Friday, October 22, 2010

Pettoxic : Medical Check Up IJN - Part I

IJN 16 October 2010

Kereta EVO Persona 30 sampai tepat dengan kelajuan cahaya jam 0745 pagi. Kelihatan awek-awek misi berjalan terkedek-kedek menuju pintu masuk hospital. Aku parking kereta secara driff. Tepat ke dalam kotak parking. Pak guard IJN terpaku. Kelu tidak terkata. Terkesima dengan kehebatan parking aku.

Aku berjalan menuju pintu masuk IJN. Seiringan dengan misi-misi comel yang menjinjing beg tangan masing-masing. Berbekalkan Ray Ban uptown Kota Damansara yang kelihatan original, misi-misi comel memandang tersipu-sipu malu. Langkah aku makin laju menuju ke kaunter. Takut terkena panahan asmara. Bimbang misi-misi ini tahu aku adalah makhluk asing dari planet Kripton. Kuasa aku akan hilang. Tiada lagi kekuatan tangan besi kekebalan kulit dari apa jua serangan. Bimbang juga kekasih hati di planet Kripton cemburu.

Aku diarah ke makmal pemeriksaan yang dikhaskan. Tiada manusia lain yang kelihatan. Sunyi sepi. Tiba-tiba keluar seekor mahkluk aneh yang mempunyai lapan tangan. Bukan Spiderman! Spiderman ada 2 tangan saja. Aku yang sedang sedap-sedap duduk di atas sofa IKEA yang lembut melompat bangun. Makhluk aneh itu mempunyai 8 bijik mata. Dua didepan,dua lagi di belakang. Lagi empat mata di gantung di leher. Rupanya bukan mata, tapi buah mata kucing yang sudah dibuang kulit.

Berkaki tiga dan kulit berbulu-bulu seperti gorila. Taring yang tajam putih bersinar-sinar. Pandai dia menjaga gigi walaupun rupanya tidak kacak. Aku mengambil kedudukan yang strategik untuk bertindak.

"Ahh..mesti ada yang memberi maklumat tentang kehadiran aku di sini", detik hati aku sendirian. Mungkin ada musuh yang mahu membunuh aku dan mengganggu kehidupan dunia dengan anasir-anasir jahat mereka. Aku tak kan mengalah.

Makhluk itu menerkam ke arah aku. Aku tak sempat mengelak. Aku menahan serangan dengan tangan aku. Giginya yang tajam tidak mampu menewaskan kekebalan tangan besi aku. Makhluk itu terpinga-pinga. Satu tumbukan padu dilepaskan tepat ke dada makhluk aneh itu. Dengan sekali kuasa api yang ada, aku tumbuk tepat ke jantungnya.

"Arggghhhhh!!!!"

Makhluk aneh itu mengelupur kesakitan lalu cair dan terus cair dan cair lalu hilang dari pandangan. Kabus tebal yang menyelubungi ruang bilik menunggu IJN itu beransur-ansur hilang dari pandangan. Lalu aku berjalan menuju bilik-bilik doktor. Kemungkinan mereka dikurung oleh makhluk itu.

Jangkaan aku tepat. Mereka dikurung dalam satu bilik. Doktor-doktor bersama misi-misi comel dalam ketakutan. Aku membebaskan mereka dengan kekuatan tangan aku.

"Oh..terima kasih wahai pahlawan dunia" ucap salah seorang doktor perempuan.

********************

"Encik, masa untuk ambil darah." misi comel berkata.

Aku tenang menuju bilik darah. Kelihatan seorang awek manis siap menunggu dengan jarum suntikan darah. Noni a.k.a Akak Noni tertera namanya di atas meja. Aku tenang. Cuba mengawal kuasa dan perlahan-lahan aura di tangan aku susut. jarum perlahan-lahan di cucuk...







"Adoi..."

Wednesday, October 13, 2010

Pak Long Pett

Sebagai orang tua yang dah bergelar Pak Long Pett, ni pak long nak nasihat la sikit kat anak-anak ni semua. Orang tua-tua cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Sebab tu pak long nak bagi nasihat yang berguna untuk anak-anak semua ni. Supaya bila besaq nanti jadi orang yang berguna kepada ibubapa dan negara. Taat kepada suruhan-NYA, taat kepada ibubapa dan taat kepada negara.

Bila besaq nanti jangan ikut sangat budaya yang tak tentu hala. Jangan jadi mat rempit sebab otak mat rempit bukan ada kat kepala, tapi kat kepala lutut. Kan pelik tu? Mat rempit ni keja buang masa dengan minyak moto. Orang teguq sikit nak tunjuk hero. Oleh itu, jangan la anak-anak ikut perangai mat rempit. Ingat pesan pak long ni. Jauhi mat-mat rempit. Nak jadi mat moto tak pa.

