Thursday, January 5, 2012

Hantu Kepala Tiga Segi - Gambarajah



Dulu Angah pernah lukis rupa hantu kepala tiga segi tu. Lebih kurang macam ni la agaknya.

Buruk kan aku lukis?





Dah nama hantu, nak hensem tera mana lagi?

Wednesday, January 4, 2012

Hantu Kepala Tiga Segi

1992

Angah baru nak masuk darjah satu. Aku dah darjah empat. Dah jadi senior adik aku. Bukan senang-senang dia mau tunjuk samseng sama aku sebagai abang. Sekolah rendah kami ni lain macam sikit dia punya permandangan. Belakang sekolah ada jerat cina. Kubur cina la kalau hangpa tak faham sangat.

Aku dari darjah satu tak penah jumpa apa-apa yang pelik kat sekolah ni. Masa masuk darjah satu tahun 1989, bapak aku hantaq sampai depan kelas saja. Lepas tu dia tinggal aku duduk dalam kelas sambil aku pegang botol ayaq talipon tangan. Bekas air talipon tangan ni tak semua pernah ada. Hebat rasanya bila ada bekas ayaq talipon tangan ni.

Angah pulak, hari pertama masuk sekolah darjah satu bapak aku tinggal dia jugak selamba saja. Hari pertama Angah berjalan seperti biasa saja. Member-member sebaya dia ada yang menangis, paling kurang pun panggil mak masing-masing. Depa bukan tau mak depa duk sibuk masak kat rumah. Angah dapat melepasi hari pertama persekolahan dengan hebatnya sebagaimana abang sulungnya yang lagi hebat.

Hari kedua Angah balik dengan muka tak berapa nak seronok. Mungkin dia kalah main galah panjang. Aku sebagai budak darjah empat berfikir mungkin dia masih belum ready dengan situasi dan pemikiran budak-budak sekolah rendah macam aku ni. Mungkin dia masih terbawa-bawa dia punya perangai tadika.

Hari seterusnya Angah menunjukkan sikap tadikanya dan kemanjaannya terhadap rumah. Asal nak pi sekolah dia dah memberontak tak mau pi. Baru masuk seminggu Angah dah terjebak dalam gejala ponteng sekolah yang baru nak up masa tu. Aku hanya menggelengkan kepala terhadap budak-budak yang baru nak kenal darjah satu macam ni. Sebagai budak darjah empat ,tak berapa manis kalau aku lempang adik sendiri depan mak bapak aku. Aku biar bapak aku handle dulu mana yang patut. Bapak aku steady tak kata apa bila Angah tak mau pi sekolah. Dia pujuk Angah dengan kasih sayang yang tinggi. Timbul cemburu pulak sama Angah sebab aku nak ponteng mengaji masa darjah satu dulu pun bapak aku selamba tibai dengan tali pinggang.

Satu hari Angah demam. Aku pikir dia belum cukup kuat mengharungi cabaran sebagai budak darjah satu. Belum cukup power nak hafal sifir 36 dan surah Al Khafirun macam aku. Pada satu malam, selepas 3 hari Angah demam dan berjaya untuk ponteng tanpa dimarahi bapak aku, seorang ustaz datang rumah aku dengan ilmu yang agak power pada pandangan budak darjah empat macam aku. Nama dia ustaz Termizi. Aku rasa ustaz ini mempunyai ilmu silat Keris Bersepuk Emas yang hebat macam Eman Manan.

Dari dalam bilik aku tengok ustaz baca surah panjang-panjang. Aku masa tu paling power baca Al Fatihah sama 3 Qul sambil pejam mata. Itu pun member sebelah meja aku pun tergagap-gagap lagi nak baca. Kemudian ustaz tiup dekat ayaq botol depan dia. Selepas itu, bapak aku terus berborak sama ustaz sambil makan pisang goreng dan ayaq kopi. Aku nak mencelah pun tak berapa sopan sangat. Hal orang-orang tua macam ni kalau budak darjah empat menyampuk boleh kena lempang kiri kanan.

Sambil menunggu sesi orang-orang tua menyembang, aku usha Angah dalam bilik. Dah kebah sikit demam dia. Dah 3 hari dia ponteng sekolah. Aku tak tanya pulak macam mana dia punya ayat dan strategi power untuk ponteng sekolah. Oleh itu, aku kena risik-risik ilmu ni dengan dia. Mungkin aku boleh pakai esok lusa. Sepanjang dia ponteng, bapak aku tak pernah tibai dia dengan tali pinggang.


"Pasai pa hang boleh ponteng sekolah sampai 3-4 hari ni? Pak tak pukui hang pulak tu. " aku bertanya sambil menggenggam ego budak darjah empat. Ada secebis perasaan cemburu di situ.



Dengan suara terketaq-ketaq, Angah menjawab...


"Ada hantu kepala tiga segi ikut aku kat sekolah sampai kat rumah...."

Aku pandang Angah dan berkata..

"Hang ni penakut sangat, tu la aku suruh tengok cerita Kombat! Baru berani!"



Angah senyap dan pandang aku lalu berkata dengan perasaan takut...







"..... la ni dia ada kat belakang hang"

Angah terus menjerit.




Malam itu ustaz Termizi terpaksa kerja lebih masa di rumah aku.




Dan esok aku tak pi sekolah. Demam.

Sunday, January 1, 2012

Satu January 2012

Hari Ahad yang sedap-sedap tidoq dan bangun lewat. Tapi disebabkan aku di kampung, rugi kalau membuang masa dengan tidoq. Benda-benda macamni tak memberi faedah. Oleh yang demikian, marilah kita menghabiskan masa dengan menghirup udara nyaman di kampung. Walaupun aku kerja di Kuala Lumpur, kota Metropolitan yang serba maju dan penuh ranjau tapi KL tak boleh lawan kampung aku. KL tempat mencari rezeki tapi bukan untuk kehidupan selamanya bagi aku. Sini tempat aku,tempat jatuh dan bermain sejak dari kecil. Di sini aku akan kembali lagi untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan.



Selamat tukaq kalender baru.


Pasal kerja di office kita taruk tepi dulu. Aku nak rehatkan otak.