Friday, July 31, 2009

Aku nak jadi hero filem boleh?

Ada orang tanya aku kenapa aku tak kerja sektor kerajaan. Bukan aku anti kerajaan atau aku pihak pembangkang, tapi aku seorang yang amat tidak berdisplin. Sedikit selekeh dari segi pakaian (juga cerewet).

Dari Pak Lah jadi menteri sampailah Najib amik alih, banyak kali aku hantar surat cadangan supaya orang kerja kerajaan boleh simpan rambut panjang. Tapi,sampai sekarang beliau tidak membalas surat rakyat macam aku. Tak prihatin langsung keperluan remaja dewasa macam aku. Atau mungkin kerana dia tidak cukup rambut.

Oleh itu, aku lebih senang bekerja kuli di sektor swasta. Nie gaya rambut aku di ofis. Mesti Najib cemburu. Huh!
Ada sapa-sapa nak amik aku jadi hero filem tak?Pengarah muda lagi bergaya serta masih solo si Elly, lu boleh ujibakat gua. Berlakon free pun xpe.

Thursday, July 30, 2009

Berapa harga sebatang gigi palsu?

2 minggu lepas adik aku yang belajar kt UNIKL xcident moto kat kampung. Berbekalkan vespa biru yang baru dia beli, dia meluncur laju ke arah kereta proton waja yang dipandu orang bodoh yang malas nak kasi signal bila masuk simpang. Apa punya celaka pemandu macam tu.

Dengan helmet separuh Nazi yang adik aku pakai tu, telah menghancurkan cermin kereta tu. Nasib pemandu kereta tu aku malas nak cerita. Itu kisah orang kampung aku. Lu orang boleh agak apa yang jadi kalau kena langgar kat kampung sendiri lepas tu buat muka kerek campur muka ketat sound adik aku yang tengah berdarah kepala.

Sebagai abang yang penyayang, memang aku nak terus je balik kampung, tapi bila adik aku dah call terus tak jadi balik:

Adik : Acik ok bang. Sikit ja luka.
Abang : Confirm?
Adik : Confirm bro,semua ok, vespa remuk depan.
Abang : Patah-patah tulang tak?
Adik : Tak. Tapi hilang satu gigi depan.
Abang : Awek lari tak?
Adik : Steady lagi bang.
Abang : Ok la tu.
Adik : Abang, mintak tolong boleh?


Kesimpulan cerita, duit nak repair vespa dengan nak buat gigi baru, lu agak-agak sapa nak tanggung?Insuran sah-sah 5-6bulan baru dapat.

Dah susut sikit duit aku simpan untuk kawen.

Tuesday, July 28, 2009

Ingat senang ke nak jatuh cinta

Orang itu ada. Mamat tu pun ada. Member aku pun semua ada sorang satu. Mamat muka pecah rumah tu pun boleh ada. Pakcik cleaner tu pun ada. Orang tua yang nak mampus lagi seminggu dua pun ada 2-3 orang. Yang muka kacak pun ada pasang 4-5 orang. Yang dah berbini pun tak lepas peluang pasang sorang dua. Yang banyak duit lagi senang dapat. Yang tak berduit lebat pun boleh ada. Lu orang pun mesti ada kan?


Kadang-kadang terasa mahu ada awek. Amacam ni?

Monday, July 27, 2009

Petua diet yang jarang berkesan

9.00malam

Pett : Pojie, makan nasi jom.

Pojie : Wa diet. Malam tak makan nasi dah. Jaga badan beb.

Pett : Ooo..ok. Tapi wa goreng nasi ni. Sedap.

Pojie : Lu makan sorang-sorang je la. Wa makan ringan-ringan je.

Pett : Makan apa?

Pojie : Wa dah tapau burger ayam 2 biji.

Pett : Hmmm...ok.

