Showing posts with label Cerita Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Cikgu. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

16 September Tahun Lepas

16 September 2010

Lepas subuh aku sambung tidoq. Hidup bujang macam ni la. Lepas balik dari kampung 2 hari lepas, aku terus kerja. Mak aku ada la selit 3-4 jenis kuih raya buat cover duit makan dia kata. Setakat hidup bujang macam ni kira kuih tat nenas tu umpama nuget Mcdonald, kuih batang buruk bagaikan kentang goreng dan kuih kek pisang nampak macam lampchop.

Pagi-pagi cuti 1 Malaysia ni memang sedap-sedap tarik selimut sambil kipas terpasang ujung kaki. Angin kipas angin tu meniup naik dari bawah terus ke kepala. Bukan kepala lutut atau kepala lain. Terasa macam duduk tepi pantai.

Dah agak-agak tidoq tu macam membosankan, aku bangun gosok gigi. Belum mandi. Aku rasa kalau mandi tengahari nanti kira sekali sapu la. Buat apa membazir nak mandi banyak kali. Hidup bujang macam ni elok berjimat simpan duit kawen. Lepas kuman-kuman dalam mulut dah mati dan lemas dalam sinki toilet aku, aku buat senaman kucing empat lima langkah nak kasik urat-urat badan kembali aktif bergerak. Angkat dumbel 10kilo selang seli sama dua-dua tangan aku selama 30minit tanpa henti untuk mengerakkan otot Clark Kent yang memang terpancar dari titik peluh jantan aku. Sebelum sarapan pagi yang kian nak ke tengah hari, aku pumping 200 kali dengan sebelah tangan. Rutin harian masa bujang. Ehem.

Sambil-sambil bukak siaran Astro celaka kedarah duit rakyat Malaysia dengan rancangan ulang-ulang, aku bersarapan dengan nudget McD yang mak aku kirim, lampchop sama kentang goreng yang aku bawak balik dari kampung semalam. Walaupun sarapan itu sebenarnya rasa kuih tat nenas, batang buruk dan kek pisang.

Melihat rancangan Astro yang membosankan selain bolasepak, berita politik Malaysia bodoh nak mampus gila kuasa, rancangan nyanyi-nyanyi Melayu bangang yang untungkan syarikat komunikasi walaupun suara macam itik bangun pagi, aku merenung ke luar jendela. Depan apartment aku hanya ada gadis-gadis seksi kolej yang gedik, tapi mata aku tidak merenung ke arah rumah mereka, mereka yang merenung ke rumah aku sebenarnya. Aku menikmati panorama langit sekarang. Sudah tak berapa sejuk. Ozon dah makin nipis. Kiamat sudah makin dekat - aku berkata-kata dalam hati setelah otak merungkai persepsi dari pandangan mata aku.Aku sekadar menghembus asap dunhill lembut ke ruang udara yang sememangnya dah kotor.

Sesekali gadis-gadis gedik ketawa sesama mereka untuk menambahkan kegedikkan dan keseksian tubuh tak berapa nak seksi dari pandangan pertama aku (dulu). Aku sekadar mengabaikan jelingan dan usikkan gadis-gadis itu. Walaupun aku bujang dan tidak mempunyai kekasih selama hampir 5 tahun selepas tamat belajar, tak semestinya aku gatal untuk mengorat mereka. Jika mereka berterusan begini, mungkin lebih ramai bayi yang lahir tanpa bapa. Ataupun bapa mereka adalah awang hitam dari Afrika. Waktu itu mereka mungkin akan mengerti apa makna "Sesal kemudian tidak berguna lagi."

Aku bersandar ke dinding bertentang tivi dalam rumah. Sambil mata aku dah kenyang usha kuih tat sama kek pisang tadi. Aku rasa macam nak makan lemang sama ketupat. Tapi sini bukan dekat kampung, sini dekat KL. Semua kena beli. Duit lepas raya macam ni boleh kira tinggal berapa kerat saja dalam dompet. Dalam bank dah tentu-tentu tak cukup baki nak kasik keluar barang sepuloh ringgit pun.

"Ini harinya...dah tiba.." Hati aku pandai pulak bermadah-madah dalam leka menghembus asap dunhill.

Aku pulak tersenyum manis malu sendiri. Sedangkan cerita di Astro tu tak berapa nak kelakar. Bukan tersenyum sebab menonton tivi, tapi ada sebab lain. Kalau nak kira hati punya taman bunga, hari ini bunga di taman aku kembang subur bak taman bunga di Cameroon Hailand.

Ring Ring Ring..

