Monday, September 10, 2012

Officemate

2009
 
Lepas balik kerja,aku lepak depan TV sambil makan kuaci.Member rumah aku, Pojie baru balik dari pejabat dia. Ada member dia ikut sekali.Datang tumpang mandi sebab depa nak ke Melaka atas urusan kerja malam tu.
 
Aku terus melayan cerita TV. Channel Astro. Astro ni kalu tak kerana bola punya channel, jangan harap aku nak langgan. Sambil menghirup milo panas, aku hirup jugak beberapa kepul asap yang terhasil dari sebatang rokok. Bukan senang-senang nak hasilkan asap yang boleh keluar masuk dalam badan ni.
 
"Pett, ko nampak officemate aku? Pojie bertanya.
 
"Ada dalam toilet tu" aku cakap.
 
"Apasal dalam toilet pulak???" Pojie tak puas hati.
 
"Dah dia nak mandi, mana aku tau."Aku terus fokus ke rancangan di TV.
 
 
 
 
 
"Oi Pett, aku cakap COFFE-MATE la!Bukan OFFICEMATE!"
 
 
Aku toleh ke dapur nampak Pojie berdiri sambil pegang teko bercorak bunga ros sambil mengacau air kopi dalam teko.

Thursday, September 6, 2012

Model Delissa Hanna


Superbaby Delissa Hanna. Ewahhh depan makcik Erra bukan main anak papa ni possing. Erra ni memang bagus dan peramah. Profesional.Tak sombong. Murah senyuman. Dan juga cantik.



Amboiii. Aku nak puji lebih-lebih satgi tak pasal-pasal kena tidoq dalam kereta nanti.

Sekian.

Wednesday, September 5, 2012

Kuat Dan Sihat

Sedang leka aku bermain permainan "Galah Panjang" kat padang sekolah, kawan aku, Farid duduk termenung di bawah pokok sambil tengok kami bermain.Dia tidak turut bermain macam kami. Dari jauh dia usha sambil dahi berkerut-kerut macam siput sedut. Sebagai budak darjah satu yang cergas, cerdas dan bercita-cita menjadi Superman. Aku bertanya pada Farid kenapa dia tidak bermain bersama.
 
Dia cakap" Aku tak sihat". Lemah dia menjawab. Nampak tidak kuat semangat.
 
"Hang nak jadi sihat dan kuat?" Sambil tangan aku mencekak pinggang dan menggoyangkan kaki seperti Ajis dalam Sarjan Hasan.
 
"Mau la,macamana?Aku dah makan ubat mak aku bagi pagi tadi" Farid membalas.
 
 
"Ubat tak mujarab!"Lalu aku keluarkan bekas minuman telefon bimbit aku dan bagi pada dia. Bukan calang-calang budak darjah satu ada bekas air talipon bimbit macam aku tu. Itu pun lepas aku tunjuk 'gengster' sambil menghentak-hentak kaki dan mengamuk depan bapak aku kat kedai Pakcik Man Kudu. Lepas tunjuk 'gengster' depan bapak aku, kat rumah baru aku pulak kena gengster sama bapak aku. Itu cabaran kecil sebagai seorang Superman. 
 
 
"Nah!Minum ni!"
 
"Air apa ni?" Farid menyambut talipon bimbit aku.
 
"MILO!" Aku pantas menjawab.
 
"Boleh jadi sihat ke?" Farid ragu-ragu.
 
 
 
 
 
"Oiiii...Minum MILO boleh jadi sihat dan kuat tau!Tak percaya hang tengok iklan kat TV!"
 
 
Aku terus menoleh dan melangkah gagah menuju ke padang sambil Farid masih memegang talipon bimbit aku.
 
 
 

Monday, September 3, 2012

Untung Lah Sapa Jadi Suami Cikgu

Sebagai pekerja swasta dalam industri perkapalan dan berbini seorang cikgu, aku merasa untung menjadi laki seorang cikgu sebab hari-hari aku pergi sekolah hantar bini depan pintu pagar. Dalam sekolah tersebut ada 1500 pelajar dan cikgu-cikgu lebih kurang 100 orang barangkali. Cikgu-cikgu cun sama manis-manis serta bujang dalam 4-5 orang sekali sekala aku dapat usha sepintas lalu tiap-tiap pagi. Belum termasuk awek yang jual nasi lemak depan simpang sekolah. Untung la aku dapat tayang muka hari-hari depan depa semua.
 
Sebagai cikgu kaunseling, gaji bini aku banyak habaq hang! Kerja dia jaga budak-budak sekolah saja. Senang habaq hang! Kalau budak-budak ada masalah lari dari rumah, boyfren & girlfren merajuk, mak bapak tak bagi kasih sayang penuh dan masalah menari Gangnam style semua bini aku boleh cover. Pehhh. Terer gila nak habaq kat hang! Itu belum termasuk budak-budak nak bunuh diri sebab boyfren dah ada awek kat sekolah lain. Senang kan kerja dia? Senang kan? Nampak?
 
Untung la sapa jadi laki cikgu sebab aku akan dengaq dia bercerita tentang kerja dan masalah budak-budak sekolah. Sampai malam pun ada mak bapak yang rajin talipon bini aku tanya tentang masalah anak-anak depa. Untung la sebab kadang-kadang bini aku yang talipon depa. Bil talipon? Takpa, aku ada, aku boleh bayaq. Gaji aku tak la banyak macam Engineer. Tapi ada la duit serba sikit. Kalu tak cukup, gaji bini kan ada. Lebih 2k sebulan. Gila hang! Banyak tu. Berbekalkan 2k lebih sebulan cukup-cukup buat belanja kat Pavillion. Tapi bini aku suka shopping kat Uptown saja. Untung kan? Kalu jadi Engineer mesti dapat shopping kat Paris sama London. Bil dan duit rumah, kereta sebagai laki, mestilah aku yang settle. Duit kereta proton sama rumah atas tanah aku boleh cover. Tapi tak sama la macam kereta engineer BMW sama rumah 5 tingkat macam engineer.
 
Cuti bini aku banyak oi habaq hang. Tiap kali cuti sekolah, bini aku cuti. Tapi dia tak mau cuti sebab kena pi kursus pulak. Punya la rajin cikgu ni kan? Bila dia nak bercuti, aku pulak kena kerja. Jadi dia sambung la kerja-kerja rumah, jaga anak dan macam-macam lagi kerja dan projek sekolah dia. Untung habaq hang! Aku balik rumah bini dah siap masak semua. Aku tak payah buat apa dah. Dia boleh jaga makan minum aku dari pagi sampai malam. Cuti dia habis macam tu saja kadang-kadang sebab aku tak dapat cuti. Senang jadi cikgu ni kan?
 
Untung la jadi laki cikgu sebab kadang-kadang bini aku kena marah dengan mak bapak budak-budak sebab mak bapak sekarang cakap cikgu yang jaga dan membentuk anak depa. Kalau silap semua salah cikgu. Kita kena salahkan cikgu atas semua masalah sosial sekarang. Masalah gangnam style jugak salah cikgu sebab cikgu yang banyak main facebook, youtube dan online shoping. Semua salah cikgu oi. Orang lain mana main fesbuk, update blog dan tutup blog. Nampak? Senang kan kerja cikgu?
 
Pengetua marah pun cukup senang. Nak menjadikan seseorang sebagai budak berguna kita serah saja pada cikgu, sebab engineer tak mampu nak mendidik anak bangsa. Kita bagi sama cikgu saja sebab kerja depa senang habaq hang. Apa duk gaduh? Sebagai engineer Liyana, doktor,engineer Liyana, menteri, Engineer Liyana,tokeh kilang taugeh,  Engineer Liyana,drebar lori, kerani di pejabat engineer Liyana, tukang paip, makcik jual nasik lemak semua tak sama macam kerja cikgu. Semua kita ni kerja susah habaq hang. Gila betui! Mana ada masa nak didik anak bangsa. Kita bagi saja tugas sama semua cikgu. Cikgu kan kerja senang.
 
Untungnya aku sebab aku boleh jadi kaunseling sama bini aku bila dia ada masalah, aku bagi semangat sama bini aku. Untung la dapat luangkan masa dengan bini aku. Kalau bini aku kerja engineer macam Liyana, mungkin aku jumpak dia sebulan sekali saja. Gaji bini aku mungkin lebih dari gaji aku. Jadi aku tidak berkuasa penuh lagi sebab kuasa duit lagi power mungkin. Mungkin dia akan ada scandal dengan Datuk-Datuk dan Aaron Aziz mungkin. Mungkin dia suka ke Paris dan London untuk bershoping. Sebab itu aku suka dia jadi cikgu habaq hang. Cikgu kerja dia pi sekolah awal, balik sekolah pun awal. Jadi cikgu senang sebab mendidik anak bangsa adalah perkerjaan "PALING SENANG" dalam dunia ni.   
 
Untung la sapa-sapa yang dah kerja sebenarnya. Untung lah kita ada duit makan. Untunglah kita kerja sebagai penyapu sampah sekali pun. Untung lah kita menjual nasik lemak tepi simpang. Untung lah kita kerja doktor dan kontraktor. Untung lah kita yang duduk kerja di Malaysia. Untunglah mat-mat bangla yang kerja untuk kita. Untung lah sapa-sapa yanag baru jadi engineer tu. Untung habaq hang.
 
Oleh itu, marilah kita semua jadi cikgu sebab kerja cikgu adalah yang paling "senang" dalam Malaysia ini. Sebab kerja Pegawai Perkapalan, Doktor, tukang buat roti canai, tukang basuh kapal terbang dan sebagainya adalah kerja-kerja yang susah. Yang paling susah kerja engineer. ada orang cakap engineer kerja susah. Tapi aku tak tau kerja engineer macamana, aku tak tau kerja cikgu macamana, aku tak tau kerja kerajaan macamana, yang aku tau kerja aku kat swasta ni pun ada susah dan ada senang. Nampak aku tengah update blog? Nampak tak kesenangan di situ? Nampak?
 
Sebenarnya semua kerja susah. Aku sebenarnya nak jadi SUPERMAN. Tapi nampak kerja dia pun boleh tahan susah. Kena terbang sana sini dan menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bila aku pikir-pikir balik, susah pulak jadi Superman.
 
Oleh itu, aku rahsiakan identiti aku sebagai Superman sampai sekarang. Supaya aku ada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan meluang masa untuk keluarga aku.
 
 
 
Respon to blog yang dah "terdelete" oleh Engineer tapi ada boleh usha kat Blog ni : http://sksogosogo.blogspot.com/2012/09/kisah-liyana-untung-laa-sape-jadi-cikgu.html

Tuesday, August 28, 2012

Membesar


Kalau di tanya kemana aku menghilang.



"Aku sedang membesarkan anak."


Anak aku makin membesar.


Harap-harap tahun depan boleh masuk U.



Friday, April 6, 2012

Hari Jumaat - Kelebihan Ayat Kursi


Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”


Amalkan untuk mengelak dari gangguan syaitan dan hasad dengki manusia yang bertuhankan syaitan!

Wednesday, April 4, 2012

Work Out Studio - Fitness




WORK OUT STUDIO SOFT LAUNCHING

We are very pleased to welcome all for a small Soft-Launch ceremony of one of our partners, Fitness Platform for the new Fitness Centre named “Work Out Studio”. The details of the event is as per below;

Event : Soft-Launch of Fitness Centre “Work Out Studio”
Date : 6th April 2012 (Friday)
Time : 11:00 am – 01:00 pm
Venue : K-0-03A, Kuchai Busi...ness Park (below Energy Platform’s Office)
No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

We are hoping that you could join us together for the soft-launch of the Fitness Centre this Friday.


Ini aku copy dari management. Office aku atas tu saja. Kalau malas lagi tak tau nak cakap apa lagi.

Kan aku dah cakap ada makan-makan.


Minggu depan aku dah boleh mula bentuk badan ketak-ketak macam Aaron Aziz. Bagi gua 3 bulan. 3 bulan saja! Lepas 3 bulan gua lepak depan rumah tak payah pakai baju lagi. Rugi la kalau tak tunjuk badan ketak-ketak kat orang ramai.

Tuesday, April 3, 2012

Super 30

30 tahun lalu lahir seorang perwira yang akan menyelamatkan dunia dari raksasa jahat dan ancaman makhluk asing dari planet-planet yang ingin menawan bumi. Mempunyai kuasa yang mampu memusnahkan musuh-musuh dengan cahaya laser dari matanya. Kebal dari sebarang peluru dan tikaman besi konkrit.

Mampu mengangkat sebuah kapal terbang Boeing dengan satu jari sahaja. Sekali hembusan nafas dapat menumbangkan pokok balak sebesar 10 pemeluk. Bisa terbang mengelingi dunia dalam masa 1 jam. Semua penjahat-penjahat di dunia terpaksa mengurangkan aktiviti jenayah mereka. Semua mafia-mafia dunia masih takut-takut untuk melakukan jenayah terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Sehingga hari ini dunia masih aman dengan adanya adiwira ini.

Hari ini genaplah umur adiwara yang sudah masuk 30 tahun! Kini setelah 30tahun dia berkhidmat, dia mengambil keputusan untuk bersara dari bidang ini kerana ingin menumpukan sepenuhnya perhatian pada keluarga yang tercinta.





Keluarga adalah nyawa saya. Maafkan saya dunia.




Tapi dunia masih ada Batman, Ultraman, Keluangman, Boboiboy dan juga Upin Ipin.



Kita masih selamat.

Monday, March 12, 2012

Delissa Hanna


Alhamdulillah syukur pada Allah swt. Selamat datang my sayang Delissa Hanna bt Mohd Suhaidi. Sekarang boleh panggil aku Papa Pett. Wah wah.

Semoga Delissa menjadi anak yang solehah untuk papa dan mama.

Terima kasih untuk isteri tersayang yang bertarung nyawa melahirkan Delissa. Aku yang rock hati batu pun tengok kecut perut walaupun doktor-doktor dan misi-misi manis sentiasa menemani aku sepanjang 2-3 jam di dewan bersalin.


Aku dapat cuti 3 hari. La ni tengah kemas rumah.



Lipat kain ni kerja mencabar jugak aku rasa. Patut masuk Sukan Olimpik.

Thursday, March 1, 2012

Mak : Selamat Hari Jadi

Hadiah untuk mak dan adik-adik aku. Astro adik aku no 2 yang tolong bayaq.


Hari ni hari jadi mak aku. Macam biasa aku sms dan call dia. Tahun ni buat pertama kalinya aku kasi hadiah luar biasa. Sebelum ni setakat beg tangan sama baju saja. Tapi sebenarnya harta benda ni tak kira la hang bagi kecik ka besaq mahal ka murah. Ucapan saja pun dah cukup sebenarnya. Itu lebih bermakna dari harta benda. Bak pepatah sms aku dekat mak aku pagi ni:

Selamat hari jadi utk mak tersayang. Semoga dimurahkan rezeki dan pjg umur. Utk mak, anak-anak mak adalah harta yang pak tinggalkan sebelum dia pergi selamanya. Jgn risau kami akan jaga mak sampai akhir hayat. Sayang mak. (simbol senyum)

Bapak aku tinggalkan 7 harta yang tak boleh di jual beli. Harta-harta ni la juga yang bapak aku bawak untuk bekalan di akhirat.

Aku, Angah, Achik, Ayong, Aniq, Afiq dan Adik Bal. Tambah lagi 2 orang menantu sama cucu.


