Showing posts with label Cerita Puasa Dan Raya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Puasa Dan Raya. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Puasa 5 : Langkah Berhenti

Sambil-sambil tolong bini siap-siap prepare juadah berbuka. Aku dengan steady lepak sepam dua dulu tengok Jejak Rasul. Jejak Rasul sekarang dah tak kick macam mula-mula dulu. Rasa macam hilang seri bak kuih seri muka tanpa manisnya. Bagai kuih lopih tanpa gula merah.

Sementara tunggu pak bilal melaungkan azan dari dalam surau depan rumah, aku sama bini, adik ipar, mak mentua sama pak mentua duduk mengadap juadah ala kadar yang terbentang depan muka. Sebagai orang-orang yang dah besar panjang, tiada langsung rasa tercabar dengan bau-bau masakan tersebut. Aku juga tidak tercabar dengan panggilan nafsu pasar ramadhan yang memanggil-manggil bagai kekasih hati yang merindui sang kekasih.

Lagi beberapa minit azan nak berkumandang. TV pulak time-time macam ni dah keluaq iklan soya cincau tak pun Ribena sekali harung doa bukak puasa yang di baca budak-budak.

Azan...


Selesai makan seala kadar yang mungkin dan bersolat, kaki terasa nak mengambil angin di luar rumah. Belum lagi kaki mencecah kawasan pagar rumah, suara dari dalam rumah lebih memecah langkah aku.




"Kalau tak sayang anak bini, hisap la rokok tu puas-puas"





Langkah gua terus ke surau. Mengaji.

Wednesday, August 3, 2011

Puasa 4 : Memori 1990 - Milo Ais

Pengalaman berpuasa bagi aku masa darjah satu memang tak boleh blah. Setakat minum ayaq paip tu benda sia-sia aku rasa selepas masuk darjah dua. Aku rasa darjah dua lagi power. Aku nak posa penuh. Tak macam darjah satu dulu. Posa sikit macam nak pengsan.

Berbekalkan badan dan fizikal budak darjah dua, aku bangun sahur dengan cergas berbanding masa darjah satu. Mak dah masak nasik lauk telur sambal. Dulu telur kicap. Tak ganas sangat kalau tak taruk cili. Adik aku yang nombo dua tadika lagi masa tu. Mana dia tau pengertian puasa tu berbanding aku yang dah darjah Dua Delima ni.

Sahur aku kali ni nasik sama telur sambal kira 2-3 round aku bedal. Boleh cover letih bila main galah panjang kat sekolah nanti. Apa adahal setakat 4-5 round berlari pusing padang berbanding budak darjah satu. Baru jantan.

Dah jadi budak darjah dua pun sekolah kena pi petang-petang. Dari pagi tadi aku duk tengok TV cerita katun. Kadang-kadang sempat usha TV pendidikan sekali sekala tambah ilmu darjah dua. Adik aku memang tak puasa time tu. Dia tadika pun tak lepas lagi. Selamba makan keropok Super Ring depan aku. Sebagai budak darjah dua yang ingin berpuasa penuh, aku tak goyang dengan dugaan tu. Sikit pun tak heran.

Mak tengah sidai kain kat luar. Adik aku steady lagi makan Super Ring. Aku kusyuk tengok TV.

Adik ke dapur, amik minuman mak bancuh tadi.






"Slurrpppp"



Bunyi milo ais kedengaran dihirup segar oleh adik aku.

Aku usha rapat-rapat. Rapat lagi.

Adik menangis. Mak pulak masih menyidai kain di luar.




Aku masih menonton TV sambil lap mulut.

Monday, August 1, 2011

Puasa 2 : Tempat

Tempat yang perlu kita selalu pergi bulan ni:

Surau @ Mesejid



Tempat yang perlu kita hindari bulan ni selain dari kelab malam dan pusat urut badan ialah :





Pasar Ramadhan



Puasa mengajar erti jimat cermat bukan membazir.

Pasar Ramadhan sekarang fesyen belanja macam shopping kat Pavillion nun.


Puasa apa macam tu.

