Saturday, January 30, 2010

Kita punya cuti tak sama

Hari Sabtu. Bangun tengahari. Mandi. Makan. Tengok TV. Keluar lepak sampai pagi.
Esok Ahad. Bangun tengahari. Mandi. Makan. Tengok TV. Keluar lepak sampai pagi.

Lusa Isnin. Bangun tengahari. Mandi. Makan. Tengok TV. Keluar lepak sampai malam.

Cuti-cuti ni usha awek-awek seksi memang sungguh bahagia.

***Selamat hari thaipusam & hari Wilayah. Orang wilayah je cuti. Negeri lain tunggu luorang punya cuti.

Wednesday, January 27, 2010

Kecewa Punya Cerita

Kita cakap pasal kecewa. Serius. Kecilkan skop kecewa kepada kecewa bercinta. Mereka cakap bila kecewa bercinta amat sakit. Amat pedih macam haram jadah. Kecewa dalam bercinta banyak sangat sakit. Sakit yang entah apa-apa tah tiba-tiba datang. Lepas itu, kecewa itu akan kawal hidup kau. Kawal makan minum kau. Dia akan suruh kau menangis. Dia akan paksa kau membenci. Dia buat kau macam patung. Selalu termimpi-mimpi sampai ke dunia khayalan kau. Kau layan kecewa itu macam roh dan jasad yang sebati dengan diri kau. Lepas tu kau boleh jadi kurus atau pun jadi gemuk. Punca dia? Kecewa.

Tutup pintu hati pada orang lain. Tutup pintu kasih sayang selamanya. Kau rasa itu yang terbaik. Itu yang paling selamat. Dan hari-hari kau akan melayan perasaan kecewa itu dengan penuh kasih sayang. Penuh jiwa raga kau serahkan pada kekecewaan. Bagai menatang minyak yang penuh kata orang dulu-dulu. Kenapa kita nak biar kecewa itu dalam diri dan simpan sampai mati?

Pada aku kecewa itu tak salah. Kecewa itu bagus. Kalau kau tak kecewa, sampai bila pun kau rasa kau itu bagus. Kecewa itu bukan dalam cinta saja. Kecewa hanya satu perkataan. Tapi kau yang letakkan kekecewaan itu di tangga pertama perasaan kau bila putus cinta. Itu salah. Kecewa sedikit sudah. Biar dia datang bertandang sekejab saja. Buat apa kau tanam kekecewaan itu dalam hati kau. Bukan boleh tumbuh pokok anggur pun dalam hati tu.

Senang cerita, bila kau kecewa kau akan lagi bahagia. Kalau ada yang dah kecewa bercinta tu, jangan cakap pada aku yang kau akan simpan hati kau sampai bila-bila sambil mengharap ada sinar baru nak menyuluh hati la,itu la, macam-macam. Persetankan saja. Kalau hari-hari kau melayan kecewa tu, kau layanlah dia seperti mana kau jaga nyawa kau. Biar kau hidup dengan kecewa tanpa ada arah tuju hidup yang lain.

Aku kecewa dengan orang yang tak punya semangat nak hidup. Terlampau agungkan kekecewaan yang dia lalui. Aku ada seorang kawan yang baru putus cinta 2-3 bulan lalu. Lebih kurang. Aku cakap pada dia, "Lupakan dia. Jangan ambik tau pasal dia. Lu ada duit banyak. Kerja pegawai. Muka boleh tahan kacak. Lu bukak mata luas-luas,pastu usha awek-awek lain kat Malaysia ni.Dia bukan untuk lu." Sekarang aku tengok dah steady bukan main. Dia kecewa hanya sekejab. Tak perlu toleh belakang lagi katanya.

Banyak kisah dan pengalaman yang aku dengar, aku kongsi dan ada juga yang aku lalui. Pada aku orang yang menghambakan kekecewaan dia adalah seorang yang "L"...LOSER! Dan aku tidak suka kalau hari-hari kau cakap pasal kesedihan dan kecewa. Sebab aku hidup dalam dunia yang warna warni. Ada macam-macam kaler yang menarik. Bukan satu kaler sahaja. Yang perlu kita akui, semua manusia pernah kecewa. Kau tak pernah keseorangan.

Apa adahal kalau baru kecewa putus cinta sekali skala! Aku baru semalam di kecewakan.


Semalam punya kecewa:



"Bang...lamb chop hari ni dah habis la.Sorry ye," ucap gadis pelayan di restoran western food sekitar Kuchai Lama.





Tengok? Ini lagi kecewa dari putus cinta tau!

Friday, January 22, 2010

Achik

Tit..tit..

Buka mesej

Abang.Masuk 50.Dah kering - mesej dari aku punya adik laki yang study kt UNIKL.

