Friday, July 29, 2011

Malaysia VS Singapura-pura

Kita tak kalah. Kita menang sebenarnya. Menang dalam maksud yang hanya kita faham sebagai rakyat Malaysia. Aku tak kecewa sebab kita menang melawan.

Aku ke stadium berbekalkan tiket RM30 yang telah dibeli pada hari pertama jualan. Masuk stadium dengan sepasang kaki dan tangan yang bersesak-sesak penuh dengan lautan rakyat Malaysia. Ini bukan perhimpunan haram. Ini pernyatuan rakyat tanpa ada sampah politik. Celaka, serius pulak aku tulis ni.

Dengan tiket RM30, tiada tempat duduk. Tapi dikeliling oleh awek-awek. Ok, awek-awek ni duduk jauh dari aku sebenarnya. Kalau bini tau duk dekat-dekat,nanti bini tak bagi pi staduim pulak. Bau peluh rakyat Malaysia ada pelbagai jenis. Aku pun tak tau jenama apa bau peluh masing-masing. Kalau aku jenama Dunhill 20 je.

Ok, fokus kita nak menang kan? Mestilah. Bila nyanyi lagu Negaraku, bergema stadium. Last sekali aku nyanyi lagu Negaraku ramai-ramai masa SPM dulu kot. Kalau sorang-sorang, tak pernah lagi aku nyanyi lagu Negaraku. Kat karaoke pun belum pernah aku buat rekod nayanyi lagu Negaraku. Ah Chong, Abu, Raju, Kelvin, Ah Chai, Ali Mamak semua nyanyi dengan penuh semangat. Budak-budak Singapura-pura nyanyi dalam hati saja bila lagu negara depa berkumandang. Lagipun, tak semua original Singapore. Mamat China tu tah dia tau ka dak nyanyi lagu Singapore tu.

Sedang kusyuk menonton di celah-celah ketiak mamat mangkuk hayung yang berdiri depan aku tu, ada suara menegur aku dari belakang.


"Bang tumpang lalu bang"

Suara jantan mana tah duk mengacau sekarang ni. Aku usha tepi, ada 2 orang awek manis nak lalu depan aku. Aku tak senyum sangat. Suam-suam kuku saja aku senyum. Teringat bini kat rumah. Awek-awek ni datang dengan bapak dia yang follow kat belakang tu.

"Tumpang lalu, tumpang lalu"suara jantan sama aku dengaq.

Suara tu datang dari belakang awek-awek tadi. Aku jeling sikit.



Pehhh.. Rosyam Nor!!!

Lawa jugak anak abang. Saya punya kouta ada 3 lagi ni.







Haram.Dah terlupa nak cerita pasal bola.

Thursday, July 28, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Dalam

"Tersengguk-sengguk di luar kamar merenung kemalasan malam yang terbentang luas dikala mata tidak mahu melabuhkan diri menuju kegelapan sementara menanti sinar cahaya siang yang mungkin gerimis atau terpancar cahaya terik mentari menyilau anak mata memicingkan renungan nipis dari sudut yang mengecil ke arah warna berkecamuk membentuk sesuatu bayangan hidup ataupun kekal."




Kalau hangpa faham kira tak berapa dalam lagi kata-kata puitis aku ni. Mungkin aku cuba lain kali supaya kita semua pun tak faham.




Entah apa yang dalam aku pun tak tau.

Bancuh: Putus Cinta?

"Pett, masa lu putus cinta dulu apa benda lu buat sampai boleh lupa kekecewaan tu? Gua frust sebab tak boleh lupa awek gua lagi. Dia dah ada balak lain bai. Mintak lu bancuh gua sikit bai."

Ini kita bincang secara umum la ok. Benda macam ni tak rumit sangat bagi aku. Tapi bagi hang ini benda macam dunia nak kiamat. Rilek-rilek brader. Iman kena jaga. Hati kena bersih. Ibadat kena banyak.

Punca putus aku tak mau amik tau. Mungkin dia tak suka bau petai sebab hang suka petai. Mungkin sebenarnya dia putus sebab hang takdak BMW. Ataupun hang kedekut pahit barangkali? Hang tak pakai perfume mahal-mahal? Hang tak bawak dia pi butik kat Pavilion or KLCC? Ataupun hang selalu abaikan solat? Banyak benda hang boleh cari punca dia. Tapi dah putus ni nak cari punca apa jadah lagi dak? Dia pun dah ada balak lain. Hang tu ranting pokok jambu saja. Sebab tu dia cari balak.

