Sunday, August 23, 2009

Rindu masakan mak

Sepanjang 2 hari berpuasa aku dapat membuat beberapa kajian secara tidak langsung. Seperti tahun-tahun sebelumnya jugak. Beberapa perkara ini tetap sama.

Rokok
Secara purata aku menghisap rokok sehari adalah 8 batang. 4 batang selepas berbuka dan selebihnya sebelum sahur. Maka, aku hanya membeli Dunhill 14 sehari berbanding Dunhill 20 sebelum ini.

Kuih
Karipap inti kentang sangat susah didapati di kawasan bazar Ramadhan tempat aku. Yang aku pasti kuih melaka yang aku beli adalah sebesar bola ping pong dan isi gula merahnya macam celaka. Sikit!.

Gula
Dah 4hari aku cari gula. Langsung tak ada. Hari-hari aku minum air masak + ais batu. Kordial sangat rugi di beli. Macamana aku nak buat kuih semperit kalau gula takde!

Sardin
2hari aku berpuasa aku dan teman serumah makan sardin tumis dan sardin kari. Gaji akan dapat dalam minggu depan. Kena berjimat.

Astro & broadband
TV terpasang 24jam. Banyak masa dihabiskan tengok TV selain bertadarus. Ehem. Internet di pakai sepanjang malam untuk membaca komik dan berchating. Ada satu malam aku berchating dengan samseng kampung dusun sampai 5jam. Itu adalah rekod aku berchating selama internet diperkenalkan di dunia.

Mak
Mak aku tanya aku semalam, "Hang ingat lagi tak jalan balik kampung?".

8 comments:

  1. Bahahaha! Amek kau, mak perli! "hang ingat lagi tak jalan balik kampung?" Berdesing ohh telinga kalo dgr kat tepon. Tu tandanya mak rindu tu. Pi jenguk, shuh shuh :D

    Selamat berpuasa, encek blogger :)

    ReplyDelete
  2. gila lah hang boleh chat sampai 5 jam.. kagummm

    ReplyDelete
  3. bape tahun x balik kg nih weh..


    ~~esok buat karipap pn sedap jgk..thanks 4 the idea.. [motip..? sj nk bg hang jeles! hahahahaha]

    ReplyDelete
  4. haha... ye ke lu chat smpai 5 jam? lu klentong ape same die?
    takat psal lu tu clark kent... baby 5 bulan pon x caye... haha...
    rekod longest chat wa... 2malam 1hari... tp stop kjap2 utk mndi n makan...
    wahaha... tp xde la wa gile chat sgt... kdang2 je... n utk org tertentu2 je... huhu..

    p/s: mngikut bola magik wa... minggu depan wa buka puasa kat tony roma's... lu rase2 ley jadi kenyataan x?

    ReplyDelete
  5. eleh..ada org tu masak daging masak kicap dengan udang + sotong goreng kunyit...


    pirrahhhhhhhhhh!!

    ReplyDelete
  6. ahaha adoi2 sakit pewut baca weh keke
    tp sadin kari plus sadin sambal tu mabeles pe kui3 ehekss kim salam mak ekk hehe

    ReplyDelete
  7. khaleeqa:Itu tandanya aku anak kesyangan mak..haha..ramai rindukan aku di kampung.

    anas:Gila hang,sebelum ni aku chat 3-4 patah perkataan ja...ni rekod peribadi aku di zaman IT.haha

    hanie:Esok kasi hantar sikit kat aku...dari dulu aku duk tggu ketam ko.xsampai2 lagi.hehe

    crazy labelle:Samseng tu yg ajar aku chating.gila tul.wa dh catat rekod tu.Tony romas?akan jd kenyataan kalu lu ajak wa.haha

    faryn:Betul la..tapi semlm je..xmau kecoh2..nanti ramai suh masak..haha

    samaira:Mak cakap,dtg la raya ni bwk duit hantaran..anak teruna dia ni tggu org masuk meminang.haha.

    ReplyDelete
  8. hahahaha..comel jer mak u ckp mcm tu. :P

    ReplyDelete