Friday, August 28, 2009

Lauk pauk sempena Merdeka!

Pagi tadi baru sampai kat kampung. Sempat jugak sahur ngan family. Lauk masak ketam cili api memang aku dah order semalam dgn mak aku. Adik-adik aku memang bangun sahur semua seronok tengok abang kesayangan mereka dah balik. Selera makan sahur kat rumah sendiri feel dia memang jenis kasi licin. Tambah-tambah mak dah siap masak, kita cuma perlu cuci muka,basuh tangan terus melantak.

Udara kat kampung pagi-pagi camni memang xleh lawan udara asid kt KL tu. Rasa macam nak jogging je. Teringat lauk sahur tadi, makan ketam macam makan kacang je. 5 ekor kasi licin. Petang ni memang dah target pasar Ramadhan kat kampung aku. Memang dia punya Ramadhan lebih ikhlas dari Ramadhan yang aku pergi area Bangi.

Kat sini murtabak dia tebal macam buku teks sejarah bukan sebesar kotak mancis. Dia punya ayam percik saiz ayam Belanda bukan saiz burung puyuh. Karipap dia inti kentang + daging. Bukannya inti yang diisi angin. Kuih-kuih lain masih 4ketul seringgit. Kadang-kadang dapat jugak 5 ketul seringgit.

Petang ni mak aku nak masak ikan keli masak cili, ketam masak lemak, udang lipan sambal tumis, sayur labu masak lemak, sotong masak tomato.Khas untuk anak bujang dia ni. Lu orang jangan rajin-rajin nak datang kampung aku petang ni. Aku tak mau kasi alamat. Tak sabar nak berbuka puasa petang ni kan?


Tapi...

Itu hanya imaginasi aku ketika ini. Yang sebenarnya aku tengah tunggu gaji masuk hari ni atau esok. Kalau masuk, segala cerita aku kat atas akan jadi kenyataan. Kalau tak masuk lagi esok, tolong lah temani aku berbuka di bandar Metropolitan ini selama 3 hari berturut-turut. (Gadis-gadis saja!).

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Aktiviti tengah hari

Sekali sekala tidur kat ofis best jugak. Feel dia tu lain macam sikit. Tak payah susah-susah nak kira kambing biri-biri sebelum tidur. Kasik pejam mata,terus lena. Sampai aku termimpi-mimpi pergi pasar Ramadhan petang ni.

***Masa kejadian adalah di waktu rehat. Jangan salah sangka.

Monday, August 24, 2009

Mamak yang tak berapa Ramadhan

Hilang feel aku puasa sehari bila berbuka kat kedai mamak!Dari awal Muharram sampai Ramadhan, lauk pauk sama je. Takde semangat Ramadhan langsung. Kuchai Lama plak takde pasar Ramadhan. Yang ada pasar Syawal. Sibuk orang berniaga jual tikar,langsir dan segala benda nak sambut raya. Baru 3hari puasa macam nak sambut raya esok hari. Tak prihatin langsung.


Aku masih kempunan ayam percik bahagian peha sama murtabak daging 2inci tebal. Tolong hantarkan makanan itu pada aku sepanjang Ramadhan. Pasti kamu akan ku jadikan isteri nanti. Huhu. (Perempuan sahaja!)

Sunday, August 23, 2009

Rindu masakan mak

Sepanjang 2 hari berpuasa aku dapat membuat beberapa kajian secara tidak langsung. Seperti tahun-tahun sebelumnya jugak. Beberapa perkara ini tetap sama.

Rokok
Secara purata aku menghisap rokok sehari adalah 8 batang. 4 batang selepas berbuka dan selebihnya sebelum sahur. Maka, aku hanya membeli Dunhill 14 sehari berbanding Dunhill 20 sebelum ini.

Kuih
Karipap inti kentang sangat susah didapati di kawasan bazar Ramadhan tempat aku. Yang aku pasti kuih melaka yang aku beli adalah sebesar bola ping pong dan isi gula merahnya macam celaka. Sikit!.