Saturday, July 25, 2009

Tinted keta murah - Tolong adik aku promote bisnes

Disebabkan aku ni abang yang amat baik hati dan selalu menolong adik-adik, aku promote bisnes adik ke-2 aku yang amat rajin mencari duit dan selalu memberi abangnya pinjam duit. Berapa banyak dia punya bisnes pun aku tak tau. Raya Haji dia nak kawen. Aku sebagai abang mengalah dulu, bagi adik-adik kawen. Hero macam biasa, last-last baru kawen.

Petikan dari SMS adik aku untuk di lulus tayang ke blog aku:

Saya menyediakan service memasang tinted berjenama yang berkualiti tinggi pada hargayang begitu berpatutan & separuh ataupun 30% dari harga kedai.
Selain dari kereta, kami juga menyediakan service untuk tinted cermin2 di rumah anda dan harga adalah mengikut kaki persegi.

Pemasangan tinted hanya dilakukan selepas waktu bekerja ataupun sabtu ahad memandangkan kami (Tekno Tinted) melakukan bisnes ini secara freelance dan dipasang oleh pekerja yang mahir dan berpengalaman selama lapan tahun sejak tahun 2001 di dalam pemasangan tinted.

Warranty pemasangan (sekiranya ada bubble @ terkopek @ rosak akibat pemasangan) - 1 tahun. Tinted yang digunakan sememangnya berkualiti tinggi & tahan 3-4 tahun.Disini saya nyatakan beberapa senarai harga

Normal tinted dengan pilihan berbagai warna dan jenis = RM250 - 300 mengikut saiz kereta(Retail RM550 - 650)
Normal Tiga-M = RM400 - 450 (Retail rm950- 1000)
Tiga-M line kristal = RM700 - 1000 (Retail RM1800 - 2600)
Kool ilit = RM 750 - RM 850 (Retail RM1800 - 2700 ******** TOP END TINTED)

Nama2 tinted diatas terpaksa ditranslate atas sebab copyright & license :P

Untuk detail sila call saya di talian 012-5145370 (Azhar)

Nombo talipon tu aku letak lepas dapat persetujuan dari bakal adik ipar aku. Jangan hantar mesej yang bukan-bukan sebab dia dah bertunang. Tapi abang dia ni masih solo dan juga amat boros berbelanja, jadi cuba-cuba la tackle.

***Kereta aku tinted pun kena bayar.Tak dapat free. Bertuah punya adik.

Thursday, July 23, 2009

Entry untuk Pengantin Baru

Entry khas untuk pengantin baru yang baru bernikah Ahad lepas. Majlis yang memang grand seumur hidup kalau kenduri kahwin luorang macam ni. Bil elektrik kat hotel tu saja luorang dah tak mampu nak bayar. Aku dengan berpakaian serba kemas & berkot hitam berseluar jean. Member-member lain lebih kurang kemas sama dengan aku.

Pengantin perempuan yang manis ni member sekelas masa study kat Terengganu dulu. Aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ainoor Nellissa & Wan Azryn. Semoga berbahagia sampai akhir hayat.

Gambar ehsan dari En.Azrul & pasangan Nikky Zurina

Dah habis majlis baru aku tau ada tema pakaian, patut la aku tengok orang lain pakai baju melayu siap sampin macam pagi-pagi raya. Paling malas pun pakai baju batik kaler-kaler. Nasib baik tak kena halau sebab berpakaian tak senonoh.

***Hotel tu ada tempat merokok kat belakang. Dapat lepak dengan Dato-Dato sembang pasal bisnes. Sikit-sikit selit pasal padang golf mana yang paling cantik.

Friday, July 17, 2009

Perasaan curiga terhadap kanak-kanak

Dah masuk 4hari aku pindah rumah sewa baru di hujung peta Kuala Lumpur. Dekat sikit dengan tempat kerja yang memakan masa 15 saja. Rumah baru ni aku ada 2 orang termasuk aku. Mamat satu ofis dengan aku. Hujung tahun dia nak kawen, aku dah plan nak cari tempat berteduh yang baru.

