Tuesday, April 28, 2009

Aku mahu jadi model bulan depan

Surat berhenti kerja aku dah siap taip. Dah siap sain. Esok aku nak kasi bos aku. Hari ni boleh pulak dia tak datang. Segala tawaran lumayan aku akan tolak tepi. Tidak akan dilayan.

Cuti aku rasa ada lagi 7 hari lebih kurang. Oleh yang demikian, aku akan berhenti tak sampai 1 bulan.

Lepas nie aku nak potong rambut. Kasi terpacak sket. Rambut depan kasi jatuh sampai dahi. Mungkin rambut aku sudah tidak kembang lagi. Mungkin. Mungkin.

Minggu depan mau beli baju baru. Sesuai dengan kerja baru aku.


Aku mahu jadi model pakaian dalam lelaki.

Tunggu gambar aku di majalah Maskulin.

Thursday, April 23, 2009

Gila-Gila Remaja Kampung - PART I

TAHUN 1999

Semalam baru habis SPM. Pagi ini Andy bangun awal. Berkemeja petak. Berseluar jean. Dia ada misi hari ini. Misi yang memang telah dirancang sejak dulu. Selepas saja tamat SPM,dia merasa kebebasan yang diidam-idamkan oleh semua remaja sebayanya. Lupakan segala jenis buku-buku teks yang telah bertahun memenuhi ruang otaknya selama ini. Kini masanya untuk dia memberi peluang otaknya daripada memikirkan tentang sejarah penubuhan Malaysia,teori fizik yang logik, x+y=x+y,karbon,nitrium,Jadual Berkala dan segala macam teori dan fakta dari helaian kertas yang di cetak oleh manusia.

Apa yang bermain-main dalam kepala otaknya kini hanyalah helaian-helaian kertas yang lebih berharga. DUIT. Memang Andy telah membuat keputusan untuk bekerja sebelum keputusan SPM keluar. Banyak masa untuk kumpul duit. Tapi duit itu bukan dicari untuk dia menyambung pelajarannya,tapi untuk dia memenuhi keperluan remajanya yang tengah melonjak-lonjak mahukan keseronokkan dan hiburan. Duit itu untuk membeli baju,jean baru,gameboy,gitar kapuk baru,kelaur belanja awek tengok wayang dan segala benda yang terlintas dalam fikiran remajanya itu.

Tersenyum dia seketika ketika sedang berkemas-kemas dihadapan cermin. Ada sedikit perasaan menjadi orang dewasa yang matang. Walaupun benak fikiran Andy ketika itu masih mentah untuk dia mengharungi erti alam kedewasaan. Masih tebal jiwa keremajaannya yang menagih kebebasan dalam melepak,merempit,bercinta dan seumpamanya. Jiwa seorang remaja yang memberontak dikala ibubapanya menjadi penghalang dia berbuat itu dan ini. Kebebasan yang terhad apabila menjadi budak sekolah yang memakai pakaian yang sama selama 12tahun.Bosan.

Di rumah Andy tidak menunjukkan sifat sebenarnya sebagaimana bila dia di sekolah. Bau rokok dibajunya dapat di tutup dengan cara tersendiri. Tidak mahu dia tersilap langkah lagi semasa dia di tingkatan 3 dahulu. Masih terasa kebas lagi mukanya kesan dari tamparan seorang ayah. Masih berjalur lagi belakang badannya yang dihinggap libasan tali pinggang kulit ayahnya. Tapi itu semua tidak merubah gaya hidup Andy untuk bersama-sama remaja lain terjebak dengan gejala sosial. Baginya ego dengan kawan-kawan lebih penting dari libasan tali pinggang ayahnya itu. Baru nampak sifat samseng dalam dirinya bila bersama-sama kawan-kawannya.

Tapi hari ini Andy tekad mahu hidup berdikari mencari duit sendiri. Boleh beli rokok dengan hasil titik peluh sendiri. Dia sedar sebelum ini rokok yang dihisap itu adalah bayangan duit ayahnya. Tidak pernah dia membeli rokok guna duit sendiri.