Mesej macam ni selalu aku dapat di masa-masa kecederaan. Tapi tak pernah aku hampakan adik aku. Walau macamana pun keadaan aku, aku akan pastikan dia ada duit belanja. Aku tau dia pandai berjimat berbanding aku masa dulu. Dia tak hisap rokok. Itu yg bagus.

Jangan harap nak belajar hisap rokok. Aku sepak muka kalau kantoi. Jangan gatal-gatal. Belajar pun bagus setakat ni. Aku dulu pun bagus jugak la belajar. Lepas la jugak. Dia ada awek. Satu U. Aku pun ada jugak dulu. Dulu la. Duluuu. Dan dia pandai jaga awek dia. Tapi...itu aku tak pandai.

Ok.Dah masuk.Jimat sikit duit tu.

Ok.Beres.

Pernah aku tanya kenapa dia tak mintak kat Angah, dia menjawab tenang.


"Angah dah kawen. Dah ada bini. Abang takdak bini lagi."


Luorang tak payah tau jawapan aku. Tak penting.

Ok. Belajar tu elok-elok.Bercinta-bercinta jugak, study tu jangan lupa. Pointer kalu tak lepas 3.5 siap aku belasah! - mesej kasih sayang seorang abang.

Wednesday, January 20, 2010

PettoographerPhoto

Dulu aku mahu gunakan blog ini untuk taruk gambar sambil bercerita. Kalau tengok entry mula-mula dulu, ada gambar-gambar. Selepas itu aku abaikan blog ini beberapa bulan kerana terasa bosan. Selepas beberapa ketika, aku terpengaruh dengan bloggers-bloggers lain yang aku kenal secara tidak sengaja. Berkawan dan terus berkawan. Dengan secara tidak langsung membangkitkan selera untuk menulis pulak. Nah! Sekarang blog ini penuh dengan tulisan merapu dari seorang makhluk asing dari planet Kripton yang kehilangan kuasa sejak berada di Malaysia.

Tapi aku juga ingin satu blog pasal gambar saja. Aku ada banyak koleksi gambar. Tapi bukan gambar bogel. Hanya gambar dari petikan kamera aku yang aku belai dengan kasih sayang. Hanya seorang amatur yang belum ke tahap profesional. Sekadar hobi dan berkongsi cerita dalam bentuk gambar. Adakala sekeping gambar penuh dengan beribu cerita.

Dengan itu lahirlah blog ini untuk aku, kamu dan dia mencuci mata.

Kadang-kadang terpikir, macam la aku punya banyak masa nak handle banyak blog. Harap-harap blog gambar ini takkan mati selagi aku bernafas.


Aku rasa macam tulisan aku agak sedikit bermadah helah sejak akhir-akhir ini. Cittt!

Tuesday, January 19, 2010

Rambut Seekor Kumbang

Apasal aku punya blog nama masih Rambut Kembang? Aku saja taruk "X" bermakna tak kembang lagi. Tapi rasanya masa mula-mula dulu aku patut taruk nama lain macam Rambut Tak Stabil @ Rambut Itu Bukan Emas @ Rambut Sama Hitam Hati Mana Tau Kaler Apa atau mana-mana yang boleh taruk.

Sekarang ni macamana nak kira ni? Rambut aku tak kembang dah. Juga tidak akan kembang lagi untuk tempoh setahun. Rambut aku sudah kembali ke pangkal jalan, ke jalan yang lurus dan di restui oleh bakal-bakal mak dan bapak mertua.

Monday, January 18, 2010

Anak Emak

Aku akan call mak aku seminggu 3-4 kali. Borak-borak. Tanya khabar. Tanya cara nak masak gulai dan rendang, tak pun pizza dengan lamp chop. Kadang-kadang terlencong berborak pasal jodoh aku. Risau jugak aku kalau mak pi cari jodoh aku siap-siap. Nanti tak dapat aku nak mempraktikkan skill-skill aku dalam mengorat pompuan. Ilmu mengorat pun ada la sikit-sikit. Cukup-cukup makan.

Sejak adik lelaki aku kawen 2 bulan lepas, kegiatan menjodohkan aku amat rancak berjalan di kampung sambil di sertai oleh makcik-makcik aku. Anak Pak Leman la, anak makcik Temah la. Cucu Tok Imam. Anak sepupu makcik belah tok wan la. Berapa punya cepat mereka mengumpul maklumat tanpa menggunakan aplikasi Facebook. Mak mahu tambah menantu katanya. Meriah. Kalu macam tu aku boleh cari 4 menantu untuk mak sekaligus. Bapak aku pulak duk tunggu cucu sulung. Tak sabar katanya nak jadi datuk. Nak jadi Datuk K nanti mak jeles.

