepak sepam dua dulu tengok Jejak Rasul. Jejak Rasul sekarang dah tak kick macam mula-mula dulu. Rasa macam hilang seri bak kuih seri muka tanpa manisnya. Bagai kuih lopih tanpa gula merah.

Sementara tunggu pak bilal melaungkan azan dari dalam surau depan rumah, aku sama bini, adik ipar, mak mentua sama pak mentua duduk mengadap juadah ala kadar yang terbentang depan muka. Sebagai orang-orang yang dah besar panjang, tiada langsung rasa tercabar dengan bau-bau masakan tersebut. Aku juga tidak tercabar dengan panggilan nafsu pasar ramadhan yang memanggil-manggil bagai kekasih hati yang merindui sang kekasih.

Lagi beberapa minit azan nak berkumandang. TV pulak time-time macam ni dah keluaq iklan soya cincau tak pun Ribena sekali harung doa bukak puasa yang di baca budak-budak.

Azan...


Selesai makan seala kadar yang mungkin dan bersolat, kaki terasa nak mengambil angin di luar rumah. Belum lagi kaki mencecah kawasan pagar rumah, suara dari dalam rumah lebih memecah langkah aku.




"Kalau tak sayang anak bini, hisap la rokok tu puas-puas"





Langkah gua terus ke surau. Mengaji.

Wednesday, August 3, 2011

Puasa 4 : Memori 1990 - Milo Ais

Pengalaman berpuasa bagi aku masa darjah satu memang tak boleh blah. Setakat minum ayaq paip tu benda sia-sia aku rasa selepas masuk darjah dua. Aku rasa darjah dua lagi power. Aku nak posa penuh. Tak macam darjah satu dulu. Posa sikit macam nak pengsan.

Berbekalkan badan dan fizikal budak darjah dua, aku bangun sahur dengan cergas berbanding masa darjah satu. Mak dah masak nasik lauk telur sambal. Dulu telur kicap. Tak ganas sangat kalau tak taruk cili. Adik aku yang nombo dua tadika lagi masa tu. Mana dia tau pengertian puasa tu berbanding aku yang dah darjah Dua Delima ni.

Sahur aku kali ni nasik sama telur sambal kira 2-3 round aku bedal. Boleh cover letih bila main galah panjang kat sekolah nanti. Apa adahal setakat 4-5 round berlari pusing padang berbanding budak darjah satu. Baru jantan.

Dah jadi budak darjah dua pun sekolah kena pi petang-petang. Dari pagi tadi aku duk tengok TV cerita katun. Kadang-kadang sempat usha TV pendidikan sekali sekala tambah ilmu darjah dua. Adik aku memang tak puasa time tu. Dia tadika pun tak lepas lagi. Selamba makan keropok Super Ring depan aku. Sebagai budak darjah dua yang ingin berpuasa penuh, aku tak goyang dengan dugaan tu. Sikit pun tak heran.

Mak tengah sidai kain kat luar. Adik aku steady lagi makan Super Ring. Aku kusyuk tengok TV.

Adik ke dapur, amik minuman mak bancuh tadi.






"Slurrpppp"



Bunyi milo ais kedengaran dihirup segar oleh adik aku.

Aku usha rapat-rapat. Rapat lagi.

Adik menangis. Mak pulak masih menyidai kain di luar.




Aku masih menonton TV sambil lap mulut.

Tuesday, August 2, 2011

Puasa 3 : Selamat Hari Jadi Pak (02/08/1960 - 10/02/2011)

Selamat Hari Jadi Yang ke - 51 tahun kepada arwah bapak aku yang meninggal dunia pada 10 Febuary 2011 yang lalu. Sepatutnya umur dia tahun ni 51 tahun. Disebabkan Allah lebih menyayangi dia, maka kembalilah dia kepada yang maha kuasa.

Pak aku meninggalkan seorang permaisuri yang cantik rupawan, 6 orang hero yang kacak bergaya dan seorang heroin yang comel. Tidak ketinggalan juga seorang cucu sulungnya yang comel macam anak sulung dia dan dua orang menantu bak puteri bulan purnama.

Bagi aku takdak perbezaan yang ketara sangat tahun ni. Berpuasa dan beraya tanpa bapak aku itu saja yang terasa. Perbezaan itu adalah dari kita sendiri. Kita yang mencorak keadaan sekeliling. Kalau kita berduka, maka bersedihlah semuanya. Kalau kita menerima, bersenang hatilah kita. Bermakna, tidak akan ada titisan air mata untuk tahun ini selain air mata kesyukuran. Persiapan seperti biasa sebagaimana tahun-tahun sebelum. Hero-hero ni dah di ajar dari kecik tentang berdikari dan mensyukuri. Bukan di ajar untuk menyusahkan diri, menunggu senang, tidak berusaha, mendengki dan meninggi diri.

Aku sama adik-adik steady. Kami doakan kehidupan pak di sana lebih aman dan doa kami semua sentiasa mengiringi pak. Sebagai penggganti bapak, hero yang utama tentulah aku sendiri sebab anak sulung kena cover family. Walaupun tanggungjawab aku menjaga mak dan adik-adik umpama Clark Kent yang berkuasa hebat dan berwajah kacak, aku masih memerlukan tangan dan sokongan adik-adik aku yang lain supaya kami saling berpaut.

Walaupun pak baru meninggalkan kami beberapa bulan lepas, kami masih kuat mengharungi dan menjaga mak yang tersayang. Anak jantan kalau tak reti nak jaga mak bapak, pi jumpak tok mudim sekali lagi dan sila duduk atas batang pisang.




Apa yang aku boleh cakap, untuk hari ini, sedekahkanlah Al - Fatihah untuk arwah pak aku. Al- fatihah.



Mati itu pasti. Hidup Insyaallah.

Monday, August 1, 2011

Puasa 2 : Tempat

Tempat yang perlu kita selalu pergi bulan ni:

Surau @ Mesejid



Tempat yang perlu kita hindari bulan ni selain dari kelab malam dan pusat urut badan ialah :





Pasar Ramadhan



Puasa mengajar erti jimat cermat bukan membazir.

Pasar Ramadhan sekarang fesyen belanja macam shopping kat Pavillion nun.


Puasa apa macam tu.

Puasa 1:Hari pertama puasa 2011

Bangun jam 5 pagi. Mata aku duk pejam celik pejam celik. Berkain pelikat sama baju sejuk. Cuci muka. Kumur mulut dengan air dua tiga pam. Duduk bersila mengadap lauk sama nasik. Suap lebih kurang 2 pinggan nasik. Minum kopi segelas.

Tinggal pinggan sama gelas dalam sinki. Gosok gigi. Wuduk. Tunggu azan subuh. Solat.



Tidoq.

Tidoq sampai orang kejut pi kerja.



Untung tahun ni dah ada bini.