Khamis 07 Oktober 2010 1215 hours
"Sekarang macamana mau settle?"
Aku diam. Memang tak mahu bersuara sangat. Mamat depan ni dah usha rapat. Aku steady. Setakat jelingan kerek ujung anak mata tu aku tak heran sangat. Aku jeling dengan jelingan tajam bak duri. Mamat tu senyap. Tertunduk. Sambil tangannya yang menggengam sebatang pen terus menari-nari kosong di atas sekeping kertas di hadapannya.
"Tak boleh kurang ke?"
Aku mula berkata-kata dengan tangan memegang lembut meja milik mamat itu. Tiada sinaran kemarahan juga tiada jelingan pahlawan yang keluar dari anak mata berwarna coklat milik aku ini. Hanya kata-kata lembut yang bisa membuat anak-anak gadis jatuh cinta dengan hanya dengan frekuansi suara aku.
"Tak boleh. Dah tetap. Memang tak dapat nak kurang lagi."
Mamat tu menjawab sopan tapi tegas. Mungkin dia dapat rasa aura dalaman seorang pahlawan seperti aku. Walaupun aura ini aku tahan dan simpan kemas dalam aliran-aliran badan dan urat saraf aku tanpa dikeluarkan sedikit pun. Barangkali ada aura yang terlepas dari saraf-saraf dan urat-urat halus badan aku. Aura-aura ini bisa menjadikan aku seorang pahlawan hebat di masa kini. Kekuatan azali yang aku miliki sejak lahir. Mungkin jika di planet asal aku, aku adalah pahlawan bangsa yang tiada tolok bandingnya. Tapi aku kini di bumi. Aku sudah menjadi manusia biasa. Kekuatan aku hanya digunakan untuk menyelamatkan manusia dari kesusahan. Bukan digunakan untuk kepentingan diri.
Mamat itu terus menunggu jawapan aku. Jelingan tajam aku bertukar normal. Aku tarik nafas dalam-dalam. Mamat itu berpeluh. Mungkin risau jika aku bertindak diluar batasan. Dia nampak seperti bersiap sedia jika aku bertindak. Di sisi tangan kirinya menggenggam erat sebijik pistol dan tangan kanannya mengarahkan yang lain supaya bersedia jika aku mula bertindak. Di sekeliling aku sepi. Hanya mendengar hembusan nafas dan angin sepoi-sepoi kuih tat yang bertiup sayup-sayup dan sesekali meghempas rambut aku. Terasa dingin dan nyaman dikala angin itu menyusup ke peluh yang menitik di dahi aku.
"Baiklah jika itu yang kalian semua mahu. Aku mengalah pada kalian semua."
Aku berkata lau aku keluarkan sesuatu dari poket belakang aku.
"Tap!Tap!" kedengaran senapang dan pistol sedang diselaraskan. Semua seperti bersiap sedia. Keadaan hening. Aku perlahan-lahan mengeluarkan tangan aku dari poket. Semua mata menumpu sepenuh perhatian. Mamat depan aku mula gelisah. Walaupun dia tahu dia diawasi dan di lindungi rakan-rakan seangkatannya. Aku tahu, jika aku bertindak membangkang dan melawan, aku akan tewas. Aku kawal kuasa aku. Aku terpaksa mengalah kali ini. Untuk sekian kalinya seorang pahlawan masa depan terpaksa mengalah dan mengundur diri.
"Nah..ini saja yang aku ada untuk bulan ini" aku hulurkan sesuatu kepada mamat tersebut. Dia mengambil tanpa ada perasaan takut. Dia tersenyum lalu ketawa berdekah-dekah.
******************
Ya...aku tewas tanpa pertarungan yang sering aku menang bila bertarung. Kuasa aku tidak boleh diguna pakai di sini. Aku redha. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Tanpa ada pertumpahan darah. Aku juga sedar mereka ini tidak bersalah. Mereka hanya menjalankan tugas mereka. Tidak sesekali mereka mengganggu aku. Aku yang telah melanggar undang-undang bumi. Jika aku tidak mengalah, sampai bila-bila pun aku akan terus tewas.
Aku keluar dari kawasan itu dengan selamat. Kereta Pesona EVO30 aku sedang siap menunggu aku diluar. Kereta yang berteknologikan sistem angkasa lepas ini hanya ada satu di bumi ini. Memang tiada siapa yang tahu kereta aku sebegini rupa. Pecutan seperti cahaya dan deruman enjin yang tiada tolok bandingnya di muka bumi.
Kereta aku juga boleh bersuara seperti mana Knight Rider. Ini saja teknologi yang aku cilok dari tahun 80-an. Selebihnya aku dapat dari kapal angkasa aku yang terhempas ke bumi 28tahun lepas. Memang sudah ditakdirkan kereta ini dibentuk dan disuntik sebegini rupa supaya seorang pahlawan seperti aku dapat menewaskan musuh-musuh di bumi.
"Macam mana tuan? Adakah kita sudah selamat untuk bergerak kemana-mana?"
Kereta Pesona EVO30 bersuara. Aku tekan butang panduan secara automatik. Biarkan dia memandu sendiri. Aku masih terganggu dengan situasi tadi.
"Sudah, lepas ni tiada masalah lagi untuk kita berdua." jawab aku tenang kepada PEsona EVO30. Lalu terus dia memainkan lagu Sudirman "Horey..horey..hip hip horey..."
Fikiran aku terus melayang meikirkan situasi tadi. Perlahan-lahan aku imbas perbualan aku dengan rakan seperjuangan aku semalam.
Flashback
Rabu 06 Oktober 2010 1000 hours
"Lu punya rodtax kereta tak boleh renew bai. Kena blacklist. Lu pi bayar saman dulu kat balai trafik."
Di sebuah balai polis trafik.
"Bagus jugak blacklist pesalah trafik yang tak mau bayar saman. Kasi blacklist nama masa nak renew rodtax baru nak datang bayar."

Tamat.
mukadimah nak lebat je
ReplyDeletelu punya intro gempak la pett. aku cadangkan lepas ni hang tulis novel penyiasatan dalam 2 3 naskah.
ReplyDeleteade tokoh jadi novelis lah
ReplyDeletetrimas...
ReplyDeletesesungguhnya aku juga ada saman yg mau bg settle..dem!!!
tu la...bwk qeta tk igt2!
ReplyDeletehg simpan buat duit hantaran lg baguih...heh!
cih. saje kasik debor. teman udah ler jadi pemandu haram ni. roadtax belum renew. =_="
ReplyDeleteJ:Apa2hal pun intro tu mesti gempak.haha.sebab nk kasi lu baca smp termimpi2.
ReplyDeleteanas:Alamak bai..lama xdgq crita hg.nanti bole jmp kt kmpg raya haji ni.aku nk buat novel cinta pulak.haha.
anoy:Alaa..biasa2 je.setakat cerpen kanak2 boleh kot.haha.
citah:Sedarlah wahai citah.bayarlah sebelum kamu menangis nanti.haha.
fendi; Keta aku ni boleh jln sendiri.aku rasa dia pi jln2 sorg2 bwk laju.duit hantaran dah kurang byr saman.hehe.
hanie:Mike ni ...rodtax tu kena renew la.insuran lg penting.bahaya mike.
eh ko bkn ke x suka bwk kete lelaju?? apsal kena saman lak??
ReplyDeletemiss:Itu yg aku duk runsing skg.samaada aku bwk laju@keta aku mmg laju@polis tu yg bwk slow. pening jgk nk pikir.hehe
ReplyDelete