Ok. Benda macam ni kena banyak muhasabah diri. Mengikut cerita hang, dia memang dah tak cintakan hang. So, apa cerita hang nak cintakan dia? Pertama sekali hati hang tu kena kuat. Ingat pada orang-orang lain yang sayangkan hang. Maksud aku family dan kawan-kawan. Mungkin juga jiran hang pun sayangkan hang sebab hang selalu bagi dia kuih karipap. Mungkin imam dan bilal surau pun sayangkan hang sebab hang jarang pi surau berjemaah. Manatau dak?

Putus cinta ni ramai manusia dalam dunia ni dah alami. Bezanya cara kita sendiri yang uruskan. Paling senang hang bunuh diri dari tingkat 13. Kalau gayat, tingkat 3 pun dah boleh mati dengan izin Allah. Tapi Allah benci manusia yang bunuh diri. Amalan pun tak berapa cukup. Berdosa besaq pulak tu. Oleh itu, benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri jangan duk gatai nak buat. Kononnya nak release tension la. Kepala otak hang berjambui. Kalau mati menyenangkan family tak pa jugak. Lagi menyusahkan ada la.

Bila hang meratapi kekecewaan macam ni, hang kena dekatkan diri dengan Allah. Banyak berdoa dan jaga solat. Hang kata aku tunjuk alim? Pergi mampus dengan kata-kata manusia pendengki dan iri hati. Manusia memang dah macam tu. Tunjuk baik sikit mengata. Kalau jahat lagi duk mengata. Orang Malaysia @ Melayu bai. So, hang abaikan pandangan orang sekeliling. Itu perkara pertama hang patut buat. Ini semua ujian yang kecik sangat la. Putus cinta saja pun. Bukan putus nyawa.

Kalau dia dah tak cintakan hang, hang cintakan la orang lain. Jangan ingat bila awek dah lari, hang takkan jumpak awek lain? Populasi wanita sebenarnya lebih ramai dari lelaki kat Malaysia ni. Apa hang duk gaduh sangat? Boleh kawen 4 kalu ikut resepi Abang Salleh!Tapi jangan pulak hang cari lelaki buat awek. Agak-agak nak kena pijak muka, buatla.

Apa yang penting hang kena nilai diri hang dulu sebelum hang nak salahkan awek hang dulu. Hang kena tengok buku bank, ada duit berapa ringgit? Tiap-tiap bulan berapa hang boleh simpan kat tabung haji. Berapa pulak belanja nak kawen?Secara umumnya bila kita bercinta sakan dengan awek bermakna kita nak hubungan sampai ke jinjang pelamin orang kata. Tapi hang dah cukup bersedia ka nak sampai tahap tu?

Nilai apa yang kurang tentang diri kita. Jangan hang nak berharap awek hang akan merayu dan kesian dengan keadaan hang la ni. Jangan harap bai. Dia dah gumbira dengan hidup dia. Buat apa hang nak melayan rasa kecewa tu sampai menjejaskan hidup hang. Buang masa. Pengalaman kecewa ni bagus jugak untuk hang.

Sekurang-kurangnya hang ada pengalaman awek lari cari balak lain. Kira hang belum cukup hensem di mata dia. Rilex-rilex, hensem tak hensem tu bukan dikira kat akhirat pun. Hati kena tenang dan sabar. Satu benda yang perlu hang buat sekarang, lepak dengan kawan-kawan. Main futsal, snuker dan benda-benda aktif lain. Jangan duk layan perasaan sorang-sorang sebab iblis tengah tunggu time nak cucuk hang tu.




Aku rasa aku tak menjawab persoalan hang lagi. Hang tanya aku apa yang aku buat masa putus cinta dulu kan? Benda-benda kat atas tu sebahagian la apa yang aku buat dulu. Nanti-nanti la aku tambah.


Sekarang aku duk sibuk urus rumahtangga.

Tuesday, July 26, 2011

Kenapa Bini Tak boleh ikut pi Stadium

"Ko kalau nak bawak bini pergi stadium, lebih baik tak payah la. Bahaya."


Ucap pakcik Rosli ketika kami berlepak-lepak selepas makan kenduri. Aku mengiyakan kata-kata pakcik Rosli. Bahaya kalau bawak bini. Oleh itu aku buat kesimpulan kenapa bini tak boleh ikut kita pi stadium main tengok bola:

1. Nanti tengah sesak-sesak tu, ada tangan orang lain meraba bini kita.
2. Bini nanti elergik bau peluh peyokong-penyokong.
3. Kat stadium takdak jual MCD sama KFC.
4. Sebab takdak Aaron Aziz atas padang.
5. Kena jalan jauh sebab parking kereta pun jauh.
6. Kalau naik LRT kena beratur panjang.
7. Kerusi stadium tak empuk macam sofa kat rumah.
8. Bahaya untuk kandungan kalau dia mengandung.
9. Hari Jumaat bini kena pi kerja awal.