Cucu baru sorang dan akan bertambah lagi 2 orang tahun ni.




Power!

Friday, February 10, 2012

Pak - 10 Febuari 2011

Pukul 2.05 petang 10.02.2011


Aku sampai di perkarangan Hospital Parit Buntar, Perak setelah pelbagai halangan sepanjang pemanduan dari Kuala Lumpur. Ramai sanak saudara dan kenalan pak yang aku kenal memenuhi kawasan hospital.


Aku berjalan menuju ke ruang kecemasan. Ramai yang menangis.


Sekujur badan yang kaku di selimuti kain putih terbaring di atas katil. Dikelilingi saudara mara dan rakan-rakan pak. Mereka memandang aku. Aku hanya menuju ke arah itu. Aku membuka kain putih dan senyuman pak tersenyum kaku. Kelopak mata tertutup rapat. Aku mencium dahi pak tanpa linangan air mata.




"Hang lambat 5 minit..." seorang sepupu aku menyapa lembut kepada aku.

Aku tenang dan pasrah dengan apa yang berlaku. Aku tahu Allah SWT telah tetapkan apa yang terjadi. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah lagi hina ini. Aku sejujurnya tenang untuk menghadapi apa-apa situasi ketika itu.


Sekarang genap setahun pak meninggalkan aku, mak dan adik-adik. Alhamdulillah, kami lebih dekat dengan mu ya ALLAH. Hanya padaMu kami berlindung dan hanya padaMU kami memohon.


Al-fatihah untuk Allahyarham Suhaimi bin Salim.




P/S: Mood aku nak menulis sekarang terbantut dengan tuntutan kerja. Sementara menunggu bini bersalin bila-bila masa. Ewahh.

Thursday, January 5, 2012

Hantu Kepala Tiga Segi - Gambarajah



Dulu Angah pernah lukis rupa hantu kepala tiga segi tu. Lebih kurang macam ni la agaknya.

Buruk kan aku lukis?





Dah nama hantu, nak hensem tera mana lagi?

Wednesday, January 4, 2012

Hantu Kepala Tiga Segi

1992

Angah baru nak masuk darjah satu. Aku dah darjah empat. Dah jadi senior adik aku. Bukan senang-senang dia mau tunjuk samseng sama aku sebagai abang. Sekolah rendah kami ni lain macam sikit dia punya permandangan. Belakang sekolah ada jerat cina. Kubur cina la kalau hangpa tak faham sangat.

Aku dari darjah satu tak penah jumpa apa-apa yang pelik kat sekolah ni. Masa masuk darjah satu tahun 1989, bapak aku hantaq sampai depan kelas saja. Lepas tu dia tinggal aku duduk dalam kelas sambil aku pegang botol ayaq talipon tangan. Bekas air talipon tangan ni tak semua pernah ada. Hebat rasanya bila ada bekas ayaq talipon tangan ni.

Angah pulak, hari pertama masuk sekolah darjah satu bapak aku tinggal dia jugak selamba saja. Hari pertama Angah berjalan seperti biasa saja. Member-member sebaya dia ada yang menangis, paling kurang pun panggil mak masing-masing. Depa bukan tau mak depa duk sibuk masak kat rumah. Angah dapat melepasi hari pertama persekolahan dengan hebatnya sebagaimana abang sulungnya yang lagi hebat.

Hari kedua Angah balik dengan muka tak berapa nak seronok. Mungkin dia kalah main galah panjang. Aku sebagai budak darjah empat berfikir mungkin dia masih belum ready dengan situasi dan pemikiran budak-budak sekolah rendah macam aku ni. Mungkin dia masih terbawa-bawa dia punya perangai tadika.

