Wednesday, September 29, 2010

Budaya F

Benda-benda seni memang orang kat Malaysia ni cukup pakar. Tangan dari kecik di ajar menulis melukis. Kesenian yang terbentuk dalam diri orang kat Malaysia ni bak pepatah meluntur buluh biar dari rebungnya. Bila dah besar boleh jadi orang serba boleh. Bukan sekadar nak masuk AF yang bakat bak melepaskan batuk di tepi tangga. Menuntut ilmu biar sampai ke negeri China selalu orang tua-tua berkata. Tapi benda-benda macam dalam gambar ni aku nak bagi pepatah macamana bai?

Adakah Jangan dijolok sarang tebuan? Jangan disangka air tenang tiada buaya? Umpama aur dengan tebing? Budi Bahasa Budaya kita? Bodoh macam lembu?









Tapi hati aku sakit bak dihilis sembilu. Celaka.

Aku suspek orang luaq negara juga terlibat. Pengaruh budaya barat. Aku jumpa memang aku rembat muka.

Monday, September 27, 2010

Lagu Zaman-Zaman Sekolah - http://skamyroll.blogspot.com

Black nama member aku sejak sekolah menengah lagi. Nama dalam IC boleh tahan hensem. Tapi jarang jugak orang panggil nama penuh masa kat sekolah. Cikgu-cikgu saja yang panggil nama penuh masa nak bagi keputusan periksa takpun pinjaman buku teks.

Dah nama pun Black, confirm-confirm kulit tak berapa putih sangat. Kira ngam-ngam hensem. Kalau dia putih, kami dah panggil dia Putih. Tapi nama putih nampak sangat jambu. Citt.

Black orang melayu. Tapi dia tak suka dengaq lagu melayu yang mendayu-dayu. Pernah jugak dia lupa lirik lagu Negaraku masa sekolah dulu. Dari mamat ni jugak aku dapat banyak sumber-sumber muzik. Duduk kampung masa tu mana ada internet sangat. Nak pi internet kena bayaq 2-3 ringgit jugak. Baik beli rokok masa tu baru 50sen dapat 2 batang. Dah lama tak dengaq lagu-lagu band-band lama, aku cari dia kat rumah.

Walaupun dah ada anak 3 orang, dia punya jiwa masih punk rock. Nama saja cikgu, jiwa dia kat lagu-lagu camni masih kukuh orang kata. Bila dia cakap kat aku dia try buat blog untuk download lagu-lagu lama yang ada dalam koleksi dia tu, aku teruja sambil makan kuih raya kat opis ni. Walaupun lambat sikit nak download, tapi opis punya internet laju. Daripada buang masa duk layan fesbuk 24jam, boleh jugak download lagu-lagu masa zaman sekolah dulu.

Walaupun tak banyak band-band yang kami dapat beli kaset or demo depa masa tu, kami bersyukur sebab Black banyak beli kaset-kaset cenggini guna duit biasiswa dia. Jimat jugak duit kawan-kawan masa tu kan? Untung ada Black boleh pinjam-pinjam tanpa ada bayaran.

Hangpa nak dengaq-dengaq lagu lama-lama zaman 90an boleh try kat sini. Dia cakap akan upload lagi banyak lagu. Kalau dia tukaq blog yang canggih sikit, dia habaq la. Oii Black, sebagai komisen promot blog hang bagi la kaset-kaset lama kat aku dalam 50-60 biji. Boleh simpan buat koleksi.


http://skamyroll.blogspot.com


Black,aku harap hang dah boleh ingat lirik lagu Negaraku.

Friday, September 17, 2010

Budaya Kita Kebanggaan Kita - Ecehhh!!!

"Budaya malaysia???...cuba ang kupas 1 persatu..apa itu budaya malaysia" - Cikgu Didi dari Kapit Sarawak.

Definisi budaya yang paling mudah ialah budaya terdiri dari semua simbol yang kita belajar. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, karya seni bahasa dan lain-lain.

Aku cilok kat internet tu. Hangpa ingat aku rajin sangat nak susun ayat cantik camtu. Kat Malaysia ni kita ada budaya tersendiri. Tak kira budaya baik atau buruk. Tak kira budaya turun termurun ataupun budaya yang baru muncul.

Banyak budaya orang kat Malaysia ni. Nak kupas satu persatu aku pun tak cukup ilmu budaya lagi dalam diri ni. Setakat budaya buang sampah merata-rata tu memang dah sebati kat Malaysia ni. Pastu buang anak-anak dalam tong sampah pun dah boleh dianggap budaya baru. Sebab depa ni dah tak tau beza sampah dengan budak. Depa pun yang buang anak ni sama sampah jugak. Hangpa rasa benda-benda kat bawah ni boleh dikira budaya Malaysia dak? Beberapa budaya orang kat Malaysia dari sudut pendangan kawan-kawan Fesbuk dan masyarakat setempat:

1. Budaya Malaysia ialah menghon kenderaan lain yang bawak macam sial sambil memberikan ekspresi muka terburuk mungkin - Cikgu Fazeli Bakar dari Kuala Lipis

2. Antara contoh budaya malaysia yang aku slalu buat-sopan santun,memberi salam,senyum,bangun tido lambat,tak tepati masa dan lain2 lagi...- Cikgu Hazim dari Kuching Sarawak

3. Aku buang puntung rokok merata-rata. Peduli apa? - Khir dari Kulim

4. Selalu aku tangguh kerja aku kat opis tu, minggu depan boleh buat apa. Rilex2 la bai - Shah pekerja swasta

5. Kami sampai opis awai bai. Kul 8 dah terpacak. Tapi pi minum teh tarik bang 2-3 gelas. Masuk keja balik kul 10 pagi. Amacam? - Nama rahsia - Pekerja pejabat kerajaan.

