Showing posts with label Cerita Mak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Mak. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Selamat Hari Bapak

Semalam hari bapak. Tahun lepas punya hari bapak aku ada tulis surat dalam ini belog. Tak tau la bapak aku pernah baca ka dak. Itu tahun lepas punya cerita.



Tahun ini, aku dan adik-adik aku sambut hari bapak tanpa bapak aku. Dah lebih 4bulan bapak aku pergi buat selama-lamanya. 4bulan bukannya lama. Tapi masih terasa kehilangan dia. Sebagai anak sulung, aku tau tanggungjawab aku kat mak dan adik-adik. Aku di ajaq keras kepala sejak kecik, bukan di ajaq, tapi memang aku kurang ajaq pun. Sebab keras kepala aku ni, aku kuat macam Suria Perkasa Hitam. Aku meratapi pemergian bapak aku pada 10.02.2011 hari tu secara seorang anak jantan. Menangis aku bukan umpama hidup di dunia ni dah takdak makna. Itu bukan watak seorang hero. Bila hang menangis bagai nak rak, hang umpama menidakkan ketetapan yang telah ditentukan oleh- NYA. Lagipun, takkan hang nak tunjuk hang punya mental yang lemah kat adik-adik. Tak hero la.




Arwah bapak aku pergi dengan senyuman yang manis. Aku bersyukur. Walaupun kali terakhir aku berjumpa dengan dia pada 25-28 December 2010. Lepas tu kali terakhir aku bercakap dalam bulan January 2011 sebab bapak aku nak inform tarikh kawen aku. Itu kali terakhir dengaq sora dia. Lama kan? Lama la sebab itu bapak kita. Bila saat pemergian dia 10.02.2011. Aku sama adik kedua aku dalam kereta pulang dari KL ke Perak. Sepupu aku jugak sekali.



Dari awal pagi bapak aku masuk hospital, aku tenang walaupun dalam hati tiada sapa yang tau. 5minit sebelum aku sampai ke hospital setelah memecut kereta aku melebihi had undang-undang jalan, SMS dari adik pompuan aku diterima..."Pak dah tak dak..". Pendek dan ringkas. Aku sebenarnya dah bersedia menerima ketentuan-NYA. Arwah bapak aku sakit tak lama, 2-3hari demam dan dia pergi sebab serangan jantung. Syukur lah kerana dia pergi tanpa menanggung sakit yang lama.



Berdiri dan mengadap jenazah dia setelah tiba di hospital, aku merenung wajahnya yang terbaring kaku. Sebagai hero dalam family, aku kuatkan semangat aku untuk mak dan adik-adik aku. Mereka adalah hero-hero aku sekarang. Sebagai orang Islam yang dididik sejak azali, aku nampak kekuatan semua adik-adik dan mak aku menerima takdir. Semua orang akan pergi bai. Kita jugak. Kuatkan lah hati bila menghadapi saat-saat begini. Memang susah tapi kita patut bersyukur kita masih diberi peluang untuk terus hidup mengejar dunia dan akhirat.



Dari kecik bapak aku ajar tentang kesusahan dan berdikari. Apa ada hal? Macam tu la ajar anak-anak. Biaq susah dahulu. Baru senang kemudian hari. Pesan arwah bapak, jangan kita menganiaya orang lain walaupun orang lain menganiaya kita. Buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita. Biaq orang cari pasal, jangan kita buat pasal. Sabar itu separuh iman. Kalau tak dak iman, boleh tersesat dalam lubang gelap. Guna kesabaran dan akal yang panjang dalam hidup. Berkat kejujuran dan kesabaran akan memberi hasil yang lumayan. Bukan duit yang kita cari tapi pengalaman dan bekalan ke dunia yang satu lagi. Ada faham bai?



Semoga arwah bapak aku dicucuri rahmat. Hanya doa-doa anak-anak,isteri,rakan-rakan, sanak saudara serta orang beriman sentiasa dikirim untuk bapak. Selamat hari bapak pak!



Juga Selamat Hari Bapa sama bapak mentua aku En Mansor yang macho lagi sempoi dan adik lelaki aku yang makin gemuk. Semoga murah rezeki dan panjang umur.



Semoga aku dapat sambut hari bapak pulak tahun depan. Ecehhhhh! Doa tu doa!



P/s: Aku dalam proses untuk menerbitkan sebuah projek kecil-kecilan khas untuk arwah bapak aku. Semoga aku dapat siapkan sebelum hari raya. InsyaAllah.




