Wednesday, August 11, 2010

Pengalaman Puasa Budak Darjah Satu tahun 1989

1989

Pagi-pagi matahari pun tak keluar lagi. Mak dah kejut aku. Suruh makan. Aku cakap esok pagi nak pi sekolah la makan. Ni pukui 430 pagi makan apa? Mak cakap esok puasa. Aku cakap puasa tu pagi-pagi esok. Makan pukui 7 pagi kira boleh lagi. Mak tarik tangan aku pi sinki. Basuh muka aku. Mata aku duk tertutup-tutup. Mengantuk. Adik aku baru ada ada sorang. Yang lagi 5 orang adik belum wujud lagi time-time ni.Bapak suruh makan. Aku makan.

Makan nasik sambal ikan bilis sama telur masin pagi-pagi buta ni boleh membawak ke jamban bila bangun pagi-pagi esok. Suap 3-4 suap nasi. Tak dak feel sungguh makan kerana terpaksa macam ni. Mak buat ayaq Milo. Kadang-kadang Overtine. Dulu ayaq Milo dengan Overtine boleh buat aku kuat dan lari laju-laju. Tapi semua tipu. Sama macam iklan Ding Dang dengan Tora. Robot dalam kotak mainan tu kecik saja. Tak macam kat TV. Memang orang Melayu senang kena tipu. Tambah-tambah budak-budak rempit yang ingat depa tak boleh mati kena langgaq dengan lori.

Dah makan terus tidoq. Subuh memang hanyut. Lagipun masa tu umuq tak baligh lagi. Mimpi basah pun tak tau apa benda. Baru Darjah 1 la. Pi sekolah sesi petang, aku tengok kantin tutup. Alaa.Macam mana nak makan ni? Pagi tadi makan 3-4 suap ja. Pengertian puasa masa tu belum cukup menyerap dalam diri aku. Kawan-kawan lain pun sama. Ada yg bawak bekas ayaq pelbagai jenis muka bintang kat sekolah. Tak ganas langsung. Aku punya bekas ayaq ganas la sikit, bentuk hanpon kaler kelabu. Tapi hari ni mak tak bagi bawak.

Mak cakap, jangan makan atau minum sampai pukui 7 petang. Mak cakap posa memang letih sikit. Tapi aku kena belajaq mak cakap. Aku pun cakap ok. Aku akan cuba. Cuba bertahan sampai pukui 7 lebih. Cuba. Main galah panjang.Cuba. Polis sentri.Jam dah pukui 3 petang. Cuba bertahan. Cuba. Masih.


Jam sudah pukui 6 petang. Bapak mai amik. Muka letih. Bapak cakap posa dak? Aku cakap posa. Satu hari tak makan apa-apa. Bapak cakap baguih. Aku peluk pinggang bapak. Bapak merempit ala-ala mat moto zaman Jamal Abdillah. Sampai rumah. Siap-siap nak berbuka. Adik aku yang nombo 2 tak posa. Dia kecik lagi. Minum botol susu. Azan maghrib. Bapak cakap boleh makan dah. Aku minum satu gelas. Ayaq tebu dengan rebina memang aku suka. Mak cakap aku dah berjaya posa hari pertama dan kali pertama. Sambil menghabiskan 2 gelas ayaq. Aku cakap kat mak.




"Ayaq ni sedap, tak macam ayaq paip kat sekolah tadi."



Pengalaman posa pertama bagi aku memang banyak songeh. Aku dengan ini mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Kawan-kawan yang membaca Blog buruk aku ini. Mintak ampun mintak maap jika ada yang tersilap kata selama ini.

Akhir kata, terawih tu rajin-rajin la pi. Jangan duk asyik tengok drama-drama tak berfaedah kat TV tu. Banyakkan ibadat kurangkan buat jahat.

Assalamualaikum.

11 comments:

  1. eceh..bajet 2 tahun tu..mcm nk tinggal 1 tahun jek..
    jgn lupa antor kad pulak ke teman ni ye..hahaha

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa pett! jom lepak pasar ramadhan bagan serai! :)

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa! dan rajin2 kan diri pegi tarawikh! hehe..

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa..ada cikgu jaga boleh la.. :p

    artoo!

    ReplyDelete
  5. heh!pesanan macam tok imam!
    selamat posa weh!
    jgn baloq bgn soq!

    ReplyDelete
  6. wsalam..slmt pose en pet n' slmt berbuka :)

    1989 aku x pose pun dgn gaun sekolah muka pun ala2 cina so selamba je lah mkn kt kantin hehe

    ReplyDelete
  7. HAHAHA entri ramadan yang mencuit hati. Selamat berpuasa weh! :D

    ReplyDelete
  8. alim siut lu. kagum tak hengat gua ni.

    ReplyDelete