Rokok jangan hisap. Tak baik untuk kesihatan. Pak long takpa la, dah tua-tua macam ni nak ubah pun macam mencurah ayaq ke daun keladi. Nanti bini pak long la yang boleh nasihat pak long. Anak-anak jangan ikut pak long, jadilah insan yang bebas nakotin, dadah dan benda-benda yang seangkatannya. Pak long kalau nampak hangpa belajaq hisap rokok, time-time tu jugak pak long bagi penampaq. Bukan apa, budak-budak zaman la kalau tak ajaq jadi kurang ajaq. Faham noo.

Menuntut ilmu biaqlah sampai ke negeri China. Itu orang tua-tua cakap. Bagi pak long hangpa semua ni belajaqlah sungguh-sungguh sampai berjaya. Kalau tak sampai negeri China pun tak pa. Lagipun kat Malaysia ni pun dah banyak sangat Universiti. Biaqlah berbaloi pengorbanan mak bapak hangpa nanti yang susah payah membela hangpa dari kecik.

Bila besaq nanti jangan jadi bohjan. Bohjan ni tak bertanggungjawab. Buang anak merata-rata. Kalau hangpa jadi macam tu pak long tak agak-agak terajang hangpa walaupun masa tu pak long dah tua bangka. Jaga-jaga, pak long ni bukan calang-calang orang. Hangpa ni semua jangan sangat menyusahkan mak bapak. Mak bapak hangpa duk susah cari duit, hangpa duk sakan joli sana sini tipu mak bapak. Jangan sesekali buat macam tu ya anak-anak sekalian.

Pak long nak cakap banyak pun hangpa semua ni bukan faham sangat pun. Mata pun duk sepet lagi. Pak long tengok hangpa semua ni duk tidoq saja. Boleh kata setiap masa la pak long tengok. Mak pak hangpa pun cakap hangpa ni keja duk tidoq saja dari pagi sampai malam. Tak pa la, masa ni hangpa tidoq la puas-puas. Nanti hangpa dah besaq, jangan amalkan selalu. Kalau hangpa duk tidoq saja, satu kerja pun tak jalan. Ingat tu pesan pak long ni. Bukan untuk pak long, untuk masa depan hangpa bila besaq nanti.

Satu lagi pak long nak cakap, nama hangpa semua ni moden-moden sungguh nooo...kira hangpa ni boleh jadi jejaka rebutan la bila besaq nanti. Macam pak long masa muda-muda dulu. Ewahh. Malas pak long nak cerita. Segan pak long nak sembang depan mak pak hangpa ni. Nanti-nanti kita borak-borak la kat kedai kopi bila hangpa besaq nanti noo.

Ni..apa nama tah anak menakan pak long yang sulung ni..nama susah sangat pak long nak sebut,maklumlah,dah tua. Nama hang kira hensem macam pak long jugak. Nanti hang balik kampung mesti atuk dengan nenek sayang abih ni. Cucu sulung pulak tu. Nak tunggu pak long ni, kawen pun belum lagi. Insyaallah la tahun depan. La ni hang main la sorang-sorang dulu. Lagi setahun manatau ada rezeki anak pak long mai kembaq sekali ka. Manatau dak? Rezeki. Anak-anak yang lain tu anggaplah pak long ni macam pak long hangpa noo..mak dengan pak hangpa tu kawan pak long jugak.

Oleh itu pak long ucapkan selamat datang kepada anak-anak pak long ni ke dunia yang indah ini.

Meor Adeeb Ryan Wafa bin Mohd Khairul Azhar. Adik ipaq pak long nama Emma Wafa. Lahir 13 Oktober 2010. Tuu diaaa..nama anak menakan sulung pak long ni moden habih. Kalah nama pak long. Ni la cucu sulung dalam keluarga pak long. Bapak dia ni adik pak long. Pak long nak panggil apa tak tau. Ryan pun sedap jugak. Nama macam mat saleh walaupun kita ni ada keturunan mamak sikit. Tak pa la, dah pak hang yang bagi nama panjang-panjang ni. Nanti dah besaq esok, belajaq la tulis nama tu laju-laju sebab nanti masa exam kat sekolah dapat jimat masa. Lepas ni pak long dah tak jadi anak manja la dengan atuk nenek kat kampung. Ryan dah ada. Seronok atuk nenek noo. Duit raya pak long bagi tahun depan.


