Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Aniq : Masuk Asrama

Adik aku yang dapat 7A dalam PMR tu dapat masuk sekolah asrama kat area Ipoh. Daftar ini hari. Aku dulu-dulu teringin nak masuk sekolah asrama penuh cam gini, tapi disebabkan pandai aku tak setinggi adik aku ni, aku teruskan sekolah kat kampung saja. Tapi tak semestinya sekolah luar bandar hang tak jadi pandai. Begitulah aku, aku pandai jugak rupanya. Selain pandai dalam bidang pelajaran, aku juga pandai dalam bidang penipuan mak bapak, pandai menghisap rokok, pandai ponteng sekolah, pandai mengendap tapi tak pandai mengorat.

Oleh sebab aku tak mau Aniq megikut jejak langkah aku, aku sebagai abang kena bagi nasihat buat bekalan hidup di asrama. Jejak langkah aku yang bagus hanya pada paras rupa, dia boleh ikut tu. Ada manisnya.

Aku cakap sama dia, hang duk sana berkawan la dengan semua orang, jangan sombong. Jangan hang ikut perangai yang negatif. Jangan lupa menghormati orang lain. Kalau kita hormat orang lain, depa akan hormat kita balik. Buat baik la kat semua orang. Jangan kita cari pasai tak bertempat. Jangan jadi kurang ajaq macam abang.

Jangan lupa baca buku. Jangan lupa sembahyang lima waktu. Jangan lupa siapkan kerja sekolah. Jangan lupa mak bapak dan keluarga yang mendoakan kejayaan dia. Jangan lupa semua yang mak bapak pesan.

Aku harap dia tak lupa. Dia mengangguk tanda faham. Dia takkan lupa la tu.

"Abang pun jangan lupa jugak" Aniq berkata-kata.

"Lupa apa?" aku pulak berkata-kata.

"Duit yang abang janji RM350 tu? Yang Aniq dapat 7A kan."



Aku tak kata apa-apa. Aku hampir lupa.

Monday, November 22, 2010

Apa Cerita? Baik-baik saja.

Zaman sekarang banyak berubah. Dulu masa aku kecik-kecik comel aku main lumpur. Main selut. Main dalam parit. Main senapang kayu,main lastik dahan pokok jambu, main perang-perang. Macam-macam aktiviti budak kampung aku buat. Dari pagi sampai petang. Nak masuk waktu maghrib baru balik rumah. Lepas tu bapak aku tibai dengan tali pinggang. Tak pun dengan penyangkut baju. Orang gagah perkasa memang camni, tapi menangis jugak la kalau kena.

Itu dulu. Dulu punya cerita budak-budak kampung zaman 80an. Zaman la ni hang tak payah nak cerita la. Kampung aku dah moden. Macam-macam ada. Macam astro. Internet pun takdak. Menatang internet ni dulu kena pi siber kafe. Kena bayaq pakai duit. Ikut jam 3ringgit jugak sejam. Rugi duit, baik aku beli rokok batang kat kedai cina tu. Kalau beli kat kedai Melayu, nanti pecah rahsia. Melayu ni tak boleh simpan rahsia sangat.

Itu dulu la. Nak cerita zaman la ni aku rasa lain sangat. Bapak aku pun dah sporting banyak dengan adik-adik aku. Baguih jugak, la ni aku yang paling garang dengan adik-adik. Bukan apa, hang secara automatik dah jadi ketua keluarga. Adik-adik hang kena usha-usha sama. Takut jadi macam budak bodoh macam biawak yang bercium kat tepi jalan tu. Bukan KLCC dowh..muka hang tu macam serombong kapai arang! Ni jenis anak beranak kat celah longkang. Dah melalut pulak aku tak pasai-pasai.

Berbalik kepada mak bapak tadi. Jangan harap kat mak bapak saja. Depa dah penat jaga hang dari kecik. Tak larat sangat nak marah anak-anak. Jadi hang sebagai anak yang dah dewasa pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Lagipun tak lama lagi hang pun nak kawen jugak. Kena belajaq pikul tanggungjawab dari segi kekeluargaan pulak.