Gula
Dah 4hari aku cari gula. Langsung tak ada. Hari-hari aku minum air masak + ais batu. Kordial sangat rugi di beli. Macamana aku nak buat kuih semperit kalau gula takde!

Sardin
2hari aku berpuasa aku dan teman serumah makan sardin tumis dan sardin kari. Gaji akan dapat dalam minggu depan. Kena berjimat.

Astro & broadband
TV terpasang 24jam. Banyak masa dihabiskan tengok TV selain bertadarus. Ehem. Internet di pakai sepanjang malam untuk membaca komik dan berchating. Ada satu malam aku berchating dengan samseng kampung dusun sampai 5jam. Itu adalah rekod aku berchating selama internet diperkenalkan di dunia.

Mak
Mak aku tanya aku semalam, "Hang ingat lagi tak jalan balik kampung?".

Friday, August 21, 2009

Selamat Berterawih ini malam

Sempena puasa yang akan bermula esok:

Pagi ini aku bersarapan nasik lemak + sambal sotong + telur goreng. Tambah kuih lapis 3 ketul yang tak sedap. Dari jam 9 pagi sampai 1130 pagi, aku telah minum air Nescafe panas & kopi 3 dalam 1.

Untuk makan tengah hari ini, aku dah plan nak makan nasi beriani + ayam + daging kambing + sayur kobis. Air tembikai ais. Lepas tu pergi semayang Jumaat. Lepas Jumaat, beli goreng pisang + keladi goreng + air tebu.

Untuk santapan petang aku bercadang mahu makan nugget McD + Milo ais. Untuk makan malam dah target nasi Tomyam + telur dadar 2 biji (penuh cili).

Cerita pasal sahur, awal bulan aritu dah beli stok sardin + kari ayam tin + telur asin. Hari ini adalah hari makan siang aku sebelum puasa esok. Mulai esok aku akan berhenti merokok selama separuh hari. Makanan untuk berbuka adalah ala kadar. Nasi akan dikurangkan supaya proses menguruskan badan aku selama bulan puasa akan berjaya!

Malam ni terawih. Harap-harap more malam ni ada karipap inti kentang.

Selamat berterawih dan selamat berpuasa


Yang Ikhlas,
Clark Pett

Wednesday, August 19, 2009

Kalau ini soalan RM1 juta, memang aku kalah.

Jam pukul 0100 pagi. Aku baru pulang dari kerja. Sebenarnya kerja dah beres kul 7 tadi. Tapi disebabkan terpaksa jumpa agent company aku yang datang dari Jakarta. Dia seorang cewek comel. Datang atas urusan kerja. Tapi memandangkan dia adalah tetamu, aku kena bawak dia jalan-jalan kat area KL malam tadi. Bukan aku yang drive pun, tapi brader opis aku. Kalau aku drive area KL, memang dah sesat ke arah Seremban tak pun Port Klang. Aku buta jalan KL. Tapi kalau area Kota Damansara,dalam tangan. Huh!

Tempat-tempat yang kami lawati adalah seperti Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur,Tugu Negara serta tempat tumpuan orang ramai di sekitar KL. Ini dah macam tulis karangan. Cilakak. Makan di area Kampung Baru sebab minah tu nak makan nasik lemak antarabangsa. Orang cakap sedap, tapi aku rasa biasa ja nasi lemak tu, tak antarabangsa pun.

Sebagai pemandu pelancong secara tak rasmi, aku kasik serba serbi informasi tentang KL. Haram aku main belasah je. Minah ni nak sangat tengok KLCC. Kat Indonesia, dia cakap dia tengok KLCC dalam bentuk key chain je. Ini kiranya dia punya impian la nak tengok KLCC.

Seronok dia bukan main dapat bergambar depan KLCC. Gambar aku dah sah-sah ada dalam kamera dia tu. Aku kasik goreng serba sedikit pasal KLCC ni. Dia tanya aku jawab. Dia tanya aku jawab. Tapi aku rasa salah satu jawapan yang aku kasik tu macam salah.

Soalan : "Kiranya KLCC ini ada berapa tingkat semuanya pak?"

