Friday, September 30, 2011

Surat Untuk Rakyat Malaysia

Salam 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!

Aku bangsa asing dari luar negara. Sekarang aku rasa gembira sebab negara kamu sudah tidak aman sangat. Aku seronok kerana kamu semua ada yang sudah tak bersatupadu. Aku ketawa disebabkan kamu makin berpecah belah. Hahaha.

Malaysia yang aku tahu sebuah negara makmur. Kononnya. Semuanya nampak seronok dan gembira kerana negara Malaysia cantik, ada macam-macam kaum. Berbilang agama. Tapi aku tak suka kamu semua sebab negara lain di dunia tak seperti negara kamu. Kenapa negara kamu tiada gempa bumi? Kenapa negara kamu maju dalam sekelip mata? Kenapa makmur sangat negara kamu? Aku benci!

Tapi sekarang aku rasa kamu sudah makin tidak makmur. Hahaha. Bagus! Kamu bergaduhlah sesama sendiri. Maki memaki. Tuduh menuduh. Bakarkan api perkauman kamu. Melayu hina Cina. Cina cari gaduh sama Melayu. India mencarut sama Cina dan Melayu. Kadazan, Singh dan macam-macam bangsa yang ada di negara kamu perlu memberontak. Ayuh!Ayuh! Jadikan negara kucar kacir! Kita buat reformasi!

Sebenarnya aku suka melihat kamu jatuh! Jatuh biar sampai ramai rakyat Malaysia mati! Mati sebab pergaduhan! Fitnah! Mati sampai negara kamu jatuh miskin! Biar kamu rasa erti ketakutan macam negara Afganistan, Palestin, Somalia dan lain-lain negara miskin! Biar ekonomi kamu macam negara Indonesia. Baru puas hati aku.

Ahli politik kamu semua bodoh! Politik adalah satu kuasa. Politik boleh ubah hukum agama sesuka hati. Tak kira kamu pemerintah atau pembangkang. Sama-sam bodoh sebab bangsa asing yang jadi batu api dari luar negara yang mahu jatuhkan kamu dan huru harakan negara Malaysia . Puas hati aku!

Rakyat seperti kamu pula adalah mangsa. Ada yang bijak dan ramai yang bodoh. Selalu terpengaruh dengan kata-kata orang luar. Sebenarnya kamu adalah boneka. Masing-masing mengikut rentak perpecahan agama & bangsa. Aku mahu kamu terus bertelingkah sesame sendiri. Biar bermandi darah kamu bercakaran, berbunuhan dam menbenci kaum lain. Baru negara kamu akan mundur. Biar kami kuasa-kuasa besar yang terus mengawal kamu. Kamu kami jadikan boneka.

Aku bimbang bila kamu berkawan baik sesame kaum lain di negara kamu. Aku tak suka kamu menghormati satu sama lain. Aku takkan benarkan kamu makin maju dari negara utama dunia lain. Aku benci kamu Malaysia. Tapi aku yakin jika kamu terus bertelagah, benci sesame sendiri, berpolitik bodoh, kata fitnah tentang agama masing-masing dan segala kekacauan yang bakal berlaku, aku akan terus ketawa sampai bila-bila! Hahahaha.


Aku cuma takut bila kamu bersatu sebab rakyat Malaysia bila bersatu akan terus maju,makmur,aman dan bahagia! Aku tak suka! Jadi teruskan berkelahi wahai rakyat Malaysia.



Sekian terima kasih.

Yang Benar
Bangsa Asing

Thursday, September 15, 2011

16 September Tahun Lepas

16 September 2010

Lepas subuh aku sambung tidoq. Hidup bujang macam ni la. Lepas balik dari kampung 2 hari lepas, aku terus kerja. Mak aku ada la selit 3-4 jenis kuih raya buat cover duit makan dia kata. Setakat hidup bujang macam ni kira kuih tat nenas tu umpama nuget Mcdonald, kuih batang buruk bagaikan kentang goreng dan kuih kek pisang nampak macam lampchop.

Pagi-pagi cuti 1 Malaysia ni memang sedap-sedap tarik selimut sambil kipas terpasang ujung kaki. Angin kipas angin tu meniup naik dari bawah terus ke kepala. Bukan kepala lutut atau kepala lain. Terasa macam duduk tepi pantai.

Dah agak-agak tidoq tu macam membosankan, aku bangun gosok gigi. Belum mandi. Aku rasa kalau mandi tengahari nanti kira sekali sapu la. Buat apa membazir nak mandi banyak kali. Hidup bujang macam ni elok berjimat simpan duit kawen. Lepas kuman-kuman dalam mulut dah mati dan lemas dalam sinki toilet aku, aku buat senaman kucing empat lima langkah nak kasik urat-urat badan kembali aktif bergerak. Angkat dumbel 10kilo selang seli sama dua-dua tangan aku selama 30minit tanpa henti untuk mengerakkan otot Clark Kent yang memang terpancar dari titik peluh jantan aku. Sebelum sarapan pagi yang kian nak ke tengah hari, aku pumping 200 kali dengan sebelah tangan. Rutin harian masa bujang. Ehem.

