Tuesday, October 20, 2009

Bila Tiba Cinta Itu, Aku pun Sibuk.

Aku memang sedang bercinta.Dia selalu ada di sisi aku. Banyak masa aku korbankan untuk dia sebenarnya. Selama aku tidak kelihatan di blog atau pun di Facebook, aku sedang bersama dia. Adakalanya dia memang menyusahkan aku. Kadangkala. Tidak selalu.

Dia membuat aku pening. Runsing. Tapi aku tetap setia. Cemburu?Tidak pernah. Bangun pagi mesti terfikirkan dia. Bila tidur mesti rindukan dia. Memang bercinta keadaannya begini kan? Talipon tangan aku sentiasa dalam genggaman. Tidak pernah diam.

Masa bersama dia adakalanya sampai aku lupa kawan-kawan, futsal, muzik dan segalanya. Susah juga kalau begitu. Tidak bebas bergerak. Bukan di kawal sepenuhnya. Tidak. Hanya masa-masa tertentu bila dia memerlukan aku.

Tapi aku juga tidak suka begitu. Rimas. Rasa mahu marah sekali sekala tapi dia tetap tidak merasa apa-apa. Semuanya tidak menentu bila bercinta. Perasaan bercampur aduk. Susah membahagikan masa antara dia dan benda lain.

Tapi tidak mengapa. Aku masih ada masa untuk blog aku. Dia tidak tahu. Aku curi-curi masa dia untuk tulis ini. Sekarang pun dia ada dengan aku. Dia tidak tahu mungkin. Diam-diam sudah. Dia tidak perlu tahu kewujudan blog ini.



Susah betul bercinta dengan KERJA kan?

Luorang ingat wa ada masa ke nak jatuh cinta time-time sibuk kerja?

Thursday, October 15, 2009

Cerita Separuh Oktober - Bukan Tentang Cinta

Oktober. Bulan yang kesepuluh dalam kalender. Bulan Oktober bukan seperti lagu Tragedi Oktober nyanyian lagu Awie. Itu kekecewaan Awie terhadap kekasihnya. Bukan kekecewaan aku. Kekecewaan aku bukan dalam bulan Oktober, tapi bulan lain. Sudah lupa. Sudah lama.

Oktober. Bulan untuk kereta aku. Pisau cukur. Tapi itu hak dia. Tanpa dia, aku gila. Sayang dia. Dia bukan manusia, tapi ada nyawa. Cukup aku sayang dia dulu. Nanti baru manusia. Dia juga tidak suka sms. Sama. Sehati sejiwa.

Oktober. Bukan bulan aku telah jatuh cinta. Tidak sama sekali. Jauh sekali bercinta. Tidak juga. Bulan ini aku sering dengar tentang cinta. Putus cinta. Jatuh cinta. Sedang bercinta. Bukan aku. Tapi orang lain. Aku cuma dengar. Kadang kala terasa 'loser'. Sebab tiada cinta. Celaka.

Oktober. Aku kerja separuh gila. Tapi aku belum gila. Masih waras. Suka dengan kerja. Ke sini ke sana. Masih boleh bersuka ria. Sekali sekala. Tak apa. Aku masih sibuk. Tapi sempat mencoret di blog. Bukan mencarut.

Oktober. Duit aku tak banyak. Bukan. Sudah tiada sebenarnya. Kalau ada pun, cari celah-celah almari,dalam kereta,celah pintu dan poket seluar jeans. Hutang juga ada. Sikit. Tapi masih boleh pergi kerja. Makan bos belanja. Sekali sekala. Rokok tetap ada.

15 Oktober. Aku gembira. Dapat duit raya. Raya apa? Raya Deepavali la! Senyum lebar. Berapa banyak?Rahsia. Cukup untuk 15 hari terakhir bulan Oktober.
Terima kasih Oktober.

Satu Per Satu

Gembira tak semestinya tengah jatuh cinta. Sedih tak bermakna putus cinta. Bahagia perlu ada kecewa. Hidup akan lebih berharga.


Sibuk tak beerti aku lupa.

Macam celaka aku punya entry cinta!

