Wednesday, July 27, 2011

Bancuh: Putus Cinta?

"Pett, masa lu putus cinta dulu apa benda lu buat sampai boleh lupa kekecewaan tu? Gua frust sebab tak boleh lupa awek gua lagi. Dia dah ada balak lain bai. Mintak lu bancuh gua sikit bai."

Ini kita bincang secara umum la ok. Benda macam ni tak rumit sangat bagi aku. Tapi bagi hang ini benda macam dunia nak kiamat. Rilek-rilek brader. Iman kena jaga. Hati kena bersih. Ibadat kena banyak.

Punca putus aku tak mau amik tau. Mungkin dia tak suka bau petai sebab hang suka petai. Mungkin sebenarnya dia putus sebab hang takdak BMW. Ataupun hang kedekut pahit barangkali? Hang tak pakai perfume mahal-mahal? Hang tak bawak dia pi butik kat Pavilion or KLCC? Ataupun hang selalu abaikan solat? Banyak benda hang boleh cari punca dia. Tapi dah putus ni nak cari punca apa jadah lagi dak? Dia pun dah ada balak lain. Hang tu ranting pokok jambu saja. Sebab tu dia cari balak.

Ok. Benda macam ni kena banyak muhasabah diri. Mengikut cerita hang, dia memang dah tak cintakan hang. So, apa cerita hang nak cintakan dia? Pertama sekali hati hang tu kena kuat. Ingat pada orang-orang lain yang sayangkan hang. Maksud aku family dan kawan-kawan. Mungkin juga jiran hang pun sayangkan hang sebab hang selalu bagi dia kuih karipap. Mungkin imam dan bilal surau pun sayangkan hang sebab hang jarang pi surau berjemaah. Manatau dak?

Putus cinta ni ramai manusia dalam dunia ni dah alami. Bezanya cara kita sendiri yang uruskan. Paling senang hang bunuh diri dari tingkat 13. Kalau gayat, tingkat 3 pun dah boleh mati dengan izin Allah. Tapi Allah benci manusia yang bunuh diri. Amalan pun tak berapa cukup. Berdosa besaq pulak tu. Oleh itu, benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri jangan duk gatai nak buat. Kononnya nak release tension la. Kepala otak hang berjambui. Kalau mati menyenangkan family tak pa jugak. Lagi menyusahkan ada la.

Bila hang meratapi kekecewaan macam ni, hang kena dekatkan diri dengan Allah. Banyak berdoa dan jaga solat. Hang kata aku tunjuk alim? Pergi mampus dengan kata-kata manusia pendengki dan iri hati. Manusia memang dah macam tu. Tunjuk baik sikit mengata. Kalau jahat lagi duk mengata. Orang Malaysia @ Melayu bai. So, hang abaikan pandangan orang sekeliling. Itu perkara pertama hang patut buat. Ini semua ujian yang kecik sangat la. Putus cinta saja pun. Bukan putus nyawa.

Kalau dia dah tak cintakan hang, hang cintakan la orang lain. Jangan ingat bila awek dah lari, hang takkan jumpak awek lain? Populasi wanita sebenarnya lebih ramai dari lelaki kat Malaysia ni. Apa hang duk gaduh sangat? Boleh kawen 4 kalu ikut resepi Abang Salleh!Tapi jangan pulak hang cari lelaki buat awek. Agak-agak nak kena pijak muka, buatla.

Apa yang penting hang kena nilai diri hang dulu sebelum hang nak salahkan awek hang dulu. Hang kena tengok buku bank, ada duit berapa ringgit? Tiap-tiap bulan berapa hang boleh simpan kat tabung haji. Berapa pulak belanja nak kawen?Secara umumnya bila kita bercinta sakan dengan awek bermakna kita nak hubungan sampai ke jinjang pelamin orang kata. Tapi hang dah cukup bersedia ka nak sampai tahap tu?

Nilai apa yang kurang tentang diri kita. Jangan hang nak berharap awek hang akan merayu dan kesian dengan keadaan hang la ni. Jangan harap bai. Dia dah gumbira dengan hidup dia. Buat apa hang nak melayan rasa kecewa tu sampai menjejaskan hidup hang. Buang masa. Pengalaman kecewa ni bagus jugak untuk hang.

Sekurang-kurangnya hang ada pengalaman awek lari cari balak lain. Kira hang belum cukup hensem di mata dia. Rilex-rilex, hensem tak hensem tu bukan dikira kat akhirat pun. Hati kena tenang dan sabar. Satu benda yang perlu hang buat sekarang, lepak dengan kawan-kawan. Main futsal, snuker dan benda-benda aktif lain. Jangan duk layan perasaan sorang-sorang sebab iblis tengah tunggu time nak cucuk hang tu.




Aku rasa aku tak menjawab persoalan hang lagi. Hang tanya aku apa yang aku buat masa putus cinta dulu kan? Benda-benda kat atas tu sebahagian la apa yang aku buat dulu. Nanti-nanti la aku tambah.


Sekarang aku duk sibuk urus rumahtangga.

3 comments:

  1. Bro, betul bro. Kadang-kadang frust tu buat kita lagi hebat. Agree bro.~ Jai

    ReplyDelete
  2. hati memang boleh lawan. tapi sampai satu masa, bila duduk sorang2. perasaan yang tak mahu dilayan akan datang dengan sendiri. susah nak cakap bab kecewa ni.

    apa-apa pun siapa yang bunuh diri pasal putus cinta tu memang bingai namanya.

    ReplyDelete
  3. anoy: Hebat2 jgk, sembahyang jgn lupa.haha.

    Afrohead: Bab kecewa tu sendiri boleh handle. Tapi bila bab duk sorg2 tu mmg akan ada rasa frust tahap gila jgk. Aku pernah rasa benda yg hg rasa. Cuma situasi dan kesan dia lain-lain. Apa2 pun hg kena steady duk rumah baru tu.

    ReplyDelete