Monday, September 3, 2012

Untung Lah Sapa Jadi Suami Cikgu

Sebagai pekerja swasta dalam industri perkapalan dan berbini seorang cikgu, aku merasa untung menjadi laki seorang cikgu sebab hari-hari aku pergi sekolah hantar bini depan pintu pagar. Dalam sekolah tersebut ada 1500 pelajar dan cikgu-cikgu lebih kurang 100 orang barangkali. Cikgu-cikgu cun sama manis-manis serta bujang dalam 4-5 orang sekali sekala aku dapat usha sepintas lalu tiap-tiap pagi. Belum termasuk awek yang jual nasi lemak depan simpang sekolah. Untung la aku dapat tayang muka hari-hari depan depa semua.
 
Sebagai cikgu kaunseling, gaji bini aku banyak habaq hang! Kerja dia jaga budak-budak sekolah saja. Senang habaq hang! Kalau budak-budak ada masalah lari dari rumah, boyfren & girlfren merajuk, mak bapak tak bagi kasih sayang penuh dan masalah menari Gangnam style semua bini aku boleh cover. Pehhh. Terer gila nak habaq kat hang! Itu belum termasuk budak-budak nak bunuh diri sebab boyfren dah ada awek kat sekolah lain. Senang kan kerja dia? Senang kan? Nampak?
 
Untung la sapa jadi laki cikgu sebab aku akan dengaq dia bercerita tentang kerja dan masalah budak-budak sekolah. Sampai malam pun ada mak bapak yang rajin talipon bini aku tanya tentang masalah anak-anak depa. Untung la sebab kadang-kadang bini aku yang talipon depa. Bil talipon? Takpa, aku ada, aku boleh bayaq. Gaji aku tak la banyak macam Engineer. Tapi ada la duit serba sikit. Kalu tak cukup, gaji bini kan ada. Lebih 2k sebulan. Gila hang! Banyak tu. Berbekalkan 2k lebih sebulan cukup-cukup buat belanja kat Pavillion. Tapi bini aku suka shopping kat Uptown saja. Untung kan? Kalu jadi Engineer mesti dapat shopping kat Paris sama London. Bil dan duit rumah, kereta sebagai laki, mestilah aku yang settle. Duit kereta proton sama rumah atas tanah aku boleh cover. Tapi tak sama la macam kereta engineer BMW sama rumah 5 tingkat macam engineer.
 
Cuti bini aku banyak oi habaq hang. Tiap kali cuti sekolah, bini aku cuti. Tapi dia tak mau cuti sebab kena pi kursus pulak. Punya la rajin cikgu ni kan? Bila dia nak bercuti, aku pulak kena kerja. Jadi dia sambung la kerja-kerja rumah, jaga anak dan macam-macam lagi kerja dan projek sekolah dia. Untung habaq hang! Aku balik rumah bini dah siap masak semua. Aku tak payah buat apa dah. Dia boleh jaga makan minum aku dari pagi sampai malam. Cuti dia habis macam tu saja kadang-kadang sebab aku tak dapat cuti. Senang jadi cikgu ni kan?
 
Untung la jadi laki cikgu sebab kadang-kadang bini aku kena marah dengan mak bapak budak-budak sebab mak bapak sekarang cakap cikgu yang jaga dan membentuk anak depa. Kalau silap semua salah cikgu. Kita kena salahkan cikgu atas semua masalah sosial sekarang. Masalah gangnam style jugak salah cikgu sebab cikgu yang banyak main facebook, youtube dan online shoping. Semua salah cikgu oi. Orang lain mana main fesbuk, update blog dan tutup blog. Nampak? Senang kan kerja cikgu?
 
Pengetua marah pun cukup senang. Nak menjadikan seseorang sebagai budak berguna kita serah saja pada cikgu, sebab engineer tak mampu nak mendidik anak bangsa. Kita bagi sama cikgu saja sebab kerja depa senang habaq hang. Apa duk gaduh? Sebagai engineer Liyana, doktor,engineer Liyana, menteri, Engineer Liyana,tokeh kilang taugeh,  Engineer Liyana,drebar lori, kerani di pejabat engineer Liyana, tukang paip, makcik jual nasik lemak semua tak sama macam kerja cikgu. Semua kita ni kerja susah habaq hang. Gila betui! Mana ada masa nak didik anak bangsa. Kita bagi saja tugas sama semua cikgu. Cikgu kan kerja senang.
 
