Friday, September 17, 2010

Budaya Kita Kebanggaan Kita - Ecehhh!!!

"Budaya malaysia???...cuba ang kupas 1 persatu..apa itu budaya malaysia" - Cikgu Didi dari Kapit Sarawak.

Definisi budaya yang paling mudah ialah budaya terdiri dari semua simbol yang kita belajar. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, karya seni bahasa dan lain-lain.

Aku cilok kat internet tu. Hangpa ingat aku rajin sangat nak susun ayat cantik camtu. Kat Malaysia ni kita ada budaya tersendiri. Tak kira budaya baik atau buruk. Tak kira budaya turun termurun ataupun budaya yang baru muncul.

Banyak budaya orang kat Malaysia ni. Nak kupas satu persatu aku pun tak cukup ilmu budaya lagi dalam diri ni. Setakat budaya buang sampah merata-rata tu memang dah sebati kat Malaysia ni. Pastu buang anak-anak dalam tong sampah pun dah boleh dianggap budaya baru. Sebab depa ni dah tak tau beza sampah dengan budak. Depa pun yang buang anak ni sama sampah jugak. Hangpa rasa benda-benda kat bawah ni boleh dikira budaya Malaysia dak? Beberapa budaya orang kat Malaysia dari sudut pendangan kawan-kawan Fesbuk dan masyarakat setempat:

1. Budaya Malaysia ialah menghon kenderaan lain yang bawak macam sial sambil memberikan ekspresi muka terburuk mungkin - Cikgu Fazeli Bakar dari Kuala Lipis

2. Antara contoh budaya malaysia yang aku slalu buat-sopan santun,memberi salam,senyum,bangun tido lambat,tak tepati masa dan lain2 lagi...- Cikgu Hazim dari Kuching Sarawak

3. Aku buang puntung rokok merata-rata. Peduli apa? - Khir dari Kulim

4. Selalu aku tangguh kerja aku kat opis tu, minggu depan boleh buat apa. Rilex2 la bai - Shah pekerja swasta

5. Kami sampai opis awai bai. Kul 8 dah terpacak. Tapi pi minum teh tarik bang 2-3 gelas. Masuk keja balik kul 10 pagi. Amacam? - Nama rahsia - Pekerja pejabat kerajaan.

6. Jiran sebelah tu anak dia duk kena usung dengan jantan mana tah malam-malam baru balik. Sapa la mak bapak dia tu. - Makcik Timah dari kampung sebelah

7. Hang pi kenduri anak Pak Lebai tadi? Lauk dia tu biasa sangat. Tak la sedap mana - Makcik Embun dari semua kampung kat Malaysia

8. Pakai kereta besar-besar tu tah-tah kereta pinjam - Mat Hasad Dengki

9. Kami berani mati bro. Bawak moto laju-laju baru jantan - Mat Rempit Otak kat Lutut

10. Malas nak tulih panjang2. Pikiaq sendiri - penulis


Duit habis lepas raya boleh kira budaya kita jugak ka?


Apa punya budaya duk update blog masa kerja ni.

6 comments:

  1. hehe budaya curi tulang kt opis lalala :p

    ReplyDelete
  2. gua tak tersenarai. kira gua dah boleh dok obersee lah kan?


    PS: lu sekarang diva kan tak nak reply komen? kahkahkah! abg pett diva!

    ReplyDelete
  3. Pekerja:Haha.byk sgt budaya boleh huru hara.SHRMZB Masri.

    miss:Bukan setakat tulang je,isi perut semua ada dh ni.budaya malsa keja.hehe

    J love:Disebabkan wa tersedar dr mimpi,wa xmau jd diva mcm Azwan ali.haha.ni budaya malas balas komen sebab byk mkn ketupat.

    ReplyDelete
  4. uihh..kalo ketupat palas mmg best.. [komen tak berkaitan..haha]

    ReplyDelete
  5. hanie:Itu la pasai. Tau la demam raya ni.Atee..biler mike nak buat open house ni.hehe

    ReplyDelete