6. Jiran sebelah tu anak dia duk kena usung dengan jantan mana tah malam-malam baru balik. Sapa la mak bapak dia tu. - Makcik Timah dari kampung sebelah

7. Hang pi kenduri anak Pak Lebai tadi? Lauk dia tu biasa sangat. Tak la sedap mana - Makcik Embun dari semua kampung kat Malaysia

8. Pakai kereta besar-besar tu tah-tah kereta pinjam - Mat Hasad Dengki

9. Kami berani mati bro. Bawak moto laju-laju baru jantan - Mat Rempit Otak kat Lutut

10. Malas nak tulih panjang2. Pikiaq sendiri - penulis


Duit habis lepas raya boleh kira budaya kita jugak ka?


Apa punya budaya duk update blog masa kerja ni.

Wednesday, September 15, 2010

Sambut Hari Malaysia Tapi Ikut Budaya Amerika Tak Guna Jugak

Selamat Hari Raya Maap Zahir Batin! Saja aku wish lambat-lambat sebab banyak beribadah bulan posa lepas. Tapi sebenarnya lebih kepada kerja yang berlambak macam ketupat pagi-pagi raya tu. Sibuk bai. Bukan senang nak jadi orang dewasa macam ni. Kalu jadi budak-budak pulak takut pikiq pasal sunat.

Hari ni kita cuti sambut Hari Malaysia. Buat pertama kali ada dalam kalender nun. Cuti pasai apa pun aku tak tau. Cuti kat Malaysia ni mewah macam makanan masa bukak posa. Lebih ke arah membazir. Tapi apa-apapun baguih jugak cuti hari ni kan. Dapat sambung beraya sambil tambah berat badan.

Cuti Malaysia ni yang aku faham dari pandangan mata aku lebih kearah keharmonian dan kesejagatan kita semua rakyat Malaysia. Harap-harap kita ni semua faham la kot walaupun motif tu tak sampai sangat kat rakyat-rakyat Malaysia ni. Nama saja sambut Hari Malaysia tapi budaya lebih kepada Amerika tak guna jugak. Tak gitu?

Malaysia ni kaya sebenarnya. Negara lain tak boleh celen jugak kita punya terer ni. Kita ni terer buang anak, terer merempit, terer bunuh orang, terer bakar orang, terer menyamun, terer segala benda la. Negara lain rasa tercabar jugak dengan kita punya kemahiran cenggini. Ini Malaysia bai, Malaysia, ikut slogan, MALAYSIA BOLEH! Semua kita boleh buat. Sampai ke Lombok pun kita boleh biaq anak dara kita pi follow boypren nun. Terer tak terer la orang kata. Tak kira la hang ni Melayu ka, Cina ka, India ka, semuanya terer. Kan bersatu padu tu. Nampak?

Kalau bab bola, kita terer cakap saja. Duk meeting makan donut sambil minum kopi, pung pang pung pang, esok sambung meeting lagi. Bila nak habis tak tau. Bola duk kat situ jugak, tak pi mana pun,paling jauh Slovakia. Tapi takpa, Malaysia bai, Malaysia, mesti boleh punya. Tapi tunggu la anak cucu kita nanti yang pi piala dunia. Tu pun kalau takdak orang pakai kot duk sembang berapi kat meja meeting macam la ni. Buang masa.

Tapi walau apapun yang terjadi kat Malaysia ni, inilah negara kita. Sayang tetap sayang bai, kalau dulu lu orang beranak-beranak celik mata tetiba dengaq Bahasa Vietnam ka, bahasa Myanmar ka, memang lu orang tak sambut Hari Malaysia ni. Jadi bersyukur la kita. Bersyukurlah Ali, Gunalan, Ah Seng, Kumar Singh, Iboi anak Jati dan semua yang rasa-rasa rakyat Malaysia. Kita bukan macam orang Amerika, Mexico juga Sepanyol, kita orang Malaysia. Malaysia macam-macam ada kata orang Astro. Celaka punya Astro, aku baru tak bayaq 1 bulan nak kasik potong!

Selamat Hari Malaysia.


Aku rasa tarikh 16 September 2010 ni macam begitu bermakna pulak. Ecehhh!!!. Moga-moga semuanya selamat. Selamat balik kampung, selamat balik keja, selamat pengantin baru, selamat bertunang jugak, selamat makan ketupat, selamat menjadi gemuk dan selamat korek tabung dan cari duit kat celah-celah almari.


Aku rasa kat celah-celah mesin basuh tu banyak jugak duit syiling. Pi usha tengok kot-kot boleh beli maggi.