Untungnya aku sebab aku boleh jadi kaunseling sama bini aku bila dia ada masalah, aku bagi semangat sama bini aku. Untung la dapat luangkan masa dengan bini aku. Kalau bini aku kerja engineer macam Liyana, mungkin aku jumpak dia sebulan sekali saja. Gaji bini aku mungkin lebih dari gaji aku. Jadi aku tidak berkuasa penuh lagi sebab kuasa duit lagi power mungkin. Mungkin dia akan ada scandal dengan Datuk-Datuk dan Aaron Aziz mungkin. Mungkin dia suka ke Paris dan London untuk bershoping. Sebab itu aku suka dia jadi cikgu habaq hang. Cikgu kerja dia pi sekolah awal, balik sekolah pun awal. Jadi cikgu senang sebab mendidik anak bangsa adalah perkerjaan "PALING SENANG" dalam dunia ni.   
 
Untung la sapa-sapa yang dah kerja sebenarnya. Untung lah kita ada duit makan. Untunglah kita kerja sebagai penyapu sampah sekali pun. Untung lah kita menjual nasik lemak tepi simpang. Untung lah kita kerja doktor dan kontraktor. Untung lah kita yang duduk kerja di Malaysia. Untunglah mat-mat bangla yang kerja untuk kita. Untung lah sapa-sapa yanag baru jadi engineer tu. Untung habaq hang.
 
Oleh itu, marilah kita semua jadi cikgu sebab kerja cikgu adalah yang paling "senang" dalam Malaysia ini. Sebab kerja Pegawai Perkapalan, Doktor, tukang buat roti canai, tukang basuh kapal terbang dan sebagainya adalah kerja-kerja yang susah. Yang paling susah kerja engineer. ada orang cakap engineer kerja susah. Tapi aku tak tau kerja engineer macamana, aku tak tau kerja cikgu macamana, aku tak tau kerja kerajaan macamana, yang aku tau kerja aku kat swasta ni pun ada susah dan ada senang. Nampak aku tengah update blog? Nampak tak kesenangan di situ? Nampak?
 
Sebenarnya semua kerja susah. Aku sebenarnya nak jadi SUPERMAN. Tapi nampak kerja dia pun boleh tahan susah. Kena terbang sana sini dan menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bila aku pikir-pikir balik, susah pulak jadi Superman.
 
Oleh itu, aku rahsiakan identiti aku sebagai Superman sampai sekarang. Supaya aku ada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan meluang masa untuk keluarga aku.
 
 
 
Respon to blog yang dah "terdelete" oleh Engineer tapi ada boleh usha kat Blog ni : http://sksogosogo.blogspot.com/2012/09/kisah-liyana-untung-laa-sape-jadi-cikgu.html

81 comments:

  1. untung tak kalo ade bini jadi cikgu?

    ReplyDelete
  2. Untung la Wadi. Bini aku cikgu, nanti boleh ajar anak2. haha.

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha.. Comelnya jadi cikgu.. (*eh? Ke jadi suami cikgu yang comel? ) Tapi 'comel lagi' jadi Engineer Liyana kan? Dah la kluar gelap balik pun gelap, famous secara 'mahalan' plak tu.. Untung nya laaa... Hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. liyana muke hodoh mmg patut ayat2 die pin huduh..huhu

      Delete
  4. like your post very much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Just my opinion. And kita tau x semua akan setuju. But itu lah Malaysia. hehe.

      Delete
  5. Aku yg sewaktu masa dahulu yg pnah jd engineer ni..yg skrg dh jd cikgu jugak, pn nk habaq mai kat hangpa semua. bahawasanya engineer ada mcm2 spesis. ada senangnya. ada susahnya. ada juga engineer dok senang lenang. Mcm laki aku system engineer yg dok standby kalo system down aja byk keje. Slalu jg dok balik awai mcm cikgu. standby kat rumah. kdg2 tk p keje 2 hari semngu. bestkan? gaji masuk ribu2...tp aku tk pnah plak bantai dia makan gj buta ke hape. sbb environment keje dia mmg gitu lah. apa hak aku nk kata dia mcm2....mana aku tau keje dia mcmana susah.kalo system fail bhari2 tk blik rumah dok ngadap system tu. Susah jg kan. tp aku tk komplen sbb dh paham situasi keje dia. semua keje ada susah dan senangnya bak kata tuan tanah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betui.dan semua pekerjaan ada susah senang.Bukan saja enginer, doktor tpi hampir semua pekerjaan. Environment itu yg menbezakan. tp sibuk tetap sama rata.rezeki masing2 kan. ;)

      Delete
    2. saya faham benor system engineer..sgt2 sibuk..:-)


      Delete
    3. ha'ah.. sebelom jd cikgu dulu aku pon penah jd engineer 3 tahun.. dok keja kat site campur dgn ramai orang..mat indon, bangla, myanmar segala mmg gaya bahasa n percakapan kita sangat la tak memikirkan perasaan orang lain..mcm cik liyana tu..

