Friday, January 8, 2010

Kisah Budak Praktikal - Mengajar erti ketahanan mental

Ada dua orang student praktikal (LI). Sorang laki,sorang gadis.Yang gadis sekarang bukan under department aku. Tapi dia mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan usaha untuk bersosial dengan alam pesekitaran pejabat agak tinggi. Boleh di pertimbangkan untuk kerja di kompeni swasta nanti.

Si laki pula sorang yang kat dahi dia tertulis pointer lebih 3.5. Agak pendiam dan mempunyai muka yang tak bersalah di sisi undang-undang. Ada sedikit perasaan takut takut bila nak bercakap dengan aku yang bermuka peramah ni. Mungkin ini disebabkan pergaulan yang terhad atau tidak belajar hisap rokok atau ponteng sekolah atau tidak pernah mengendap pelajar pompuan sejak sekolah. Kurang pengalaman dalam menjadi budak nakal serta skil komunikasi yang lemah boleh menyebabkan keyakinan diri jadi rendah sampai jalan pun tunduk ke bawah.

Mungkin di sebabkan perasaan hormat yang tinggi sampai dia kurang selesa dengan alam pekerjaan sebegini. Tapi tak mengapa, perkara biasa bagi student-student praktikal. Sebagai senior, aku cuba berkomunikasi secara lemah lembut tapi cara tersebut agak kurang mencabar dan kurang berkesan tambah-tambah dia seorang lelaki, agak gay di situ. Pendekatan secara lemah lembut akan menyebabkan mereka tidak tahan lasak dan boleh menangis kalau kena marah. Kerja di kompeni swasta perlu steady bila kena maki. Perlu kuat ketahanan mental. Kena ada keyakinan dalam menghadapi masalah. Kalau kena marah asyik nak keluar air mata, lebih baik tolong mak potong bawang kat rumah.

Oleh itu, aku mengambil langkah-langkah yang terbaik dalam memberi tunjuk ajar dan latihan motivasi serta mental kepada mamat ni. Salah satu latihannya ialah membeli goreng pisang dekat simpang jalan tiap-tiap petang. Ini melatih dia lebih aktif dan bertenaga. Masuk kerja seawal 8.30 pagi walaupun opis bukak kul 9 pagi. Ini mengajar erti punctuality. Waktu balik kerja bergantung kepada waktu aku balik. Jarang aku balik pukul 6 petang. Habis awal pun pukul 8 malam. Aku akan selalu memberi tugasan bila dia balik rumah, kena cari dalam internet dan esok kena explain kat aku apa yang dia dah carik. Kat opis, bila ada masa terluang aku akan saja-saja tanya secara mengejut apa yang dia dah belajar. Menggelupur dia menjawab. Dengan cara-cara sedemikian, tahap kepekaan dia akan lebih bagus dan sentiasa bersedia.

Aku ada tanya dia,”Berapa lama ko praktikal kat sini?”


Dia jawab,”4 bulan lebih bang”

Aku tak jawab, tapi aku senyum.

Macam cikgu disiplin.


***Perbuatan ini bukannya bererti membuli,tapi adalah salah satu cara membentuk insan yang lebih berdaya saing,cekal,berfikiran positif dan mantap untuk membangunkan syarikat seterusnya menjadi belia dan pemuda harapan bangsa,negara dan agama. Sekian.

17 comments:

  1. aku kagum tengok gamba...rasa nak lempang...hahahahahahaha~~!!!

    ReplyDelete
  2. ya2...pembina modal insan!
    cehhhhh......

    ReplyDelete
  3. hooo..buli dak LI ye..
    kitorang hari tu LI xkene buli dgn staff tapi kene buli dgn client..
    hampeh!

    ReplyDelete
  4. peeerahh mabukk..pembuli konon. Wargh besar bangat pangkat ko kat kampeny tu smpai buleh main2 suh g beli g.pisang..tingat zaman2 ko skolah dulu..bukan ke pun mcm tu??wakakahhh..edy dah berubah.

    ReplyDelete
  5. jahat giler..fyi, i pun mmg tgh practicL Skgni...
    kelakuan abg tegas tu sebijik cam awak...
    eeii grramm

    ReplyDelete
  6. aku ase dia bkn takut tgk muka peramah ko tu...
    tp aku syak dia terbyg muka landak..

    ahahhaha~

    ReplyDelete
  7. BNS:Sebelum ko lempang aku,aku lempang mamat ni dulu..haha

    afendi:Aku menyahut seruan kerajaan utk membentuk pemuda2 harapan bangsa.haha

    purple:Kalau client tu xpe..kira kena buli pun utk kepentingan syarikat.hehe

    roxia:Alamak..kekasih lama.haha.nanti aku tulis cinta monyet kita zaman sekolah ok x?hehe

    faryn:sapa pembuli?nk kena buli x?hehe.

    blackhunney:sapa brader tu?aku kasik siku skit..berani dia buli bdk praktikal pompuan yg comel camni..hehe.dia nk ngorat tu sebenarnya.

    hanie:Aku syak jgk tu..dulu rambut Rejoice dia x gerun sgt..rambut landak ni dia rasa gigil sikit.haha

    ReplyDelete
  8. 4 bulan tu.
    memang naik lemak lah. bila mau suruh dia beli 4D plak nih Pett?

    ReplyDelete
  9. Rasa macam nak pass kat dia nombor telefon tele-dera lah :D HAHA!

    ReplyDelete
  10. kasi kaw-kaw budak junior tuh..
    biar dia rasa pahit manis bekerja..
    hahahahahaha....

    ReplyDelete
  11. buli2 tu biasa... utk break da ice bak kate org jawa... tp satu je... lu pon pada2... msukkan unsur muhibbah etc... mne la taw sok luse die jd bos lu ke...

    ReplyDelete
  12. rugi aku xmintak praktikal kat kampeni ko...heheh

    ReplyDelete
  13. gila ar.cigu disiplin pun x macam lu.haha

    ReplyDelete
  14. dewajiwa:skg aku tgh ajar dia mengorat anak perempuan makcik goreng pisang.haha.4D ujung bulan depan.

    khaleeqa:berani dia nk call teledera..aku x sign dia punya report nanti.haha.

    kejora:bukan pahit manis je.masam masin pun aku kasik sekali.Belum termasuk kelat payau.hehe

    crazylabelle:Xde psl dia nk jd boss wa.wa jd boss dia ada la.haha

    nida:Boleh mtk keje sini trus xpe..xyh praktikal.huhu.

    vivi:Gua cikgu pendidikkan jasmani dan rohani.haha

    ReplyDelete
  15. isk isk iskkkk sambil geleng2 kepala

    ReplyDelete
  16. Weh sedak² pun .ayat penyedap baik pergi tolong mak potong bawang kat dapur mu ingat budok tuu bodo . Yer mari nok belajo nuntut ilmu

    ReplyDelete