Wednesday, March 30, 2011

Pemanduan Rakyat Malaysia - Bukan Siapa Siapa

Dia kata hang bawak kereta macam celaka. Hang pun cakap dia bawak kereta macam haram jadah. Dia kata hang bawak laju macam pelesit. Hang kata "Mana ada!!!Hang yang bawak macam pelesit!". Muka hang ketat. Muka dia lagi ketat.

Dia kata hang tak bagi signal bila masuk simpang. Hang kata dia pun sama jugak! Hang cakap dia selalu bawak kereta tak sabaq-sabaq nak memotong. Dia kata hang pun duk potong kat double line ikut suka hati.

Hang pun tak puas hati dia cakap macam tu. Hang kata dia lagi bengap sebab memandu sambil sembang dengan talipon tangan. Dia kata hang lagi bengap sebab mekap sambil memandu. Dia kata hang tak cekap bawak kereta. Main redah saja. Hang kata dia pun duk selalu bawak kereta cucuk-cucuk bontot kereta lain dengan laju.

Dia kata kat hang lagi, hang tu tak peka keadaan sekeliling masa memandu. Hang cakap dia pun apa kurangnya. Hang kata dia dikriminasi. Dia kata betui la yang hang tu bawak kereta bahaya sangat. Hang cakap kat dia, dia pun sama bahaya bawak kereta macam kereta lumba.

Hang kata dia. Dia kata kat hang. Hang kata dia bahaya. Dia kata hang lagi la bahaya. Hangpa berdua dua-dua bengap!


Yang bahaya kita. Kita yang bergelar rakyat Malaysia! Bukan dia. Bukan hang.


Bodoh piang.

Monday, March 28, 2011

Bila Hang Kecewa Hang Patut Bunuh Diri

Bila hang ada masalah keluarga, hang bergaduh dengan mak pak hang. Lepas tu hang merajuk. Mak pak hang bagi nasihat. Depa marah sebab hang nakal. Sebab hang slalu keluaq malam. Pi disko sana sini. Merempit macam pelesit. Contohnya. Depa takkan marah hang kalau hang pi mesjid. Hang pi ceramah agama. Depa marah hang bila hang buat salah.


Hang berjiwa muda. Hang cakap hang tak salah. Hang saja betui. Mak pak hang yang salah. Tak memahami jiwa muda hang kata. Hang pun tensen. Runsing mengalahkan Perdana Menteri. Kepala otak hang pulak tak boleh menerima tekanan sama macam hang kena baca buku nak amik SPM.


Hang pulak mungkin ada balak. Hang bercinta macam nak runtuh bulan mengambang di tengah malam. Sayang menyayang sampai ke syurga hang kata. Celaka. Nampak sangat hang ni bengap. Berkasih sayang macam laki bini. Nasihat mak pak hang dah tak amik kisah dah. Hang rasa hang betui buat segala benda.


Hang mungkin putus cinta. Mungkin hanya ada masalah percintaan. Kecewa dengan hidup. Dunia sudah tak bermakna lagi bagi hang. Hang sorang saja yang ada masalah keluarga. Hang sorang saja yang putus cinta dalam dunia ni. Hang sorang saja yang kecewa dan merana. Hang sorang saja dalam dunia ni ada masalah macam ni. Hang sorang saja. Manusia dalam dunia ni semua takdak masalah macam hang. Dalam rekod dunia kekecewaan hidup hang paling bangsat sekali dalam dunia. Tercatat dalam buku rekod dunia dan alam semesta. Gila hang betui-betui dasyat. Manusia seluruh alam bersimpati dengan hidup hang. Hang adalah manusia terakhir yang ada masalah macam ni.


Oleh itu, eloklah hang panjat bangunan tinggi-tinggi dan pastikan ketinggian itu melebihi bangunan 3 tingkat dan kalau hang terjun, hang boleh mati. Satu lagi panduan ialah, bila hang dah nekad nak terjun bangunan dan hang betui-betui nak mati sebab masalah dunia hang. Hang jangan berhenti separuh jalan. Jangan hang duk tunggu sampai bomba,polis,ambulan or RELA mai. Hang nak mati bukan susah, hang naik tingkat atas, sampai tepi tebing tu, hang tutup mata, mengucap jangan lupa, lepas tu hang terus terjun. Senang. Bomba tak payah kalut nak tolong hang. Polis mai amik mayat hang. Reporter mai tanya apa kes.


Esok kuar surathabaq dengan tajuk besaq:


"MANUSIA MALANG TERAKHIR DI DUNIA SUDAH PUPUS KERANA BUNUH DIRI"


Malaysia, 24 Mac 2011: Satu-satunya manusia didunia yang mempunyai masalah keluarga dan masalah percintaan akhirnya mati kerana terjun bangunan. Seluruh manusia di dunia merasa ini satu kehilangan yang besar kerana selepas ini tiada lagi manusia yang kecewa sepertinya. Pihak muzium dunia mungkin akan memohon kebenaran kerajaan Malaysia untuk mereka mengawet dan mengabadikan mayat manusia tersebut di Muzium Dunia sebagai warisan dan sejarah dunia. Bla..blaa..