Jawapan: "Oh..Kalau di hitung dari bawah, semuanya ada 150tingkat".


Muka aku yakin dan dia percaya.

Monday, August 17, 2009

Entry Bergambar Separa Seksi

Ni pulak aktiviti hari Ahad aku semalam. Penat tak hilang lagi, tapi aku tetap pi sokong industri muzik Malaysia sambil usha awek-awek kat PJ. Tapi,sorang pun tak dapat. Ciss.

Acara dimulakan dengan tarian zapin oleh Yanz Budak Hijau di hadapan ribuan pengunjung. Tepukan agak gemuruh sekali. Sebelum Dila Raden menari tarian lilin di atas pentas. Di ikuti oleh tarian tango oleh Masri & Vivi. Tapi gambar tidak dapat di siarkan kerana sorang pun tak bawak kamera. Gambar-gambar ni pun aku beli kat internet. Lu orang tengok rambut Dani. Dia cakap rambut dia macam Maya Karin. Aku iyakan saja supaya dia tidak kecik hati.


En.Farid bersama bandnya "The Radios". Turut kelihatan adalah kekasih hatinya merangkap tukang video. Semasa temuramah semalam, En.Farid memberi tips-tips macamana mencari kekasih sambil si sokong hebat oleh En.Dani yang mempunyai kekasih di Korea. Ciss.

Dari kiri : Dila Raden, Itu Bukan Awie, Dani, Yanz , Masri dan Vivi.

Semalam ada orang panggil aku"Abang Awie!!!!Nak sainnn".
Aku toleh kat belakang, ada budak kecik bawak buku nota sambil pegang pen.





Aku cakap kat budak tu "Abang bukan Awie adik, abang Clark Kent".

Gambar seksi di MTV World Stage

Hari ni kasik tengok gambar sudah la. Aktiviti ni lebih berfaedah dari merempit. Sedikit gambar sekitar MTV World Stage kat Sunway Lagoon Sabtu lepas.

Epol (The Dearly Missed) bersama abangnya Rizz (Dashown). Topeng tu menyebabkan ramai awek-awek terpikat. Wa tak tipu oi.


3 orang makhuk (Midi,Ekmal & Afif) yang bakal bermandi peluh selepas konsert. En.Ekmal yang tidak memakai topeng kerana dia kebal dari H1N1.

Epol,Siam,Pett & Afif.


Sorang makhluk yang takut kena selsema babi walaupun dia adalah Clark Kent.
Tiket lebih ada satu aritu. Tapi tak sempat nak roger lu orang. Tapi kalau aku nak kasik pun, kasik kat bunga je. Kumbang kena beli sendiri la. Akhirnya tiket dijual untuk duit rokok dan makan minum aku malam tu. Berbaloi betul.
Ulasan pasal konsert lu orang baca je kat paper ke @ internet. Takpun nanti diorang tayang kt MTV.

Thursday, August 13, 2009

Cinta Pertama Aku - Rubiah

Ruby adalah cinta pertama aku. Nama kampung dia Rubiah. Dia seorang gadis yang cantik. Ada iras-iras melayu campur minah saleh. Kalau lu orang tengok mesti tangkap leleh dan hati pasti jatuh. Berkulit putih berambut sedikit kerinting. Lesung pipit memang sah-sah ada kalau awek tu cun. Awek-awek kat kampung aku memang anti habis dengan Ruby . Cemburu kerana wajah mereka tidak seputih Ruby.

Aku juga minat pada Ruby. Jatuh cinta pada pertama kali mata bertentang. Bila berjumpa dengannya,jantung pun berdegup kencang. Rumah aku tak jauh dari rumah Ruby. Tiap kali Ruby keluar ke kedai, memang dari jauh aku dah nampak dia nak lalu depan rumah aku. Masa dia lalu, aku akan siram pokok bunga, sapu laman dan adakala mencangkul ala-ala berkebun. Sambil anak mata menjeling kelibat Ruby.

