Thursday, October 15, 2009

Cerita Separuh Oktober - Bukan Tentang Cinta

Oktober. Bulan yang kesepuluh dalam kalender. Bulan Oktober bukan seperti lagu Tragedi Oktober nyanyian lagu Awie. Itu kekecewaan Awie terhadap kekasihnya. Bukan kekecewaan aku. Kekecewaan aku bukan dalam bulan Oktober, tapi bulan lain. Sudah lupa. Sudah lama.

Oktober. Bulan untuk kereta aku. Pisau cukur. Tapi itu hak dia. Tanpa dia, aku gila. Sayang dia. Dia bukan manusia, tapi ada nyawa. Cukup aku sayang dia dulu. Nanti baru manusia. Dia juga tidak suka sms. Sama. Sehati sejiwa.

Oktober. Bukan bulan aku telah jatuh cinta. Tidak sama sekali. Jauh sekali bercinta. Tidak juga. Bulan ini aku sering dengar tentang cinta. Putus cinta. Jatuh cinta. Sedang bercinta. Bukan aku. Tapi orang lain. Aku cuma dengar. Kadang kala terasa 'loser'. Sebab tiada cinta. Celaka.

Oktober. Aku kerja separuh gila. Tapi aku belum gila. Masih waras. Suka dengan kerja. Ke sini ke sana. Masih boleh bersuka ria. Sekali sekala. Tak apa. Aku masih sibuk. Tapi sempat mencoret di blog. Bukan mencarut.

Oktober. Duit aku tak banyak. Bukan. Sudah tiada sebenarnya. Kalau ada pun, cari celah-celah almari,dalam kereta,celah pintu dan poket seluar jeans. Hutang juga ada. Sikit. Tapi masih boleh pergi kerja. Makan bos belanja. Sekali sekala. Rokok tetap ada.

15 Oktober. Aku gembira. Dapat duit raya. Raya apa? Raya Deepavali la! Senyum lebar. Berapa banyak?Rahsia. Cukup untuk 15 hari terakhir bulan Oktober.
Terima kasih Oktober.

9 comments:

  1. weh..dh tua2 pn dpt duit raya ke..
    [jeles]
    T___T

    ReplyDelete
  2. wah... your future in law bg kan... haha... wa paham2...

    ReplyDelete
  3. ok ghulam esok

    jaga!

    tambah lagi list.
    1) ukulele
    2) kek coklat cheese sikit-sikit jenama cadangan - secret recipe
    3) java chip frappucino gelas paling besaq

    jumpa esok!

    ReplyDelete
  4. hanie:Jgn jeles ye cik adik. Tggu raya Cina pulak.hehe

    crazylabelle:Faham ke?mahu jd future wife wa yg ke 4?

    dila:1. Ukulele? 2.Aku kasik kek apollo sudah. 3. Kat Gulam xdak menatang tu. Esok ubah plan.nti aku sms.

    ReplyDelete
  5. wakaka en pet
    gler la deepavali pat wit raya
    jom share kekeke

    ReplyDelete
  6. fushioo..dapat duit raya pett??
    boleh belanja makan fillet o fish.hihiee..

    ReplyDelete
  7. samaira:Tu untung ada 3 boss yg berlainan kaum. Baru 1 Malaysia.xleh share.hehe

    nana:Boleh..kalu camtu kena dating la.haha.

    ReplyDelete
  8. jom pi open house kawan2...save bajet..haha

    ReplyDelete
  9. wah best nyer dapat duit raye... nak separuh bley?? 50-50.. ok la tu kan..

    ReplyDelete