      Delete
  6. Anon 1 : Untung la kita semua comel belaka bila dah kerja. haha.

    Anon 2: Tq so much.;)

    Anon 3: Haha.Yes.betui. Semua kerja ada susah senang. Tiap2 org ada masa sibuk dan lapang masing2. Tak perlu dia pertikaikan kerja org lain. sebab kita semua sama. hehe. Tq for your comment and sharing experience. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buleh dak hang p fowed apa yg kita dok tulih ni kat tuan engineer liyana tu....baru la puaihh atiiii

      Delete
  7. Hehe....patut la...laki MD dari kecik sebelum bersunat lg bcita2 nak kawin ngan cikgi ....sib baik dpt MD.....kikikiki.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehhhh.bagus cita2 dia tu. haha. ALhamdulillah.

      Delete
  8. Kalau dapat suami keje cikgu, untung tak? dua dua cikgu satgi borink pulak ek. That's why cheq suka kalau suami keja offshore, dok kat pelantaq minyak 2 minggu bru balik darat. Tu baru mencabar sket tak mcm keje cikgu macam cheq ni..dok rilex sambil menguap n main fb je tiap2 ari kat skolah tu tau

    -Cikgu Kiki-

    ReplyDelete
    Replies
    1. KErja as seaman mmg antara yg mencabar. Aku faham sbb kerja camni dlm lingkung bidang kerja aku. Cikgu Kiki seorg isteri yg tabah. Tahniah!

      Delete
    2. aku n husband cikgu....so,untungnye aku jadi cikgu....n ank aku yg belum ckp 2 tahun da tau dia anak cikgu....bile org tnya,mummy keje ape?....dia jwb "CHEKGU"....daddy keje ape? dia jwb "CHEKGU".....pandai tak ank saya?alhamdulillh...aku brsyukur kepada Allah....

      Delete
  9. saya teramat lah suke dgn blog ini. apa yg di sebut, sangat benar. saya seorang guru, isteri saya pon guru.saya faham sangat, tapi x faham si liyana engineer tu, mempersoalkan rezeki yg dah ditetapkan oleh Allah s.w.t. macam orang x ada agama. sya cuma mampu doakan yg terbaik je la pd si Liyana engineer tu..Ya Allah, kau berikanlah kesejahteraan pada Liyan. Moga rezekinya berlimpah ruah.amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. dan dia sudah mtk maaf. Entry ni bukan nk mengaibkan sesiapa tpi sekadar pekongsian pendapat sesama org sekeliling. ewahhh.

      Delete
  10. btw, nape sub tajuk blog ni "bukan blog mlm"? saje nk tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb dulu aku ada kwn2 yg masuk MLM dan sekarang mereka tidak lagi berkawan sesama mereka. Tp aku masih berkawan dengan semua mereka. MLM yg salah konsep penyebab hilang kwn. ok x reason aku?haha.

      Delete
  11. Mmg untung pun jd cikgu..engineer liyana senak perut kenapa?SPM dah nk dkt ni..sng gila nk bg bdk2 tu score dlm SPM!tp sng lg kalau engineer liyana yg ambil alih tmpt kami..sbb ilmu engineer liyana kan sentiasa berkembang!kami cikgu2 ni sbb keja sng sgt..ilmu kami xberkembang..esok (sabtu)nk kena p skolah ni..nxt sabtu pun ada perkembangan staff..da following sabtu pun ada skolah..untung oo keja cikgu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pom suker sangat jadi cekgi nihm...buley mai skolah sesajer jer hari sabtu. Petang tadak keja latih budak MSSM MSSD MRSM....haper2 je...bolum tang latih tubi peksa lagi...uishh...senang siot jadik cikgi. Tapi atiku senang...sebab aku memang suker jadi cekgi

      Delete
    2. Satu benda yg aku tau dan aku rasa aku tak boleh buat dlm bidang cikgu ni ialah semak kertas peperiksaan. Ohh peperiksaaan..

      Delete
  12. aku ni cikgu.....sakit jiwa jadi cikgu...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engineer liyana tak tahu menahu pasal tu...dia nampak kesenangan jadi guru...kesulitan n kepayahan guru dia memang tak tahu

      Delete
    2. Kerja di hospital sakit jiwa pun susah kan?

      Delete
  13. Mmg sgt SENANG jd ckgu!!..sape2 yg xpuas hti tu,jd la ckgu..sehari pun cukup..cubalah ye..