" Ok abang, dah settle. La ni tengah makan-makan."

Achik talipon dari kampung. Adik aku yang zaman dia darjah 1-2 dulu-dulu selalu kena rembat sepak terajang dengan aku. Sekarang dah masuk unibersiti kat KL nun. Dah besaq panjang siap ada marka cun pulak tu.

Aku sekadar senyum sampai ke telinga.

"Hmm. Ok. Kim salam kat semua. Cakap abang tengah outstation."

Aku letak talipon. Sambil bertemankan sebatang dunhill dan berseluar pendek bersingelet hitam, aku hantar sms kepada seseorang:


"Terima kasih awak, selamat bertunang untuk kita" (Aku taruk simbol senyum :).





Tahun ni dia dah jadi bini aku la. Ini cerita tahun lepas punya. Malu la nak kabor tahun lepas, sebab tunang-tunang ni tak boleh nak riuh sekampung. Nanti tak jadi malu sedunia. Dah kawen lain cerita la. Aku punya meminang tak main la ikut rombongan sekali. Aku balik KL 2 hari sebelum tunang. Lepak tengok tivi sambil makan kuih raya.







Baru la rock orang cakap!

Friday, June 17, 2011

Nora Elena?

Baru semalam aku tau apa dia menatang Nora Elena tu. Drama melayu rupanya. Hero dia nama Seth. Bini aku cakap cerita tu dah habis.

Aku cakap "Ohh..ok".

Dia cakap cerita ni top, kalah Nur Kasih.

Aku cakap sambil kening sama dahi berkerut " Nur Kasih???"

Last week jugak bini aku ada cerita watak Seth tu romantik. Dia beli bunga penuh satu bilik untuk Nora Elena. Romantik kan?






Aku cakap


" Ok. Nanti kita pi Cameroon Highland"

Wednesday, June 15, 2011

Pergi ke Sekolah

Jam sudah pukul 6 pagi. Azan subuh dah berkumandang mengejutkan mimpi-mimpi manusia dan juga binatang-binatang serta benda-benda hidup yang lain. Aku bangun macam biasa walaupun terpaksa. Sesudah mandi dan solat, pakai baju dan seluar yang tersedia rapi. Mak aku dah sediakan sarapan pagi. Bila aku cakap nak breakfast, mak aku tak faham. Bapak aku pulak pagi-pagi lepas balik mesejid, dah cari suratkhabaq. Duduk atas kerusi malas dia sambil minum ayaq kopi. Fokus dia baca paper pagi-pagi. Kalau ada yang buat pasai pagi-pagi buta ni, boleh kena lempang dengan tapak tangan dia.

Aku bersarapan pagi cara kampung. belum pernah mak aku bagi makan cornflakes campuq susu pagi-pagi buta ni. Dia kata tu makanan ayam. Bukan kenyang pun. Aku dah diajaq makan nasi pagi-pagi. Orang kampung macam aku ni tak membazir sangat macam orang kaya. Nasi semalam yang tak habih, mak aku buat nasik goreng. Nasik goreng ni ada macam-macam jenis. Tak perlulah aku jelaskan jenis-jenis nasik goreng tu, macam la hangpa tak penah makan.

Setelah bersiap-siap ke sekolah dengan berbekalkan dua pasang kaki yang belum pernah cedera lututnya, aku berjalan ke sekolah. Sekolah aku tu bukan jauh sangat. Kalau naik moto, baru taruk gear 3 dah sampai. Sejak dari sekolah lagi aku banyak bawak bekal nasik. Samseng tak samseng, bekal mak bagi lagi berkat dari berbelanja duit kat kantin. Lagipun duit bapak bagi aku boleh beli rokok kat kedai Ah Seng tu, dua batang baru 50sen. Masa tu Dunhil 7 tengah glamor. Tapi tak mampu nak beli kotak-kotak ni. Nanti kantoi taruk dalam poket seluaq.

Itu rutin aku sepanjang sekolah menengah. Dah lama dah aku tak ke sekolah pagi-pagi buta macam dulu. Dah dekat 12 tahun. Zaman sekolah ni sebenarnya zaman hang membesaq menjadi manusia serba boleh. Zaman hang kena bangun pagi-pagi dengan mata mengantuk nak tidoq. Kalau cikgu bahasa inggeris aku pakai seksi pagi-pagi tu, kira celik la mata sampai kelas dia abih.


Sekarang apa macam?


Pagi-pagi jam 7 aku dah terpacak hantaq bini tersayang aku depan pagar sekolah.






Baru sekarang aku rasa cuti sekolah amat penting dalam hidup aku.