Hari raya tahun ni dah kena discuss baik-baik dengan orang rumah. Kampung sapa ketupat sama rendang paling sedap. Nasib baik kampung dua-dua utara. Senang cerita.

Wednesday, March 2, 2011

Heppy Beday Mak

Semalam hari jadi mak yang ke 50. Aku nak wish tapi adik-adik cakap tak payah wish sebab mak tak mau sambut harijadi tahun ni. Ok, aku faham sebab bapak aku baru saja kembali ke rahmatullah 3 minggu lepas. So, aku tau apa yang mak aku rasa.Bak kata adik aku dalam bahasa orang putih di fb dia:

"Happy birthday to my mom, even she refused to celebrate or receive any birthday wish from her kids..We know she still sad & miss our late father .."

Tapi mak aku ok. Cuma mungkin sunyi sebab kekasih hati dia yang dia kenal sejak 31 tahun dulu dah tiada di sisi. No hal mak, anak-anak mak masih ada. Sekarang semua kembali normal. Adik-adik aku ok saja. Tapi dalam hati masing-masing tak tau kan? Sedih tu perkara biasa. Semua orang akan mengalami benda macam ni. Cuma orang yang takdak hati perut dan berhati syaitan saja yang tak rasa sedih. Tul dak?

Semalam aku call mak, tapi tak wish beday pun. Saja talipon macam biasa. Sembang punya sembang mak tanya pasal persiapan aku nak kawen ni. Aku cakap semua ok saja. Mengikut perancangan. Mak kata baguih la. Hal-hal kenduri pun tengah berjalan seperti dirancang. Satu saja mak tanya kat aku.

"Kursus kawen hang p dak lagi?"



Pagi tadi jugak aku daftar kat pusat kursus kawen!


Sabtu ahad ni jangan ajak aku pi disko. Sibuk sikit.

Monday, July 12, 2010

Mak Punya Cerita - Calon Bini

Sabtu lepas mak aku datang mengejut ke KL ni. Dia pi umah adik aku. Kalau dia mai umah aku, memang xdak menantu nak layan. Hidup bujang rumah bersepah sikit. Terkejut jugak mak mai tiba-tiba tanpa SMS dan juga MMS. Email pun tak bagi. Macam ada benda penting saja.

Aku bergegas ke rumah adik aku kat Damansara. Disambut dengan nasik sama lauk pauk masakan adik ipar. Boleh tahan jugak sedap. Kira aku kasi licin habis lauk pauk supaya tak membazir.

“Mak mai sini tetiba ni awatnya?”

Mak aku hulur sekeping gambar. Gambar awek bai. Boleh tahan. Ayu dan manis. Apahal pulak mak aku suh aku tengok gambar awek ni. Aku dah tersipu-sipu malu.

“Budak ni baguih orang dia. Mak Jang hang yang rekemen ni. Malam satgi kita pi rumah jumpak dia ni.“

Sudah. Mak aku ni. Aku dah cakap aku nak cari sendiri. Bukan zaman 60an ni mak. Dulu-dulu boleh la dok rekemen-rekemen. Macamana aku nak mempraktikkan ilmu mengorat aku kalau macamni. Malu bai kalau mak tolong cari bini. Sia- sia aku usha awek kat Facebook.

“Budak ni duk sorang. Mak dia dah takdak. Siang dia keja cikgu tadika. Malam-malam duk jahit baju kat rumah. Isi masa lapang. Kira semuanya dia boleh buat. Masak pun pandai ni. Hang rasa okey dak budak ni?”

Bersungguh-sungguh mak aku cerita bai. Lu orang tak tau aku punya debar dah tahap macam orang masuk meminang dah ni. Kalau aku tolak nanti,derhaka.

“Mak,along bukan tak setuju kalau mak nak cari calon bini kat along. Tapi along tak sedia lagi mak. Biaq la along cari calon sendiri. Cinta tak boleh dipaksa mak. Mak jangan la kecik hati kalau along tak berkenan dengan pilihan mak ni.”


Aku kasi explain sama mak aku. Harap-harap dia faham perasaan aku ni.



Hang ni gila ka apa? Mak bukan nak rekemen kat hang. Ni mak nak rekemen kat sepupu hang tu. Dia suruh mak cari. Umuq dia pun dah masuk 35 tahun dah. Kalau hang nak bini hang cari sendiri la. Mak pun tau hang cerewet la Along. Mak suruh hang bagi pendapat saja la.”



Oh..Bukan untuk aku rupanya. Untuk sepupu aku kat kampung tu.

Lega.


Nyaris-nyaris aku nak tutup akaun facebook aku.