Friday, July 10, 2009

Ciuman pertama aku...

"Apa???!!!Bonus 6bulan?????!!!"

Aku melompat keriangan. Gila. Tak pernah-pernah selama aku berkecimpung ke alam pekerjaan ni dapat rasa bonus macam tu. Senyum sampai telinga. Dalam kepala otak aku dah fikir nak beli apa. Itu,ini yang tu,yang ni,sana,sini.

Memang gila. Memang aku boleh kawen dah ni. Cukup hantaran kalau takat 10k. Mintak lebih-lebih memang aku tolak tepi. Gila nak jual anak ke apa. Baik aku tukar sport rim keta dengan bumper,skirt semua. Lebih berbaloi.

Aku dah order TV LCD 47 inci. Baru jelas dan terang kalau tengok movie ke apa. Peti sejuk kena beli yang 8tingkat. Macam-macam boleh taruk. Ikan Yu takat 2 depa tu rilex je taruk dalam peti sejuk tu. Itu pun aku dah order. Petang ni sampai la kat rumah.

Sofa esok beli kat Ikea. Cun. Katil nanti kawen la beli. Beli sekarang buat apa. cukup tido atas sofa lembut Ikea tu. Dapur aku cadang nak angkat yang tak keluar api tu. Pakai haba je. Baru risiko kebakaran kat rumah rendah. Selamat.

Duit kat mak aku dah bank in tadi pakai CIMB Click. Berkat tu. Laptop kat adik-adik dah beli. Lepas tu aku beli kerusi urut OGAWA buat hadiah harijadi kat bapak aku bulan depan. Beli 1 free 1. Mak pun boleh dapat.

Tadi baru beli lense camera baru. Lepas tu singgah kejab kat kedai moto. Aku tengah usha moto srambler. Agak boleh tahan jugak la dia punya harga. Downpayment tinggi sikit.
Aku dah buat kira-kira nak beli cash. Tapi tak cukup nak cover barang lain. Duit kawen lari banyak. Cukup la bayar bulan-bulan.

Tengah sedap lepak kat kedai moto tu,tiba-tiba ada awek seksi datang. Muka memang cun. Pakai baju kaler merah hati. Body cutting model.Putih melepak. Aku usha je. Dia datang dekat aku. Dia peluk aku rapat-rapat sambil bibir dia nak cium bibir aku. Aku panik dan layu.

Tapi,benda tu tak sempat jadi sebab mimpi aku berhenti sampai tu je malam tadi. Apa yang aku order tak tau la boleh sampai ke tak. Mimpi ni pun satu, kasi la awek tu cium aku dulu. Cisss.

Terpaksa aku tunggu mimpi malam ni. Harap-harap dapat sambungan semalam.

13 comments:

  1. hahahaha..kalau tak kena mandi baca2 la tadi....


    hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. wah 6 bulan tuh..tahniah tahniah... giler best....

    ReplyDelete
  3. kl cerita excited kemahen tu..
    kompem² mimpi..
    seb baik x tertipu..
    hahahaha!!

    ReplyDelete
  4. mimpi malam ni hang cium dengan dani. huahuahua

    ReplyDelete
  5. Faryn:Was2 jgk td..tp mandi baca2 la jgk..haha

    Wanita Itu:Kalu itu bukan mimpi alangkah bahagianya..hehe

    kejora:Kalau dpt,kawen 2 la..baru betul2 bonuss..haha

    hanie:Nampakny ko telah berjaya memahami konsep cerita blog aku ni..hehe.bagus.

    ReplyDelete
  6. Anas:Oii..dalam mimpi pun aku muntah kat situ jugak kalu cium ngn dia..hahaha.kalu ngn liyana jasmine ok la..haha

    ReplyDelete
  7. 6 bulan?
    keje kat mana? media prima ke?
    best2

    ReplyDelete
  8. bagus jugak mimpi 2 xhabis!hahahaha..

    ReplyDelete
  9. liyana jasmay la, bukan jasmin!

    ReplyDelete
  10. farah sr:A'a..keje kt TV3..tp aku bwk van je...xlama lagi naik pangkat la,baca buletin 1.30..haha

    budakhijau:Harap2 mimpi tu bersambung lagi..join la mimpi tu..hehe

    dani:Itu nama artis dia,nama K/P dia Jasmin..gua mesti la tau nama awek sendiri..haha.

    ReplyDelete
  11. kalaulah betul 6 bulan..aku rasa mggu ni aku balik, nak berdampingan sama kamu saja..hahaha...Sebab secret recepi..Alangkah indah nya....

    ReplyDelete