Waktu petang adalah waktu yang paling berharga bagi aku. Kerana tiap-tiap petang Ruby akan lepak di beranda rumahnya yang bertentangan dengan padang bola. Dah sah-sah aku pergi main bola. Ada jugak budak-budak hingusan yang main jongkang-jongket sambil usha Ruby. Tak macho langsung main benda budak-budak macam tu. Ingat Ruby nak pandang ke korang. Jangan harap.

Aku dan Ruby belajar di satu tempat yang sama. Kelas memang aku tak pernah ponteng. Dari jauh aku selalu usha dia. Tapi,tiap kali dia usha balik, cepat-cepat aku alihkan pandangan aku ke arah pintu,pokok bunga,papan hitam dan segala benda sekeliling aku. Dalam hati, jantung bukan main laju dia punya degup. Celaka.

Suatu hari hati aku tak tertahan lagi,aku tulis surat pada Ruby. Masa tu talipon tangan tak popular lagi. Terpaksa pakai surat letak bedak baru dia tahu aku wangi. Isi kandungan surat memang jujur dan tulus. Aku luahkan segala isi hati aku pada Ruby. Memang masa ni aku menaruh harapan.

Tapi...cinta aku tak berbalas. Sejak dari itu Ruby selalu menjauhkan diri dari aku. Pelajaran aku terganggu. Jiwa rasa kecewa yang amat sangat. Itulah pengalaman pertama aku putus cinta. Pernah aku lihat Ruby bermain jongkang-jongket dengan seorang budak laki di padang. Prestasi permainan bola sepak aku terjejas gara-gara aksi di papan jongkang-jongket. Jelas dia gembira bersama lelaki itu.

Walaupun kecewa, aku dapat tamatkan pengajian dengan cemerlang. Kebetulan pada ujung tahun itu, bapak aku kena pindah ke daerah lain. Secara tidak langsung aku akan melanjutkan pembelajaran jauh dari cinta curang Ruby. Aku nekad mahu mulakan hidup baru di tempat baru. Aku rasa bapak aku dapat memahami kekecewaan aku disebabkan Ruby.




Akhirnya aku didaftarkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf(SYS), Batu Gajah, Perak pada 1988 sebagai murid tahun satu.

Kini Ruby aku tidak lagi ketemu. Dia hanya kenangan pahit yang aku tinggalkan di Tadika Kemas Sungai Bogak,Bagan Serai,Perak.


Sekian cerita cinta aku. Terima kasih kerana berkongsi kesedihan aku. Kamu memang kawan yang baik.

Tidurlah!

Apasal aku masih berinternet pagi-pagi buta ni. Hujan dah turun dengan lebatnya. Angin hujan pulak masuk celah-celah pintu. Tambah pulak dengan angin dari kipas syiling usang umah aku. Selimut bercorak harimau bintang aku pulak asyik memanggil-manggil.


Apa lagi nak fikir?Memang dah takde perkara lain yang lebih berfaedah pagi-pagi buta ni selain daripada TIDUR.

Wednesday, August 12, 2009

Ini Cerita Semalam

Semalam duit tinggal hanya RM110.00. Dari semalam aku berpikir duit aku dah pergi mana. Asal awal bulan banyak. Tapi bila nak sampai 15hb je mesti dah susut. Kadang-kadang aku rasa duit aku di curi toyol. Celaka punya toyol.

Semalam aku dah budjet duit aku sampai lepas MTV World Stage Sabtu ni. Tiket dah ada. Kena spend duit minyak keta dan rokok sepanjang minggu ini. Minggu depan aku dah boleh puasa seminggu awal dari lu orang semua.

Semalam jugak aku dah daftar Astro. Sabtu ni diorang datang pasang sebab bola dah nak start Sabtu ni. Sakit mata aku tengok TV yang arial dia tak secantik gadis comel yang aku jumpa itu hari. Terjejas pandangan aku bila tengok tilawah Al-Quran kat TV1.

Semalam jugak aku tak makan malam di kedai. Aku dah budjet makan maggi goreng kat rumah. Dapat jimat serba sedikit duit makan malam sambil kuruskan badan. Sambil jogging anak-anak dalam rumah supaya cepat letih dan senang nak tido awal. Jimat rokok dan makan.

Semalam jugak aku dah kira-kira duit yang perlu aku belanja besar untuk gaji bulan depan. Tayar keta 2 biji,service keta dan road tax keta adalah belanja besar yang aku maksudkan. Road tu yang paling berat nak bayar. Tamat tempoh masa raya kedua. Cilakak tul. Kena berjimat dari sekarang.

Semalam aku tido lewat. Semalam jugak aku ada RM110.00. Tapi hari ini ada Rm10 je. Apa cerita ni???




Sebab semalam jugak aku terjumpa promosi Maxis Broadband.


Aku dah mula puasa hari ni. Jangan mencarut dengan aku sebab aku akan mencarut balik.

Tuesday, August 11, 2009

Ada gaya tak?

Sukan terbaru aku selepas futsal.


Sekarang dah mula ketagih main benda ni. Lepas balik kerja terus main. Siap bola yang aku baling tu ada sikit gerakan lengkung macam orang-orang pro main. Lu orang tengok sikit gaya silang kaki aku tu. Bukan saja-saja silang tu. Ada effect bila main. Macam terer kan?Gaya tu penting. Ingat tu.

Ok.Sekarang bila kita semua nak bertarung?

***Aku rasa macam tangan kanan aku dah besar sebelah. Mahu ada muscle tak lagi lagi ni.

Monday, August 10, 2009

Samseng pun tau takut

Semalam baru balik outstation. Sampai depan rumah, 2 budak nakal merangkap anak jiran aku tersengih-sengih. Jangan harap aku nak sengih balik. Nak pancing aku la tu. Takdenya aku nak beli keropok ke gula-gula ke kat korang.

Dah la malam-malam korang duk ketuk-ketuk pintu rumah aku. Tak cukup pintu,dinding pun korang ketuk-ketuk masa bapak korang keluar. Sebelum subuh dah bising-bising.Tu belum lagi kesan tapak tangan kat keta aku. Macam-macam korang tulis pagi-pagi. Nasib baik la tu air embun je. Tapi korang tetap samseng kecik yang tak boleh bagi muka.

Sorang abang, sorang adik. Kalau kat tadika ni, budak-budak lain mesti dah takut ni. Tapi jangan harap aku nak takut dengan korang. Aku ketuk kepala sorang-sorang kalu apa-apa terjadi pada keta aku. Siap korang.

Aku turun dari keta. Mereka masih tersengih-sengih macam siput busuk. Aku ambil beg dan terus nak masuk rumah. Muka ketat sikit, baru budak-budak respek brader-brader macam aku ni.

Baru nak bukak pintu, si abang bertanya.

"Abang baru balik kerja?"soalan budak-budak hingusan.

"Hmm.." aku jawab dengan ego dewasa.

"Abang kerja apa?"soalan tahap tadika ni.


"Kerja Tok Mudim," aku jawab ringkas sambil memberi jelingan tajam.


Malam tadi dengan amannya aku dapat tengok Clark Kent cuba tackle balik Lana Lang dari Lex Luthor.

Wednesday, August 5, 2009

Tengah fikir nak letak tajuk apa

Aku tengah fikir tentang urusan kerja yang belum selesai minggu ni.
Aku juga tengah berfikir tentang MTV World Stage kt Sunway Lagoon 15hb ni.
Aku juga tengah berfikir tentang road tax kereta aku yang akan tamat pada hari raya kedua.
Aku juga tengah berfikir tentang anak-anak jiran aku yang nakal itu.
Aku juga tengah berfikir nak tulis apa kat blog ni.
Aku juga tengah berfikir nak beli kasut futsal baru.
Aku juga tengah berfikir nak beli lense baru untuk kamera aku.

Aku juga tengah berfikir kenapa aku rasa macam sedang jatuh cinta pandang pertama sejak minggu lepas.
Lu orang boleh fikir untuk aku tak bagaimana aku nak mengorat gadis?

Sebab asyik aku je fikir, lu orang tak fikir ke aku ni tak reti mengorat?

Betul aku tak tipu.