    ReplyDelete
  14. Mmg sgt SENANG jd ckgu!!..sape2 yg xpuas hti tu,jd la ckgu..sehari pun cukup..cubalah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol..btol..try la sehari jd cikgu..huhuhu

      Delete
  15. Hidup kita saling melengkapi.... Setiap rezeki allah yang beri...., walau senang walau susah..., kita saling memerlukan.... Alhamdulillah bersyukur dgn apa yg allah pinjamkan utk seketika ni..., bukan kekal abadi pun..., sama ada senang mahu pun susah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pun ada susah dan ada senang. Ada lebih ada kurang.

      Delete
  16. Jgn nk gaduh sgt la. Yg penting ada pekerjaan. Yg x dpt kerja macam mana? Bersyukurlah. Semua perkerjaan ada susah senang. Kalau nak komplen, kerja sbg doktor pelatih lagi byk susah dari senang. Kena makin hamun dgn bos setiap hari. Kerja lebih dari 24 jam. Orang lain cuti hari raya doktor masih bekerja. X payah nak berbalas-balas sangat la. Belajar tinggi2 tapi perangai masih kebudak-budakan. Kalau tak puas hati pun dengan engineer liyana tu buat la entry matang sikit. Ini perli-perli. Not reflecting an educated, well mannered and wise mind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpyh nasihat org klau diri sendiri pon sama jgk..xkene perli kt keje sendiri blh la ckp...hak tuih...

      Delete
    2. Mindrex : Kalu camtu aku pun nak ckp kerja aku dalam industri perkapalan,minyak dan gas lagi susah dari hang la.Boleh? Entry ni utk semua kerja la. Why take it too serius la kawan. Perli2 bukan mengutuk. Kematangan tak semestinya dilhat dari pandangan pertama atau penulisan. Kadang2 perlu keluar dari kotak pemikiran utk menyampaikan pandangan. Perlu rasa la hidup dalam senyuman dan ketawa. Hang ni hidup mcm serius saja hari2.senyum2 la skit kwn.

      Delete
  17. lucu plak bile bc entri perspektif tuan tanah yg berbinikan cgu nih. agaknya gini lah kot perasaan suami sy. ptutlaa dia xpenah komplen klo sy mintak duit dia g soping tesko. upernya dlm hati "mujurlaa bini aku tak mintak nafkah g soping kat Paris." hehehe. (kesimpulan: mmg untung bini cgu selagi dia masih relevan sbg seorg CIKGU)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la sebab kami dpt pi sekolah hari2. kah kah.

      Delete
  18. Hahahaha.... lawak tol baca ur entry.... hihihihi... mesti kerja engnr liyana tu skrg dah senang... yala sbb dh xupdate blog...hihihihihi untungla aku... sbb aku cikgu laki aku pun ckgu...nasib badan... untung sangat.... hahahaha...
    Tp laki aku kengkadang tu p gelap blik pon gelap... kengkangtu xblik lagsung .....jurulatih sana sini... kursus... best kan.. untung jd cikgu ni.... apalagi... pakat isi borg msuk maktab...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Cikgu. Dia pun dh mtk maaf kt semua cikgu2.

      Delete
  19. Aku cikgu...mmg untung laki aku dpt kawin dgn aku...kadang2 die uruskan kerja2 umah,sbb aku uruskan keja sekolah...hari ini aku kene sekolah, so laki aku dok kt umah jd surirumah dengan anak2..baru td die cal kerje umah semua dh beres.. untungnye laki aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, dia lagi terer kemas rumah dari aku! Tahniah cikgu!

      Delete
  20. Nampak je senang jadi cikgu ni tapi amat besar tanggungjawab dan skop kerjanya dan tekanannya tapi itu pun kepada guru yang sejati.. Kepada semua guru, keikhlasan adalah sangat penting dan berilah yg terbaek dlm perkhidmatan anda.. Jadilah guru yg lebih baik dan terbaek.. Jgn terasa hati sangat pada si liyana tu..Setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan.. Apa yg penting kita perbaiki lagi kekurangan yg ada kerana mendidik mengajar adalah pekerjaan yang sangat mulia... Dan bukan guru sahaja semua org mesti bekerja dengan sebaiknya kerana ia adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak.. Kalau banyak mengulor hang jawab la he he... Selamat berkhidmattttt

    ReplyDelete
  21. saya pelajar engineering..blm tentu lagi nak jd engineer hebat mcm cik liyana tu...saya malu dengan sikap engineer liyana tu..mcm la dia tu lahir2 je terus jd engineer...

    tapi betul jugak, ikan di air mana mungkin akan faham resam hidup burung diudara... walaupun saya xkenal pon sapa liyana tu,tp saya bg pihak seluruh krew2 engineering memohon maaf bg pihak liyana kat semua guru kat malaysia...

    engineer dapat rezeki dgn kesibukan cara engineer,guru dapat rezeki dgn kesibukan guru...Allah dah tetapkan...so,jgn merungut! jdkan semua ni sbg iktibar.... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem. Ini kisah liyana. Bukan kisah seluruh engineer. Tiap2 org ada pandangan sendiri. Aku juga ada pandangan sendiri dan tak semestinya pandangan aku org akan terima. hehe.