Hari seterusnya Angah menunjukkan sikap tadikanya dan kemanjaannya terhadap rumah. Asal nak pi sekolah dia dah memberontak tak mau pi. Baru masuk seminggu Angah dah terjebak dalam gejala ponteng sekolah yang baru nak up masa tu. Aku hanya menggelengkan kepala terhadap budak-budak yang baru nak kenal darjah satu macam ni. Sebagai budak darjah empat ,tak berapa manis kalau aku lempang adik sendiri depan mak bapak aku. Aku biar bapak aku handle dulu mana yang patut. Bapak aku steady tak kata apa bila Angah tak mau pi sekolah. Dia pujuk Angah dengan kasih sayang yang tinggi. Timbul cemburu pulak sama Angah sebab aku nak ponteng mengaji masa darjah satu dulu pun bapak aku selamba tibai dengan tali pinggang.

Satu hari Angah demam. Aku pikir dia belum cukup kuat mengharungi cabaran sebagai budak darjah satu. Belum cukup power nak hafal sifir 36 dan surah Al Khafirun macam aku. Pada satu malam, selepas 3 hari Angah demam dan berjaya untuk ponteng tanpa dimarahi bapak aku, seorang ustaz datang rumah aku dengan ilmu yang agak power pada pandangan budak darjah empat macam aku. Nama dia ustaz Termizi. Aku rasa ustaz ini mempunyai ilmu silat Keris Bersepuk Emas yang hebat macam Eman Manan.

Dari dalam bilik aku tengok ustaz baca surah panjang-panjang. Aku masa tu paling power baca Al Fatihah sama 3 Qul sambil pejam mata. Itu pun member sebelah meja aku pun tergagap-gagap lagi nak baca. Kemudian ustaz tiup dekat ayaq botol depan dia. Selepas itu, bapak aku terus berborak sama ustaz sambil makan pisang goreng dan ayaq kopi. Aku nak mencelah pun tak berapa sopan sangat. Hal orang-orang tua macam ni kalau budak darjah empat menyampuk boleh kena lempang kiri kanan.

Sambil menunggu sesi orang-orang tua menyembang, aku usha Angah dalam bilik. Dah kebah sikit demam dia. Dah 3 hari dia ponteng sekolah. Aku tak tanya pulak macam mana dia punya ayat dan strategi power untuk ponteng sekolah. Oleh itu, aku kena risik-risik ilmu ni dengan dia. Mungkin aku boleh pakai esok lusa. Sepanjang dia ponteng, bapak aku tak pernah tibai dia dengan tali pinggang.


"Pasai pa hang boleh ponteng sekolah sampai 3-4 hari ni? Pak tak pukui hang pulak tu. " aku bertanya sambil menggenggam ego budak darjah empat. Ada secebis perasaan cemburu di situ.



Dengan suara terketaq-ketaq, Angah menjawab...


"Ada hantu kepala tiga segi ikut aku kat sekolah sampai kat rumah...."

Aku pandang Angah dan berkata..

"Hang ni penakut sangat, tu la aku suruh tengok cerita Kombat! Baru berani!"



Angah senyap dan pandang aku lalu berkata dengan perasaan takut...







"..... la ni dia ada kat belakang hang"

Angah terus menjerit.




Malam itu ustaz Termizi terpaksa kerja lebih masa di rumah aku.




Dan esok aku tak pi sekolah. Demam.

Sunday, January 1, 2012

Satu January 2012

Hari Ahad yang sedap-sedap tidoq dan bangun lewat. Tapi disebabkan aku di kampung, rugi kalau membuang masa dengan tidoq. Benda-benda macamni tak memberi faedah. Oleh yang demikian, marilah kita menghabiskan masa dengan menghirup udara nyaman di kampung. Walaupun aku kerja di Kuala Lumpur, kota Metropolitan yang serba maju dan penuh ranjau tapi KL tak boleh lawan kampung aku. KL tempat mencari rezeki tapi bukan untuk kehidupan selamanya bagi aku. Sini tempat aku,tempat jatuh dan bermain sejak dari kecil. Di sini aku akan kembali lagi untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan.



Selamat tukaq kalender baru.


Pasal kerja di office kita taruk tepi dulu. Aku nak rehatkan otak.