Wednesday, January 27, 2010

Kecewa Punya Cerita

Kita cakap pasal kecewa. Serius. Kecilkan skop kecewa kepada kecewa bercinta. Mereka cakap bila kecewa bercinta amat sakit. Amat pedih macam haram jadah. Kecewa dalam bercinta banyak sangat sakit. Sakit yang entah apa-apa tah tiba-tiba datang. Lepas itu, kecewa itu akan kawal hidup kau. Kawal makan minum kau. Dia akan suruh kau menangis. Dia akan paksa kau membenci. Dia buat kau macam patung. Selalu termimpi-mimpi sampai ke dunia khayalan kau. Kau layan kecewa itu macam roh dan jasad yang sebati dengan diri kau. Lepas tu kau boleh jadi kurus atau pun jadi gemuk. Punca dia? Kecewa.

Tutup pintu hati pada orang lain. Tutup pintu kasih sayang selamanya. Kau rasa itu yang terbaik. Itu yang paling selamat. Dan hari-hari kau akan melayan perasaan kecewa itu dengan penuh kasih sayang. Penuh jiwa raga kau serahkan pada kekecewaan. Bagai menatang minyak yang penuh kata orang dulu-dulu. Kenapa kita nak biar kecewa itu dalam diri dan simpan sampai mati?

Pada aku kecewa itu tak salah. Kecewa itu bagus. Kalau kau tak kecewa, sampai bila pun kau rasa kau itu bagus. Kecewa itu bukan dalam cinta saja. Kecewa hanya satu perkataan. Tapi kau yang letakkan kekecewaan itu di tangga pertama perasaan kau bila putus cinta. Itu salah. Kecewa sedikit sudah. Biar dia datang bertandang sekejab saja. Buat apa kau tanam kekecewaan itu dalam hati kau. Bukan boleh tumbuh pokok anggur pun dalam hati tu.

Senang cerita, bila kau kecewa kau akan lagi bahagia. Kalau ada yang dah kecewa bercinta tu, jangan cakap pada aku yang kau akan simpan hati kau sampai bila-bila sambil mengharap ada sinar baru nak menyuluh hati la,itu la, macam-macam. Persetankan saja. Kalau hari-hari kau melayan kecewa tu, kau layanlah dia seperti mana kau jaga nyawa kau. Biar kau hidup dengan kecewa tanpa ada arah tuju hidup yang lain.

Aku kecewa dengan orang yang tak punya semangat nak hidup. Terlampau agungkan kekecewaan yang dia lalui. Aku ada seorang kawan yang baru putus cinta 2-3 bulan lalu. Lebih kurang. Aku cakap pada dia, "Lupakan dia. Jangan ambik tau pasal dia. Lu ada duit banyak. Kerja pegawai. Muka boleh tahan kacak. Lu bukak mata luas-luas,pastu usha awek-awek lain kat Malaysia ni.Dia bukan untuk lu." Sekarang aku tengok dah steady bukan main. Dia kecewa hanya sekejab. Tak perlu toleh belakang lagi katanya.

Banyak kisah dan pengalaman yang aku dengar, aku kongsi dan ada juga yang aku lalui. Pada aku orang yang menghambakan kekecewaan dia adalah seorang yang "L"...LOSER! Dan aku tidak suka kalau hari-hari kau cakap pasal kesedihan dan kecewa. Sebab aku hidup dalam dunia yang warna warni. Ada macam-macam kaler yang menarik. Bukan satu kaler sahaja. Yang perlu kita akui, semua manusia pernah kecewa. Kau tak pernah keseorangan.

Apa adahal kalau baru kecewa putus cinta sekali skala! Aku baru semalam di kecewakan.


Semalam punya kecewa:



"Bang...lamb chop hari ni dah habis la.Sorry ye," ucap gadis pelayan di restoran western food sekitar Kuchai Lama.





Tengok? Ini lagi kecewa dari putus cinta tau!

21 comments:

  1. ok..then bile abg eddy stat bebel, kalah tok wan..admit. n i have to take or leave it. but series,kecewa chenta sgt sakit.xlalu makan.tp kejap je.x smpai bape hari, selera makan kembali tahap normal.ngee~~

    ReplyDelete
  2. haha kecewa xde lamb chop xleh tahan tu~~

    but anyway aku setuju dgn ko. mmg la sakit putus cinta tu, tp kita tak boleh biarkan itu menjatuhkan kita. Use it to our advantage supaya kita lebih berjaya. Tunjuk pada 'ex' kita tu kita boleh berjaya tanpa dia.