10. Awek seksi ramai sangat kat stadium. Bahaya kalau bini ikut.



Aku harap yang last tu tak jadi isu esok lusa.

Tuesday, July 19, 2011

Baby Contest - Meor Adeeb Ryan Wafa VS Pett 1985

Kalau hangpa rasa anak menakan aku ni lagi comel dari aku, sila like kat facebook ni. Kalau tak like, bermakna hangpa semua mengakui bahawa aku lebih comel dari Ryan. Terima kasih. Walaupun nama dia ada iras-iras Ryan Gigs, tak bermakna dia akan sokong MU besaq nanti. Aku dah siap beli baju Liverpool kat dia. Haha.

http://apps.facebook.com/cutebabycontest/meor-adeeb-ryan-wafa-bin-mohd-khairul-azhar




Dulu-dulu pun aku comel jugak bai. Nama saja tak grand sangat macam Ryan ni.


Pett Kecik 1985

Masa ni mana ada kamera sendiri macam sekarang. Tapi zaman-zaman dulu punya gambaq ni nilai tinggi, amik dalam studio apek. Tu..tuu..baju korporat tuuu.

Monday, July 18, 2011

Kadang -Kadang Bangang Pun Ada Jugak

Sekadar pendapat dari hati yang berwarna merah dan peparu yang berwarna kelabu asap. Aku tak pernah menidakkan atau mengiyakan perkara tentang politik. Tidak pernah aku nak bergaduh mulut, mata, telinga dengan sapa-sapa yang arif tentang hal-hal politik. Sebab aku bukan power macam Satria Baja Hitam untuk melindungi rakyat Malaysia dari segala anasir jahat. Dan sebenarnya aku tak peduli pasal politik yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Yang aku tahu kiamat dah dekat.

Bila aku tengok keadaan semasa, aku ketawa termuntah-muntah. Nasib baik tak terkencing dalam seluaq. Aku tak kerja dengan kerajaan. Aku tak kerja dengan parti pembangkang. Aku tak kerja dengan ahli politik. Aku kerja swasta yang mencari rezeki halal untuk bini dan anak-anak. Aku benci orang politik. Sebab semua politik adalah sama. Sama celaka. Aku tau tanggungjawab aku. Kalau aku pangkah apa-apa parti pun nanti, keadaan takkan berubah. Sama saja. Sebab semua orang dah gila kuasa.

Yang jadi masalah bagi aku bila hang jumpa aku tengah lepak-lepak santai bersandaq belakang dinding dan dengan tanpa malu hang terus berborak tentang politik. Hang pung pang pung pang sana sini. Cakap pasal rasuah, kotor, adil, celaka itu, celaka ini, semua tak betul, perlu perubahan, bermati-matian dan segala macam hujah perborakan hang itu. Aku rasa nak sumbat mulut hang tu dengan 19 batang rokok dunhil aku yang aku tak hisap lagi.

Aku tau hang terer bab politik. Tapi hang ni macam hang ni macam orang gila. Tah mana hala hang mai, hang duduk sebelah aku sambil makan pisang. Boleh pulak hang berborak tentang politik segala bagai dengan penuh taksub. Tapi hang tau dak orang lain tengah tengok kita melepak kat tepi ni? Hang tau dak kita ni kat mana?






Hang tau dak imam tengah bagi khutbah Jumaat kat dalam masjid tu? Hang tau dak???





Cakap-cakap jugak, pisang tu simpan la sikit kat orang belakang bang.

Thursday, July 14, 2011

Tiket Liverpool

"Lu tengok ni?"

Bos aku sedang menayangkan tiket Liverpool depan aku yang sedang bersarapan neslo panas sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul ke araha utara.

"Lu jeles tak?"

"Hahahaha"


"Ada lebih tak tiket bos?"