"Ini duit aku!Suka hati aku nak hisap rokok ke tak!" terlintas bakal dialog ego yang akan di ucapkan jika ada suara-suara sumbang masyarakat yang memandang serong terhadapnya. Jiwa kebebasan ciptaan sendiri.

Andy menyarung kasut. Kunci kereta di tangan. Ibunya memandang dari jauh. Raut wajah kehairanan timbul. Mungkin tertanya-tanya kemana Andy hendak pergi awal-awal pagi begini. Sebelum ini,kalau matahari belum mencecah waktu tengahari, Andy masih terbongkang di katil bujangnya.

Enjin dihidupkan. Andy bersiap sedia didalam kereta. Kawan-kawan sedang menunggu di simpang jalan. Terbayang Andy gaji yang bakal diterima sebulan. Dikira sekali dengan imbuhan 'overtime' jika dia rajin bekerja. Hampir RM1000. Sungguh lumayan bagi seorang bekas pelajar lepasan SPM. Kilang-kilang di kawasan perindustrian daerah tempat tinggalnya memang mengambil kesempatan yang terhidang untuk pelajar-pelajar SPM sepertinya. Ditawarkan gaji yang rendah tetapi pada pandangan bekas-bekas pelajar ini,ia satu jumlah yang besar walaupun hanya sebagai operator kilang.

Andy mengundurkan keretanya keluar dari garaj.

"Andy!Nak pi mana tu?",satu suara lantang menempik dari belakang.

Andy tahu suara siapa.

Dengan senyuman manis dimuka Andy,dia menjawab.

"Andy nak pi interview kerja kilang ayah",

"HANG JANGAN NAK NGADA-NGADA KERJA KILANG!HANG PARKING KETA HANG BALIK!"

"DAH KEJA KILANG NANTI,LAGI BEBAS HANG NAK JADI ORANG TAK TENTU HALA!BELAJAQ MALAS.DUK IKUT KAWAN-KAWAN TIGA SUKU HANG TU.",

"DAPAT DUIT,NANTI KELABU MATA TAK MAU SAMBUNG BELAJAQ!DAH!MASUK!"
Bersusun-susun ayat 'manis' keluar dari mulut ayahnya.


Andy diam. Parking. Masuk rumah. Hempas pintu.


Satu hari Andy tidak makan nasik.

Tuesday, April 21, 2009

Peluang itu emas,bukan gangsa.

Peluang itu adakalanya berkali-kali datang. Adakalanya sekali seumur hidup. Peluang itu bakal merubah segalanya. Berubah secara positif. Atau negatif. Satu keputusan perlu dibuat.

Aku dapat peluang itu. Peluang keemasan. Peluang yang berkali-kali menjemput aku. Dulu aku tolak kerana aku sudah merasa puas kononnya. Tapi,peluang ini lebih memberi aku kepuasan yang lebih di masa depan.

Apa keputusan aku?Ya.Aku terima. Semua akan berubah. Tranformasi ke arah sesuatu yang aku kira memberi cabaran dalam kehidupan seharian. Hasilnya?Aku akan dapat lebih dari apa yang aku ada sekarang.

Sesekali mencabar dan berhijrah adalah satu kepuasan. Peluang takkan datang lagi. Mungkin.

Ini peluang aku. Tinggal 1 bulan sahaja lagi.


Selepas itu,aku perlu lebih fokus dan komitmen. Ganjarannya?Cukup puas hati.


Peluang itu emas kan?


Gambar bayi ini tiada kena mengena dengan entry di atas. Dia comel.Jangan buat spekulasi liar terhadap lelaki bujang seperti aku.

Friday, April 17, 2009

Aku ada jiran yang cun la!

Aku tak tau pun jiran aku tu adalah awek-awek cun yang boleh buat luorang cair.

Hari Isnin aku kena pergi keja lebih awal. Diaorang biasa keluar pukul 7.15pagi.

Patut la orang selalu cakap,hidup berjiran kena muafakat. Muafakat membawa berkat.

Aku suka hidup berjiran.

Wednesday, April 15, 2009

Lepas beli kasut sukan,aku nak beli skirt..baru seksi.