Sambil-sambil bukak siaran Astro celaka kedarah duit rakyat Malaysia dengan rancangan ulang-ulang, aku bersarapan dengan nudget McD yang mak aku kirim, lampchop sama kentang goreng yang aku bawak balik dari kampung semalam. Walaupun sarapan itu sebenarnya rasa kuih tat nenas, batang buruk dan kek pisang.

Melihat rancangan Astro yang membosankan selain bolasepak, berita politik Malaysia bodoh nak mampus gila kuasa, rancangan nyanyi-nyanyi Melayu bangang yang untungkan syarikat komunikasi walaupun suara macam itik bangun pagi, aku merenung ke luar jendela. Depan apartment aku hanya ada gadis-gadis seksi kolej yang gedik, tapi mata aku tidak merenung ke arah rumah mereka, mereka yang merenung ke rumah aku sebenarnya. Aku menikmati panorama langit sekarang. Sudah tak berapa sejuk. Ozon dah makin nipis. Kiamat sudah makin dekat - aku berkata-kata dalam hati setelah otak merungkai persepsi dari pandangan mata aku.Aku sekadar menghembus asap dunhill lembut ke ruang udara yang sememangnya dah kotor.

Sesekali gadis-gadis gedik ketawa sesama mereka untuk menambahkan kegedikkan dan keseksian tubuh tak berapa nak seksi dari pandangan pertama aku (dulu). Aku sekadar mengabaikan jelingan dan usikkan gadis-gadis itu. Walaupun aku bujang dan tidak mempunyai kekasih selama hampir 5 tahun selepas tamat belajar, tak semestinya aku gatal untuk mengorat mereka. Jika mereka berterusan begini, mungkin lebih ramai bayi yang lahir tanpa bapa. Ataupun bapa mereka adalah awang hitam dari Afrika. Waktu itu mereka mungkin akan mengerti apa makna "Sesal kemudian tidak berguna lagi."

Aku bersandar ke dinding bertentang tivi dalam rumah. Sambil mata aku dah kenyang usha kuih tat sama kek pisang tadi. Aku rasa macam nak makan lemang sama ketupat. Tapi sini bukan dekat kampung, sini dekat KL. Semua kena beli. Duit lepas raya macam ni boleh kira tinggal berapa kerat saja dalam dompet. Dalam bank dah tentu-tentu tak cukup baki nak kasik keluar barang sepuloh ringgit pun.

"Ini harinya...dah tiba.." Hati aku pandai pulak bermadah-madah dalam leka menghembus asap dunhill.

Aku pulak tersenyum manis malu sendiri. Sedangkan cerita di Astro tu tak berapa nak kelakar. Bukan tersenyum sebab menonton tivi, tapi ada sebab lain. Kalau nak kira hati punya taman bunga, hari ini bunga di taman aku kembang subur bak taman bunga di Cameroon Hailand.

Ring Ring Ring..

" Ok abang, dah settle. La ni tengah makan-makan."

Achik talipon dari kampung. Adik aku yang zaman dia darjah 1-2 dulu-dulu selalu kena rembat sepak terajang dengan aku. Sekarang dah masuk unibersiti kat KL nun. Dah besaq panjang siap ada marka cun pulak tu.

Aku sekadar senyum sampai ke telinga.

"Hmm. Ok. Kim salam kat semua. Cakap abang tengah outstation."

Aku letak talipon. Sambil bertemankan sebatang dunhill dan berseluar pendek bersingelet hitam, aku hantar sms kepada seseorang:


"Terima kasih awak, selamat bertunang untuk kita" (Aku taruk simbol senyum :).





Tahun ni dia dah jadi bini aku la. Ini cerita tahun lepas punya. Malu la nak kabor tahun lepas, sebab tunang-tunang ni tak boleh nak riuh sekampung. Nanti tak jadi malu sedunia. Dah kawen lain cerita la. Aku punya meminang tak main la ikut rombongan sekali. Aku balik KL 2 hari sebelum tunang. Lepak tengok tivi sambil makan kuih raya.







Baru la rock orang cakap!

Wednesday, September 14, 2011

Kisah Ular Dan Manusia

Sementara menunggu surat masuk U tahun 2003, aku dengan rileknya lepak di rumah tok aku. Duduk kampung mesti buat kerja kampung serba sedikit. Takkan hang duk kampung nak melepak kt KLCC macam mat bangla. Shopping kat Pavillion macam hang anak datuk datin. Dah orang kampung, kena tau asal usul.