Aku dah suh member aku beli tapi disebabkan kemalasan dan ketiadaan masa untuk booking walaupun di internet, menyebabkan aku masih belum ada tiket. Dan sebenarnya ada kerja yang masih aku belum settlekan sebelum hari Sabtu ni. So, perasaan nak ke stadium macam terbantut sebab banyak kerja yang tertangguh. Aku mengharapkan keajaiban dan berkat doa aku kepada NYA semoga kerja-kerja aku dapat setle sebelum Sabtu ni. Tekanan kerja yang banyak ditambah tanggungjawab yang diberikan menyebabkan aku tidak banyak masa untuk berrongeng-rongeng walaupun dengan orang rumah.


"Wa ada tiket lebih" bos aku cakap sambil menghembus asap rokok dia ke arah selatan.

Aku tersenyum siput. Senyum gembira campur sama susah hati sebab ada kerja yang belum settle.



"Kalau ada lebih kasi wa satu bos" aku cakap sambil menghulur seketul karipap daging makcik yang jual mahal kat dia.






"Kerja tadak siap, jangan mimpi mau dapat tiket"




Hangpa rasa-rasa aku ada harapan tak dapt tiket grand stand Sabtu ni?






Update: "Nah ini training pass wa bagi lu"






rand stand Sabtu ni?

Wednesday, July 13, 2011

Salah Semua

Semua orang bersalah. Termasuk aku, hang, dia, jiran hang yang rembat buah rambutan kat pokok hang, kawan hang yang pau rokok hang, keluarga hang yang bahagia, awek cun sebelah rumah, awek seksi tepi jalan pakai kain belah sampai nampak peha gebu, tukang bancuh ayaq teh kedai mamak cekik darah, makcik juai kuih mahal nak mampus, orang kerja pejabat ada ekon, menteri-menteri yang buta tuli, pembangkang yang buta perut, perompak power pecah rumah orang time-time hari siang, pelajar sekolah yang berlagak gengster, pelajar U yang pakai duit PTPTN, perogol bangang yang suka rogol dalam semak, polis yang amanah dan polis suka rasuah, askar yang badan kuat lari 30 kali padang bola tak letih, bomba hero padam api dan semua orang kat Malaysia ni tak kira hang baik, jahat, bangang, pandai, bijak, bodoh, hensem, tak hensem, miskin, kaya, melayu, cina, india, kadazan, orang asli dan budak fixi naik beskal takdak brek.


Semua salah sebab politik kotor itu meracun pemikiran kita untuk jadi penipu, pembohong, penfitnah, pengganas, perosak bangsa dan pelacur pemikiran orang sekeliling.




Kita bersalah sebab kita tidak BERSATU.



Yang tersenyum lebaq sambil makan pop corn ialah orang Yahudi mabuk minum todi.



Tepuk tangan semua. Hahaha.

Susah - Duit

Hidup yang hang rasa susah bukanlah susah mana kalau hang rasa benda tu susah. Semua orang patut rasa susah. Susah dalam erti kata kesukaran untuk menghadapi hidup dan mengerjakan sesuatu yang hang nak buat tapi susah.Manusia selalu cakap susah hidup tanpa duit. Duit tu sebenarnya benda susah nak dapat. Maksud aku susah nak dapat bagi memenuhi keperluan dan kehendak hati. Sedangkan adakalanya duit itu boleh buat orang susah. Hang hutang sana sini sampai tak terbayaq sampai 20tahun kerja pun belum tentu habih. Susah kan?

Susah jugak nak senang. Kena usaha. Berdoa. Jangan duduk saja. Aku tak cakap MLM tu duduk saja tunggu duit, tapi majoritinya pun memang begitu. Susah aku nak percaya MLM ni. Serius. Sorry to say (cakap mat saleh) MLM aku fuck. Sebab MLM ramai member putus member. Member makan member pun ada. Family duk gadoh-gadoh. Susah kan? Sapa cakap senang nak dapat duit?


Along? Senang sangat nak dapat duit. Tapi susah dak hang nak bayaq? Susah kan? Senang hati bila dapat duit along. Tapi hakikatnya dia akan susahkan hidup hang. Sebelum buat apa-apa pun kena guna otak. Jangan pakai kepala lutut. Kepala lutut tak boleh pikiaq. Susah ka hang nak pikiaq benda-benda camni?


Susah sebenarnya nak bincang pasal susah ni. Sebagai manusia kita tak susah sebenarnya kalau kita bersyukur setiap apa yang kita usahakan. Allah maha adil. Dah ada rezeki untuk kita. Kena usaha lagi untuk dapat lebih. Berkat doa dan amalan yang kita buat, rezeki tu memang untuk kita.









Susah betui aku nak pakai BMW X6.