Ab Hezriq bin Ab Haqz. Nama nak ikut nama pak dia. Mak nama Linda Aman. Lahir 12 Oktober 2010.Ingat pesan pak long, jangan jadi mat rempit. Pak hang dulu tak jadi mat rempit pun. Pak hang ni kawan pak long masa kerja kat Port Klang. Kami ni keja banyak melepak dengan mengular. Jangan ikut sangat perangai kami ya.


Tareeq Haidar bin Fazeli. Lahir 12 Oktober 2010. Mak nama Nursyazwani Shahrir. Muka hang ni hensem banyak dari pak hang. Pak dengan mak hang ni belajaq sekali dengan pak long masa kat universiti nun. Baguih depa ni, bercinta dari universiti sampai la kawen dapat hang. Nanti besaq boleh la main muzik dengan pak long.

Maap la pak long banyak cerita hari ni. Bukan apa, sambil-sambil cerita pak long bagi nasihat sekali. Boleh kita kongsi sama-sama benda yang baik. Betui dak? Tahniah la pada adik pak long dan kawan-kawan pak long sebab dah jadi bapak dan mak. Oklah, pak long undur diri dulu la. Tua-tua macam ni nak taip depan laptop pun lambat. Orang tua la katakan. Lain kali pak long cerita benda lain noo. Salam.



Kalau hangpa nak panggil Uncle Pett pun boleh. Nampak stylo sikit. Baru ngam dengan nama-nama hangpa.

Kehidupan Budak Tadika Kampung - 1988

Aku pi pasar pagi sambil tangan dipimpin mak aku. Berbekalkan seluar pendek dan baju t-shirt yang ada poket buah tembikai kat depan, muka penuh bedak dan rambut sikat tepi. Minyak rambut Code-10 kaler biru memang stlylo abis bila pakai. Kalau berpeluh pun kaler biru. Tapi kalau pi pekan kena bergaya. Nanti malu kalau terserempak dengan anak dara jiran-jiran.

Aku berjalan sambil dipimpin tangan. Mata melilau tengok benda mainan kat apek jual mainan. Ada kapal korek kaler kuning sama jentolak besar. Kalau main pasir kat depan rumah memang member-member jakun abis. Ada kereta kecik-kecik yang boleh tukar kaler bila rendam dalam ayaq sejuk. Aku berenti tengok. Tapi belum sempat tengok, tangan dah kena tarik dengan mak. Mak nak beli bawang sama barang-barang dapur. Aku tak pernah main bawang buat mainan. Hati hampa sambil mata memandang jauh kedai apek tu. Sayup-sayup hilang dari pandangan...

Sambungan boleh baca di sini : BLOG SOLTURA

Sekali sekala layan cerita zaman kanak-kanak apa salahnya. Kenangan yang tak boleh dijual beli.


Ramai sangat orang beranak semalam. Hari ni pulak adik ipar aku bakal bersalin. Aku pulak yang gemuruh tak ingat.
Tak sabar pulak nak kawen. Kawen?

Thursday, October 7, 2010

Pettoxic - Pahlawan Masa Depan

Khamis 07 Oktober 2010 1215 hours

"Sekarang macamana mau settle?"

Aku diam. Memang tak mahu bersuara sangat. Mamat depan ni dah usha rapat. Aku steady. Setakat jelingan kerek ujung anak mata tu aku tak heran sangat. Aku jeling dengan jelingan tajam bak duri. Mamat tu senyap. Tertunduk. Sambil tangannya yang menggengam sebatang pen terus menari-nari kosong di atas sekeping kertas di hadapannya.

"Tak boleh kurang ke?"

Aku mula berkata-kata dengan tangan memegang lembut meja milik mamat itu. Tiada sinaran kemarahan juga tiada jelingan pahlawan yang keluar dari anak mata berwarna coklat milik aku ini. Hanya kata-kata lembut yang bisa membuat anak-anak gadis jatuh cinta dengan hanya dengan frekuansi suara aku.

"Tak boleh. Dah tetap. Memang tak dapat nak kurang lagi."

Mamat tu menjawab sopan tapi tegas. Mungkin dia dapat rasa aura dalaman seorang pahlawan seperti aku. Walaupun aura ini aku tahan dan simpan kemas dalam aliran-aliran badan dan urat saraf aku tanpa dikeluarkan sedikit pun. Barangkali ada aura yang terlepas dari saraf-saraf dan urat-urat halus badan aku. Aura-aura ini bisa menjadikan aku seorang pahlawan hebat di masa kini. Kekuatan azali yang aku miliki sejak lahir. Mungkin jika di planet asal aku, aku adalah pahlawan bangsa yang tiada tolok bandingnya. Tapi aku kini di bumi. Aku sudah menjadi manusia biasa. Kekuatan aku hanya digunakan untuk menyelamatkan manusia dari kesusahan. Bukan digunakan untuk kepentingan diri.

