Thursday, April 23, 2009

Gila-Gila Remaja Kampung - PART I

TAHUN 1999

Semalam baru habis SPM. Pagi ini Andy bangun awal. Berkemeja petak. Berseluar jean. Dia ada misi hari ini. Misi yang memang telah dirancang sejak dulu. Selepas saja tamat SPM,dia merasa kebebasan yang diidam-idamkan oleh semua remaja sebayanya. Lupakan segala jenis buku-buku teks yang telah bertahun memenuhi ruang otaknya selama ini. Kini masanya untuk dia memberi peluang otaknya daripada memikirkan tentang sejarah penubuhan Malaysia,teori fizik yang logik, x+y=x+y,karbon,nitrium,Jadual Berkala dan segala macam teori dan fakta dari helaian kertas yang di cetak oleh manusia.

Apa yang bermain-main dalam kepala otaknya kini hanyalah helaian-helaian kertas yang lebih berharga. DUIT. Memang Andy telah membuat keputusan untuk bekerja sebelum keputusan SPM keluar. Banyak masa untuk kumpul duit. Tapi duit itu bukan dicari untuk dia menyambung pelajarannya,tapi untuk dia memenuhi keperluan remajanya yang tengah melonjak-lonjak mahukan keseronokkan dan hiburan. Duit itu untuk membeli baju,jean baru,gameboy,gitar kapuk baru,kelaur belanja awek tengok wayang dan segala benda yang terlintas dalam fikiran remajanya itu.

Tersenyum dia seketika ketika sedang berkemas-kemas dihadapan cermin. Ada sedikit perasaan menjadi orang dewasa yang matang. Walaupun benak fikiran Andy ketika itu masih mentah untuk dia mengharungi erti alam kedewasaan. Masih tebal jiwa keremajaannya yang menagih kebebasan dalam melepak,merempit,bercinta dan seumpamanya. Jiwa seorang remaja yang memberontak dikala ibubapanya menjadi penghalang dia berbuat itu dan ini. Kebebasan yang terhad apabila menjadi budak sekolah yang memakai pakaian yang sama selama 12tahun.Bosan.

Di rumah Andy tidak menunjukkan sifat sebenarnya sebagaimana bila dia di sekolah. Bau rokok dibajunya dapat di tutup dengan cara tersendiri. Tidak mahu dia tersilap langkah lagi semasa dia di tingkatan 3 dahulu. Masih terasa kebas lagi mukanya kesan dari tamparan seorang ayah. Masih berjalur lagi belakang badannya yang dihinggap libasan tali pinggang kulit ayahnya. Tapi itu semua tidak merubah gaya hidup Andy untuk bersama-sama remaja lain terjebak dengan gejala sosial. Baginya ego dengan kawan-kawan lebih penting dari libasan tali pinggang ayahnya itu. Baru nampak sifat samseng dalam dirinya bila bersama-sama kawan-kawannya.

Tapi hari ini Andy tekad mahu hidup berdikari mencari duit sendiri. Boleh beli rokok dengan hasil titik peluh sendiri. Dia sedar sebelum ini rokok yang dihisap itu adalah bayangan duit ayahnya. Tidak pernah dia membeli rokok guna duit sendiri.

"Ini duit aku!Suka hati aku nak hisap rokok ke tak!" terlintas bakal dialog ego yang akan di ucapkan jika ada suara-suara sumbang masyarakat yang memandang serong terhadapnya. Jiwa kebebasan ciptaan sendiri.

Andy menyarung kasut. Kunci kereta di tangan. Ibunya memandang dari jauh. Raut wajah kehairanan timbul. Mungkin tertanya-tanya kemana Andy hendak pergi awal-awal pagi begini. Sebelum ini,kalau matahari belum mencecah waktu tengahari, Andy masih terbongkang di katil bujangnya.

Enjin dihidupkan. Andy bersiap sedia didalam kereta. Kawan-kawan sedang menunggu di simpang jalan. Terbayang Andy gaji yang bakal diterima sebulan. Dikira sekali dengan imbuhan 'overtime' jika dia rajin bekerja. Hampir RM1000. Sungguh lumayan bagi seorang bekas pelajar lepasan SPM. Kilang-kilang di kawasan perindustrian daerah tempat tinggalnya memang mengambil kesempatan yang terhidang untuk pelajar-pelajar SPM sepertinya. Ditawarkan gaji yang rendah tetapi pada pandangan bekas-bekas pelajar ini,ia satu jumlah yang besar walaupun hanya sebagai operator kilang.

Andy mengundurkan keretanya keluar dari garaj.

"Andy!Nak pi mana tu?",satu suara lantang menempik dari belakang.

Andy tahu suara siapa.

Dengan senyuman manis dimuka Andy,dia menjawab.

"Andy nak pi interview kerja kilang ayah",

"HANG JANGAN NAK NGADA-NGADA KERJA KILANG!HANG PARKING KETA HANG BALIK!"

"DAH KEJA KILANG NANTI,LAGI BEBAS HANG NAK JADI ORANG TAK TENTU HALA!BELAJAQ MALAS.DUK IKUT KAWAN-KAWAN TIGA SUKU HANG TU.",

"DAPAT DUIT,NANTI KELABU MATA TAK MAU SAMBUNG BELAJAQ!DAH!MASUK!"
Bersusun-susun ayat 'manis' keluar dari mulut ayahnya.


Andy diam. Parking. Masuk rumah. Hempas pintu.


Satu hari Andy tidak makan nasik.

5 comments:

  1. haaa..tu la..
    lom ape2..dh ade dialog ego..
    kn..xpsl2..buat mogok lapar..
    hahahahahaa!!

    ReplyDelete
  2. alalalaa...cian andy!

    dialoq org utara sama ja kn..
    mcm penah dngq 2 3 kali dialoq mcm 2 secara life...hahahhaha...

    *smbung komen entri bwh..

    bila bleh interview...???

    ReplyDelete
  3. Miszhanie:Mogok seorang anak lelaki sulung.Biasa la tu.haha.

    budak hijau:kita dari aliran yang sama.Oleh itu,boleh jadi pasangan ideal.haha.

    anas:Kalu tidak aku nak letak nama Anas sbg watak utama.hehe.

    ReplyDelete
  4. nt smbung entry lagi k . hahaha. lawak gler ar. dialog ego tu awal2 lagi dh ada. huhu

    ReplyDelete