Wednesday, March 2, 2011

Heppy Beday Mak

Semalam hari jadi mak yang ke 50. Aku nak wish tapi adik-adik cakap tak payah wish sebab mak tak mau sambut harijadi tahun ni. Ok, aku faham sebab bapak aku baru saja kembali ke rahmatullah 3 minggu lepas. So, aku tau apa yang mak aku rasa.Bak kata adik aku dalam bahasa orang putih di fb dia:

"Happy birthday to my mom, even she refused to celebrate or receive any birthday wish from her kids..We know she still sad & miss our late father .."

Tapi mak aku ok. Cuma mungkin sunyi sebab kekasih hati dia yang dia kenal sejak 31 tahun dulu dah tiada di sisi. No hal mak, anak-anak mak masih ada. Sekarang semua kembali normal. Adik-adik aku ok saja. Tapi dalam hati masing-masing tak tau kan? Sedih tu perkara biasa. Semua orang akan mengalami benda macam ni. Cuma orang yang takdak hati perut dan berhati syaitan saja yang tak rasa sedih. Tul dak?

Semalam aku call mak, tapi tak wish beday pun. Saja talipon macam biasa. Sembang punya sembang mak tanya pasal persiapan aku nak kawen ni. Aku cakap semua ok saja. Mengikut perancangan. Mak kata baguih la. Hal-hal kenduri pun tengah berjalan seperti dirancang. Satu saja mak tanya kat aku.

"Kursus kawen hang p dak lagi?"



Pagi tadi jugak aku daftar kat pusat kursus kawen!


Sabtu ahad ni jangan ajak aku pi disko. Sibuk sikit.

11 comments:

  1. p diskO...?

    hang bukan layan dangdut ke...?

    p lah kursus tue, satg p daftar HIV test plak...!

    ReplyDelete
  2. haahaha... dangdut?
    muahahahaa

    ReplyDelete
  3. Mnm: Haha. Siot hg. senyap2 la.hang la yg ajaq aku p dangdut.HIV test pulak ka?Aiyaaa..byk kerja la.

    vfn: Syshhh..mau join ke?kah kah.

    ReplyDelete
  4. Semalam pun birthday mak aku jugak.

    ReplyDelete
  5. anas: Tq bai. Bila kita nk lepak kt kmpng tak tau.hehe

    syalala: Adakah mak aku ada adik or kakak kembar?hehe. Hepy beday kt mak ko jgk k.

    ReplyDelete
  6. adoi Pett. dah takde entri bujang bujangan la pasnie. adoi.

    apapun, selamat harilahir makcik

    ReplyDelete
  7. dewajiwa:Entry bujang tetap ada.bila kawen pun tetap ada cuma entry imbasan kenangan masa bujang.haha. biasala bro,status nk berubah dh ni.kah kah.

    ReplyDelete
  8. takziah bai....aku baru tau...baru baca...bz sket la ni..
    hg jgn tidoq plak time kursus nanti...
    heh!

    ReplyDelete
  9. bujang haktuihh.. pasepa rombongan pi bali takdak nama hang pun dalam senarai? ini sindrom ka apa tiap-tiap taun makin berkurangan ahli rombongan. phuket dah short sorang. ni bali short 2 org. taun depan mungkin kota kemuning tak join kot?

    ReplyDelete
  10. fendi:tq bai. Alamak..baru aku nk bawak bantal skali. boleh ka?haha

    siam: Cittt..Phuket aritu hg pun tak menyenaraikan nama hg. Bali ni kita adjust macamana nanti. Bukan bujang dah bai. Aku nk masuk persatuan Suami dan Bapa macam hg dah lepas ni.haha.

    ReplyDelete