Ada member aku tak boleh makan daging. Kalau dia makan daging,pening dan akan muntah macam dia naik bas lalu jalan bengkang bengkok. Dia makan ayam saja. Segala yang berkaitan dengan ayam,dia boleh telan. Tapi bagi penggemar ayam macam dia,kalau tak bersenam,badan pun dah jadi macam ayam suntik. Sihat sangat.
Yang tak makan ayam pun ada. Sate ayam atau apa-apa yang berkaitan dengan ayam,dia terasa senak-senak perut dan tiba-tiba boleh jatuh sakit. Elergik katanya. Tapi ada satu ayam yang dia boleh makan...ayam KFC.Nampak sangat kau memilih ayam. Cis!
Ikan pun ada yang tak makan. Boleh pengsan selama 2 hari kalau termakan ikan. Tambah-tambah ikan darat @sungai. Mereka kata hanyir. Rugi sungguh mereka-mereka itu bagi aku. Tapi bila ke restoran Manhattan Fish Market,tulang-tulang ikan pun makan.
Satu lagi contoh,makanan laut macam udang. Ada yang gatal-gatal badan kalau makan udang. Pelik sungguh aku sebab aku tak pernah gatal disebabkan udang. Cuma menggatal dengan awek yang jual cucur udang tepi jalan.
Yang tak makan mee @ bihun pun ada jugak. Asalkan benda makanan tue berbentuk seperti mee @ bihun, dia tolak tepi. Member aku cakap dia ada kisah pahit kenapa dia tidak boleh makan mee. Aku rasa dia pernah termakan cacing tanah.
Tapi itu semua adalah citarasa masing-masing. Terpulang pada kehidupan masing-masing dan cara pemakanan sejak kecil. Mungkin yang berasal dari kampung, seleranya tak sama dengan yang tinggal di bandar. Begitu sebaliknya.
Aku pula seorang yang suka makan. Dan yang penting,aku tidak cerewet pasal makan. Kalau aku ke rumah kamu semua nanti, kamu hidanglah apa saja benda yang halal dimakan,nescaya aku tidak akan menolak rezeki yang ada. Aku tidak memilih makanan. Aku makan saja apa yang ada. Untung isteri aku nanti,tak payah susah-susah nak fikir nak masak apa. Yang penting kau tahu masak. Ayam,daging,ikan,sayur,petai,jering,belut,tempoyak,budu dan apa saja aku boleh makan tapi pastikan ia halal. Kiranya aku layak jadi komando dan masuk Fear Factor.
TAPI...ada satu benda yang boleh menyebabkan aku gagal dalam komando & Fear Factor...
KISMIS!
Tolong jangan masukkan KISMIS dalam makanan yang aku nak makan. Sebab aku benci kismis!Jangan tanya kenapa. Aku tetap pandai walaupun tak makan kismis. Huh!
p/s:Aku ingin makan ulat kat Sarawak tu. Nampak macam sedap. Nyum!Nyum!
aku jenis tak makan hati..
ReplyDeletebagus kan?haha
sila buat pilihan...
ReplyDeletehantaran 12k = tak mkn kismis
hantaran 6k = wajib mkn kismis ari2
hahaha..amacam, best tak ?
masa dok cerita kata hang makan kaki ayam lah, landak lah, kuda lah tiba-tiba hang kata hang tak makan kismis
ReplyDeletedarai!
Dani:Sebab tue la hg sakit hati selalu...sebab hati hg xcukup...hahaa.
ReplyDeleteFaryn:..err...(kena blaja mkn kismis nie..)..ada pilihan lain x?selalu ada A,B,C,D...hehehe.
Dila:Oii...tiap2 superhero mesti ada kelemahan...satu tu ja aku xmkn...kalu hg ni org panggang pun aku makan...haha.
kismis :)
ReplyDeletejom gi sarawak...
ReplyDeletenk gk rase ulat tuh...rase udang katenye...best!
kau sanggup makan ulat gedik-gedik tu dari makan kismis? gediklah kau ni. hahaha
ReplyDeleteemph, aku tak suka makan telor kuning.
xbuleh mkn mee -- mungkin ade kaitan ngan cacing tanah
ReplyDeletexmkn kismis?? -- pnah termkn telur cicak ke?
hehehe.. :P
ah, kalau dapat ulat tu tapau tuk ciki skali.
ReplyDeletenak try gak.
cam lazat je rupe dia.
kan?
cuba makan ulat bulu..orang kata sama ja rasa ngn ulat sagu tu.. nnt aku kutip ulat bulu utk hang
ReplyDeleteSape yang xble makan daging??
ReplyDeleteSape tak ble makan mee ngan bihun??
Sape yang tak ble makan sate??
Rugi betul mereka!!!
Cis..skang aku dah tahu kelemahan hang..jadi raya tahun ni..aku akan pastikan mak aku masak lauk semua letak kismis..jadi, tak lah banyak makanan aku abis..Sebab setiap kali jamuan raya jer kat umah aku..ko manusia yang makan xingat dunia!!!!!
Kah kah kah kah kah...
artlove:Kismis or KIss Me?hehe
ReplyDeletecorpse:Minggu depan kita pegi.Ok?
belle:Aku sanggup!haha.Telor kuning la best..apala ko nie.hehe.
misz hanie:Issshh bukan...ada rahsia..hahha
ciki:Rasa dia mcm udang..boleh makan?hahhaa..
Dani:Org ckp,ulat gonggok pun lebih kurang rasa dia..mau try?haha
ceker ayam atos:Mmg RUGI!ye la..mcm xkasi pi rumah je...haha.