Rumah ala-ala kampung yang memungkinkan aku tidak lupa daratan tentang asal-usul aku ni. Berkembar dengan jiran yang sudah berkeluarga. Ada 2 orang anak lelaki yang belum lepas mimpi basah. Darjah 2 & 3 barangkali. Tak sempat interview budak-budak tu.

Rumah yang ada 2 bilik kelamin ni menawarkan 1 bilik air besar secara percuma. Ditambah dengan 1 kipas syiling yang aku rasa dipasang sejak tahun 80-an. Ruang tamu yang luas macam padang tennis. dari segi keselamatan, amat berpuas hati dengan adanya tuan tanah @ tuan rumah 50meter depan rumah aku. Kalau pencuri nak try-try pecah rumah, dia dah stanby dengan parang panjang.

Garaj kereta cuma ada 1. Oleh yang demikian, kereta aku terpaksa meyerah kalah kepada jiran sebelah yang lebih otai dari segi tempoh bermastautin. Kereta aku terpaksa di parking di hadapan pintu rumah. Lebih dekat di hati aku.

Semalam masa aku balik kerja, parking keta depan rumah. Nampak 2 orang kanak-kanak riang bermain di garaj kereta yang menempatkan kereta bapa mereka. Sorang naik atas bumbung dan sorang main ketuk-ketuk bonet. Nampak kenakalan yang amat dashyat dalam diri kanak-kanak itu.

Aku turun dengan dahi berkerut. Nampak mereka berdua melemparkan senyuman manis pada aku. Macam ada niat jahat yang tersembunyi. Celaka.

Wednesday, July 15, 2009

TV baru aku

The 55” (140cm) X Series BRAVIA manages to achieve the perfect synergy of design and technology with cutting-edge technologies such as RGB Dynamic LED, BRAVIA Engine™ 2 Pro, Motionflow™ PRO Technologies and DLNA.
Suggested Retail Price
RM 27,000.00


Hmmm...tak cukup lagi RM26,500 je. Hampir-hampir nak sambar dah tadi.

Monday, July 13, 2009

Dinding Itu

Sejak semalam aku melihat dinding rumah sewa aku. Dinding itu dahulunya putih. Ada sedikit sawang-sawang yang dikait oleh labah-labah yang rajin. Dinding itu dulu cantik. Sebelum ini aku tidak pernah melihat di sebalik dinding itu. Aku abaikan dinding itu sejak sekian lama. Warnanya sedikit pudar. Aku rasa warnanya kini agak kuning-kuning air lebih kurang. Sudah tidak suci lagi.

Dulu dinding ini memberi aku kegembiraan, keseronokkan, kesedihan dan segalanya. Dulu dinding ini bercahaya, bersuara, menangis, ketawa bersama-sama aku. Tapi kini dinding ini sepi. Makan, minum, merokok sekarang sudah tidak memberi aku kepuasan bila dinding itu sepi.

Aku rindukan dinding itu. Semalaman aku tidak tidur memikirkan dinding itu. Yang tinggal cuma rak kecil yang juga tidak berteman. Aku terus memandang dinding itu tanpa berkelip. Aku dah buat keputusan.




“Esok kena beli TV baru”

Friday, July 10, 2009

Ciuman pertama aku...

"Apa???!!!Bonus 6bulan?????!!!"

Aku melompat keriangan. Gila. Tak pernah-pernah selama aku berkecimpung ke alam pekerjaan ni dapat rasa bonus macam tu. Senyum sampai telinga. Dalam kepala otak aku dah fikir nak beli apa. Itu,ini yang tu,yang ni,sana,sini.

Memang gila. Memang aku boleh kawen dah ni. Cukup hantaran kalau takat 10k. Mintak lebih-lebih memang aku tolak tepi. Gila nak jual anak ke apa. Baik aku tukar sport rim keta dengan bumper,skirt semua. Lebih berbaloi.

Aku dah order TV LCD 47 inci. Baru jelas dan terang kalau tengok movie ke apa. Peti sejuk kena beli yang 8tingkat. Macam-macam boleh taruk. Ikan Yu takat 2 depa tu rilex je taruk dalam peti sejuk tu. Itu pun aku dah order. Petang ni sampai la kat rumah.

Sofa esok beli kat Ikea. Cun. Katil nanti kawen la beli. Beli sekarang buat apa. cukup tido atas sofa lembut Ikea tu. Dapur aku cadang nak angkat yang tak keluar api tu. Pakai haba je. Baru risiko kebakaran kat rumah rendah. Selamat.

Duit kat mak aku dah bank in tadi pakai CIMB Click. Berkat tu. Laptop kat adik-adik dah beli. Lepas tu aku beli kerusi urut OGAWA buat hadiah harijadi kat bapak aku bulan depan. Beli 1 free 1. Mak pun boleh dapat.

Tadi baru beli lense camera baru. Lepas tu singgah kejab kat kedai moto. Aku tengah usha moto srambler. Agak boleh tahan jugak la dia punya harga. Downpayment tinggi sikit.
Aku dah buat kira-kira nak beli cash. Tapi tak cukup nak cover barang lain. Duit kawen lari banyak. Cukup la bayar bulan-bulan.

Tengah sedap lepak kat kedai moto tu,tiba-tiba ada awek seksi datang. Muka memang cun. Pakai baju kaler merah hati. Body cutting model.Putih melepak. Aku usha je. Dia datang dekat aku. Dia peluk aku rapat-rapat sambil bibir dia nak cium bibir aku. Aku panik dan layu.

Tapi,benda tu tak sempat jadi sebab mimpi aku berhenti sampai tu je malam tadi. Apa yang aku order tak tau la boleh sampai ke tak. Mimpi ni pun satu, kasi la awek tu cium aku dulu. Cisss.

Terpaksa aku tunggu mimpi malam ni. Harap-harap dapat sambungan semalam.

Tuesday, July 7, 2009

Entry Khas untuk pengantin baru

Berdasarkan entry di bawah, wa paparkan serba serbi gambar masa kenduri kat Kota Tinggi Johor ahad lepas. Dua-dua ni kawan wa masa study kat Ganu dulu. Bercinta dari tahun 1, 2003, memang jodoh tak kemana wa cakap. Jodoh wa je tak sampai ke jinjang pelamin.


Lu orang agak-agak apa tugas wa masa kenduri ni? Yang lain tu datang makan nasi je.
Tu bukan duit tol tau. Awek-awek tu mintak num talipon. Beratur sorang-sorang mintak wa punya name kad.
Sampai Mak Andam tu pun mintak. Tapi wa cakap dah habis. Dia mintak num phone wa. Wa kasi, tapi bukan wa punya number, wa kasi num Dani. Semalam dia cakap ada awek cun nak berkenalan ngan dia. Seronok bukan main dia. Wa cakap layan je, mana tau tu jodoh lu.

Nampak tu. Sekarang wa dah pikir nak buat bisnes baru. Nak jadi photographer dah ramai sangat. Wa nak wat perhidmatan pengapit. Boleh la kalau nak booking sekarang.



Apa-apa pun wa ucap SElamat Pengantin Baru kat diaorang nie. Semoga bahagia sampai akhir hayat.

Mamat ni selama bujang duk serumah ngan wa sampai keja. Lepas ni terpaksa wa bawak diri sebab dia tak kasi wa tumpang rumah dia dah. Wa nak sewa bilik je, tapi dia tak kasi. Tak patut betul. Wa tak mengintai la.

Monday, July 6, 2009

Jalan-jalan sambil makan nasi minyak

Awek-awek Kota Tinggi Johor boleh tahan jugak cun. Tapi kalau nak jumpa bakal makbapak mentua kat sana, mau aku sakit pinggang 2-3 hari. Kalau hantar rombongan meminang, mau bapak aku suruh nikah terus hari tu jugak. Terpaksa aku menolak jelingan-jelingan manja awek-awek Kota Tinggi semalam sambil makan nasik minyak + air sirap.