      Delete
  22. saya bukan guru..tapi bila saya tgk respons guru2 pada blog liyana..saya rasa mcm ada benarnya jugak kata2 liyana tu..haha...tgk komen2 kat atas pon cukup la.. "mmg seronok kalo saje2 kena mai skolah ari sabtu la,apa la"...kalo ikhlas,jgn merungut...

    suami yg kena buat kerja rumah la..apa la...kalau xsanggup nak tgk husband buat smua tu, resign je..senang kn..kata2 anda tu seolah2 mcm xredha dgn cara kamu peroleh rezeki...

    ikhlaskan hati...kita semua untung,kalo nak dibandingkan dgn pesawah,penoreh,yg hari2 memerah keringat untuk rezeki yg xseberapa...

    peaceeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh dia..mai dh org xpaham sindiran sudah komen..entry ni ditujukan khas pada liyana dan umat2 yg taktau tentang sesuatu tp buat2 tau mcm anda..entry ni xkan wujud klau entry liyana anak merdeka tu xpenah ada..admin pon malas nk taip panjang2 klau hati tak terasa..adoi2 ssh nk pahamkan org sengal dr kecik..

      Delete
    2. Anon : Semua org akan merungut. Tak kisah kerja apa2 pun. Dan semua ada sifat amarah. Percayalah. Cewahhhh.

      Wonderpet : Tu dia hang punya komen terbaik.

      Delete
  23. kalau korang yang memekak rasa cikgu ni keje senang, esok tk yah antor la anak tu g sekolah, jaga anak tu sendiri yer....

    ReplyDelete
  24. Tuan/puan anonymous yang bukan guru..(mungkin ni lyana kut)..xya dok cerita keihklasan org..cik anonimus bukan leh korek tgk hati cikgu tu camana...xyah dok cerita bab ikhlas..nk ikhlas , cik anonimus try kerja xdk gaji boleh cerita kt sy kata cik anonimus ni ikhlas,tu pn bila cerita kt kami,kami akan kata "awat cerita kata kerja x ambik gaji, xikhlas la tu..ckp pakai otak baq ang...mcm la cik xpnh merungut...xya dok sembang baq ang..kami bukan syumul ..xya dok sembang serupa malaikat...kita ikhlas ada had..xya dok cerita baq ang...xya dok banding ngn kerja org lain..yg pakat dok bising PERTIKAI kerja org lain, dan dok bangga kerja dia..xya dok pertikai kerja org lain..cikgu2 pn ikhlas nak abaq ang cerita apa yg berlaku senario disekolah..pastu ang dok cerita pasai ikhlas...payah nk cerita baq ang...

    ReplyDelete
  25. 'senang'kan jdi cikgu.so, utk anak2 di luar sana kalau nk kerja senang sila la pilih kerjaya ini.jgn pilih kerjaya 'engineer'...btw, rezeki dr Allah.stp pekerjaan ada susah n senang yang tersendiri.tolong la bersyukur dengan ape yang kita perolehi krn hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg diberi kpd hamba2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jangan suh anak jadi chegu... engginer tue cakap kalo pandai buat per jadi chegu.... kita kan nak suh anak kita pandai.... hahahaha.... pening sudah... tensen berzaman ler engginer tue .... bak kata cikgu BI saya yang tak pandai berpantun....' terlanjak perahu boleh direverse terlajak kata buruk padahnya' .... btw tuan rumah saya suka entry anda...

      Delete
  26. 'senang'kan jdi cikgu.so, utk anak2 di luar sana kalau nk kerja senang sila la pilih kerjaya ini.jgn pilih kerjaya 'engineer'...btw, rezeki dr Allah.stp pekerjaan ada susah n senang yang tersendiri.tolong la bersyukur dengan ape yang kita perolehi krn hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg diberi kpd hamba2nya..