Tuesday, July 12, 2011

Lagenda Budak Matrik

Tahun 2000 aku masuk matrik intake January. Matrik intake January ni cuma sekali saja dibuat kat Malaysia ni. Kalau budak-budak lepas SPM tahun 2000 memang tak tau sangat pasai ni. Sebab benda tu dah tak dak lepas tahun 2000. Budak-budak SPM 1999 saja yang pernah melalui benda ni. Aku rasa la. La ni punya matrik aku tak amik pot sangat.

Masa ni budak-budak lepas SPM ditawarkan masuk matrik sebelum result SPM keluaq. Kalau hang lulus cukup syarat untuk matrik, hang boleh teruskan matrik hang. Kalau SPM hang agak kantoi dan tak cukup syarat, hang kena rejek. So, senang cerita, aku punya SPM bagus tapi subjek sains, hancur!

Aku masuk matrik sebab lulus ujian kemasukan matrik. Kira pandai jugak la otak aku ni. Dapat pulak masuk Sains Hayat. Masa tu cita-cita boleh la jadi doktor. Walaupun aku bukan berbakat doktor, tapi berbakat sebagai artis.

Lepas 3 bulan belajaq pasai macamana nak jadi doktor, result SPM keluaq. Aku tak layak jadi doktor depa kata. Depa tendang aku keluaq. Disebabkan kerajaan baik hati, aku ditawar masuk matrik bulan June tapi bukan sebagai doktor, tapi sebagai akauntan. Kat matrik utara nun. Aku ok. Tapi bapak aku tak berapa ok. Pang!!!

Belajaq menjadi seorang akauntan yang berjaya memang susah. Bukan senang. Sebab aku pun tak suka akaun. Lagipun SPM aku tak amik akaun. Seperti awal tadi, aku berbakat menjadi seorang artis. Disebabkan itu, matrik aku di utara tanah air tahun 2000 itu gagal umpama gelas pecah ke lantai. Aku tetap ok. Tak dak hal. Tapi bapak aku tak ok. Pang!!!

Setelah gagal di peringkat akauntan pada tahun 2000-2002, depa menawarkan aku mengulang. Mengulang bermakna hang kena ulang semester lagi belajaq. Tapi kat matrik lain pulak. Bukan semua dapat peluang mengulang ni. Orang yang berbakat saja yang boleh buat camni. Tui dak?

Mengulang punya mengulang, belajaq punya belajaq, akhirnya berjaya jugak aku tamatkan kisah belajaq matrik aku. Walaupun cukup-cukup makan. Kira kenyang jugak la perut. boleh masuk U kot. Dari tahun 2000 - 20003, aku berbakat jadi budak matrik yang kental. Dari 3 semester punya matrik, sampai la 2 semester macam la ni.



Ini baru boleh panggil gua otai matrik bai!

Rasa bangga menguasai diri.






PANG!!!


Bapak aku cakap dengan menggunakan tangan.



"Jangan duk gatai-gatai nak repeat lagi!" - tahun 2003



Aku ok.

Friday, July 8, 2011

Kotor Dan Bersih Di Mana Saja - 2

"Lu tau tak apa gua cakap ni? "

" Hang cakap pasai gotong royong ka? "


"Lebih kurang la"





"Ada karipap?"


".................."

Kotor dan Bersih Di Mana Saja Ada - 1

"Lu tak pi bersih ka esok bai?





"Tak. Aku balik kampung harini. Esok memang aku nak bersihkan rumah nenek aku. Tahun ni raya sana. Banyak sangat lalang-lalang, semak samun yang dah tumbuh meliar kat kawasan rumah. Sebelum terjadi apa-apa, baik aku bersih rumah sendiri dulu. "

Friday, July 1, 2011

Duit Jepun


Bila hang rajin mengemas barang-barang lama hang, adakalanya hang akan terjumpa balik benda yang hang simpan dulu-dulu tapi hang dah lupa hang ada benda tu. Bila aku kemas rumah sewa aku semalam, aku terjumpa balik duit zaman nenek moyang aku yang aku simpan dari sekolah rendah. Aku taruk dalam kotak yang penuh dengan suarat-surat dan gambar2 awek-awek lama. Tapi untuk mengelakkan masalah dengan bini, aku dah buang semua kenangan lama-lama ke dalam tong sampah. Dulu lupa nak buang sebab kotak ni terperuk belakang almari.


Duit Jepun ni aku akan simpan baik-baik. Lagi 10-20 tahun, boleh cecah juta-juta nilai dia ni. Dapat jugak aku merasa pakai Lambogini nanti.