Sejak 2 minggu lepas, aku terlalu sibuk siapkan kerja-kerja aku. Blog aku ketepikan seketika. Facebook aku jenguk mana sempat. Lagipun aku tak bela ikan ataupun bercucuk tanam dekat facebook. Dalam tempoh tersebut aku jarang nak call mak. Ada sekali dua sebab terlalu busy. Kalau aku tak call mak lebih dari 4 hari, mak akan call aku. Itu kebiasaannya.

Tapi dah lebih dekat seminggu mak tak call. Takkan disebabkn aku menolak pinangan anak perempuan tok mudim tu mak merajuk? Aku pun hairan. Lalu beberapa hari lepas aku call mak.

“Mak, lama tak call. Sihat ka?”

“Mak sihat la. Saja tak call Along. Along kan sibuk keja. “

“Alaa..mak pun macam sibuk tak call along”
Kata aku sambil mengharapkan jawapan rindu seorang mak.

“Menantu mak selalu call sekarang,tu yang lupa nak call along”

“Ooo..”
jawapan pendek aku.


Mak dah tak rindu anak sulungnya ini. Lalu aku merajuk.

Friday, January 8, 2010

Kisah Budak Praktikal - Mengajar erti ketahanan mental

Ada dua orang student praktikal (LI). Sorang laki,sorang gadis.Yang gadis sekarang bukan under department aku. Tapi dia mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan usaha untuk bersosial dengan alam pesekitaran pejabat agak tinggi. Boleh di pertimbangkan untuk kerja di kompeni swasta nanti.

Si laki pula sorang yang kat dahi dia tertulis pointer lebih 3.5. Agak pendiam dan mempunyai muka yang tak bersalah di sisi undang-undang. Ada sedikit perasaan takut takut bila nak bercakap dengan aku yang bermuka peramah ni. Mungkin ini disebabkan pergaulan yang terhad atau tidak belajar hisap rokok atau ponteng sekolah atau tidak pernah mengendap pelajar pompuan sejak sekolah. Kurang pengalaman dalam menjadi budak nakal serta skil komunikasi yang lemah boleh menyebabkan keyakinan diri jadi rendah sampai jalan pun tunduk ke bawah.

Mungkin di sebabkan perasaan hormat yang tinggi sampai dia kurang selesa dengan alam pekerjaan sebegini. Tapi tak mengapa, perkara biasa bagi student-student praktikal. Sebagai senior, aku cuba berkomunikasi secara lemah lembut tapi cara tersebut agak kurang mencabar dan kurang berkesan tambah-tambah dia seorang lelaki, agak gay di situ. Pendekatan secara lemah lembut akan menyebabkan mereka tidak tahan lasak dan boleh menangis kalau kena marah. Kerja di kompeni swasta perlu steady bila kena maki. Perlu kuat ketahanan mental. Kena ada keyakinan dalam menghadapi masalah. Kalau kena marah asyik nak keluar air mata, lebih baik tolong mak potong bawang kat rumah.

Oleh itu, aku mengambil langkah-langkah yang terbaik dalam memberi tunjuk ajar dan latihan motivasi serta mental kepada mamat ni. Salah satu latihannya ialah membeli goreng pisang dekat simpang jalan tiap-tiap petang. Ini melatih dia lebih aktif dan bertenaga. Masuk kerja seawal 8.30 pagi walaupun opis bukak kul 9 pagi. Ini mengajar erti punctuality. Waktu balik kerja bergantung kepada waktu aku balik. Jarang aku balik pukul 6 petang. Habis awal pun pukul 8 malam. Aku akan selalu memberi tugasan bila dia balik rumah, kena cari dalam internet dan esok kena explain kat aku apa yang dia dah carik. Kat opis, bila ada masa terluang aku akan saja-saja tanya secara mengejut apa yang dia dah belajar. Menggelupur dia menjawab. Dengan cara-cara sedemikian, tahap kepekaan dia akan lebih bagus dan sentiasa bersedia.

Aku ada tanya dia,”Berapa lama ko praktikal kat sini?”


Dia jawab,”4 bulan lebih bang”

Aku tak jawab, tapi aku senyum.

Macam cikgu disiplin.


***Perbuatan ini bukannya bererti membuli,tapi adalah salah satu cara membentuk insan yang lebih berdaya saing,cekal,berfikiran positif dan mantap untuk membangunkan syarikat seterusnya menjadi belia dan pemuda harapan bangsa,negara dan agama. Sekian.

Wednesday, January 6, 2010

Baru

Aku baru nak susun jadual hidup 2010. Kelam kabut sikit nak cover sana sini. Nak sms dengan awek Thailand pun main celah-celah bedah je. Dalam kelam kabut aku duk sibuk,sempat jugak aku kasik pacak rambut aku macam landak.

Rambut lebih aku yang dipotong semalam aku cadang nak jual kat sapa2 yg tak cukup rambut. Sekilo RM50.