    ReplyDelete
  27. senang @ susah keje cikgu t'pulang dgn keadaan dan persekitaran masing2.. tapi cikgu skrg ni mmg byk kursus, mesyuarat, isi data2 dll keje yg di buat di luar waktu keje tau... tapi kl rasa2 keje cikgu paling mudah kt malaysia ni... mai la pakat2 isi borang jd cikgu.. untung2 dpt posting kt pedlmn, redah laut, sungai & hutan.. jgnkn nk blog @ fb.. letrik pn x da tau... Hargailah pekerjaan anda & rezki yg Tuhan tetapkn utk anda..

    ReplyDelete
  28. Kalau la laki aku pon bersyukur dapat bini cikgu mcm hang kan baguih...cian laki n anak kekadang terbiaq..tp alhamdullillah laki n anak amat memahami kerje SENANGku sebagai seorang cikgu je...

    ReplyDelete
  29. Senang jer nak jd cikgu... Nak jd enjinyor jer susah... Keputusan teruk mintak upsi

    ReplyDelete
  30. Senangnya jd Cikgu kan? sebab tu byk cikgu SENANG apply wad SAKIT JIWA =D ramai je CIKGU dkt sana kan?

    ReplyDelete
  31. aku seorang cikgu...ada masanya cikgu senang...ada masanya cikgu susah...so takyah lah kita mempertikaikan kerja orang lain..
    bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni...

    ReplyDelete
  32. bang, tak lama lagi nuffnang masuk promote iklan la because of this entry. waahh, untungnya post tentang cikgu.. dapat 'rezeki' tambahan income nuffnang ni... hehehe

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah, kerjaya guru berjaya memberikan sy rezeki yg halal...

    N sy juga berbangga asenye bila kengkacang tu jenja,an kat alamanda ke, the curve ke, pavillion ke, ade yg menegur, " eh, teacher!! Hi teacher!! Bestnye dpt jumpe teacher kat cni...!" sbb mereka sekarang suda berkerjaya dan mampu utk berbe,anja di tempat2 yg mereka ingin berbelanja, hasil dr ilmu didikan yg sy pernah kongsikan dengan mereka dulu... Tanpa segan silu, mengajak sy dtg ke rumah utk bertemu dengan keluarga mereka yg baru nk berkembang.. Even anak mereka yg paling kecik pon, di ajarnye utk memanggil sy teacher..terharu sungguh asenye...

    Ade juga kacang yg x lupakan kulit...

    ReplyDelete
  34. aku jgk seorg guru, rasa b'syukur jadi guru kerana dpt m'nanda kertas pep. MUET pelajar2 Form 6 b'sama2 suami & anak2 dlm bulan puasa hingga seminggu lepas raya baru2 ni. Kami x dapt pi beraya jauh2 atau balik kg, cuma pi beraya di rumah jiran2 je sbb kena habiskan menanda 50 karangan Bah. Inggeris pelajar2 setiap hari. Hati rasa t'ingin benar nak pi beraya kat JB b'jumpa sanak sedara tapi apakan daya, tugas > perlu diutamakan. Tiap2 hari kupujuk hati ini supaya sentiasa rasa b'syukur punya pekerjaan banding org2 yg x de kerja. Lagi pun, nasib & masa depan pelajar2 Form 6 tu t'letak di bahu aku. Kalau aku tanda kertas mereka cincai sbb nak cepat dpt pi beraya, apa aku nak jawab di akhirat nanti. Aku masih rasa b'syukur sbb dpt highlight kesalahan2 pelajar semasa menulis karangan pd anak2 & pelajar2 lain supaya x m'ulangi kesalahan t'sebut. Kita semua dlm proses belajar; belajar menegur, belajar terima teguran orglain & belajar dr pengalaman spy x m'ulangi kesalahan lampau. Terimakasih atas komen2 di atas, moga b'tamb ilmu kita, x kita apa saja kerjaya kita...

    ReplyDelete
  35. semoga Allah bagi hidayahnya kepada Liyana.....title engineer dia sebenarnya telah membutakan matanya yang guru guru dia dululah yang telah membetulkan kesilapannya dalam pembelajaran ..seseorang itu wajar dihormati walau siapa pun dia (cikgu kualiti ke tidak) kerana dia adalah GURU w/pun mengajar satu perkataan. Keikhlasan GURU tak wajar dibandingkan dengan wang gaji kerana ia JAUH sangat kalau hendak dibandingkan.....letakkan IKHLAS hanya berhak diNILAI oleh MAHA TAHU.....tak perlu nilaian manusia. Saya juga guru sangat tersentuh dengan luahan LIYANA...tetapi saya yakin Bekas GURU dia lebih kecewa kerana telah GAGAL mendidik w/pun berjaya menjadi ENGINEER. itulah ketakutan seorang yang bernama GURU. DALAM 'senang' biah kerja...tetapi berat TANGGUNGJAWAB. Bukan mesin atau sistem yangf hendak diolah...tetapi manusia KHALIFAH ALLAH......