Puasa 1:Hari pertama puasa 2011

Bangun jam 5 pagi. Mata aku duk pejam celik pejam celik. Berkain pelikat sama baju sejuk. Cuci muka. Kumur mulut dengan air dua tiga pam. Duduk bersila mengadap lauk sama nasik. Suap lebih kurang 2 pinggan nasik. Minum kopi segelas.

Tinggal pinggan sama gelas dalam sinki. Gosok gigi. Wuduk. Tunggu azan subuh. Solat.



Tidoq.

Tidoq sampai orang kejut pi kerja.



Untung tahun ni dah ada bini.

Wednesday, August 11, 2010

Pengalaman Puasa Budak Darjah Satu tahun 1989

1989

Pagi-pagi matahari pun tak keluar lagi. Mak dah kejut aku. Suruh makan. Aku cakap esok pagi nak pi sekolah la makan. Ni pukui 430 pagi makan apa? Mak cakap esok puasa. Aku cakap puasa tu pagi-pagi esok. Makan pukui 7 pagi kira boleh lagi. Mak tarik tangan aku pi sinki. Basuh muka aku. Mata aku duk tertutup-tutup. Mengantuk. Adik aku baru ada ada sorang. Yang lagi 5 orang adik belum wujud lagi time-time ni.Bapak suruh makan. Aku makan.

Makan nasik sambal ikan bilis sama telur masin pagi-pagi buta ni boleh membawak ke jamban bila bangun pagi-pagi esok. Suap 3-4 suap nasi. Tak dak feel sungguh makan kerana terpaksa macam ni. Mak buat ayaq Milo. Kadang-kadang Overtine. Dulu ayaq Milo dengan Overtine boleh buat aku kuat dan lari laju-laju. Tapi semua tipu. Sama macam iklan Ding Dang dengan Tora. Robot dalam kotak mainan tu kecik saja. Tak macam kat TV. Memang orang Melayu senang kena tipu. Tambah-tambah budak-budak rempit yang ingat depa tak boleh mati kena langgaq dengan lori.

Dah makan terus tidoq. Subuh memang hanyut. Lagipun masa tu umuq tak baligh lagi. Mimpi basah pun tak tau apa benda. Baru Darjah 1 la. Pi sekolah sesi petang, aku tengok kantin tutup. Alaa.Macam mana nak makan ni? Pagi tadi makan 3-4 suap ja. Pengertian puasa masa tu belum cukup menyerap dalam diri aku. Kawan-kawan lain pun sama. Ada yg bawak bekas ayaq pelbagai jenis muka bintang kat sekolah. Tak ganas langsung. Aku punya bekas ayaq ganas la sikit, bentuk hanpon kaler kelabu. Tapi hari ni mak tak bagi bawak.

Mak cakap, jangan makan atau minum sampai pukui 7 petang. Mak cakap posa memang letih sikit. Tapi aku kena belajaq mak cakap. Aku pun cakap ok. Aku akan cuba. Cuba bertahan sampai pukui 7 lebih. Cuba. Main galah panjang.Cuba. Polis sentri.Jam dah pukui 3 petang. Cuba bertahan. Cuba. Masih.


Jam sudah pukui 6 petang. Bapak mai amik. Muka letih. Bapak cakap posa dak? Aku cakap posa. Satu hari tak makan apa-apa. Bapak cakap baguih. Aku peluk pinggang bapak. Bapak merempit ala-ala mat moto zaman Jamal Abdillah. Sampai rumah. Siap-siap nak berbuka. Adik aku yang nombo 2 tak posa. Dia kecik lagi. Minum botol susu. Azan maghrib. Bapak cakap boleh makan dah. Aku minum satu gelas. Ayaq tebu dengan rebina memang aku suka. Mak cakap aku dah berjaya posa hari pertama dan kali pertama. Sambil menghabiskan 2 gelas ayaq. Aku cakap kat mak.




"Ayaq ni sedap, tak macam ayaq paip kat sekolah tadi."



Pengalaman posa pertama bagi aku memang banyak songeh. Aku dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Kawan-kawan yang membaca Blog buruk aku ini. Mintak ampun mintak maap jika ada yang tersilap kata selama ini.

Akhir kata, terawih tu rajin-rajin la pi. Jangan duk asyik tengok drama-drama tak berfaedah kat TV tu. Banyakkan ibadat kurangkan buat jahat.

Assalamualaikum.