Monday, October 12, 2009

Sibuk

Keadaan mental dan fizikal aku masih stabil walaupun sibuk berOutstation di merata tempat sepanjang minggu lepas dan esok pagi aku di KL sudah.


Susah betul nak amik gambar pakai laptop.

Tuesday, October 6, 2009

Kisah Mat Dan (18SX)

Nama aku Mat Dan. Kerja aku?Memuaskan nafsu manusia. Memang sesetengah orang memandang serong terhadap kerjaya aku ini. Mereka mencemuh dan ada juga yang tidak mahu berkawan dengan aku. Mereka memburuk-burukkan aku dengan segala sumpah,nista dan fitnah. Apa salah aku?Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku kepada mereka yang mampu membayar aku.

Aku tahu kerja aku hina. Melayan nafsu manusia yang tidak pernah puas. Kebanyakkannya adalah kaum lelaki. Ada jugak sesetengah wanita memerlukan aku untuk kepuasan nafsu mereka. Aku tak kisah,asalkan aku menjalankan tanggungjawab aku agar mereka semua gembira. Memang aku telah ditakdirkan untuk jadi begini. Aku tiada kelulusan seperti orang lain. Aku terima takdir aku begini.

Dulu aku hanya menawarkan harga yang murah untuk semua supaya mereka mahu menggunakan aku. Tapi makin lama, harga aku makin naik,berbaloi dengan pengorbanan aku selama ini. Aku tahu, masih banyak nafsu yang mampu aku puaskan. Dari nafsu seorang tukang kebun,kerani,pegawai,artis,Dato serta Datin.

Aku juga turut mempengaruhi budak-budak sekolah untuk menggunakan khidmat aku. Ternyata mereka banyak memberi aku keuntungan yang lumayan. Peduli apa,asalkan aku dapat sedikit untung. Selalunya keuntungan aku diguna pakai oleh bapak ayam atau ibu ayam aku yang selalu naikkan harga demi kesenangan mereka sendiri.

Aku juga mempunyai ramai teman-teman yang menawarkan khidmat yang sama. Selera orang berbeza-beza. Jadi kamu boleh pilih mana yang kamu suka. Ikut selera dan nafsu kamu sendiri. Harga pasaran sekarang agak tinggi. Tapi pelanggan-pelanggan aku masih setia dan tetap tidak peduli tentang harga.

Kamu masih setia melanggan aku? Aku ada seorang pelanggan setia yang telah lama melanggan aku. Nama dia Pett. Pernah aku bertanya pada dia tentang harga pasaran aku sekarang. Adakah dia akan meninggalkan aku jika harga aku makin meninggi? Tapi aku tengok dia masih setia. Begitu juga kawan-kawannya yang lain. Semua masih mahu menggunakan khidmat aku tiap-tiap hari. Aku takut dia tinggalkan aku. Tapi bila aku terdengar perbualan dia dan rakan-rakannya tadi,aku rasa gembira.


Rakan 1 : Amacam bai?dia dah naik harga la..

Pett : Rilex la bai..Belum sampai sepuluh hinggit lagi pun sekotak Dunhill 20 ni!!! Baru naik 30-40sen je.

P/s:Celaka. Harga rokok sekarang naik dah tak ikut Belanjawan bulan 10. Dia main ikut suka hati naik setahun 3-4 kali.
Nanti kawen,ada bini harap boleh berenti. Kalau luorang nasihat aku sekarang, macam luorang curah air ke daun keladi.

Friday, October 2, 2009

Mahu ke Mexico

Aku dengar radio pagi tadi:

PTPTN telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Senarai peminjam yang telah dikenakan sekatan ini boleh disemak melalui Laman Web PTPTN

Aku pun semak.

Hasilnya:

"Nama Tuan/Puan TIDAK termasuk di dalam senarai hitam peminjam ingkar PTPTN yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Hotline PTPTN di nombor 03 - 2092 7788."

Kesimpulan:
Aku akan ke Mexico malam ni dan bercuti selama 2 hari saja sambil usha-usha awek Mexico yang seksi.