    ReplyDelete
  36. Semoga ALLAH merahmati tugasan kita semua sebagai hambanya walau siapa jua gelaran kerjaya kita...aaaaaammiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnn

    ReplyDelete
  37. suke blog ni... yahhaaaa!!

    ReplyDelete
  38. akuni pun cikgi...untungla jadi cikgu...sesiapa yang mengutuk cikgu tu aku cadangkan ajarlah anak sendiri sehingga menjadi engineer dll....

    ReplyDelete
  39. dulu aku nak jadi cikgu sebab abah aku ckp keja cikgu senang. keje sekerat hari, cuti banyak..sekarang aku dah keja cikgu, hari2 aku rase menderita. tunang aku pon x sangka bebanan keje aku macam mana. abah aku pon trkejut dan x menyangka.

    dengan PBS, SAPS.mintak evidens bnyk,markah kena key-in online pakai password kementerian. tpi kalau sistem loading lmbt.log in kol 2pg tpi kol 5 bru dpt key-in markah....haihh 8481 sungguh!x tido malam. baru2 ni nazir dtg sekolah utk pantau pengaplikasian ICT di sekolah. balik2 cikgu dipersalahkan sebab x guna sepenuhnya ICT. dah kalau makmal/ bilik bahasa terhad, kena share dgn 700 murid..macam mana nak aplikasikan sepenuhnya. ikut sape booking dulu la.

    masa keje pensyarah cum pegawai kontrak under MOF dulu heaven je. Kontrak DG41 tpi dpt fotostat percuma, print kertas berkaitan kerja percuma. dt sebijik bilik pegawai.. kat sekolah, pakat2 keluar duit sndrila nk print keje2 sekolah.. dok dlm bilik guru tersepit celah2 buku...smpai student x nampak mane buku mane cikgu...

    memang guru ni berkorban sgtla kerjanya.. kena plak sekolah berprestasi tnggi, kluster, asrama enuh and etc..
    abis keja 2.30 ptg.. jap gi kol 5-7ptg ade kls tmbhan. mlm plak dtg lgi tyuisyen kelas peperiksaan 8.30mlm-10mlm...cikgu kena sentiasa berada di sekolah, tpi org x pikir belas... bukan ke kami ade keluarga jugak?

    Engineer Liyana ni suka2 perot je menghentam profesion guru. pi lah dok sekolah seminggu. tak yah mengajar. cukup la try jadi kaunselor. rasa2 nye hari ketiga jadi kaunselor liyana dah tuka number henfon...

    ReplyDelete
  40. org lain beraya tpi aku sibuk tnda kertas. tu pun masih x siap lgi sebab ade je hal yg mendatang msa raya..rsenye ni la kali pertama raya aku x keluar beraya rumah kwn2 sejak2 posting guru

    ReplyDelete
  41. Cikgu, jgn le kite suke menulih rungtan kite kt blog ke fb ke..kite mengeluh sesame kite udoh le... Nti meluat plak org bce... Tu yg org prtikaikn keikhlasan kite tu... Saye pn cikgu jugok tp rasenye dh over sgt dh kondem budok tu... Laman fb kondem dier pun ptt bleh delete kot. Dier pun dh mntk maap. Jgn plak kite pertikai dier bebeno mksudkn ke idok pmohnn maap tu. Mari le kite bersangka baik.

    P.s.- sian plak liyana engineer tu kene hntam terok. Harap jgn dier tekanan prasaan plak.

    ReplyDelete
  42. Marilah kita maapkan dia. Mungkin inijuga pengajaran utk kita juga walau apapun kerja kita, kita patut bersyukur dengan kerja kita. Utk cikgu semua, anda adalah pendidik yg terbaik utk generasi akan datng. Masing2 ada tanggjungjawab sendiri utk mendidik anak bangsa walaupun anda bukan seorg cikgu, tapi kita semua adalah pelajar dan ibubapa atau bakal menjadi ibu bapa. Masing2 perlu pikul tgjwab. Jika kita semua sama2 jlnkan tggjawab,Malaysia akan maju. Ewahh. macam bg syarahan pulak aku ni. kah kah.