Ni la hadiah yang aku kasik kat "si dia". Aku hadiahkan kasut sukan baru. Si dia tu kereta aku la. Bukan awek. Takde faedah aku nak beli menatang ni kasi kat awek. Gila apa. Bukan boleh pakai buat cincin pun.

Baru kereta aku nampak macam kereta brader-brader. Sedap sikit nak pusing-pusing usha awek-awek Segi College.




Tengah kumpul duit nak beli skirt pendek lagi seksi untuk si dia ni.

Jadual pemakanan aku dirombak untuk bulan ini. Makan 2x saja sehari. Malam diet.

Tunggu MU kalah pagi esok

Pagi tadi 8 biji gol. Puas hati tengok. Walaupun team aku kalah,aku puas hati. Tapi perlawanan pagi tadi terbaik. Ok Chelsea fan,luorang menang. Gua tak angin sangat kalau Chelsea dapat pi final nanti,cuma gua harap MU terkandas pagi nanti. (mengharap)

Baru aku bertambah puas hati.

Hahaha.

Sunday, April 12, 2009

Aku ingat aku kebal

Hari Khamis aritu,aku dah kasi hadiah kat si dia. Memang seronok dia bila dapat hadiah aku tue. Memang aku dah plan nak kuar dengan dia hari cuti ni. 2hari cuti,Sabtu & Ahad. Bukan selalu dapat peluang macam ni.

Hari Jumaat,aku dah tayang si dia kt ofis. Terbeliak mata-mata member ofis aku. Cantik. Menarik. Ada nada-nada cemburu di setiap kata-kata mereka. Aku pulak,terasa indahnya dunia ketika ini bila bersama dia. Mahu saja aku tido sekali dengan dia. Tapi itu mustahil.

Petang Jumaat aku pulang kerja. Memang esok dah cadang-cadang nak keluar tengok wayang ke apa ke. Hujan turun petang tu. Aku turun singgah ke kedai kejab sebelum naik ke rumah. Hujan menitik-nitik di atas kepala aku.

Sampai rumah. Ada sedikit bunyi di hidung aku yang menandakan aku bakal selsema. Aku xkisah,aku rasa aku kebal. Lewat tengah malam. Nah!amik kau,batuk pulak. Rokok aku tolak tepi. Badan panas. Selsema makin merajai hidung aku.

Hari Sabtu aku berdating di rumah saja. Sampai hari Ahad. Bertemankan selimut serta toto yang tebal. Buat pertama kalinya aku tak merokok selama 2hari. Dah jimat sikit. Terlepas aku nak dating. Sial.

Aku ingat aku kebal.
Esok aku tunjuk gambar si dia.

Wednesday, April 8, 2009

Bila tak ada benda nie,kesan dia macam penagih dadah yang tak dapat barang.

Dah berapa hari internet kt umah aku kena bar sebab aku lupa nak bayar atau dalam ertikata lain,nak membayar memang malas.

Bila dah xde internet kat umah,mula la tangan aku menggigil-gigil macam penagih dadah. Tetiba gelabah tak tentu pasal. Hidung tetiba boleh selsema. Macam celaka je. Rasanya kalau xde rokok boleh tahan lagi,tapi kalau xde internet,macam penagih dadah yang tak stabil emosi. Tak pasal-pasal aku ter"layan" diari AF. Bosan.

Lagipun duit gaji bulan ni aku dah lebur kat 1 benda. Semata-mata untuk dia. Esok baru aku amik benda tu. Memang istimewa untuk dia saja. Kat lu orang memang sampai tahun 2050 pun aku takkan kasi punya. Sebab lu orang tak istimewa macam dia.

Esok lusa aku kasi lu orang semua tengok la benda tu. Tapi biarlah esok aku bagi benda tu kat dia face to face.

Amacam?Baru lelaki sejati.
Lu orang tolong doakan saja aku berjaya.


***Aku dengar bonus company aku nak kasi bulan nie. Ada sapa-sapa nak berkaraoke secara berjemaah dengan aku?
***MU fan, luorang dah kena 2biji kt tempat sendiri. Apa barang..???Kita tengok pagi nanti macamana Liverpool belasah Chelsea.
***Entry ditulis di ofisku yang tercinta