    Btw, bukan ko masa putus cinta dulu teruk gak ke? ehem. ehek. :p

    ReplyDelete
  3. nini:hahaha..rilex2 wahai cousinku yg comel.rasanya tiada masalah bg nini utk ghadapi kekecewaan tersebut kerana nini sudah lalu utk makan.cuma perlu mengwal dr terlbih makan.haha.steady la.ramai lg jejaka yg lebih baik utk nini.terima kasih.sekian motivasi utk jam ini.haha.

    nia:welcome to my blog.tapi aku x frust sgt masa break ng awek kt matrik tu.hihi.sbb masa tu akukan bdk2 nakal yg gagal.dia pun mtk putus cara baik.skg pun aku dgr dia dah berjaya kejar cita2 dia.bagus la.sama2 dh bejaya.haha.

    ReplyDelete
  4. fendi:Intro tu taktik aku je bro..intro pjg2 sbb nak serapkan kempen suka membaca..point dia sebenarnya,awek restoran tu mmg cun!haha..kasik la dgg kambing 2-3 kilo yg lu kejar semalam.

    ReplyDelete
  5. dia mmg pesen gini..kl intro lain mcm pjgnye..jgn percaya la baris akhir tu ade kaitan...
    hahahaha..




    ..sizzling steak pn sedap weh..pehh =P~

    ReplyDelete
  6. aku kecewa.....
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ............sbb ko xblanje aku lagi..

    hahahhahahha.............

    ReplyDelete
  7. aku tak kerja pegawai.
    aku tak kacak.

    yang ini baru betul2 loser. kan?

    ReplyDelete
  8. hanie:Intro sekali skala kena pjg2.so,bila nk blanja aku mkn steak?haha

    kejora:Ok..tggu bulan depan..aku pi sana..kita lepak2 makan..ko bayar.haha

    anas:kerja xmelambangkan seseorg,kacak tak semestinya ada duit,loser bukan utk org yg bukan pegawai @ org kaya..loser utk org yg tak pernah cuba sampai berjaya.hang bukan loser sahabatku.hg seorang yg kuat berusaha!hang juga kacak.bereh?hehe.

    ReplyDelete
  9. ehee..penah seketika dulu epal rasa macam nak extend study je gara2 broke up ngan si kepala kemek..

    laaaaaaagi la loser kan?

    ReplyDelete
  10. lamb chop?

    aku pun frust gile macam tu woi...tambah2 plak bila tengah2 ada duit, teringin nak makan lamb chop...sekali dah abeh plak...

    nak tunggu esok? esok nak makan lain pula...huhu...

    ReplyDelete
  11. x de lamb chop chicken chop ade hehe

    ReplyDelete
  12. epal:Dulu kan?skrg dah ok?so,lepaskan masa lalu as a pengalaman&pengajaran.pehhh,aku dah bole ganti Fazilah Kamsah.haha

    aslina:nanti kita mkn sama2 ye as..hihi

    cik biol:chicken chop tak setanding lamb chop.huhu

    pekerja kontrak:Lu pun dpt rasa..mmg kecewa gua ng lamb chop..haha

    ReplyDelete
  13. lu lg syg lamb chop drp wa?
    ok fine... kite putus kawan selama 15 minit...

    ReplyDelete
  14. crazylabelle:wa syg lamb chop dr lu..sbb lu mcm chicken chop..ok,masa dh tamat..kita sambung kawan.hehe

    ReplyDelete
  15. itu kamben utk qiqah....
    bkn pula utk sedekah....
    kalu nk menkedarah....
    sila jemput dtg rumah...

    jawab tuan jawab!
    heh.....

    ReplyDelete
  16. Anak ayam pi sekolah,
    Anak itik pi berkelah,
    Rumah buat kenduri qiqah,
    Kalau dekat boleh aku singgah.

    terer jgk aku pantun.haha.

    ReplyDelete
  17. alah pe kesah kcewa cinta...awek lari cari lain...
    lamb chop kuchai lme abes...kt subang jaya mlambak beb...:)...(de restoran ni tiptop sos dier) meh..meh..

    ReplyDelete
  18. aah.kecewa juga bila oder nescafe tarek gelas besar mamak kasik nescafe tak tarek gelas kecik..kecewa.kecewa.
    mungkin aku kne start minum air masak sampai muntah~

    ReplyDelete
  19. tersedar lepas baca.
    terima kasih sangat!

    ReplyDelete