    ReplyDelete
  43. ok. dimaafkan. tp jgn la ckp mcm tu lg. cikgu pun manusia juga. ada perangai dan kerenah masing-masing. tp bila bercakap psl tugas cikgu. nak xnak.. cikgu akan buat jgk.. seperti yang selalu tertera pada akhir surat rasmi kerajaan.. "SAYA YANG SEDIA MENURUT PERINTAH". Jgn risau tentang cikgu ikhlas atau tidak sebab bila dia berhadapan dgn pelajar atau budak2.. dia akan timbul satu feeling.. hanya cikgu2 je yang tau feeling tu bila berhadapan dgn pelajar yang pelbagai ragam ni. sebab pelajar tu unik dgn perangai yang macam-macam ada.buat hidup kita dicorakkan dgn pelbagai warna dan rasa.. :)

    ReplyDelete
  44. aku pegawai tentera, husband aku cikgu sekolah. sama2 kami grad U. bawah aku ada lebih kurang 200 anggota, bawah husband aku pun ada lebih kurang 200 murid. antara aku dgn anggota aku, aku ada pembantu spt pegawai muda, PW, KSMJ, sjn tadbir, dll. di antara husband aku dgn anak murid dia tak ada seorang pembantu pun. di kem aku buat kerja2 aku, di sekolah husband aku buat kerja2 dia. lain-lain kerja aku, peg/anggota bawahan aku laksanakan. lain-lain kerja husband aku, dia bawa balik rumah, aku yg tolong laksanakan (itu pun kalau aku boleh buat). jadi, siapa2 yg kata kerja cikgu tu tak banyak, fikir2 balik.

    ReplyDelete
  45. kerja cikgu senang ye?? cuba awak jadi cikgu dulu, x lama, seminggu pun jadi la, baru awak fikir balik, cikgu kerja senang ke x.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu lagi jenis manusia yg hanya baca tapi tak FAHAMKAN. Hang baca dan fahamkan.Susah betui org Malaysia ni,jenis baca sekali imbas terus cari salah org. cittt. tui. - Pett Suhaimi

      Delete
  46. keja cikgu senang?cer try ang jdik cikgu tgk..cer try ang duk smpi 5 hari ka mcm mna..ang cuma nmpk keje bini ang ja senang..tugas cikgu lain2,ang nmpk tak?dlm dunia nih,mna ada keje senang bro.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ini masalah org kita. Hg ni baca tajuk saja ka?Sila baca sekali lagi dan FAHAMkan.Pelik betui la hg ni.Dh terang2 aku tulih semua kerja ada susah senang. Ini entry "twist mind".Malu kalau hg tak faham.

      Delete
  47. haha.. sy paham ape yg ditulis :) sy seorg guru... pernah tersinggah blog budak ni.... tp sy x sanggup nk baca... sbb akan wat sy sakit ati... so let it be... malas nak layan... dia x tau gamaknyer skang ni ramai bekas2 engineer, doktor, lawyer.. wat ever ler... yg skang ni dh jd guru.. sy sndiri ex penyelidik.... biarkan ler... ni ler kualiti bebudak zmn skang.... bkn kualiti lepasn U dolu2...

    ReplyDelete
  48. hi, i reallly luv this story...gil!Terbaik, bole dapat seawrite anugerah,boleh jadi marajalawak mega 2013,ha,ha, sapa tak faham jugak apa yg nak disampaikan kat sini, aku tak tau lah, cukup ironis tapi magis dgn ayt2 yg 'puitis hangit' sesuai untuk maklum balas pada budsk tsk cukup akal yg duk perli dan hina ckgu2 ni...ambo suke....hilang stres baca cerita u ni...go on....

    ReplyDelete
  49. tergelak bc entry ni wlaupun dah lma...mendalam maksudnya..dlu aku pon sllu mempersoalkn kerja cikgu ni..masyuk la katanye..cuti plk byk...lps aku dpt jd cikgu bru la aku tau hazabnya...aku rsa cam aku mgajar 7hr smggu...blik kul 2 tp marking buku sampai kul 12 mlm ..kdar purata ngajar shri 5jam...bygkn 5jam bcakap...ngan nak pkir budak2 ni fhm ke x aku ngajar ke aku yang syok sendri..blum lg klau ngajar kelas hujung 40 minit rse cam shri..aku soal blkng, depan plk bising...aku g belakang depan plak main WWF kat meja cikgu..blom lg kna wat kertas soalan bila nak exam..bila budak2 exam bdebar mgalahkan mak bapak tkot ramai yang fail kita plk yang kna bambu ngan pengetua..mcm2..tp aku ske mngajar sb aku pon xtau..mungkin bila ko dapat ngajar budak2 yang kelas ujung, skali exam diorang dapat A mmg rse bebaloi gler ko terpekik2 mcm orang giler bila ngjar budak2 ni

    ReplyDelete