Tuesday, March 31, 2009

Aku ingat malam Jumaat saja ada hantu,malam minggu pun ada.

Malam minggu lalu aku dan Dani bercadang melepak di Wangsa Maju. Kami bertolak pada pukul 11 malam. Entah kenapa kami berfikir untuk ke sana. Padahal mengusha awek-awek di area The Curves juga agak menarik dan mengiurkan. Tapi kami putuskan untuk ke sana. Beralih angin sekali sekala.

Kami memandu dalam kesesakan jalan yang boleh di katakan agak sesak. Terus menuju ke arah Wangsa Maju. Tingkap dibuka supaya senang asap-asap rokok keluar bebas memenuhi ruang jalan yang gelap.

Tiba-tiba kami ternampak seorang perempuan melambai-lambai menahan kereta kami. Nampak seperti dalam kesusahan.Ketika itu kami berada berhampiran Batu Caves. Jalan sedikit legang. Secara aotumatik aku menghentikan kereta aku. Perempuan tadi memalingkan mukanya. Ahh!Aku dan Dani terdiam.Wajah ayu perempuan tadi menarik simpati kami.

"Adik nak kemana malam-malam camni?Bahaya kalau kena culik ke apa ke,"
Dani berkata dengan nada sedikit terkejut.

"Maaf bang,saya nak tumpang ke Wangsa Maju.Tolonglah bang,kereta saya rosak tepi jalan tadi",

Suara lembutnya meruntuh jiwa kami. Matanya bertakung dengan airmata. Entah kenapa aku menumpangkan orang asing ini. Mungkin kerana keayuan wajahnya yang membuatkan hati aku lembut?Mungkin. Aku mempelawa perempuan itu masuk. Sedikit basah bajunya yang putih itu. Pintu ditutup. Perempuan itu duduk dibelakang.

Aku lihat Dani tidak berkelip-kelip matanya memandang cermin belakang yang sengaja dialih sedikit untuk melihat wajah perempuan tersebut. Aku biarkan saja.

Tanpa banyak bicara,aku meneruskan perjalanan kami. Niat kami ikhlas.Memang kebetulan destinasi yang sama. Sepanjang perjalanan,semua diam. Tanpa ada suara. Mungkin masing-masing malu.Hanya lagu dari radio memecah kesunyian malam.

"Adik,rumah kat mana?" tanya aku ketika hampir ke destinasi.

"Abang jalan terus ke depan simpang tu,ada trafic light,masuk kanan,rumah saya tepi jalan tu je", katanya lembut.

Aku terus ke arah yang ditunjukkan. Hanya ada pokok-pokok yang memenuhi jalan-jalan tersebut. Aku dan Dani berpandangan. Kami tidak berapa arif tentang jalan-jalan di sini.

"Mana dik?Takde rumah pun,"aku mengajukan soalan lagi

"Alamak bang,dah terlepas la bang.Kena pusing balik."

Masih sama. Tiada rumah di situ.

"Maaf bang,rumah saya sebelah jalan sana. Maaf ye bang",

"Eh?Rumah sendiri pun tak tau ke?".aku berbisik dalam hati. Mungkin Dani juga begitu. Nampak kerut di wajahnya.

"Ok" kataku ringkas.

Aku berpusing lagi ke arah jalan yang disebutkan. Juga tiada rumah.

"Betul ke rumah adik kat sini?Rumah sendiri pun tak ingat ke?", tanya Dani sedikit geram. Sudah hampir 1 jam mencari rumah gadis tersebut.

Perempuan itu hanya tersenyum.

"Berhenti depan tu bang." kata perempuan itu sambil menudingkan jari ke arah lorong gelap di situ.

Aku berhenti.Tiba-tiba kami ternampak sebuah buah pangsa yang agak lama di lorong itu. Agak malap dan kelam.

"Terima kasih abang berdua." ucapnya lembut.

Belum sempat kami membalas ucapan terima kasihnya, dia turun tanpa memaling pandangan ke arah kami. Terus berjalan melusuri lorong gelap itu dengan lemah gemalai. Hanya nampak kelibat kain putih yang bergerak dan tiba-tiba...dia melayang-layang ke arah sebatang pokok besar.

"Haaahaaaa..hiiihiiihiii..." kedengaran suara seorang perempuan mengilai.

Aku pandang Dani. Dia pandang aku dan berkata:

"Jangan pandang belakang!"

Muka pucat.Aku masuk gear satu. Terus memecut! Dengan tidak semena-mena bau wangi menusuk hidung kami. Menggeletar tangan kami. Dani terpandang sesuatu di belakang. Ada sebuah bungkusan. Aku terdiam dan memberi isyarat mata.Dani mengambil dengan tangan yang menggigil. Ada satu nota di atasnya.

;
::
:::


Untuk Dani dan Pett....
Dari : Dila Raden...buku "Perempuan Simpanan".

Cis!Hantu pun lupa jalan balik rumah. Seram sungguh.

9 comments:

  1. cerita sesat wangsa maju hang ni pett, serupa nak kena karate tengkuk ja weh

    BABI!

    ReplyDelete
  2. aku dah dup dap dup dap dah baca..
    haih..

    ReplyDelete
  3. tu la, aku pun 1st time tgk hantu susu pakai cermin mata..ikutkan hati mau aja aku tempeleng muka dia sampai terpusing belakang!

    ReplyDelete
  4. hantu sungguh!!
    wat penat berdebar jek...

    ReplyDelete
  5. Dila:Karate la kalu brani. Mai sini.aku kasi tengkuk aku. haha. nak kena paku tengkuk x?

    ***dia adalah mangsa kejadian.

    anas:saja kasi hg goyang skit...baru skit tu..hehe

    dani:Hantu ni ulat buku,tu pasai pakai spek...dia dah jadi penulis skg,dasyhat la hantu ni. tul x?

    misz hanie:Nak jumpa hantu x?hah..ada kt atas tu..haha.

    ReplyDelete
  6. tak kenal jalan ke rumah ialah bukti aku budak nerd yang ada curfew imaginari seawal jam 7.00 petang setiap hari

    AKU BUDAK BAIK TAK KELUAQ MALAM!

    ReplyDelete
  7. awat tak habaq sekali disebalik kain suci putih tu, hantu tu pakai kasut sepak takraw?

    ReplyDelete
  8. aku dah agak dh..
    hantu 2 dila..

    umh sendiri pown sesat ke...
    siap kol aku tny jalan..vavi!!

    ngek tol!!hahahahaa..

    ReplyDelete
  9. dila:Cittt..pooorahhh...sembang berapi...hahaha.alasan.

    farid:Haaaa...hantu tu la...dia pakai kasut takraw...mlm tu dia br blk main.

    Budakhijau:Uishh..nie la kwn serumah hantu tu...ko ni hantu jugak ke?wakakah!

    ReplyDelete