Tapi hakikatnya manusia seperti yang tersebut masih ada lagi didunia ini. Kita masih bernasib baik sebab kita masih berpeluang melihat orang seperti mereka-mereka mati bunuh diri. Bukan senang nak jumpak orang gila macam ni.

Tuesday, March 8, 2011

Bila Kita Naik Bas

Perjalanan jauh. Makan masa 3-8 jam contohnya. Tempat duduk bas selalunya sepasang. Dan hang letih. Mungkin mood hang tak berapa nak baguih contohnya. Hang dah duduk kat dalam bas. Sebelah hang ada lagi penumpang. Tak kisah laki ka pompuan ka pondan. Dia mungkin senyum kat hang. Mungkin tidak. Hang dengan dia tak pernah kenai pun. Kalau dia senyum kat hang maknanya hang akan menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. "Balik mana?" "Orang mana?"
2. "Study sini ka?" or "Keje kat mana?"
3. "Dah lama duduk sini?"
4. "Hmm..saya pun duk kat situ jugak. Rumah kat area mana?"
5. "Lama betul la bas ni nak jalan kan?"
6. "Seronok ka study @ kerja kat situ?"
7. Dan lain-lain soalan.

Lepas dia dah start tanya hang macam tu, dia mesti nak lanjutkan lagi perborakan dia. Hang pulak memang jenis malas nak sembang-sembang kalau naik bas. Ataupun memang jenis nak tidoq saja, bila terjaga saja "Oh, dah sampai dah".

Dia duk senyum sambil pancing nak ajak borak-borak. Orang macam ni kalau di layan, kita berkemungkinan bertuah mendengar kisah hidup dia dari dia keluaq dari perut mak dia sampai la ni.



Oleh itu, benda-benda yang wajib ada selain beg plastik dalam poket seluaq hang adalah henpon @ novel @ MP3 @ MP4.

Tak pun hang taruk minyak cap kapak sikit kat kepala. Picit kepala sikit. Lepas tu hang buat-buat pening sambil tangan hang seluk poket seluaq hang. Mata hang jeling-jeling sikit kat orang sebelah.



Kasi bunyi plastik sikit. Buat-buat batuk kahak sikit.





Silap-silap dia turun amik bas lain.


Selesai masalah hang.

Friday, March 4, 2011

Bacaan Hari Jumaat

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)

Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.Gempa bumi di Timur.
8.Gempa bumi di Barat.
9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Aku hanya berkongsi. Sama-sama mengingati. Aku bukan bagus pun.


Aku copy paste saja tu. Banyak yang aku baca hari ni. Sekurang-kurangnya kita ingat hari kiamat.

Alaaa bai..jangan cakap aku tunjuk baik la apa la. Kita kena ingat, mati tu pasti. Kiamat juga pasti.


Tui dak?
Tak sedaq lagi? Ikut hang la.

Tanda yang kecik-kecik dah bersepah dah keluaq. Pehhhhh! Amacam?

Wednesday, March 2, 2011

Heppy Beday Mak

Semalam hari jadi mak yang ke 50. Aku nak wish tapi adik-adik cakap tak payah wish sebab mak tak mau sambut harijadi tahun ni. Ok, aku faham sebab bapak aku baru saja kembali ke rahmatullah 3 minggu lepas. So, aku tau apa yang mak aku rasa.Bak kata adik aku dalam bahasa orang putih di fb dia:

"Happy birthday to my mom, even she refused to celebrate or receive any birthday wish from her kids..We know she still sad & miss our late father .."

Tapi mak aku ok. Cuma mungkin sunyi sebab kekasih hati dia yang dia kenal sejak 31 tahun dulu dah tiada di sisi. No hal mak, anak-anak mak masih ada. Sekarang semua kembali normal. Adik-adik aku ok saja. Tapi dalam hati masing-masing tak tau kan? Sedih tu perkara biasa. Semua orang akan mengalami benda macam ni. Cuma orang yang takdak hati perut dan berhati syaitan saja yang tak rasa sedih. Tul dak?

Semalam aku call mak, tapi tak wish beday pun. Saja talipon macam biasa. Sembang punya sembang mak tanya pasal persiapan aku nak kawen ni. Aku cakap semua ok saja. Mengikut perancangan. Mak kata baguih la. Hal-hal kenduri pun tengah berjalan seperti dirancang. Satu saja mak tanya kat aku.

"Kursus kawen hang p dak lagi?"



Pagi tadi jugak aku daftar kat pusat kursus kawen!


Sabtu ahad ni jangan ajak aku pi disko. Sibuk sikit.