Dulu masa kecik aku banyak habiskan masa di luaq rumah. Tapi zaman la pulak banyak habis masa dalam rumah. Budak -budak dah tak lasak macam dulu. Manja sikit. Nak kata apa tak tau. Ada baik ada buruk nya jugak persekitaran macam ni. Dulu walau sesibuk mana aku bermain kat ceruk-ceruk kampung, bila mak aku panggil suruh pi kedai runcit beli barang rumah sikit-sikit macam belacan ka, garam ka..aku boleh saja pi tanpa bantahan.

Tapi bila aku suruh adik aku pi kedai beli barang sikit. Alasan dia memang nak makan pelempang kiri kanan.




"Orang tengah main facebook ni,abang pi la sendiri"



Tu belum aku suruh pi masjid semayang berjemaah tu.

Friday, February 12, 2010

Achik - Part II

Ring..ringgg..

“Helo”

“Salam bang”

“Salam. Awat?Duit tak cukup ka?"

Adik aku kalau talipon tak lain tak bukan mesti pasal duit. Kalau tak pun pasal nak tumpang balik kampung. Tak pernah talipon tanya aku sihat ke tak. Kerja aku macam mana. Dah dapat awek ke belum. Tak pernah pulak dia nak rekomenkan kawan-kawan pompuan dia kat UniKL tu. Manatau ada yang boleh buat jadi kakak ipar dia. Pensyarah kat sana pun boleh tahan dia punya cun aku dengar-dengar.

“Bukan pasai duit bang”

“Pasai awek ka?”

“Bukan la. Nak tanya. Abang nak hanpon tak?”

Aku kalau bab hanpon ni memang tak up to date sangat orang kata. Memang tak pernah dalam sejarah hidup aku beli hanpon yang lebih dari RM300. Membazir aku nak beli. Janji dapat cakap sudah. Nak main sms jauh sekali. Hanpon company bagi pun dah cukup canggih dah. Kalau nak ikut aku, hanpon Nokia 3310 dan yang seangkatan dengannya adalah yang terbaik. Kalau jatuh lantai pun perasaan masih steady buat bodoh. Kali ni mesti adik aku nak jual hanpon dia. Nak mintak duit segan la tu.

“Berapa ringgit hanpon tu. Kalu bawah 200 abang amik”,

Aku dah siap kasi harga siling sama lantai. Nak tolong adik punya pasal.

“Tak payah bayaq bang. Achik nak hadiahkan kat abang”



Terharu.

Berkesan betul curahan penampar,penerajang dan penumbukan kasih sayang aku pada dia masa dia kecik-kecik dulu. Sekarang dah jadi insan yang berguna.


*
**
***



Pening aku dengan hanpon baru ni. Celaka punya i-phone. Dari tadi cari setting dia tak jumpak-jumpak.

Friday, January 22, 2010

Achik

Tit..tit..

Buka mesej

Abang.Masuk 50.Dah kering - mesej dari aku punya adik laki yang study kt UNIKL.

Mesej macam ni selalu aku dapat di masa-masa kecederaan. Tapi tak pernah aku hampakan adik aku. Walau macamana pun keadaan aku, aku akan pastikan dia ada duit belanja. Aku tau dia pandai berjimat berbanding aku masa dulu. Dia tak hisap rokok. Itu yg bagus.

Jangan harap nak belajar hisap rokok. Aku sepak muka kalau kantoi. Jangan gatal-gatal. Belajar pun bagus setakat ni. Aku dulu pun bagus jugak la belajar. Lepas la jugak. Dia ada awek. Satu U. Aku pun ada jugak dulu. Dulu la. Duluuu. Dan dia pandai jaga awek dia. Tapi...itu aku tak pandai.

Ok.Dah masuk.Jimat sikit duit tu.

Ok.Beres.

Pernah aku tanya kenapa dia tak mintak kat Angah, dia menjawab tenang.


"Angah dah kawen. Dah ada bini. Abang takdak bini lagi."


Luorang tak payah tau jawapan aku. Tak penting.

Ok. Belajar tu elok-elok.Bercinta-bercinta jugak, study tu jangan lupa. Pointer kalu tak lepas 3.5 siap aku belasah! - mesej kasih sayang seorang abang.