Selepas merepeat matrix berulang kali dan akhirnya berjaya melepasi pointer 2.0 ke atas. Aku dengan penuh doa dan harapan untuk masuk U. Sebab orang Melayu akan rasa hebat bila masuk U. Sedangkan masuk U belum tentu dapat kerja bagus. Sama jugak kalau terer dapat results masa kat U, belum terjamin hang kerja bagus-bagus gaji berkepuk-kepuk. Jangan mimpi ya adik-adik. Alam pekerjaan tak sama macam alam belajar. Bukan kira sangat pointer tinggi ka rendah. Yang penting hang ada kemahiran, cepat belajaq, komunikasi, cara bersosial dengan orang sekeliling dan cara hang bawak diri dengan orang yang lebih berpangkat dari hang.

Disebabkan keputusan masuk U belum dapat. Aku tengok kebun sawit tok aku pun macam penuh semak samun paras pinggang. Kalau dibiarkan lagi sebulan dua, boleh bela gajah barang 2-3 ekoq. Silap-silap boleh bela anak zirafah. Maka, lebih berkat kalau aku mencantas sama meracun semak samun ni dari membiak dan melahirkan keturunan semak samun generasi baru.

Operasi ini aku rancang bersama sepupu aku, Mat Shahril. Mat Shahril badan sama saiz The Rock. Bukan calang-calang orang aku bawak dalam operasi pembersihan ni. Nak meredah semak samun ni tak boleh sorang-sorang. Tok aku cakap babi hutan dah buat rumah banglo dalam kebun sawit tu.

Operasi bermula dengan jayanya. Selama 6-7 hari kebun sawit tok aku baru nampak macam sebuah kebun. Setakat ular lidi sama semut hitam kepala besar biji lada tu, aku jentik mati saja. Parang sama sabit kiri kanan tangan masing-masing. Mat Shahril sambil hisap rokok saja masa menebas-nebas kepala ular lidi, biawak, babi hutan dan serangga-serangga kecik yang berbisa.

Hari ke-8, kami seperti biasa meredah kebun. Dah hari ke 8 ni, hampir separuh kebun kami dah hapuskan semak samun. Hari ni kira mau kasi sambung lagi kawasan jajahan. Kami melangkah seperti biasa. Sambil ditemani asap dunhil. Kaki sudah sampai kawasan semak yang akan di terokai.

Piaappp..piaaappp..zasss..zasss.

Hasil bunyi sabit sama parang memotong anak pinak semak samun. 4-5 langkah tiba-tiba kami terdengar bunyi benda menyusur dari tepi semak samun. Setakat babi hutan boleh gagah lagi kami handle. Baling mercun bola 2 tiga das ke kubu babi tu, lintang pukang dia lari. Ular lidi setakat jentik dengan jari saja. Bunyi macam ni kalau tak musang, mesti ayam hutan sesat. Kami rilek saja.

Sssyyhhhh...syssshhh..bunyi lagi. Kami berenti sat. Usha tepi dari mana mai bunyi tu.




"Balik awai nampak? Dah habih tebas ka?" tok aku tanya sambil tangan dia duk tebang pokok nangka belakang rumah dengan parang. Boleh tahan Badang jugak tok aku ni.

Kami tercungap-cungap sebab penat berlari tadi. Bersandaq tepi dinding luaq rumah. Tok aku steady lagi tunggu jawapan dari kami. Aku tengok Mat Shahril ada pucat jugak. Dia pun cakap aku tak nampak pucat sangat sebab aku kulit gelap dari dia.


Malam tu di kedai kopi...

"Ulaq kami jumpak tu ekoq dia saja besaq lengan! Panjang dia lebih kurang 7-8 kaki!"

Bersungguh-sungguh Mat Shahril bercerita sambil mendepakan tangan. Orang-orang kampung yang selalu lepak di kedai kopi Pak Lang mendengaq dengan penuh tabsub. Asap rokok daun, surya berterbangan bebas. Ayaq kopi masih panas tanpa sempat di hirup. Semua tekun mendengaq cerita ular tedung selar yang kami jumpa pagi tadi.



Aku dan Mat Shahril tidak ke kebun lagi ke esokkannya walaupun badan Mat Shahril macam The Rock. The Rock mungkin juga takut ular tedung selar besar lengan.

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Selamat Hari Lebuhraya

Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan. Maaf zahir dan batin. Ucapan biasa hari raya. Juga selamat memandu di jalan raya dan lebuh raya.

Duit raya sudah habis. Ini kereta apa macam mau kira?







Sungai Perak 04/09/2011 1330hrs. Punca kesesakkan pada jam tersebut:



Ya kereta aku punya pasal.