Friday, February 10, 2012

Pak - 10 Febuari 2011

Pukul 2.05 petang 10.02.2011


Aku sampai di perkarangan Hospital Parit Buntar, Perak setelah pelbagai halangan sepanjang pemanduan dari Kuala Lumpur. Ramai sanak saudara dan kenalan pak yang aku kenal memenuhi kawasan hospital.


Aku berjalan menuju ke ruang kecemasan. Ramai yang menangis.


Sekujur badan yang kaku di selimuti kain putih terbaring di atas katil. Dikelilingi saudara mara dan rakan-rakan pak. Mereka memandang aku. Aku hanya menuju ke arah itu. Aku membuka kain putih dan senyuman pak tersenyum kaku. Kelopak mata tertutup rapat. Aku mencium dahi pak tanpa linangan air mata.




"Hang lambat 5 minit..." seorang sepupu aku menyapa lembut kepada aku.

Aku tenang dan pasrah dengan apa yang berlaku. Aku tahu Allah SWT telah tetapkan apa yang terjadi. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah lagi hina ini. Aku sejujurnya tenang untuk menghadapi apa-apa situasi ketika itu.


Sekarang genap setahun pak meninggalkan aku, mak dan adik-adik. Alhamdulillah, kami lebih dekat dengan mu ya ALLAH. Hanya padaMu kami berlindung dan hanya padaMU kami memohon.


Al-fatihah untuk Allahyarham Suhaimi bin Salim.




P/S: Mood aku nak menulis sekarang terbantut dengan tuntutan kerja. Sementara menunggu bini bersalin bila-bila masa. Ewahh.