Mamat itu terus menunggu jawapan aku. Jelingan tajam aku bertukar normal. Aku tarik nafas dalam-dalam. Mamat itu berpeluh. Mungkin risau jika aku bertindak diluar batasan. Dia nampak seperti bersiap sedia jika aku bertindak. Di sisi tangan kirinya menggenggam erat sebijik pistol dan tangan kanannya mengarahkan yang lain supaya bersedia jika aku mula bertindak. Di sekeliling aku sepi. Hanya mendengar hembusan nafas dan angin sepoi-sepoi kuih tat yang bertiup sayup-sayup dan sesekali meghempas rambut aku. Terasa dingin dan nyaman dikala angin itu menyusup ke peluh yang menitik di dahi aku.

"Baiklah jika itu yang kalian semua mahu. Aku mengalah pada kalian semua."

Aku berkata lau aku keluarkan sesuatu dari poket belakang aku.

"Tap!Tap!" kedengaran senapang dan pistol sedang diselaraskan. Semua seperti bersiap sedia. Keadaan hening. Aku perlahan-lahan mengeluarkan tangan aku dari poket. Semua mata menumpu sepenuh perhatian. Mamat depan aku mula gelisah. Walaupun dia tahu dia diawasi dan di lindungi rakan-rakan seangkatannya. Aku tahu, jika aku bertindak membangkang dan melawan, aku akan tewas. Aku kawal kuasa aku. Aku terpaksa mengalah kali ini. Untuk sekian kalinya seorang pahlawan masa depan terpaksa mengalah dan mengundur diri.

"Nah..ini saja yang aku ada untuk bulan ini" aku hulurkan sesuatu kepada mamat tersebut. Dia mengambil tanpa ada perasaan takut. Dia tersenyum lalu ketawa berdekah-dekah.

******************

Ya...aku tewas tanpa pertarungan yang sering aku menang bila bertarung. Kuasa aku tidak boleh diguna pakai di sini. Aku redha. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Tanpa ada pertumpahan darah. Aku juga sedar mereka ini tidak bersalah. Mereka hanya menjalankan tugas mereka. Tidak sesekali mereka mengganggu aku. Aku yang telah melanggar undang-undang bumi. Jika aku tidak mengalah, sampai bila-bila pun aku akan terus tewas.

Aku keluar dari kawasan itu dengan selamat. Kereta Pesona EVO30 aku sedang siap menunggu aku diluar. Kereta yang berteknologikan sistem angkasa lepas ini hanya ada satu di bumi ini. Memang tiada siapa yang tahu kereta aku sebegini rupa. Pecutan seperti cahaya dan deruman enjin yang tiada tolok bandingnya di muka bumi.

Kereta aku juga boleh bersuara seperti mana Knight Rider. Ini saja teknologi yang aku cilok dari tahun 80-an. Selebihnya aku dapat dari kapal angkasa aku yang terhempas ke bumi 28tahun lepas. Memang sudah ditakdirkan kereta ini dibentuk dan disuntik sebegini rupa supaya seorang pahlawan seperti aku dapat menewaskan musuh-musuh di bumi.

"Macam mana tuan? Adakah kita sudah selamat untuk bergerak kemana-mana?"

Kereta Pesona EVO30 bersuara. Aku tekan butang panduan secara automatik. Biarkan dia memandu sendiri. Aku masih terganggu dengan situasi tadi.

"Sudah, lepas ni tiada masalah lagi untuk kita berdua." jawab aku tenang kepada PEsona EVO30. Lalu terus dia memainkan lagu Sudirman "Horey..horey..hip hip horey..."

Fikiran aku terus melayang meikirkan situasi tadi. Perlahan-lahan aku imbas perbualan aku dengan rakan seperjuangan aku semalam.





Flashback

Rabu 06 Oktober 2010 1000 hours


"Lu punya rodtax kereta tak boleh renew bai. Kena blacklist. Lu pi bayar saman dulu kat balai trafik."



Di sebuah balai polis trafik.


"Bagus jugak blacklist pesalah trafik yang tak mau bayar saman. Kasi blacklist nama masa nak renew rodtax baru nak datang bayar."


Tamat.