Wednesday, September 14, 2011

Kisah Ular Dan Manusia

Sementara menunggu surat masuk U tahun 2003, aku dengan rileknya lepak di rumah tok aku. Duduk kampung mesti buat kerja kampung serba sedikit. Takkan hang duk kampung nak melepak kt KLCC macam mat bangla. Shopping kat Pavillion macam hang anak datuk datin. Dah orang kampung, kena tau asal usul.

Selepas merepeat matrix berulang kali dan akhirnya berjaya melepasi pointer 2.0 ke atas. Aku dengan penuh doa dan harapan untuk masuk U. Sebab orang Melayu akan rasa hebat bila masuk U. Sedangkan masuk U belum tentu dapat kerja bagus. Sama jugak kalau terer dapat results masa kat U, belum terjamin hang kerja bagus-bagus gaji berkepuk-kepuk. Jangan mimpi ya adik-adik. Alam pekerjaan tak sama macam alam belajar. Bukan kira sangat pointer tinggi ka rendah. Yang penting hang ada kemahiran, cepat belajaq, komunikasi, cara bersosial dengan orang sekeliling dan cara hang bawak diri dengan orang yang lebih berpangkat dari hang.

Disebabkan keputusan masuk U belum dapat. Aku tengok kebun sawit tok aku pun macam penuh semak samun paras pinggang. Kalau dibiarkan lagi sebulan dua, boleh bela gajah barang 2-3 ekoq. Silap-silap boleh bela anak zirafah. Maka, lebih berkat kalau aku mencantas sama meracun semak samun ni dari membiak dan melahirkan keturunan semak samun generasi baru.

Operasi ini aku rancang bersama sepupu aku, Mat Shahril. Mat Shahril badan sama saiz The Rock. Bukan calang-calang orang aku bawak dalam operasi pembersihan ni. Nak meredah semak samun ni tak boleh sorang-sorang. Tok aku cakap babi hutan dah buat rumah banglo dalam kebun sawit tu.

Operasi bermula dengan jayanya. Selama 6-7 hari kebun sawit tok aku baru nampak macam sebuah kebun. Setakat ular lidi sama semut hitam kepala besar biji lada tu, aku jentik mati saja. Parang sama sabit kiri kanan tangan masing-masing. Mat Shahril sambil hisap rokok saja masa menebas-nebas kepala ular lidi, biawak, babi hutan dan serangga-serangga kecik yang berbisa.

Hari ke-8, kami seperti biasa meredah kebun. Dah hari ke 8 ni, hampir separuh kebun kami dah hapuskan semak samun. Hari ni kira mau kasi sambung lagi kawasan jajahan. Kami melangkah seperti biasa. Sambil ditemani asap dunhil. Kaki sudah sampai kawasan semak yang akan di terokai.

Piaappp..piaaappp..zasss..zasss.

Hasil bunyi sabit sama parang memotong anak pinak semak samun. 4-5 langkah tiba-tiba kami terdengar bunyi benda menyusur dari tepi semak samun. Setakat babi hutan boleh gagah lagi kami handle. Baling mercun bola 2 tiga das ke kubu babi tu, lintang pukang dia lari. Ular lidi setakat jentik dengan jari saja. Bunyi macam ni kalau tak musang, mesti ayam hutan sesat. Kami rilek saja.

Sssyyhhhh...syssshhh..bunyi lagi. Kami berenti sat. Usha tepi dari mana mai bunyi tu.




"Balik awai nampak? Dah habih tebas ka?" tok aku tanya sambil tangan dia duk tebang pokok nangka belakang rumah dengan parang. Boleh tahan Badang jugak tok aku ni.

Kami tercungap-cungap sebab penat berlari tadi. Bersandaq tepi dinding luaq rumah. Tok aku steady lagi tunggu jawapan dari kami. Aku tengok Mat Shahril ada pucat jugak. Dia pun cakap aku tak nampak pucat sangat sebab aku kulit gelap dari dia.


Malam tu di kedai kopi...

"Ulaq kami jumpak tu ekoq dia saja besaq lengan! Panjang dia lebih kurang 7-8 kaki!"

Bersungguh-sungguh Mat Shahril bercerita sambil mendepakan tangan. Orang-orang kampung yang selalu lepak di kedai kopi Pak Lang mendengaq dengan penuh tabsub. Asap rokok daun, surya berterbangan bebas. Ayaq kopi masih panas tanpa sempat di hirup. Semua tekun mendengaq cerita ular tedung selar yang kami jumpa pagi tadi.



Aku dan Mat Shahril tidak ke kebun lagi ke esokkannya walaupun badan Mat Shahril macam The Rock. The Rock mungkin juga takut ular tedung selar besar lengan.

4 comments: