Thursday, August 25, 2011

Puasa 8: Jenis Kuih Raya

Sejak dua tiga hari ni, bini aku duk sibuk buat kuih raya. Aku pun tak pasti kuih jenis apa. Nampak macam kuih yang sedap kalau di makan di waktu siang hari. Sebagai seorang lelaki perkasa, jarang sangat aku nak ambik port pasal nama-nama kuih ni. Lagipun zaman moden dan dunia dah hampir nak kiamat ni, segala macam kuih orang boleh buat. Kalau setakat almond London tu orang sekarang tak berapa kagum sangat dah.


Tapi ilmu aku pasal kuih ni boleh gagah terer dari jiran sebelah rumah masa study dulu.

Kuih raya zaman sekarang aku tak berapa tau nama sebab dah kira zaman moden, nama pun nak ada style mat saleh. Kuih-kuih dulu ada la serba sikit yang aku tau selain tau makan. Kuih semperit selalu kaler kuning. Mak aku dulu selalu buat. Kuih bakar masa aku kecik-kecik dulu dah kira sedap sampai menjilat tapak tangan. Itu pun tengok pada kelembutan bila dicelup dalam air kopi. Kuih siput pun kira wajib jugak aku nak makan time raya. Kalau makan time raya cina pun dia punya feel tak berapa sampai tekak.


Selain itu, kuih...hmmm.




Ok. Itu saja serba sedikit jenis-jenis kuih yang aku tau.



Nak cerita lebih-lebih takut timbul riak.

3 comments:

  1. kuih samperit : classic !

    kuey zaman moden neyh nama pelik2 weyh..tak minat sgtlaa..
    kuih tradisi is the besh in the world & hereafter..lalala ~~

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. kuih skrg ni nama kemain urban,sedapnya tak tahu lg

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya pett.
    maaf zahir batin no.

    ReplyDelete